Friday, August 29, 2008

Keluar Dewan: Anwar and the geng biadap!


Semalam, setelah mengangkat sumpah, Anwar secara rasmi bergelar ahli parlimen Permatang Pauh.Apa yang penulis harapkan,kehadiran beliau kembali ke parlimen akan membantu menyuburkan lagi proses demokrasi di Malaysia, tetapi sangkaan penulis meleset apabila beliau dan konco-konconya bertindak keluar dewan pada persidangan dewan rakyat semalam.Kenapa mereka bertindak sedemikian? Ini kah imej seorang ahli parlimen yang sentiasa melaung-laungkan berkhidmat untuk rakyat, bela rakyat, dan lain-lain. Dahla masuk parlimen dan menang pilihan raya atas tiket simpati rakyat, masuk-masuk saja gelanggang pada hari pertama dah buat hal.berikut ulasan penulis:

1. Anwar sebagai Ketua Pembangkang pada hari pertama mahu "pecah tong" untuk mencuba kuasanya dan mahu menaikkan popularitinya sebagai Ketua Pembangkang.

2. Mereka (pembangkang) tidak berkhidmat kepada rakyat, hanya mahu menjaga periuk nasi sendiri dan keluarga.

3. Rang undang-undang DNA amat penting dan sudah digunapakai di negara yang lain. Kenapa tidak di Malaysia?

4. Adakah rang undang-undang ini ditubuhkan untuk mengaitkan kes Anwar-Saiful? Mereka keluar dewan kerana berasa rang undang-undang ini ditujukan kepada Anwar semata-mata, sebab itu lah mereka bertindak tidak menyokong dan keluar dewan.

5. Mereka (pembangkang) tidak fikir kepentingan undang-undang DNA ini. Jika sesuatu perkara terjadi kepada keluarga mereka, contohnya dirogol; undang-undang ini amat penting untuk siasatan bagi polis.
PewarisMelayu kata:Kalau dah asyik nak keluaq dewan saja, baik jangan masuk dewan rakyat. Bazir masa dan tenaga saja.

Sumber: http://www.pewarismelayu.blogspot.com


Thursday, August 28, 2008

MP Pembangkang Jangan Keras Kepala

Nampaknya MP-MP Pembangkang buat kecoh lagi dalam membincangkan Rang Undang-Undang DNA. MP Batu Gajah, Gombak dan Ipoh Timur seakan tidak memahami peraturan dalam Dewan Rakyat sehingga membuatkan Yang Dipertua pening kepala. Tidakkah mereka sedar gelagat mereka yang sumbang ini diperhatikan oleh rakyat. Inikah bakal-bakal kabinet Pakatan Rakyat yang dikatakan akan membentuk Kerajaan pada 16 September ini. Mereka seharusnya profesional dan jangan bersifat kebudak-budakkan.

Yang Dipertua telah menyatakan bahawa Rang Undang-Undang DNA akan dibincang pada peringkat jawatankuasa pada Disember ini sebagai penambahbaikan kepada rang undang-undang yang dikatakan sebagai tiris oleh pembangkang. Yang Dipertua juga menyatakan bahawa sebelum ini tiada Rang Undang-Undang yang diberi selama tiga bulan untuk diperhalusi. Sikap kompromi Menteri Dalam Negeri harus dipuji dimana ia menggambarkan kematangan beliau dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Bukan macam Pakatan Rakyat yang terlalu emosional dan keras kepala.

Wednesday, August 27, 2008

Kerajaan Prihatin Nasib Penduduk Tanah Tinggi Di Sarawak

Persidangan Dewan Rakyat dimulakan dengan sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan. MP Saratok menjawab pertanyaan MP Lawas bahawa Kerajaan sedar akan peningkatan harga barangan keperluan dan bahan api yang membebankan rakyat terutama penduduk di tanah tinggi Bario, Ba'Kelalan dan Long Semadoh. Kawasan tersebut menghadapi kenaikan harga yang sangat tinggi dan ketara berbanding negeri lain kerana faktor kos pengangkutan yang tinggi untuk membawa barang keperluan bagi kegunaan penduduk memandangkan keadaan geografi dan kawasan terpencil yang tidak dapat dielakkan. Justeru itu, Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk meringankan beban penduduk kawasan tersebut dengan memberi lesen runcit kepada peniaga barangan berjadual dan memberi subsidi pengangkutan darat supaya dapat mengurangkan kos pengangkutan untuk membawa barang masuk ke kawasan tersebut serta menghantar bekalan bahan api untuk kegunaan penduduk pedalaman.
Penurunan harga minyak baru-baru ini, dilihat dapat menyeimbangkan kenaikan harga barang keperluan dan petrol. Mengenai depot atau stesen minyak kecil yang akan didirikan di kawasan pedalaman Sarawak untuk mengatasi masalah harga minyak yang melambung tinggi di kawasan itu, Jelaing berkata kementerian dengan kerjasama kerajaan negeri Sarawak telah menubuhkan satu jawatankuasa teknikal pada 18 Ogos lepas.

Anwar Ibrahim angkat sumpah sebagai anggota parlimen esok

27/08/2008 11:13am


KUALA LUMPUR 27 Ogos — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengangkat sumpah sebagai Anggota Parlimen esok, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.


Pandikar Amin mengumumkan perkara itu sebelum memulakan sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.“Keputusan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dah pun keluar dan keputusannya berpihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, jadi beliau akan mengangkat sumpah esok,” katanya.


Beliau berkata segala urusan angkat sumpah dan aturan mesyuarat akan dimaklumkan kepada dewan kemudian. PKR mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh setelah Anwar menang dengan majoriti 15,671 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu semalam.
Anwar, 61, memperolehi 31,195 undi sementara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah, 51, mendapat 15,524 undi manakala calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Mamat, 61, hilang wang pertaruhan selepas mendapat hanya 92 undi.
Sebanyak 447 undi rosak.


Sumber:Bernama


******************************************************************************

Tulip Desa

Tahniah buat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti PKR. Nampaknya kemenangan menyebelahi mereka. Tarikh 28 Ogos 2008 merupakan tarikh bersejarah bagi DSAI dimana beliau akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Nampaknya peluang Anwar menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat semakin cerah dan rakan-rakan pembangkang seakan tidak sabar menanti kehadiran sifunya.
Walaubagaimanapun, jangan terlalu gembira dengan kemenangan yang dimiliki. Apa yang penting selepas ini adalah mengotakan janji, jangan sampai ia menjadi umpan atau gula-gula semasa pilihan raya sahaja. Rakyat Permatang Pauh telah sepakat memilih beliau. Sehubungan itu, kemenangan di Permatang Pauh bukannya sandaran bagi DSAI untuk menggapai impiannya untuk membentuk Kerajaan pada 16 September ini. Bukan senang, hendak mendapatkan 30 kerusi kerana MP daripada BN tidak termakan pujuk rayu DSAI sebaliknya berdiri teguh di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri.

Bank data DNA beri suspek keadilan

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Penubuhan Bank Data Forensik Asid Deoksiribonukleik (DNA) bukan sahaja dapat membantu pihak berkuasa mengesan penjenayah tetapi memberi keadilan kepada suspek dalam sesuatu kes jenayah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, suspek terbabit akan dilepaskan jika analisis DNA mendapati mereka tidak ada kaitan dengan sesuatu kes dan langkah itu dapat mengelak daripada berlakunya kes salah tangkap.

‘‘Ia bukan sahaja mencari atau mengecam penjenayah tetapi memberi keadilan kepada orang yang tidak bersalah. Melalui analisis DNA, seseorang itu dapat membuktikan dia tidak melakukan kesalahan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan Rang Undang-Undang Identifikasi DNA 2008 yang dibacakan buat kali kedua pada sidang Dewan Rakyat hari.Syed Hamid turut mengulangi kenyataannya bahawa bank data itu bukan diwujudkan kerana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya.

Menurutnya, ia tiada kena mengena dengan Anwar kerana kerajaan sebenarnya telah merancang untuk menggunakan analisis DNA sejak tahun 2000.
‘‘Kadar kejadian jenayah kekerasan yang semakin meningkat, begitu juga dengan kompleksitinya memerlukan teknik dan peralatan canggih bagi membantu penyiasatan kes oleh agensi terlibat dengan cepat dan adil,” katanya. Syed Hamid memberitahu, rang undang-undang itu diwujudkan bertujuan menubuhkan Bank Data DNA Forensik Malaysia untuk mengambil, menyimpan dan menganalisis sampel DNA bagi tujuan kemanusiaan.

Katanya, data DNA juga boleh digunakan untuk membantu mengenal pasti identiti jasad manusia dalam kejadian bencana, kemalangan atau kebakaran serta mangsa jenayah.‘‘Sememangnya rumusan dalam penyelesaian sesuatu kes jenayah bergantung pada siasatan yang dijalankan dan salah satu pendekatan efisien dalam mengendalikan kes jenayah berat ialah melalui forensik,” jelasnya.

Menurutnya, sampel DNA mengandungi maklumat genetik seseorang yang ketepatan padanannya adalah 99.9 peratus dan teknologi tersebut telah digunakan secara meluas di negara lain sejak tahun 1980-an lagi.‘‘Bagi Malaysia setakat ini, beberapa kes telah diselesaikan dengan pendekatan analisis DNA iaitu melibatkan kes rogol dan bunuh Allahyarham Nor Suzaili Mokhtar dan mendiang Canny Ong,” tambahnya.

Kes-kes pembuangan bayi juga kata beliau, akan dapat diselesaikan kerana sampel bayi berkenaan boleh dianalisis dan mengesan ibu bapa bayi berkenaan. Sementara itu, Ismail Kassim (BN-Arau) yang menyokong rang undang-undang tersebut berkata, sudah tiba masanya pihak polis menggunakan teknologi tinggi dalam menjalankan siasatan terhadap jenayah-jenayah yang berlaku.

Menurutnya, orang ramai tidak perlu bimbang dengan kewujudan akta tersebut sekiranya mereka tidak melakukan sebarang kesalahan.Terdahulu, Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) membantah pembentangan rang undang-undang itu kerana sepatutnya Rang Undang Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dibentangkan dahulu berdasarkan kepada aturan urusan mesyuarat sebelum ini.
Sumber: Utusan Malaysia

Tuesday, August 26, 2008

DNA: Mekanisma Baru Merungkai Bukti Jenayah

Sesi petang, Dewan Rakyat masih lagi menyambung perbahasan mengenai Rang Undang-Undang mengenai Akta DNA. MP Pasir Mas menyatakan perkara ini dibahaskan bukanlah kerana rentetan daripada isu liwat DSAI. Ia hanyalah kebetulan dan meminta MP pembangkang mengubah persepsi mereka dengan tidak mengaitkan perkara ini dengan DSAI. Beliau menyatakan perkara ini penting untuk dibincangkan memandangkan peningkatan kadar jenayah yang begitu membimbangkan. Di samping, akuan bersumpah yang digunakan secara berleluasa sebagai pendekatan baru untuk pembuktian sesuatu kes.
Beliau sangat kecewa dan sedih kerana akuan bersumpah telah dimanipulasikan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik. Alim ulama dan mufti daripada parti politik mengeluarkan pelbagai kenyataan dan pentafsiran berhubung akuan bersumpah yang mengelirukan rakyat. Justeru itu, dengan penguatkuasaan Rang Undang-Undang berhubung Akta DNA dapat merungkai permasalahan yang dihadapi serta mengelak kecelaruan tafsiran daripada aspek agama. MP Pasir Mas juga berharap agar Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa berhubung akuan sumpah yang menepati kehendak Islam tanpa mencampuradukkan politik bagi memelihara kesucian agama. Pandangan ini juga disokong oleh MP Sri Gading.

Bank Data Forensik DNA: Pendekatan Bijak Kerajaan Membanteras Jenayah

Persidangan Dewan Rakyat memaklumkan bahawa Kerajaan dalam perancangan untuk menubuhkan Bank Data Forensik DNA. Kerajaan mengambil pendekatan tersebut sebagai langkah untuk mempertingkatkan prestasi PDRM dalam membanteras jenayah yang semakin berleluasa kebelakangan ini. Ini dijelaskan oleh Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang juga MP Kota Tinggi dalam sesi penerangan Rang Undang-Undang berhubung cadangan tersebut.
Forensik DNA merupakan bidang yang baru di Malaysia tetapi telah digunakan secara meluas di negara-negara maju sebagai satu instrumen untuk mendapatkan bukti bagi mengenalpasti penjenayah. Penggunaan DNA telah diakui mempunyai ketepatan sehingga 99.9%. Penggunaan DNA telah terbukti berkesan dalam menyelesaikan kes jenayah di Malaysia seperti kes rogol dan bunuh Pegawai Sistem Maklumat, Nursuzaili Mokhtar pada tahun 2001 dan juga kes Kenny Ong pada tahun 2004.
Bidang forensik DNA juga membantu pihak PDRM dalam mengenalpasti mayat mangsa kemalangan, kebakaran dan juga mangsa bencana alam yang sukar dikenalpasti identitinya memandangkan keadaan fizikalnya yang banyak berubah. Sehubungan itu, penubuhan Bank Data Forensik DNA adalah wajar berikutan peningkatan kes jenayah yang memerlukan PDRM meningkatkan kemahiran dalam bidang forensik DNA.

Thursday, August 21, 2008

PKR TERUS BERBOHONG UNTUK MERAIH SOKONGAN

Semakin menghampiri tarikh 26 Ogos 2008, pelbagai khabar angin yang timbulkan oleh pemimpin PKR seperti yang terpampang di dada-dada akhbar. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Jeffrey Kitingan, mendakwa 13 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sabah akan melompat untuk menyertai Pakatan Rakyat sekiranya DSAI menang PRKPP.
Nampaknya pemimpin PKR khususnya DSAI tidak jemu-jemu untuk cuba memujuk dan mempengaruhi minda rakyat di Permatang Pauh dengan omong-omong kosong yang mereka sendiri tidak tahu keberkesanannya. Pendekatan try and error yang dibawa oleh PKR akan berjaya sekiranya rakyat Permatang Pauh termakan janji-janji manis DSAI yang kononnya memperjuangkan ketuanan rakyat.
DSAI sebenarnya menyembunyikan perbuatannya sendiri yang ingin merampas Kerajaan melalui usaha mempengaruhi dan membeli ahli-ahli Parlimen BN supaya meninggalkan BN dan menyertai PKR. DSAI dilihat menggunakan jalan belakang dan lorong gelap untuk berkuasa tanpa mempedulikan dan menghormati keputusan rakyat.

Pada Tulip, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pemimpin PKR dan rakan-rakan DSAI seperti Dr. Chandra Muzaffar, Ezam Mohd Noor dan Datuk Nalla Karuppan menggambarkan DSAI seorang yang banyak tipu muslihat. Perjuangan PKR yang dilaung-laungkan sebagai keadilan, kebebasan dan demokrasi sebenarnya adalah perjuangan untuk Anwar. Kesanggupan Datuk Nalla Karupan untuk bersumpah di atas perangai-perangai buruk yang dilakukan DSAI menggambarkan Datuk Nalla Karuppan seorang yang jujur demi menegakkan kebenaran dan menyelamatkan masyarakat Permatang Pauh untuk tidak terus menjadi mangsa penipua DSAI yang diumpamakan sebagai dajjal bermata satu.

Sunday, August 17, 2008

PRK Permatang Pauh, Pilihan Raya Kecil Luar Biasa

Terkejut Tulip membaca tajuk berita yang terpampang di dada akhbar. Antaranya "2 jurugambar kena pukul", "Puteri UMNO dakwa kena raba,ludah" dan "Shahrizat kecewa ahli Wanita dimaki". Apa dah jadi dengan ahli dan penyokong PKR? Adakah mereka telah dirasuk sehingga bertukar ganas sehingga sanggup melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya terhadap petugas-petugas jentera pilihan raya BN. Perbuatan ini seolah-olah menyekat petugas BN untuk terus berkempen. Sepatutnya pilihan raya ini mencerminkan kematangan dalam proses demokrasi di Malaysia, sesuatu yang acapkali dilaungkan oleh parti pembangkang selama ini. Tetapi sebaliknya berlaku, mereka tidak mengamalkannya serta membuktikan bahawa laungan itu sekadar retorik belaka.
Tulip melihat ahli dan penyokong PKR sanggup melakukan apa sahaja untuk kemenangan PKR sekaligus menaikkan sifunya sebagai Perdana Menteri. Sifunya, DSAI berani melakukan apa sahaja, sehingga sanggup keluar masuk penjara tetapi satu sahaja yang beliau takut melakukannya iaitu bersumpah.
Tulip merasakan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh suatu pilihan raya yang unik kerana:
  • DSAI berusaha bersungguh untuk mengalihkan pandangan rakyat terutamanya pengundi Permatang Pauh terhadap kes liwatnya. Inilah cara lama yang dirancang semula dan stagemanaged yang dipelajari daripada sifu besarnya iaitu pemimpin daripada Amerika Syarikat dan Singapura.
  • Menggambarkan PRKPP sebagai mahkamah rakyat. Tulip mengibaratkan tindakan DSAI umpama memilih hakim dan jurinya sendiri.

Saturday, August 16, 2008

Benarkah Kes Liwat DSAI Satu Konspirasi

Keberanian Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat pengakuan bersumpah adalah untuk membuktikan kebenaran bahawa dirinya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pengakuan tersebut melenyapkan segala fitnah dan pandangan negatif terhadap beliau. Kelihatan beliau tenang ketika melafazkan akuan bersumpah laknat (mubahalah) dan faham akibat dan kesan yang beliau akan terima sekiranya ianya adalah satu ciptaan beliau atau mana-mana pihak.
Adakah DSAI masih hendak menegakkan benang yang basah bahawa beliau tidak melakukan perkara terkutuk itu atau ia adalah agenda BN untuk menjatuhkan kariernya seperti yang sering diuar-uarkan kepada penyokongnya. Jika DSAI seorang yang jujur dan ikhlas, beliau sanggup untuk turut mengikuti jejak Saiful untuk turut bersumpah. Sikap berdiam diri Anwar terhadap isu tersebut, menimbulkan seribu persoalan dikalangan rakyat.
Keputusan mahkamah memberikan peluang kepada DSAI ikat jamin dengan bon jaminan peribadi berjumlah RM20,000 tanpa penjamin membuktikan sebaliknya. YAB Perdana Menteri sendiri tidak membenarkan Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Ghani Patail yang pernah mengendalikan kes DSAI pada tahun 1988 terlibat dalam kes liwat kali ini. DSAI sendiri bebas memilih peguam dan beliau diwakili oleh sembilan peguam yang diyakininya. Beberapa peguam, termasuk peguam DSAI (R.Sivarasa) sendiri mengaku bahawa apa yang diputuskan oleh mahkamah adalah satu keadilan yang diberikan mahkamah kepada beliau.
Jika ia satu konspirasi politik, kemungkinan beliau tidak dijamin kerana mahkamah akan terlibat sama dalam konspirasi seperti yang pernah beliau tuduh dalam kesnya yang pertama. Jelas bahawa mahkamah tidak dipengaruhi oleh politik atau Kerajaan.

Friday, August 15, 2008

SEBAB ANWAR TIDAK LAYAK JADI PM

Kepada pengundi-pengundi Permatang Pauh, ketahuilah seorang pengundi yang bijak akan memikirkan beberapa perkara sebelum memilih pemimpin, agar pemilihannya itu tepat, supaya tidak mengundang kecelakaan di belakang hari. Pada Tulip, Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana:-
  • DSAI telah membuat keputusan untuk meminjam daripada IMF yang dipelopori oleh Yahudi ketika Malaysia gawat pada tahun 1997-1998 ketika itu beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan. Tindakan DSAI itu menunjukkan dia ingin menjual Malaysia kepada Yahudi;
  • DSAI pernah bertemu dengan Paul Wolfowitz, neo-konservatif Yahudi yang menjadi arkitek perang di Iraq, yang juga sebagai Pengerusi IMF untuk mendapat sokongan supaya beliau dapat menjadi PM Malaysia?;
  • DSAI pernah mengatakan tiada social justification di Malaysia dalam satu wawancara secara langsung di Indonesia juga memburukkan Malaysia yang ditonton puluhan juta rakyat Indonesia;
  • DSAI menyokong HINDRAF yang membohongi dunia berlaku penghapusan etnik Hindu di Malaysia sepertimana rakyat Bosnia ketika dibunuh Serbia;
  • DSAI turut menyatakan hasratnya untuk menghapuskan DEB apabila dia berkuasa sebagai PM dalam wawancara di New York dan Singapura; dan
  • Jika DSAI menjadi PM, siapa akan menjadi timbalannya? Semestinya dia memilih pemimpin di kalangan PKR dan DAP. Nampaknya, PAS gigit jarilah. Ini kerana beliau terhutang budi dengan Lim Kit Siang dan Karpal Singh serta peguamnya, R. Sivarasa yang sangat tebal sifat anti Melayu, Islam dan apa yang terkandung dalam perlembagaan.

Fikir-fikirkanlah, pengundi Permatang Pauh. Jadilah pengundi yang bijak. Setiap undi anda bakal menyelamatkan negara daripada tergadai. Adakah anda mahu bangsa Melayu merempat di negara sendiri akibat kerakusan pemimpin seperti Anwar Ibrahim.

TAKTIK KOTOR DSAI

Harapan DSAI untuk menang dalam pilih raya kecil Permatang Pauh mula pudar apabila melihat saingannya Ariff Shah mempunyai potensi besar untuk menang dan melonjakkan jumlah undi BN di Permatang Pauh. Melihatkan kedudukannya yang tidak selamat, Tulip percaya DSAI akan mencipta satu isu yang tidak masuk akal bagi mempertahankan populariti dan kedudukan beliau. Melihatkan isu liwatnya tidak berkesudahan dan bakal mengurangkan undi PKR terutamanya pengundi Melayu, beliau mengambil pendekatan berbaik-baik dengan orang Cina dan India. Tidak hairanlah, kenyataan Menteri Besar Selangor dan tindakan Bar Council menganjurkan Forum Memeluk Islam di sokong penuh oleh DSAI bagi meraih sokongan dan undi bukan Melayu.
Kerajaan sudah muak dan mual dengan gelagat DSAI yang tidak berhenti-henti mencetuskan keadaan yang memberi kesan buruk kepada negara. Antaranya kelembapan ekonomi dan ketidakstabilan politik yang mengundang keresahan rakyat. YAB Perdana Menteri telah mengakuinya pada Majlis Ekonomi Negara. Isu lompat parti atau membeli wakil rakyat seperti yang diuar-uarkannya merupakan taktik jalan belakang yang tidak demokratik dan tindakan ala ganster.
Kerajaan juga jemu dengan isu liwat DSAI. Kerajaan berpendirian enggan membesar-besarkan isu liwat kerana ia umpama membuka pekung yang sangat mengaibkan. Isu ini adalah isu peribadi yang perlu diselesaikan menerusi perbicaraan di mahkamah dan tidak sepatutnya membabitkan Kerajaan.
Bagaimanapun DSAI pandai mengambil peluang ini dengan memperbesarkannya sebagai isu rakyat dan berusaha mendapat simpati rakyat di seluruh negara. Akuan bersumpah Dr Osman (Pusrawi) dilihat dapat menyelamatkan dirinya daripada kes liwat yang seharusnya diketengahkan ke mahkamah bukan mahkamah rakyat. Oleh itu, jangan terpedaya dengan muslihat DSAI yang jika diikuti akan menggadai kedaulatan negara kepada negara Amerika dan sekutunya.

Anwar, Wan Azizah & Nurul Izzah


Dato’ Seri Anwar Anwar Ibrahim adalah manusia yang tidak mahu kalah. Atau sekurang-kurangnya dia tidak mahu kelihatan kalah. Biar kampung tergadai, asalkan menang sorak. Apabila disingkirkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dari UMNO, dia melawan. Anwar melawan bukan kerana prinsip parti UMNO. Adalah satu pembohongan kalau Anwar mengatakan dia keluar UMNO kerana tidak setuju dengan perjuangan parti itu. Anwar tidak pernah keluar UMNO. Hakikatnya ialah Anwar melawan UMNO kerana UMNO tidak mahu kepada Anwar.

Oleh kerana ingin terus kekal dalam parti UMNOlah, maka Anwar membuat demonstrasi besar-besaran apabila disingkirkan dari UMNO. Disebabkan tidak ada peluang untuk masuk UMNO semula, barulah Anwar “berjanji” dengan PAS dan DAP bahawa dia tidak akan masuk UMNO lagi. Dalam soal “janji”, Anwar memang cekap. Sewaktu dalam UMNO dulu, Anwar pernah berjanji untuk tidak melawan Tun Ghafar Baba sebagai Timbalan Presiden UMNO. Akhirnya, kita dapat melihat apa yang berlaku. Itu dulu. Sekarang kalangan dalaman UMNO tahu, bahawa beberapa orang Anwar cukup rapat dengan beberapa orang pemimpin atasan UMNO. Mereka masih merisik dan bekerjasama. Nanti kita dedahkan siapakah mereka itu.

Itulah politik Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim adalah manusia yang tidak mahu kalah atau kelihatan kalah. Prinsip yang sama itulah dibawa dalam politik parti pembangkang. Kalau Lim Kit Siang ada Lim Guan Eng dan Betty Chew, maka Anwar Ibrahim ada Datin Seri Dr Wan Azizah dan Nurul Izzah. Kalau DAP ialah Parti Tiga Beranak, maka PKR juga mesti menjadi Parti Tiga Beranak.

Lantaran itulah, maka Wan Azizah diumumkan akan kekal bertanding di Permatang Pauh dan Nurul Izzah khabarnya akan bertanding di Lembah Pantai melawan Dato’ Seri Shahrizat Abd Jalil. Sejarah politik di Lembah Pantai tidak pernah menyebelahi PKR. Tetapi itu tidak penting bagi Anwar. Yang penting ialah membina dinasti politiknya. Penganalisis politik berpendapat tindakan Anwar meletakkan Nurul Izzah di Lembah Pantai ialah untuk menentukan dia terus menguasai parti itu. Dia tidak boleh bergantung selama-lamanya dengan loyalist parti seperti Azmin Ali. Anwar belajar betapa loyalist seperti Ezam Mohd Nor dan Nalakaruppan pun boleh meninggalkannya.

Sementara itu, sebahagian penganalisis politik melihat ini sebagai bukti bahawa PKR ketandusan pemimpin yang berwibawa. Malah ada yang mengatakan, kalau teringin hendak menjadi calon pilihanraya, masuk saja PKR, tentu dapat tempat. Ini berbeza dengan parti-parti seperti UMNO, MCA atau MIC. Malah, dalam PAS dan DAP pun, peluang untuk menjadi calon agak kompetitif. Parti-parti yang sudah establish ini agak selektif. Mereka tidak tangkap muat. Di Selangor sebagai contoh, calon-calon UMNO akan melalui pelbagai tapisan. Difahamkan UMNO tidak akan meletakkan calon yang mempunyai tunggakan cukai pendapatan. Ini adalah contoh bagaimana parti-parti politik ini membuat tapisan.

Tetapi dalam PKR, tidak begitu halnya. Untuk menjadi calon PKR cukup mudah. Sebab itulah, apabila DAP dan PAS bermadu hasil dengan suami yang sama iaitu, PKR, maka timbul cakap-cakap adakah perkahwinan ini akan membuahkan anak. Isteri-isteri seperti PAS dan DAP mungkin subur, tetapi kalau suami mandul, susah sikit mendapat anak. Tak mengapalah, itu kisah suami-isteri. Kita nak cakap soal politik di sini. Ada yang kata, PAS dan DAP mungkin akan bertambah beberapa kerusi parlimen. Tetapi PKR mungkin tidak ada apa-apa kerusi lagi selepas ini. Malah, beberapa laporan yang diterima menunjukkan bahawa UMNO diramalkan akan mendapat kembali kerusi Permatang Pauh yang dipegang oleh Wan Azizah selama satu penggal.

Disebabkan tuduhan bahawa PKR mandul itulah, maka PKR harus menang. Anwar tidak ada pilihan melainkan menggadaikan apa sahaja yang dia ada. Dalam hal ini, dia terpaksa mempertaruhkan Nurul Izzah di Lembah Pantai. Itulah harapan terbaik yang mampu ditawarkan oleh PKR disebabkan kedudukan Wan Azizah di Permatang Pauh adalah cukup rapuh. Walaupun Anwar sering bercakap menentang kroni, PKR terpaksa meletakkan Nurul Izzah kerana Anwar tidak ada banyak pilihan. Satu-satunya pilihan yang ada ialah menjadikan PKR sebagai Parti Tiga Beranak!

Calon BN Mampu Tewaskan Anwar-PM

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yakin dengan keupayaan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah untuk menumbangkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Permatang Pauh, 26 Ogos ini.Perdana Menteri berkata, sebagai pemimpin tempatan Arif Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya mempunyai pengaruh dan populariti tersendiri, khusus di kalangan penduduk kawasannya.


Beliau berkata, sejak diberi kepercayaan sebagai ADUN BN di salah satu kawasan DUN di bawah Permatang Pauh, Arif Shah telah membuktikan kewibawaan dan keprihatinannya terhadap masalah yang sering dihadapi oleh penduduk di kawasan berkenaan.''Beliau adalah seorang calon yang difikirkan layak untuk menang kerana beliau merupakan seorang pemimpin dari Permatang Pauh yang juga telah banyak berjasa di kawasan itu.


''Saya yakin dengan kemampuannya. Saya juga yakin beliau akan dapat menyaingi populariti Anwar Ibrahim di Permatang Pauh,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Penjaja dan Peniaga Kecil Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.Beliau mengulas pemilihan Arif Shah sebagai calon BN untuk menentang Anwar pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.


Pemilihan Arif Shah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis pelancaran jentera BN bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh, malam tadi. Arif Shah ketika memberi reaksi terhadap pemilihannya bertekad untuk mengakhiri sumpahan 10 tahun kegagalan BN menawan Permatang Pauh.Abdullah yang juga Presiden UMNO berkata, sebagai ahli UMNO, Arif Shah tidak pernah menimbulkan sebarang masalah dan beliau ternyata mempunyai kesetiaan yang tinggi kepada parti.


''Saya menganggap Arif Shah adalah calon yang terbaik di kalangan kepimpinan parti di Permatang Pauh ketika ini. ''Saya juga mendapat maklumat pencalonan ini telah diterima ramai termasuk daripada pemimpin-pemimpin yang berminat untuk menjadi calon sebelum ini. Mereka menerima Arif Shah sebagai calon BN,'' katanya lagi.


Dalam pada itu beliau berkata, keputusan pucuk pimpinan memilih Arif Shah juga berasaskan kepada tinjauan-tinjauan umum serta reaksi daripada rakyat serta ahli-ahli parti di kawasan tersebut.''Kita juga mendengar pendapat daripada rakyat. Ia bertujuan supaya calon yang kita pilih adalah di kalangan yang terbaik. Atas asas ini kita namakan beliau sebagai calon,'' ujarnya.
Ketika ditanya berapa lama tempoh yang diperlukan oleh pucuk pimpinan untuk membuat keputusan memilih calon, Perdana Menteri berkata: ''Bila sebut sahaja ada pilihan raya kecil, kita mula perhatikan siapakah calon yang sesuai.''

Sumber: Utusan Malaysia
*****************************************************************************

Pilih Raya Kecil Permatang Pauh bakal menyaksikan pertarungan sengit di antara Anwar Ibrahim dan Ariff Shah. DSAI berdepan dengan pertarungan moral yang sedikit sebanyak akan memberi kesan pada undi PKR. Sebaliknya, Ariff Shah mempunyai personaliti yang positif, berintegriti dan berhati rakyat yang memberikannya bonus untuk meraih undi yang banyak untuk pilihan raya kecil ini. Justeru itu, DSAI dan PKR dikatakan mula cemas dan bimbang jikalau target mereka tidak mencapai sasarannya. Nampaknya, jalan DSAI menuju ke Putrajaya semakin gelap dan berkabus untuk menggapai impiannya untuk menjadi PM. Keyakinan Ariff Shah untuk merampas kembali Permatang Pauh daripada PKR memberi semangat dan nafas baru kepada jentera pilihan raya BN untuk lebih bekerja keras bagi memastikan kemenangan milik Barisan Nasional.

Thursday, August 14, 2008

Jangan Terlalu Mengganggumi Anwar-Pemuda PAS

14/08/2008 3:43pm

IPOH 14 Ogos - Perwakilan Dewan Pemuda Pas mahu pemimpin dan ahli parti itu berhenti mengagung-agungkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga mengenepi dan menafikan kebolehan serta keupayaan kepimpinan mereka sendiri.Ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Dewan Pemuda, beberapa perwakilan mahukan supaya pemimpin utama Pas lebih ditonjolkan dan diberi peranan dalam pakatan pembangkang termasuk menjadi Perdana Menteri jika impian membentuk kerajaan pada 16 September ini menjadi kenyataan.

Menurut mereka, sikap segelintir pemimpin Pas yang terlalu mengagumi dan mengagungkan Anwar seolah-oleh tidak mengiktiraf keupayaan kepimpinan ulama dalam Pas.Wakil Dewan Pemuda Pas Selangor, Zulkifli Ahmad berkata, jika pemimpin dari parti lain dalam pakatan pembangkang yang menerajui negara, dibimbangi perjuangan Pas yang berlandaskan Islam akan dipinggirkan.
Sumber: Utusan Malaysia
***********************************************************************************
Tulip setuju benar dengan kenyataan Pemuda PAS itu. Nampaknya Pakatan Rakyat sedang mengalami kepincangan akibat krisis dalaman parti. Tulip,memanjatkan kesyukuran kerana PAS telah sedar daripada mimpinya. Masih belum terlambat untuk kembali ke pangkal jalan dan bersama-sama memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara. Marilah kita membongkar segala kejahatan dan pembohongan DSAI agar rakyat Permatang Pauh tidak terpengaruh dan menjadi mangsa kerakusan DSAI yang umpama Firaun Ala Malaysia.

Haji Hadi Mahu Keluar Daripada Pakatan Rakyat



Gambar: Haji Hadi mula sangsi dengan keakraban Anwar dan Kit Siang. Apakah Kit Siang akan jadi pilihan Anwar untuk kerusi no. 2?) Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertegas mahu keluar daripada PR sekiranya ‘kerajaan baru’ selepas 16 September ini tidak lagi menjadikan Islam sebagai teras kepimpinan dan terpinggir. Haji Hadi menyatakan demikian di ketika berucap di hadapan lebih 100 ahli PAS, ketika merasmikan Konvensyen Pas Negeri Pulau Pinang pada 11 Ogos 2008. Sekiranya komponen Pakatan Rakyat iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminggirkan Islam dan tidak menjadikannya teras dasar pemerintahan serta pemilihan kepimpinan dalam ‘Kabinet baru’ yang bakal menerajui negara maka PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat.



(Gambar: Blogger DAP sudah jadi Ahli Parlimen di Penang. PAS yang bantu siang malam kempen tidak dilantik pun jadi EXCO di Penang). Mohamed Hafiz Mohamed Nordin (Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang), berkata Pemuda Pas negeri itu menyokong penuh pendirian Haji Hadi yang disifatkan selari dengan perjuangan serta dasar parti. “Itulah pendirian beliau dan kita menyokong penuh serta mengucapkan tahniah dan syabas kepada beliau. Kenyataan itu menyerlahkan keberanian, ketegasan dan istiqamah Tuan Guru Presiden dalam mempertahankan perjuangan parti. Itu amatlah dialu-alukan dan terpuji” kata Mohamed Hafiz. Pemuda PAS Penang berani lawan DAP?
Baru baru ini, Lim Guan Eng mempertikaikan tindakan Fairus (Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang) membawa satu rombongan ke luar negara tanpa merujuk terlebih dahulu kepada DAP. Fairus juga dipertikaikan kerana menggunakan kad minyak kereta Exco pada kereta sendiri. Siapa dengki kepada Exco Islam Penang, kalau tidak DAP? Wakil Rakyat PAS, Exco pun tidak dilantik. DAP tidak pandang dan tidak hargai pun jasa PAS di Pulau Pinang. Orang PAS masih tidak sedar lagi kah? Baguslah kalau Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen PKR Bandar Bharu Kulim) sudah sedar bila bergaduh dengan Latheefa Koya (Peguam Anwar, Ahli Majlis MPT PKR) ketika penganjuran Forum "Memeluk Islam". Latheefa Koya sama seperti bosnya, mempertahankan juga penganjuran forum tersebut.
AZRINIZAM IBRAHIM,Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
***************************************************************************
Apa sudah jadi dengan Pakatan Rapuh (PKR)? Belum setahun memerintah sudah dengar ura-ura nak berpecah. Menjadi mula nama yang Tulip gelarkan ini. Bukan semakin lama semakin kuat, sebaliknya semakin rapuh dan layu. Nampaknya PAS mula bimbang dan sangsi dengan hubungan DSAI dan Lim Kiat Siang yang kelihatan semakin akrab, semacam ada hidden agenda. DSAI pula terdesak dalam meraih sokongan dan dalam usaha mengekalkan kedudukan politik dan populariti beliau.
Sedarilah wahai Pakatan Rakyat, hancur atau majunya sesebuah negara adalah bergantung kepada kebijaksanaan dan kepakaran pemimpin politik parti itu. Justeru itu, janganlah terlalu ghairah menunjukkan kehebatan dan kekuatan sehingga tidak menyedari maruah bangsa dan agama berada diambang kemusnahan. Renungkanlah.

Sampai Bila Orang PAS Akan Terus Dipermainkan?

Pada 27 Mac 2008, YB Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS Shah Alam) menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan 'Allah' untuk merujuk kepada kalimah 'God' dalam Kristian dan ajarannya. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan 'Allah' hanyalah terjemahan kepada perkataan 'God'. Pada 27 Disember 2007, dalam satu majlis sambutan hari Krismas di Klang, Irene Fernandez (Bekas Timbalan Ketua Wanita PKR) mempersoalkan kenapa 'Allah' tidak boleh digunakan dalam akhbar Herald Tribune edisi Bahasa Inggeris. Selepas 19 hari menang sebagai Ahli Parlimen, Khalid Samad pula seolah senada dengan Irene Fernandez. Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai Ketua Pakatan Rakyat berada sama dalam majlis di Klang ketika Irene mempersoalkan kalimah 'Allah'. Mengapa Anwar diam dan tidak menegur ketelanjuran yang dilakukan oleh Irene dan Khalid?
Teresa Kok juga telah berjaya menaikkan nama jalan yang disukainya di Jalan Bukit Bintang, tanpa tulisan jawi sepertimana cadangan asal DBKL. Pada 26 Jun 2008, Teresa Kok mengepalai satu petisyen penduduk di Puchong kepada Datuk Satim Diman (ADUN Seri Kembangan) mencadangkan agar azan diperlahankan kerana didakwa menggangu ketenteraman penduduk. Ianya sama seperti cadangan Tan Seng Giaw (Ahli Parlimen Kepong) dalam parlimen pada tahun lepas. Di manakah Hassan Ali (Exco dari PAS) dalam hal ini? Bukankah tindakan itu jelas jelas menentang Islam? Mengapa Penasihat Pakatan Rakyat tidak menegur pun mereka? Sampai bila orang orang PAS akan terus dipermainkan dalam Pakatan Rakyat antara DAP dan PKR? Dalam perkara ini, apakah kita lebih pentingkan ego parti dari soal agama dan maruah bangsa?
AZRINIZAM BIN IBRAHIMPresiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
*********************************************************************************

Sampai bila PKR dan PAS di bawah Pakatan Rakyat akan menjadi kambing tunggangan DAP? Adakah mereka sedar atau buat-buat tak sedar bahawa mereka telah digunakan oleh DAP untuk mencapai kepentingan dan hasrat mereka. Nampaknya DAP terus dan terus menghimpit dan memaksa kedua-dua parti ini untuk mempertikaikan keistimewaan Melayu dan Agama Islam. Tulip merasakan PKR dan PAS lebih mirip memperjuangkan kuasa dan kedudukan daripada menegakkan objektif dan prinsip perjuangan parti politik mereka. Ketakutan kehilangan kuasa dan kedudukan menyebabkan mereka menjadi kurang matang dalam perancangan dan tindakan. Jika perkara begini berlaku, Tulip bimbang, kemungkinan besar sistem pemerintahan dan kepentingan Melayu akan bertukar kepada sistem demokrasi negara Barat yang tidak prihatin terhadap agama dan bangsa.

Ariff Shah Calon BN

BUTTERWORTH: Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah, 52, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh (P44), pada 26 Ogos ini. Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN Permatang Pauh di Pusat Konvensyen Sunway Carnival di Seberang Jaya di sini, malam tadi.
Najib yang juga Pengarah pilihan raya kecil itu berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan beliau sudah memperhalusi dan membuat pertimbangan dari pelbagai sudut dan kriteria untuk memilih calon BN. “Walaupun menghadapi kesukaran, keputusan perlu dibuat dengan mengambil kira keadaan setempat. Kalau memilih orang luar, akan banyak masalah. Kalau pilih orang dalam pun juga ada masalah tetapi keputusan perlu dibuat. "Jadi, bagi pihak Presiden Umno dan juga Pengerusi BN, saya umumkan calon BN adalah Datuk Arif Shah," katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 3,000 penyokong BN yang memenuhi pusat konvensyen itu.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan keputusan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, mengosongkan kerusi berkenaan bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menetapkan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon pilihan raya kecil itu. Dalam ucapannya, Najib menasihatkan pemimpin yang tidak terpilih supaya tidak kecewa, sebaliknya terus bekerjasama untuk memastikan kemenangan BN. “Saya nak kata di sini, kalau yang tidak terpilih sebagai calon, bukan bererti sudah kelam masa depan. Kalau kita pilih, bukan bererti beliau juga disahkan sebagai ketua bahagian.
"(Pemilihan) bahagian dan politik perlu dipisahkan untuk pastikan kerja bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Jangan ada pertimbangan lain," katanya. Beliau juga menasihatkan
calon BN supaya mengetepikan segala soal pemilihan peringkat bahagian dan bekerjasama sebagai satu pasukan. "Jangan sombong dan perlu merendah diri dalam menyusul parti," katanya yang turut meminta maaf bagi pihak Perdana Menteri kepada mereka yang tidak terpilih sebagai calon. Pada sidang media selepas itu, Najib berkata, pemilihan Arif Shah bukan satu tradisi Umno, tetapi tidak ada halangan dan tidak bertentangan dengan perlembagaan bagi seorang Adun untuk bertanding kerusi Parlimen. Katanya, pemilihan Arif Shah dibuat berdasarkan kejayaannya pada pilihan raya umum lalu dan mampu memberi khidmat kepada pengundi. "Pembangkang pun buat, termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng yang menjadi Adun Air Puteh dan Ahli Parlimen Bagan). Bagi pembangkang, ia bukan satu perkara luar biasa," katanya.
Sumber: Berita Harian, 14 Ogos 2008
*********************************************************************************
Penantian yang ditunggu-tunggu telah pun terjawab. Pengumuman YAB Timbalan Perdana Menteri berkenaan calon Permatang Pauh iaitu YB Dato' Ariff Shah Omar Shah telah menjawab spekulasi yang timbul. Tulip merasakan YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri telah mengambil keputusan yang tepat dengan membuat pertimbangan daripada pelbagai sudut serta kesannya pada penduduk setempat.
Tulip juga sempat berbual dengan pengundi-pengundi Permatang Pauh bertanyakan pendapat mereka berkenaan calon BN ini. Kebanyakan mereka begitu gembira dengan pengumuman tersebut dan menyifatkan beliau sebagai pemimpin masyarakat yang mesra rakyat dan dekat dihati pengundi. Kebolehan beliau bertutur pelbagai bahasa menyebabkan penduduk di Permatang Pauh yang terdiri daripada pelbagai kaum begitu senang dengannya. Sehubungan itu,Tulip dan juga rakyat Permatang Pauh mengharapkan YB Dato' Ariff Shah akan membawa perubahan dan dapat mengubati hati rakyat yang kecewa dengan PKR kerana tiada satu pun pembangunan dibawa ke kawasan itu selepas tiga penggal memerintah. Permatang Pauh memerlukan seorang wakil rakyat yang dapat mendengar masalah rakyat sekaligus dapat membela nasib rakyat di kawasan tersebut.

Wednesday, August 13, 2008

Nasihat Kepada Pengundi Permatang Pauh- Anwar Ibrahim Adalah Penyambung Lidah Lim Kit Siang (DAP) Dan Lee Kuan Yiew (PAP)

Pengundi-pengundi Permatang Pauh termasuk Melayu, Cina dan juga India perlu mengimbas kembali pencapaian-pencapaian BN yang diterajui oleh UMNO selama 51 tahun, sejak 1957 Malaya Merdeka. Pencapaian-pencapaian yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin UMNO iaitu Almarhum-Almarhum YAM Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein dan pemimpin-pemimpin yang terkini Tun Dr. Mahathir dan YAB Perdana Menteri sekarang, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, sangat-sangatlah besar dan perlu dikagumi.
Pemimpin-pemimpin utama ini adalah masyhur di luar negara terutama di blok negara-negara Islam, Afrika, Asia Timur dan juga negara-negara yang bersikap sosialis seperti Rusia. Amerika Syarikat pun melalui pemimpin-pemimpin mereka seperti mendiang Presiden Lyndon B Johnson yang pernah melawat Malaysia dan juga Felda Malaysia di Labu, Negeri Sembilan, turut hormati kemajuan Malaysia. Skim felda telah berjaya menghancurkan niat jahat komunis yang cuba mengeksploitasi isu tanah di kalangan penduduk-penduduk Melayu dan juga Cina yang ketika itu perlukan tanah.
Pencapaian yang dibuat oleh UMNO sepanjang 50 tahun adalah hasil-hasil pemimpim-pemimpin Melayu yang ikhlas dan jujur melaksanakan amanah rakyat Melayu, Cina dan India.
Pencapaian-pencapaiannya adalah seperti berikut:-
· Pengujudan RIDA (kini MARA) dan seterusnya pembentukan UiTM dimana 80,000 profesional Melayu dalam pelbagai jurusan telah dizahirkan. Dijangkakan 150,000 profesional bumiputera akan timbul dalam 10 tahun lagi.

· FELDA merupakan satu agenda besar UMNO di mana beribu-ribu Orang Melayu telah diberi tanah secara terurus untuk membela nasib dan ekonomi mereka. Kini, FELDA merupakan model yang di kaji luas oleh negara-negara sedang membangun seperti di Afrika dan Amerika Latin

· Universiti tempatan telah bertambah daripada dua ke sembilan belas bertujuan membanyakkan anak-anak Melayu mendapat pelajaran tertinggi dalam proses meningkatkan modal insan. Universiti ini juga terdapat di Sabah dan Sarawak bagi menunjukkan bahawa Kerajaan tidak menganaktirikan mana-mana negeri di bawah Kerajaan Barisan Nasional;

· Pemantapan ekonomi dan kewangan Malaysia sentiasa terkawal dan justeru, berterusan dalam rangka RMK1 hingga RMK9. Dengan adanya perancangan mantap dan jitu, maka Malaysia melalui BN akan mencapai matlamat menjadi negara membangun.

· Malaysia selamat dari tekanan penyangak-penyangak matawang seperti Soros dan kuncu-kuncunya di dalam bank tempatan bertujuan jahat untuk menjadi Malaysia bankrap dan bergantung kepada Bank Dunia yang 70% dimiliki oleh Amerika Syarikat. Pendekatan Malaysia untuk pegging ringgit USD benar-benar menghancurkan. Niat jahat penyangak-penyangak berkenaan.
Pengundi-pengundi perlu ingat bahawa pencapaian-pencapaian di atas ini dilakukan sebelum Anwar Ibrahim masuk kabinet. Anwar Ibrahim lebih banyak memporak-perandakan negara dan ekonomi semasa dan selepas dalam Kerajaan. Berhati-hatilah dalam tindakan tuan-tuan semasa mengundi kerana menurut pemerhati-pemerhati politik bahawa Anwar Ibrahim boleh membahayakan negara dalam apa peranan yang beliau mainkan.

Pemikir Negara

Pengundi Permatang Pauh Jangan Tertipu

Anwar Shaari, Ezam Mohd Noor dan Dato' NallaKarupan bukan asing lagi dalam Pakatan Rakyat. Mereka adalah bekas pemimpin Parti Pakatan Rakyat yang setia dan akur dengan DSAI. Akhirnya, mereka sedar bahawa ketuanya sudah melencong daripada perjuangan asalnya untuk membela nasib rakyat sebaliknya kemaruk untuk menggapai impiannya untuk menjadi Perdana Menteri. Justeru itu, mereka mengambil keputusan nekad untuk meninggalkan PKR dan memasuki UMNO yang lebih jelas dan tersusun perjuangannya untuk membela nasib rakyat.
Kemasukan ketiga-tiga pemimpin PKR ini dilihat sedikit sebanyak mengubah lanskap politik negara. Pelbagai reaksi positif dan negatif yang ditunjukkan oleh rakyat dan juga parti-parti lain berhubung kemasukan tersebut. Bagi UMNO, kemasukan Ezam memberi semangat baru dan membantu kepada kekuatan parti. Ezam Mohd Noor adalah orang kanan DSAI dan mereka dikatakan begitu akrab kerana telah mengenali DSAI hampir 30 tahun bermula daripada UIA. Ezam sanggup menemani DSAI ke mana sahaja sehingga ke luar negara demi memperjuangkan nasib Orang Melayu yang menjadi asas kepada penubuhan negara. Kesetiaannya kepada DSAI dan parti menyebabkan beliau dipenjarakan di bawah Akta ISA semata-mata untuk memperjuangkan ideologi PKR. Walaubagaimanapun, setelah keluar daripada penjara, DSAI masih lagi tidak memperjuangkan asas penubuhan Malaysia sebaliknya melanggar asas penubuhan negara. Ini penyebab utama mereka kecewa dengan ketua mereka yang selami ini mereka sanjung.
Sehubungan itu, Tulip menyeru kepada pengundi Permatang Pauh yang terdiri daripada pelbagai kaum supaya berfikir dan menilai secara bijak ketika membuang undi. Jangan terpedaya dengan pembohongan DSAI yang cuba meracuni dan memesong pemikiran rakyat agar mengundi beliau. Sudah terbukti pada pilihan raya lepas, manifesto PKR tidak dilaksanakan secara menyeluruh. Pelbagai alasan dan helah diberikan untuk menutup kelemahan mereka. Ayuh, pengundi Permatang Pauh, fahamilah segala pembangunan, kestabilan ekonomi dan politik yang selama ini dikecapi adalah hasil usaha pemimpin Barisan Nasional bukannya Pakatan Rakyat.

Monday, August 11, 2008

Saudara Baru: Forum Sia-Sia

KUALA TERENGGANU 10 Ogos - Golongan saudara baru menganggap tindakan Majlis Peguam menganjurkan forum Memeluk Islam sebagai cubaan menghalang syiar Islam di negara ini.
Bagaimanapun, langkah itu sia-sia kerana mereka yang memeluk Islam melakukannya secara sukarela dan bukannya melalui paksaan.Mereka berpendapat, cubaan untuk menghalang syiar Islam tidak akan berjaya kerana daripada pengalaman mereka sendiri, keindahan ajaran Islam itu merupakan daya tarikan utama yang menyebabkan seseorang itu memeluk Islam.
Malah, kecintaan dan keyakinan terhadap Islam menyebabkan tiga saudara baru; Mohd. Fitri Abdullah, Husaini Abdullah dan Ann Wan Seng berusaha mendalami ajaran tersebut sehingga kini bergelar pendakwah di Perkim. Mohd. Fitri Abdullah berkata, beliau lega apabila forum itu ditamatkan lebih awal kerana ia jelas merupakan cubaan Majlis Peguam untuk menghalang orang ramai memeluk Islam.

Beliau berkata demikian dalam forum Perbandingan Agama di sini malam tadi sempena perasmian Kelab Perkim Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) yang dirasmikan oleh Naib Yang Dipertua Perkim Kebangsaan, Prof. Emeritius Datuk Dr. Aripin Suhaimi. Bagi Husaini Abdullah yang telah 10 tahun memeluk Islam, ketaatan keluarga angkatnya terhadap ajaran agama itu membuka hatinya untuk memeluk Islam sedangkan sebelum itu beliau berazam untuk mengkristiankan mereka.

Ahli Majlis Perkim Kebangsaan, Ann Wan Seng pula berkata, salah faham tentang Islam ialah agama itu sering dikaitkan dengan orang Melayu.Beliau yang telah 12 tahun memeluk Islam menjelaskan, salah faham itu perlu diperbetulkan supaya kaum lain tidak beranggapan agama itu hanya untuk kelompok tertentu.
Sumber : Utusan Malaysia, 10 Ogos 2008
*********************************************************************************
Forum "Memeluk Islam" anjuran Majlis Peguam Negara yang diadakan secara terbuka telah menimbulkan kekecohan. Majlis Peguam Negara dilihat tidak menghormati keputusan yang diambil oleh semua kaum, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Amalan terbuka yang sering diuar-uarkan oleh YAB Perdana Menteri nampaknya disalahgunakan oleh Majlis Peguam Negara sehingga berani mempersoalkan agama Islam. Jika ia tidak ditangani segera, dikhuatiri akan mengancam keselamatan dan kestabilan politik negara. Justeru itu, Tulip setuju dengan cadangan pemimpin politik dan pertubuhan bukan Kerajaan(NGO) untuk menguatkuasakan Akta Hasutan dan ISA.
Tulip merasakan inilah masa yang sesuai untuk Kerajaan menggunakan Akta Hasutan dan ISA kerana sikap berlembut dan toleransi yang diambil kerajaan dalam isu sensitif keagamaan dan perkauman boleh membahayakan perpaduan kaum di negara ini. Peringatan untuk Majlis Peguam Negara, jangan cuba bermain api dengan memainkan sentimen Orang Melayu dan Agama Islam. Kehadiran 1000 orang Islam yang menentang pelaksanaan forum tersebut membuktikan umat Islam tidak akan berdiam diri apabila agama Islam diperkotak-katikkan. Ini menjadi pengajaran kepada pihak lain yang mempunyai niat untuk mempertikaikan tentang agama Islam dan keistimewaan Orang Melayu.

Tuesday, August 5, 2008

Siasatan Menyeluruh Punca Keretakan Semula MRR2



PEKAN 3 Ogos _ Kerajaan akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengesan punca keretakan pada tiang jejambat Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Kepong, Kuala Lumpur.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga akan mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan memancing di Kuala Pahang di sini hari ini. - Utusan Malaysia
**********************************************************************************
Keretakan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) buat kali kedua, membangkitkan perasaan marah dan ketidakpuasan hati rakyat. Masalah ini akan mewujudkan pelbagai andaian negatif terhadap Kerajaan. Keretakan yang pertama berlaku pada tahun 2006, menelan belanja hampir 70 juta.
Justeru itu, Tulip setuju benar dengan keputusan Kerajaan untuk menjalankan siasatan dan mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab berhubung masalah tersebut.
Apa yang diharapkan, supaya pihak bertanggungjawab berhati-hati dan memastikan masalah yang sama tidak berulang kembali. Masalah ini boleh dielakkan sekiranya pihak tersebut memastikan apa yang dibaikpulih itu teguh dan tidak akan berlaku sebarang kerosakan dan keretakan lagi. Jangan sampai pisang berbuah tiga kali. Nanti akan mengguris kembali perasaan rakyat. Keretakan hati rakyat ini sekaligus boleh menggugat keyakinan rakyat, bukan saja keyakinan untuk menggunakan MRR2 dengan rasa selamat, malah menggugat keyakinan rakyat kepada kerajaan.

Friday, August 1, 2008

Jalan Menuju Putrajaya Masih Jauh Bagi Pakatan Rakyat

Penantian rakyat Malaysia untuk mengetahui di manakah DSAI akan bertanding untuk Pilihan Raya Kecil telah pun terjawab. Keputusan Presiden PKR, Datuk Wan Azizah Wan Ismail untuk meletak jawatan serta merta sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh telah menjawab spekulasi yang timbul sebelum ini. Tulip sudah menjangkakan Datuk Wan Azizah akan memberi laluan kepada suaminya. Adakah semua ini dibuat untuk merealisasikan impian suaminya yang mengidamkan jawatan Perdana Menteri atau atas desakan suaminya yang mahu mengalih tumpuan rakyat terhadap kes liwat. Ternyata DSAI seorang yang cukup pandai bersandiwara dan cakap tidak serupa bikin. Ura-ura menyatakan beliau akan bertanding di kerusi Bandar Tun Razak, Gombak dan Kulim. Sebaliknya memilih Permatang Pauh. Mengapa pilih Permatang Pauh? Mungkin ini tempat yang paling strategik untuk beliau menang besar.
Anwar terkenal dengan sikapnya yang suka berbohong dan berpura-pura. Beliau pandai menggunakan kesempatan dan peluang yang ada untuk memperkukuhkan kedudukan politik beliau. Tindakan Anwar yang sering mendakwa beliau hanya menunggu masa merampas kuasa, sebenarnya bertujuan mengekalkan popularitinya sebagai pemimpin pembangkang. Anwar menggunakan isu liwat untuk meraih sokongan dan simpati rakyat supaya menyokong beliau sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh. Dengan alasan wujud konspirasi untuk menjatuhkan karier politik beliau sekaligus menggagalkan impian beliau untuk menjadi Perdana Menteri.
Adakah angan-angan Anwar untuk menuju ke Putrajaya 16 September ini akan berjaya atau sekadar angan-angan kosong. Kita tunggu dan lihat. Kepada rakyat Permatang Pauh jangan terlalu taksub dan fikir sedalam-dalamnya untuk memangkah beliau dalam Pilihan Raya Kecil ini. Adakah anda mahu melihat negara tercinta ini dijajah oleh negara asing, gara-gara Anwar yang bersekongkol dengan Yahudi dan talibarut Amerika. Renung-renungkanlah.

Laporan Kesihatan Hospital Pusrawi Tidak Valid (II)

Oleh: Dr Novandri Hasan Basri

Sejak kelmarin, penulis telah menerima banyak e-mel daripada rakan-rakan yang mengepilkan bahan berita mengenai Anwar Ibrahim.Topiknya ialah mengenai dakwaan Anwar Ibrahim bahawa Saiful Bukhari tidak diliwat berdasarkan kepada satu salinan laporan kesihatan daripada Hospital Pusrawi.
Menurut laporan tersebut, pemeriksaan digital (PR) pada dubur (anal) Saiful, tidak menunjukkan sebarang tanda yang mencurigakan atau force entry disebabkan oleh sesuatu benda seperti pendarahan, nanah dan sebagainya.Ramai yang keliru. Ramai juga yang mengutuk kerajaan kerana ia kononnya satu konspirasi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim. Tetapi mereka juga menanyakan pandangan penulis sebagai seorang doktor.
Di bawah ini adalah jawapan penulis:-Di dalam salinan laporan yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim kepada dunia, simptom utama yang ditulis oleh doktor itu ialah tenesmus x 1/52 (satu minggu)Dan seperti yang penulis katakan sebelum ini, dakwaan ‘alleged assault’ seperti tidak penting dan ditulis di satu sudut di hujung kertas tersebut.Sungguh pelik dan mencurigakan!
Tenesmus is the constant feeling of the need to empty the bowel, accompanied by pain, cramping, and involuntary straining efforts. Pain - passing stool; Painful stools; Difficulty passing stool.Tanya diri sendiri, berapa orangkah di antara anda yang pernah ke klinik atau hospital kerana tenesmus seperti Saiful Bukhari?Dan berapa orangkah di antara anda pernah disuruh doktor untuk membuka seluar, baring menghadap dinding dan kemudiannya terasa jari di masukkan ke dalam duburnya kerana mengadu sakit di bahagian itu?Tentu jarang sekali.
Dan apabila doktor hendak melakukan prosedur itu, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menerangkan prosedurnya dan kemudian meminta izin (consent).Tetapi prosedur itu hanya untuk kes-kes yang biasa.Dan biasanya, penyakit-penyakit yang disyaki ialah buasir (piles) atau pun luka (fissure) di mana ianya boleh disyaki terlebih dahulu dengan mendapatkan sejarah mengenai simptom tersebut daripada pesakit tersebut sebelum melakukan pemeriksaan fizikal.Akan tetapi, peranan seorang doktor biasa (yang bukan pakar perubatan) yang bekerja dengan swasta terhenti setakat mendapatkan informasi sahaja apabila pesakit mengatakan bahawa beliau telah di assault atau menjadi mangsa seksual. (kecuali kes-kes yang membahayakan pesakit seperti pendarahan yang banyak.)
Malah, apabila Saiful menerangkan kepada doktor itu bahawa benda tumpul telah dimasukkan ke dalam anus beliau, doktor tersebut sepatutnya telah faham yang beliau tidak berkelayakan untuk meneruskan sebarang pemeriksaan fizikal terutamanya di bahagian-bahagian badan yang paling disyaki seperti dubur (anal).
Tetapi doktor di Hospital Pusrawi dilaporkan masih juga melakukan pemeriksaan ke atas Saiful.Tidakkah itu merupakan satu tindakan yang mungkin boleh merosakkan bukti, mencurigakan dan tidak masuk akal ? Tentu sekali.Seperkara lagi, diagnosis yang ditulis oleh doktor itu ialah TRO (to rule out) assault (sodomise).Maksudnya doktor tersebut tidak sekali-kali telah membuat diagnosis yang tepat (mengatakan bahawa Saiful tidak diliwat), cuma Saiful perlu ke hospital kerajaan untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih terperinci dan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Dan hari ini, yang berlagak pandai seperti seorang doktor ialah Anwar Ibrahim, Raja Petra dan beberapa orang lagi yang membuat rumusan sendiri hanya berdasarkan findings pemeriksaan anal seorang doktor biasa!Dalam hal ini, penulis tidak sangka yang Anwar Ibrahim sanggup mementaskan drama yang berkualiti rendah dan semurah ini.Seperkara lagi, kesahihan kesinambungan bentuk tulisan di atas laporan itu juga merupakan satu perkara yang amat mencurigakan.Penulis mengaku bahawa tulisan doktor biasanya ‘tercantik’ di dalam dunia dan sukar untuk dibaca tetapi jika kita amati, terdapat dua (2) corak tulisan yang jelas berbeza di dalam satu mukasurat yang sama.Ini juga amat mencurigakan.