Wednesday, January 21, 2009

SUSUN STRATEGI PIKAT RAKYAT

Najib arah pemimpin BN ubah pendekatan dekati pengundi

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak mengingatkan semua pemimpin Barisan Nasional (BN) supaya bangkit dan segera menyusun strategi serta melakukan perubahan jika tidak mahu ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang. Timbalan Perdana Menteri berkata, setiap pemimpin BN perlu berusaha memastikan semua program kerajaan dapat memenuhi keperluan rakyat, dapat dilaksanakan sebaiknya supaya parti itu sentiasa dekat di hati.
"Kita tidak boleh berterusan duduk dalam zon selesa, sebaliknya perlu mengubah paradigma dan mengubah cara serta pendekatan berpolitik supaya ia sentiasa berorientasikan rakyat. "Jika gagal menangani cabaran ini dengan cemerlang, kita akan menerima hukuman pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak," katanya berucap merasmikan majlis pelancaran buku Politik Baru karya Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah di sini, semalam. Hadir sama Saifuddin; Pengerusi Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), Datuk Wan Hashim Wan Teh dan Pengarah Urusan ITNM, Mohd Khair Ngadiron.
Najib berkata, BN tidak boleh sekali-kali membiarkan gejala jurang keterpisahan wujud di antara aspirasi rakyat dan hala tuju kerajaan. "Rakyat sudah matang menilai pemimpin. Mereka tidak mahu lagi didendangkan lagu sumbang mengenai retorik perubahan tetapi hampa isi di dalamnya. Mereka mahukan perubahan berlaku," katanya. Sementara itu, pada sidang media selepas majlis penyerahan dokumen perjanjian bagi penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air Negeri Sembilan, beliau berkata, pemimpin Umno mesti menampilkan imej baru terutama berkaitan hubungan parti dengan rakyat. "Saya selalu menekankan soal ini dan kita perlu buat pada semua peringkat. Rakyat tengok interaksi dengan pemimpin dan interaksi peringkat akar umbi boleh menentukan hubungan dengan pemimpin," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Umno perlu berusaha mengembalikan faktor `penarik' dalam parti itu bagi memastikan ia mampu terus menarik sokongan rakyat sekali gus menepis pelbagai tanggapan negatif. Sambil menolak kaitan kekalahan BN pada pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu dengan mana-mana individu, Najib berkata, ada beberapa faktor yang patut diambil kira. "Kita mesti insaf keputusan rakyat dan melakukan muhasabah dengan serius. Antaranya ialah perubahan pada budaya dan imej Umno sendiri, nilai dan sikap kepemimpinan Umno yang perlu dipertingkatkan dan menampakkan budaya yang selesa pada rakyat dan boleh memikat hati rakyat," katanya. Ditanya mengenai seorang naib ketua Umno bahagian di Perak antara tiga orang yang akan didakwa di mahkamah esok atas tuduhan rasuah ketika pemilihan Umno, Najib berkata, semua ahli Umno mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh parti dan tidak terbabit dalam politik wang.
*****************************
Tulip Desa
Kemenangan calon PAS, Abdul Wahid Endut dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu dengan majoriti undi sebanyak 32,883 berbanding dengan calon Barisan Nasional, Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebanyak 30, 252 sedikit sebanyak memberi tamparan hebat kepada Barisan Nasional. Walaupun perbezaan undi meningkat sehingga 2,631 tetapi undi yang diterima sebanyak 30,252 memberi isyarat bahawa Barisan Nasional masih relevan.
Kekalahan Barisan Nasional ini merupakan hukuman daripada rakyat yang mahukan Barisan Nasional bangkit daripada zon selesa. Barisan Nasional sewajarnya merancang strategi yang dapat mengembalikan faktor penarik bagi mengembalikan sokongan rakyat yang dilihat semakin pudar.
Pemikiran rakyat sekarang bukan ditakuk lama, mereka semakin bijak dan matang dalam menilai pemimpin. BN seharusnya mempertingkatkan strategi untuk mendekati dan mendapat sokongan pengundi terutamanya golongan muda. Golongan muda tidak mudah dipengaruhi dengan soal-soal pembangunan kerana mereka lebih matang, berpendidikan serta terdedah kepada faktor globalisasi.
Sehubungan itu, Tulip menggesa agar kepimpinan tertinggi Barisan Nasional perlu bertindak segera mengubah paradigma supaya program yang dilaksanakan dapat mendapat tempat di hati rakyat. Kegagalan mengubah budaya dan sikap dalam berpolitik serta cara berkempen, dikhuatiri Barisan Nasional tidak menjadi pilihan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Wednesday, January 7, 2009

TOLAK PAS DI KUALA TERENGGANU

Gambar: Http://www.masterdedah.com

Inilah nasib rakyat jika memangkah PAS. Tiada pembangunan, hidup dalam kesusahan. Tulip bukan mereka-reka cerita tetapi ini pengakuan yang dibuat oleh Wahid Endut sendiri bahawa sepanjang pentadbiran PAS pada 1999-2004, tiada pembangunan yang di bawa oleh PAS di negeri Terengganu.
Mereka memang gah sebelum pilihan raya dengan menjanjikan yang terbaik untuk rakyat apabila mendapat kemenangan. Ternyata itu pembohongan semata-mata, tiada perubahan yang dilakukan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya orang Melayu dan Islam seperti yang berlaku di negeri Perak, Kedah dan Kelantan.
PAS hilang kuasa dek kerana dikuda-kudakan oleh komponen dalam Pakatan Rakyat. Mereka sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama demi kelangsungan politik mereka. Lihatlah nasib Orang Melayu di Perak yang dipinggirkan oleh Kerajaan Negeri di mana ada usaha-usaha untuk menghakis hak Orang Melayu dan Islam. Pembaharuan yang dilaksanakan tidak dirasai oleh semua bangsa di negeri tersebut.Inilah hasil yang dibawa olen Menteri Besar Perak selama 10 bulan memerintah.
1. Sekolah private Cina diberikan tanah 200 ekar untuk diniagakan berharga jutaan ringgit
2.KAMPUNG BARU (Penempatan baru Orang Cina WAwaktu zaman \komunis) mendapat geran untuk 999 tahun – KAMPUNG MELAYU hanya 99 tahun. Mana Hak Melayu??? Usaha Menghakis Hak Melayu!
3.Mengubah dasar pengambilan pekerja bagi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Perak. Kouta baru bagi pengambilan pekerja bagi SPA ialah dengan nisbah 5 Cina, 3 India dan hanya 1 Melayu.
4.Pengubahan polisi Pelan Susunatur Perumahan yang tidak memberi keistimewaan langsung kepada agama Islam yang mewajibkan rezab Masjid/Surau mesti disediakan oleh pemaju perumahan : Strategi meminggirkan melayu & Islam.
5.Mengarahkan borang permohonan tanah dicetak dalam bahasa cina dan tamil bagi memudahkan mereka yang tidak tahu berbahasa Melayu untuk memohon. Jikalau sudah berpuluh tahun tinggal di Malaysia tapi masih tidak tahu bahasa Melayu adakah mereka ini boleh dianggap rakyat Malaysia dan layak memohon tanah?, Strategi bagi tanah dimiliki lebih banyak kepada bukan bumi.
Adakah pengundi Parlimen Kuala Terengganu hendak menerima nasib yang sama seperti Orang Melayu di Perak dan Pulau Pinang yang dianaktirikan di tanah air sendiri. Oleh itu, sedarlah wahai pengundi Kuala Terengganu kesilapan kita memilih pemimpin, menyebabkan generasi akan datang yang akan menerima akibatnya. Renung-renungkanlah.

Monday, January 5, 2009

Kanak-Kanak Tadika Mangsa Kerakusan Pakatan Rakyat

Apakah dosa kanak-kanak Tadika KEMAS Perak sehinggakan mereka tidak dapat meneruskan persekolahan ekoran tindakan Pakatan Rakyat Perak mengunci pintu dewan kelas Tadika Kemas. Tulip begitu sedih dengan nasib kanak-kanak tersebut, yang menggambarkan sikap tidak berperikemanusiaan Pakatan Rakyat yang terlalu mementingkan kuasa. Tidak sewajarnya kanak-kanak dijadikan mangsa akibat perbezaan fahaman politik.Jelas Pakatan Rakyat mahu mengikut jejak langkah kerajaan PAS Terengganu yang bertindak menutup tadika semasa memerintah Terengganu suatu masa dahulu.
Slogan "Kerajaan Kebajikan" yang didendangkan oleh Pakatan Rakyat adalah gimik politik semata-mata. Pembangkang memang bijak menabur janji dan akan terus berjanji demi kepentingan survival politik mereka. Setelah mereka mendapat kuasa, segala janji tinggal janji, yang tinggal hanya keperitan yang ditanggung oleh rakyat ekoran kerakusan pemimpin Pakatan Rakyat.
Bukankah menyediakan prasarana untuk pendidikan adalah satu tanggungjawab dan hak rakyat? Tidakkah Pakatan Rakyat berasa malu kerana semua perbelanjaan pendidikan Negeri Perak menggunakan wang daripada Kerajaan Persekutuan. Pakatan Rakyat hanya pandai mengkritik dan membantah apa sahaja yang dilakukan oleh Kerajaan demi untuk kebajikan rakyat.Pada hemat Tulip, tindakan Menteri Besar Perak keterlaluan kerana dewan berkenaan dibina dengan dana Kerajaan Persekutuan.
Sedarkah Pakatan Rakyat bahawa tindakan mereka akan menambahkan kebencian rakyat. Justeru itu, Tulip menyeru supaya pengundi Parlimen Kuala Terengganu, menolak Pakatan Rakyat supaya kita tidak mengalami nasib yang sama seperti rakyat di Negeri Perak.

Friday, January 2, 2009

PAS Berselindung Di Sebalik Isu Agama

Apa hendak jadi dengan PAS? Perkara yang haram di anggap betul sebaliknya perkara yang halal di anggap salah. Slogan yang sering dilaungkan untuk "membangun bersama Islam" nampaknya umpama melepaskan batuk di tangga.Tulip sedih dengan tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang terlalu mengikut telunjuk DAP sehinggakan sanggup menggadai maruah bangsa dan agama. Beliau mengingkari keputusan Majlis Tanah Negara (MTN) dengan meneruskan pemberian hak milik tanah pegangan kekal kepada 11 penduduk Kampung Baru Sungai Rui di Gerik.
Nampaknya Menteri Besar Perak meminggirkan undang-undang yang telah termaktub dalam Kanun Tanah Negara (KTN) semata-mata untuk meraih sokongan politik. Mengapakah PAS bersungguh-sungguh menyokong isu pemilikan tanah di Perak sedangkan Orang Melayu Islam di Melaka dan Selangor derita dan mahukan pembelaan kerana kawasan kediamannya akan dijadikan kawasan penternakan babi. Inikah keadilan yang sering dilaungkan oleh Pakatan Rakyat.
Mudah sahaja jawapan Menteri Besar Perak, menyatakan bahawa kerajaan negeri akan berdosa sekiranya geran tanah hak milik kekal tidak diberikan kepada penduduk kerana ia adalah hak rakyat. PAS memang hebat dalam membicarakan isu dosa dan pahala bagi mengaburi hati rakyat. Bagaimana pula dengan janji PAS untuk menutup kilang arak dan menghapuskan gejala rasuah serta maksiat. Tidakkah berdosa jika tidak melaksanakannya.
Justeru itu, Tulip merayu kepada pengundi Kuala Terengganu jangan tertipu dengan dakyah PAS yang berselindung di sebalik isu agama untuk meracuni pemikiran pengundi. Ingatlah, undi anda akan menentukan nasib generasi akan datang.

SELAMAT TAHUN BARU 2009

Masih Tidak Terlambat, Untuk Tulip Mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2009. Semoga Allah S.W.T Memberikan Kita Kekuatan Dan Kesabaran Dalam Menempoh Hari Yang Mendatang. Amin.