Monday, May 26, 2008

ISA Masih Relevan

Melewati petang, Dewan Negara masih lagi membincangkan isu-isu semasa negara. Tulip tertarik untuk membincangkan isu ISA yang dibangkitkan oleh Ahmad Hussin ketika membahas titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Beliau menyatakan ISA masih lagi relevan dengan keperluan semasa dan masih digunapakai. ISA adalah satu bentuk undang-undang yang hanya bertujuan mencegah perbuatan hasutan dan bukan undang-undang punitif.
Akta berkenaan dilihat masih relevan di negara ini kerana ia melindungi keselamatan negara, keamanan dan undang-undang. Kerajaan tidak berniat untuk menahan sesiapa sahaja dengan sengaja di bawah ISA sebaliknya mengambil tindakan mengikut keperluan dan masa jika ada sesuatu yang benar-benar mengancam negara.
Ahmad Hussin turut menyokong penahanan anggota HINDRAF dalam ISA dan menyifatkan tindakan NGO HINDRAF mengadakan majlis harijadi sebagai tidak menghormati Parlimen dan sebagai tempat menunjuk lagak dan sikap angkuh mereka. Beliau turut membangkitkan kenyataan Presiden PKR ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dahulu di mana beliau menyokong sepenuhnya pelaksanaan ISA dengan menyatakan "Walaupun keadaan negara berada dalam keadaan baik, mungkin akan berlaku ketegangan. Kebijaksanaan negara menguruskan ISA terbukti berkesan membawa keamanan dan kemakmuran negara". Sekarang sebaliknya berlaku, apabila Presiden PKR acapkali mengkritik ISA sebagai gimik politik untuk meraih sokongan penyokong bukan Melayu terutama kaum India sebagai parti yang memperjuangkan nasib HINDRAF untuk mengukuhkan kedudukan politik beliau.

Beras Oh Beras

Kemelut isu kekurangan bekalan beras semakin meruncing sehingga Kerajaan terpaksa mencari alternatif baru bagi menampung keperluan rakyat. Di Dewan Negara isu ini tidak terlepas untuk terus dibangkitkan. Dato' Musa Hj. Sheikh Fadzir bertanyakan bagaimana cara untuk menggalakkan para petani beralih kepada penanaman padi. Tan Sri Datuk Jins Samsuddin menjelaskan dengan menggalakkan penggunaan tanah terbiar kepada tanah pertanian dan memfokuskan kepada penanaman padi adalah salah satu cara bagi menarik minat petani untuk bersawah. Teknologi baru yang diperkenalkan, membolehkan benih padi ditanam di kawasan sawah dan bukit sekaligus meluaskan hasil pengeluaran padi bagi menampung keperluan beras negara.

Parlimen Perlu Dihormati

Tan Sri Datuk Jins Samsuddin melalui ucapannya di Dewan Negara menegaskan agar ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat menjadikan parlimen sebagai tempat untuk membincangkan masalah rakyat dan menyampaikan teguran bagi membina negara dan menyatu padukan kaum. Beliau turut menegur sikap sebahagian MP daripada pembangkang yang bersifat kurang sopan dan tidak menghormati Parlimen sebagai institusi penggubal undang-undang yang tertinggi apabila menjadikan parlimen sebagai tempat bersuka ria dengan mengadakan majlis harijadi yang tidak berkaitan dengan mana-mana ahli Parlimen atau orang awam.

Beliau juga menyampaikan titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang memuji tindakan YAB Perdana Menteri dalam membawa ekonomi Malaysia semakin berkembang serta peningkatan pendapatan perkapita yang meyakinkan pelabur asing untuk menyuntik modal dalam sektor industri Malaysia. Di tambah pula, Malaysia telah dua tahun berturut-turut dicanangkan sebagai destinasi pelancongan dunia yang menjadi penyumbang kepada pembangunan negara.

UMNO Penyelamat Bangsa Melayu

Keputusan nekad yang diambil oleh Tun Mahathir untuk keluar daripada UMNO menimbulkan pelbagai reaksi mahupun daripada rakyat juga pemimpin-pemimpin UMNO.Adakah ini jalan terakhir bagi Tun untuk mendesak Pak Lah untuk meletakkan jawatan apabila kritikan-kritikan yang dilontarkan sebelum ini tidak menampakkan tanda-tanda untuk YAB Perdana Menteri untuk berundur. Rakyat semakin bosan apabila acapkali mendengar desakan dan tuduhan yang dilemparkan oleh Tun Mahathir dan anaknya Mukhriz terhadap YAB Perdana Menter. Pada hemat Tulip desakan-desakan ini tidak membantu proses peralihan kuasa malah menyukar dan melambatkan proses tersebut. Rakyat mahukan agar pemimpin-pemimpin UMNO bersatu-padu dalam menangani isu-isu dalaman UMNO yang dilihat semakin parah dan harus diselesaikan segera di meja rundingan. Tulip percaya UMNO mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah yang timbul tanpa campurtangan daripada pihak luar. Oleh itu, tumpuan kini seharusnya difokuskan kepada mengukuhkan kedudukan UMNO dan melaksanakan kerja serta menunaikan janji yang telah dibuat kepada rakyat pada pilihan raya 8 Mac lalu.

Kita seharusnya muhasabah diri dan mengingati perjuangan Dato’ Onn Jaafar yang begitu gigih tanpa penat lelah dalam memperjuangkan bangsa Melayu serta berjaya meniupkan semangat nasionalisme kepada orang Melayu. Semangatnya yang kental menjadikan beliau pejuang kebangsaan dan tokoh politik yang terulung. Sehubungan itu, Tulip berharap agar Tun Mahathir akan kembali kepada asas supaya mendahulukan kepentingan parti berbanding kepentingan diri dan berharap agar Tun mengingati janjinya dahulu supaya tidak menentang Presiden UMNO ketika melepaskan jawatan tersebut kepada YAB Perdana Menteri. Tulip berharap dan menyeru agar semua pemimpin dan ahli UMNO supaya kembali teguh bersama UMNO dan renungkanlah kata-kata sakti daripada Dato’ Onn Jaafar agar kewujudan UMNO relevan sampai bila-bila.

“Melayu hanya boleh selamat apabila kuat dan kuat apabila bersatu
Padu” 1946

Friday, May 16, 2008

PKR:Projek Khinzir Raksasa VS PBN:Projek Babi Negara

A new definition to the acronym PKR and PBN caught the Dewan Rakyat and public attention. This definition appears rarely and is evolutionarily distinct that showed the dilution of the extremely high sensitivity of the pig issue. It showed the openness and the first class mentality of the Malaysian politicians in handling of the highly sensitive issues.
Regardless the diffused sensitivity of the pig issues, pig-farming projects took cent restage in the Dewan Rakyat as MPs from both Barisan Nasional and Pakatan Rakyat got into a got into a bit of mudslinging fight on Monday.
Khairy riled the Opposition MPs when he gave a new definition to the acronym PKR (Parti Keadilan Rakyat). He called it Projek Khinzir Raksasa (Gigantic Pig-farming project) -- an apparent reference to the Selangor government's approval of the pig-farming project in Sepang."
A state government had put its priority in approving the Projek Khinzir Raksasa (Gigantic Pig-farming Project) or its short form PKR," said Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) when highlighting the issue of self-sufficient commodities - rice, beef, vegetables and mutton.This riled the Opposition, especially members of PKR, who stood up and defended their party.
But none of them was given a chance to interject as Khairy had been refusing to allow anyone to seek explanation since the beginning of his speech.Not to be outdone, Mahfuz Omar (PAS - Pokok Sena) then took a pot shot back at Barisan Nasional by saying that PBN was meant for “Projek Babi Negara” (National Pig Farming Project) – a reference to BN.
Source: freelittlebrain.blogspot.com

Thursday, May 15, 2008

Pembangkang: Pura-Pura Simpati Nasib Rakyat Sabah&Sarawak

Rata-rata MP Pakatan Rakyat membahaskan isu kemiskinan rakyat di Sabah dan Sarawak bagi menarik perhatian dewan bahawasanya pembangkang begitu simpati dan peka dengan nasib yang menimpa mereka. Itu semuanya adalah gimik politik pembangkang untuk meraih sokongan. Setelah isu lompat parti oleh MP BN Sabah yang diuar-uarkan pembangkang, tidak menjadi serta tidak dilayan oleh MP daripada BN, mereka beralih kepada isu baru kononnya negeri Sabah dan Sarawak diabaikan oleh Kerajaan Pusat sedangkan hasil bumi yang banyak daripada negeri tersebut dikaut oleh BN.
Pembangkang harus sedar, Kerajaan tidak pernah melupakan masyarakat luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak. Hasrat YAB Perdana Menteri untuk mengurangkan jurang kemiskinan terutama miskin tegar menjelang 2010 melambangkan keprihatinan Kerajaan terhadap usaha memberikan kesejahteraan yang sepatutnya kepada mereka. Malah, masyarakat desa akan terus diberikan penekanan untuk diberikan kemudahan, pembangunan dan kemajuan dengan pelbagai peruntukkan tambahan yang diberikan. Untuk tahun ini, sejumlah RM2.4 bilion telah diperuntukan oleh Kerajaan Pusat untuk pembangunan luar bandar di seluruh negara. Tulip merasakan Kerajaan tidak berat sebelah dan adil dalam usaha membasmi kemiskinan di mana Kerajaan akan melaksanakan Projek Agropolitan seluas 35,044 hektar yang dirancang dilaksanakan di seluruh negara. Ia adalah sebahagian program lonjakan mega luar bandar yang komprehensif dengan pendekatan serampang dua mata bagi menghapuskan kemiskinan tegar dan menjana serta mempercepatkan pembangunan di kawasan mundur dan terbiar.
Nampaknya, pembangkang terus membangkitkan isu yang berkaitan dengan negeri Sabah dan Sarawak untuk meraih simpati politik. Wahai pembangkang, andai diberi peluang memerintah Sabah dan Sarawak, mampukah pembangkang membawa perubahan dan membasmi kemiskinan secara drastik sedangkan negeri di bawah Pakatan Rakyat sendiri masih lagi tercungap-cungap dalam menunaikan manifesto pilihanraya Ke-12.

Monday, May 12, 2008

PAS Dan PKR Ikut Telunjuk DAP

Keseluruhan media arus perdana mengulas isu Karpal Singh sehingga mendorong Tulip mencoretkan sedikit pendapat dan pandangan mengenainya. Sekali lagi DAP melalui Karpal Singh dengan angkuh dan biadap mempertikaikan keputusan dan hak Sultan Perak dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri itu. DAP seolah-olah tidak berpuas hati apabila acapkali membangkitkan pelbagai isu yang menimbulkan kemarahan orang Melayu sebagai tanda protes apabila hajatnya agar Menteri Besar Perak dilantik dikalangan orang DAP tidak mendapat restu daripada sultan. Baru dua bulan pakatan pembangkang berjaya menakluk lima negeri dan mempunyai suara besar di Parlimen, sudah mula tunjuk belang. Kalau beginilah keadaannya, Tulip percaya dalam tempoh lima tahun lagi akan timbul lebih banyak isu melibatkan hak agama Islam, kedaulatan raja dan keistimewaan orang Melayu akan terus dipertikaikan. Adakah mereka tidak memahami perlembagaan negara atau pura-pura tidak faham?
Sultan mempunyai kuasa penuh terhadap hal ehwal agama Islam negeri dan tiada siapa yang berhak mempertikaikannya. Semua rakyat tidak mengira kaum perlu menghormati Perlembagaan termasuk kuasa-kuasa yang diperuntukkan kepada raja-raja Melayu dalam membuat keputusan berkaitan adat resam Melayu dan agama Islam. Justeru itu, Karpal Singh perlu memahami dan berfikir agar kenyataanya tidak membangkitkan api kemarahan orang Melayu. Pada hemah Tulip, Karpal Singh seharusnya memohon maaf kepada Sultan Perak terhadap keterlanjuran katanya bagi mengelakkan api kemarahan tersebar lebih luas lagi. Sembang-sembang kedai kopi, mendapati ramai pemimpin Melayu dan juga orang Melayu berbincang dan telah menyuarakan perasaan ketidaksenangan, terluka dan marah dengan kenyataan pemimpin DAP itu.
Tetapi yang menjadi hairannya, semua pemimpin PKR dan PAS dikalangan orang Melayu membisu seribu bahasa seolah-olah tidak sedar bahawa hak agama Islam, kedaulatan raja dan keistimewaan orang Melayu telah dihina dan tiada langsung kenyataan daripada pemimpin mereka. Adakah mereka tidak sedar atau menjadi pak turut kepada DAP? Tulip merasakan agak sukar mengharapkan agar PKR memperjuangkan kesuciaan agama Islam dan kuasa raja kerana mereka adalah parti yang memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan terhadap semua kaum. Hanya parti PAS sahaja dalam Pakatan Rakyat yang diharapkan boleh mengembalikan kesucian agama Islam dan raja perlembagaan serta mengkaji semula kerjasamanya dengan DAP dan PKR sebagai amaran kepada DAP. Sehubungan itu, Tulip menyeru kepada semua orang Islam di Malaysia tanpa mengira ideologi supaya bersatu padu pada pilihan raya umum akan datang bagi menentang pihak yang cuba mengancam dan melemahkan kuasa Islam di negara ini.

Tuesday, May 6, 2008

Ahli Pembangkang Emosional?

Sedar tidak sedar, dah separuh hari dewan bersidang. Pelbagai isu yang dibangkitkan, tetapi nampaknya MP daripada Pakatan Rakyat terlalu emosional apabila mendengar hujah dan penjelasan. Seharusnya mereka menerima penjelasan bukannya menyangkal segala hujah-hujah yang diberikan. Situasi sebegini sudah menjurus kepada perbahasan. Jelas menggambarkan MP daripada Pakatan Rakyat tidak memahami peraturan dalam bersidang. Acapkali Yang Dipertua mengulangi peraturan, tertib dan adab ketika bersidang tetapi tidak diendahkannya. Tulip merasakan pihak pembangkang lebih kepada meluahkan perasaan ketidakpuasan hati daripada membincangkan isu-isu untuk kebajikan rakyat dan pembangunan negara. Sikap MP Ipoh Timur yang suka mengungkit-ungkit dan bersifat batu api mengeruhkan dan mehangatkan lagi keadaan. Hanya MP Ipoh Timur sahaja yang kelihatan proaktif dalam dewan ini,MP Pakatan Rakyat yang lain lebih senang mendiamkan diri. Mengapa, adakah mereka tiada idea atau tidak fasih berbahasa Melayu?

Pembangkang ada membuat dakwaan bahawa rasuah wujud pada era pemerintahan Tun Mahathir, jika mereka ada bukti yang kukuh mengapa tidak membawa isu ini untuk dibicarakan. Jelas segala dakwaan mengenai rasuah sehingga kini tidak dapat dibuktikan oleh pembangkang. Di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat juga berlaku salah guna kuasa dan rasuah, ini terbukti apabila dua wakil rakyat Kelantan sebelum ini pernah membuat laporan kepada BPR mengenai salah guna kuasa dan rasuah yang berlaku dalan pengurusan AKSB (Pengurusan Syarikat Air Kelantan Sendirian Berhad). Tulip membuat kesimpulan bahawa mereka ini gemar menjaga tepi kain orang, koyak di kain sendiri tidak nampak. Wahai pembangkang, sudah-sudahlah mencari kesalahan orang lain, berilah komitmen sepenuhnya kepada manifesto yang dijanjikan dalam pilihan raya lepas. Jangan sampai dikatakan Kerajaan Tin Kosong. Sesungguhnya rakyat di bawah Pakatan Rakyat tertunggu-tunggu bilakah Kerajaan yang mereka pilih ini akan mengotakan janjinya.

Gelagat MP Ipoh Timur

Lim Kit Siang berjaya meraih simpati para pemerhati melalui pembohongannya dalam dewan mengenai projek-projek lapuk khususnya projek Port Klang dengan menggunakan akhbar-akhbar, ianya merupakan taktik lama apatah lagi isu-isu yang dibangkitkan itu sudah lapuk ditelan zaman seperti memasukkan cencaluk ke dalam botol yang baru. Ahli dewan cukup jemu dengan gelagat dan sandiwara yang dipamerkan oleh Lim Kit Siang yang terkenal dengan kemahiran menipu untuk kepentingan diri dan kepentingan parti pembangkang.

Amalan Terbuka Kerajaan

Nampaknya, Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek menjawab soalan yang dikemukakan oleh Dato' Seri Dr. Fong Chan Onn (Alor Gajah) dengan hujah-hujah yang bernas sekali. Tulip setuju dengan hujah Dato' Shabery bahawa blog merupakan media alternatif dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat memandangkan golongan muda dan pertengahan lebih menjurus kepada blog dalam mendapatkan maklumat. Langkah berani Dato' Shabery harus dipuji apabila memperkenalkan beberapa rancangan baru seperti Rancangan Bersama Media dan Rancangan Blog. Beberapa pembaharuan yang dilaksanakan, menggambarkan Kementerian Penerangan menyahut cabaran rakyat khususnya pembangkang dalam mengamalkan media terbuka dan kebebasan media. Pembaharuan ini juga di sokong oleh Ahli Parlimen Ledang apabila beliau bangun dan mengucapkan tahniah kepada Dato' Ahmad Shabery Cheek.

Sebagaimana yang dijelaskan oleh Menteri Penerangan, rancangan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton. Rancangan Bersama Media meraih rating yang tinggi iaitu sebanyak 340 ribu dan Rancangan Blog mencatat jumlah pengunjung seramai 200 ribu. Jelas menunjukkan rakyat menerima pembaharuan dan peranan Kementerian Penerangan sebagai agensi yang menjelaskan dasar-dasar Kerajaan. Ini juga sekaligus dapat menangkis persepsi dan dakwaan sesetengah pihak bahawa Kementerian Penerangan sebagai agen propaganda Kerajaan. Dianggarkan sebanyak 500 ribu blogger di Malaysia. Justeru itu, langkah Kementerian Penerangan menampilkan Blogger yang kritikal kepada Kerajaan dalam Rancangan Blog menunjukkan kewujudan blogger tidak sia-sia dan relevan sebagai wadah mendapatkan maklumat. Dengan pelaksanaan rancangan ini, diharap ia merupakan medan sebenar bagi blogger menjelaskan pandangan dan pendiriannya mengenai sesuatu isu.

Walaupun beberapa pendapat dan pandangan blogger tidak beberapa sesuai dengan konteks rakyat dimana lebih kepada khabar-khabar angin dan maklumat tidak sahih, tetapi bagi Tulip terpulang pada individu untuk menilainya. Rakyat sekarang lebih cerdik dalam menilai sesuatu maklumat, kerana kebanyakkan mereka tergolong dalam golongan intelektual. Dan pada blogger, perlu ada pertimbangan pada diri mereka dalam menyampaikan maklumat, kerana sebarang maklumat yang tidak sahih akan mempengaruhi minda rakyat untuk tidak mempercayai dan mengurangkan sokongan rakyat kepada Kerajaan. Walaubagaimanapun, Tulip ingin mengucapkan syabas kepada Menteri Kementerian Penerangan kerana dapat mengubah persepsi rakyat bahawa Kementerian Penerangan tidak membantaskan blogger dan media dalam melontarkan idea serta telus dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.

Monday, May 5, 2008

Penghayatan Hari Pekerja

Selamat Hari Pekerja kepada semua rakyat Malaysia yang bekerja di sektor awam dan swasta dengan tema “Pekerja Inovatif, Negara Kompetatif”. Secara umumnya, kita menyambut cuti Hari Pekerja setiap tahun, pelbagai amanat dan ucapan yang diberikan oleh pemimpin tertinggi daripada peringkat institusi sehinggalah ke peringkat nasional dimana intipatinya adalah untuk memotivasikan manusia yang bernama pekerja.Namun begitu adakah Hari Pekerja digunakan sepenuhnya oleh kita untuk menilai sejauhmana sumbangan dan prestasi kita pada organisasi atau sekadar bercuti rehat dan meluangkan masa untuk bersama keluarga? Sekiranya persepsi ini yang berlegar di pemikiran pekerja Malaysia, maka impian Kerajaan untuk melihat kejayaan Misi Nasional akan gagal kerana untuk menggapainya setiap pekerja perlu bekerja keras, memperkayakan diri dengan sikap berminda kelas pertama serta berazam menjadi pekerja berinovatif dan kreatif. Apabila pakej yang lengkap ini dapat dipenuhi segala usaha Kerajaan untuk membangun serta memajukan negara ini mampu dicapai.

Menjadi lumrah setiap kali menjelangnya sambutan Hari Pekerja, pelbagai isu- isu berkaitan golongan ini akan disuarakan bertujuan menarik perhatian terutamanya daripada pihak majikan atau kerajaan. CUEPACS dengan enam tuntutannya dan MTUC pula dengan tuntutanya untuk melaksanakan gaji minimum RM900.00. Semua tuntutan ini perlu dikaji dan diperhalusi oleh Kerajaan supaya pelaksanaanya mengikut kemampuan Kerajaan dan tidak membebankan negara. Sehubungan itu, langkah Kerajaan untuk mengkaji tuntutan CUEPACS dan MTUC menggambarkan keprihatinan Kerajaan bagi memenuhi tuntutan pekerja Malaysia. Sudah tentu, penjawat awam tidak sabar menunggu pengumuman daripada YAB Perdana Menteri mengenai keputusan enam tuntutan CUEPACS pada 10 Mei ini. Pada Tulip jika sebahagian tuntutan dipenuhi sudah memadai. Jangan sampai asyik dengan tuntutan sehinggakan produktiviti kerja masih ditakuk lama. Tulip merasakan adalah lebih baik jika sambutan Hari Pekerja ditukar persepsinya supaya mampu menjadi batu loncatan ke arah melahirkan tenaga kerja yang bertaraf antarabangsa, tidak hanya memikirkan apakah bentuk tuntutan kepada kerajaan yang seterusnya.

Sehubungan itu, marilah kita menyahut seruan Kerajaan supaya semua pekerja di negara ini memberi komitmen yang tinggi ke arah merealisasikan aspirasi menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Dalam era pekerjaan yang semakin mencabar sememangnya pekerja harus berkemahiran, berinovasi, berintegriti dan kreatif. Sementalahan, kita akan terus berjaya sekiranya terus berusaha dengan penuh iltizam untuk membangunkan negara kea rah menjadikan Malaysia yang makmur, progresif dan berdaya saing. Sekadar bertanya dan renungan, sebagai pekerja adakah kita sudah melengkapkan diri untuk berada ke arah itu?