Friday, February 27, 2009

PAS Mahu Hapuskan Keistimewaan Melayu


PAS pernah berikrar di hadapan persatuan Cina di Terengganu bahawa akan menghapuskan hak istimewa orang Melayu jika berkuasa dalam Utusan Malaysia, 15 September 1985. "Ini termasuklah tanah simpanan Melayu, Dasar Ekonomi Baru dan lain-lain dasar yang memperlihatkan semata-mata kepentingan orang Melayu. PAS berjanji semua kaum akan mendapat layanan yang sama rata" ucapan Haji Hadi Awang yang ketika itu menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu di hadapan 300 orang anggota masyarakat Cina di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Terengganu. Mengapa PAS sanggup bercakap sebegitu? Apakah semuanya semata-mata untuk memancing 300 undi sahaja?





Utusan Malaysia, 11 Mac 2008, mukasurat pertama. Tersenyum puas ayah dan anak ini berjaya menjayakan kata-kata Haji Hadi untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru di Pulau Pinang. DEB adalah antara salah satu janji yang pernah diucapkan oleh Haji Hadi Awang pada tahun 1985 lagi. Lim Guan Eng mendakwa DEB sebagai punca kronisme, rasuah dan tidak efisien. Sekarang apa yang berlaku di Pulau Pinang? Bukankah semakin banyak kilang ditutup? Ramai anak-anak Melayu yang terpaksa mencari pekerjaan lain akibat penutupan tersebut. Siapa pula yang menjadi taukeh kilangnya? Sesudah setahun memerintah Pulau Pinang, apakah dengan tiadanya DEB, Pulau Pinang sekarang adalah lebih baik daripada dahulu?
**************************************
Tulip Desa
Memang itulah agenda utama Pakatan Rakyat mahu memansuhkan DEB dan menghapuskan keistimewaan Orang Melayu. Di Pulau Pinang, nasib orang Melayu tidak terbela dan majoriti miskin tegar di Pulau Pinang adalah Orang Melayu begitu juga dengan negeri lain di bawah Pakatan Rakyat . Tiada agenda pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk meningkatkan taraf hidup Orang Melayu. Lim Guan Eng juga mengakui bahawa beliau gagal membasmi kemiskinan di Pulau Pinang.
Ini menggambarkan pemimpin Pakatan Rakyat tidak berkredebiliti untuk mentadbir negeri apatah lagi negara. Pemimpin Pakatan Rakyat lebih gemar menimbulkan kontroversi daripada melaksanakan manifesto yang dijanjikan dalam PRU ke-12. Baru setahun memerintah, sudah banyak masalah yang timbul, reputasi Pakatan Rakyat dilihat semakin merosot.
Pakatan Rakyat hanya pandai menghamburkan fitnah untuk menarik sokongan penyokong fanatik mereka untuk terus diperbodoh-bodohkan. Yang sedihnya, parti PAS yang memperjuangkan agama kononnya turut bersekongkol dengan DAP dan PKR untuk memusnahkan bangsa sendiri.Justeru itu, Tulip menyeru agar Orang Melayu bangkit untuk mempertahankan keistimewaan Orang Melayu supaya tidak terus diancam. Apa akan jadi dengan nasib cucu-cucu kita apabila keistimewaan melayu dihapuskan. Mereka akan menjadi terpinggir dan mengemis di negara sendiri. Kita jangan terus lena kerana kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.

DAP Usir Peniaga Di Pulau Pinang

************************************************************************
Tulip Desa

Tulip merasa simpati dan sedih dengan nasib yang menimpa peniaga di Pulau Pinang yang dihalau oleh Kerajaan Pulau Pinang (DAP) ekoran daripada tindakan Kerajaan Negeri merobohkan premis perniagaan yang mereka telah usahakan selama 30 tahun.

Dalam menghadapi kemelut ekonomi yang tidak menentu ini, seharusnya Kerajaan Negeri membantu rakyat bukannya meletak pasir di periuk nasi mereka. Inikah bukti Kerajaan prihatin dan membela nasib rakyat. Mana janji-janji DAP yang sering melaungkan ketelusan, integriti, tidak mengamalkan kronisme, neopatisme dan rasuah. Daripada pemerhatian Tulip, nasib Orang Melayu di Pulau Pinang semakin terabai dan terhimpit. Tiada apa-apa agenda yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu nasib orang Melayu.

Kepada rakyat Pulau Pinang, inilah padahnya memangkah Pakatan Rakyat yang cukup pandai menabur janji sehinggakan Orang Melayu tidak menyedari yang manis itulah yang akan menghancurkan bangsa Melayu. Sehubungan itu, jadikan kegagalan dan kesilapan itu sebagai panduan untuk kita mendapatkan peluang yang lebih baik. Insyaallah.


Monday, February 23, 2009

PAS SANGGUP MENGETEPIKAN UNDANG-UNDANG TUBUH PAS KERANA KUASA

RENUNG SEJENAK UNDANG-UNDANG TUBUH PAS

Dalam undang-undang tubuh PAS Bab Pertama (Fasal 2, Ceraian 2) telah menerangkan secara jelas perkara tersebut iaitu:

“Memperjuangkan cita-cita lslam dalam masyarakat dan urusan pemerintahan negara”. Sementara dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 1993) Bab Ketiga (Fasal 5, Ceraian 1) telah menyebutkan:


“Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah”.

KATA-KATA PENGASAS DAN PENGGERAK AWAL PAS :


“Kita adalah umat lslam, dengan sebab itu kita ingin melihat hukum-hukum Allah itu dapat dilaksanakan di bumi Allah ini."

Sumber: http://www.pilihanrayakini.com/

############################

Tulip Desa

PAS MENGHALALKAN:

- Projek mega penternakan babi di Selangor dan Kedah

- Menyokong MP Pakatan Rakyat mengamalkan hidup bebas

- Pusat hiburan dan kilang arak bebas beroperasi

-Negara Kebajikan tidak terlaksana

Nampaknya, PAS gagal melaksanakan perjuangannya untuk mewujudkan masyarakat dan pemerintahan yang menerapkan nilai-nilai hidup Islam. PAS sanggup mengorbankan Undang-undang Tubuh PAS demi mengukuhkan kedudukan politik mereka dalam Pakatan Rakyat. Undang-undang Tubuh PAS dilihat sebagai kosmetik untuk melengkapkan manifesto mereka.

Kelihatan rakyat marhaen semakin keliru dan ragu-ragu dengan ideologi yang dibawa oleh PAS yang dilihat semakin menyimpang dengan manifesto yang diperjuangkan. Jika dahulu PAS menyatakan "DAP umpama Syaitan"(akhbar Siasah, 2008),tetapi sekarang mereka menyatakan "DAP tidak pernah menipu PAS" . PAS semakin terdesak untuk mendapat sokongn politik sehinggakan sanggup menjual agama dan bangsa untuk mendapatkan kuasa.

Malaysia Masih Perlukan ISA

DARI kiri Faiz, Ismail dan Zabidi membicarakan mengenai ISA pada Majlis Bicara Tokoh di Kuantan, semalam


KUANTAN: Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) perlu dikekalkan kerana ia bukan hukuman tidak berperikemanusiaan seperti digembar-gemburkan pelbagai pihak, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Katanya, akta itu juga bukan menahan individu tertentu berlandaskan fahaman politik, sebaliknya lebih kepada pendekatan melindungi keselamatan negara dan ketenteraman awam. Beliau berkata, ISA masih diperlukan dan kekal relevan biarpun kewujudan asalnya mengekang ancaman komunis kerana negara masih terdedah ancaman lain mengikut perkembangan semasa.



"Desakan sesetengah pihak untuk memansuhkan ISA dianggap tindakan undur ke belakang kerana akta ini berjaya mengekang pelbagai ancaman terhadap negara. "Biarpun ancaman komunis sudah berakhir, kita masih memerlukan ISA bagi menangani ancaman keselamatan kumpulan pengganas atau militan, pelampau agama atau yang boleh menggugat ketenteraman awam sehingga menjejaskan ekonomi. "Banyak negara yang mempunyai undang-undang pencegahan seumpama ISA, malah memperkukuhkan undang-undang sedia ada bagi menangani ancaman negara," katanya pada Majlis Bicara Tokoh bertajuk 'Adakah ISA Satu Bentuk Penganiayaan?', anjuran Pertubuhan Penggerak Generasi Muda Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri, di sini, kelmarin.


Ismail turut menjadi seorang daripada tiga panel membicarakan isu ISA. Dua lagi panel jemputan ialah bekas tahanan ISA, Zabidi Mohamed yang juga bekas penasihat Undang-undang Al-Arqam dan bekas bendahari kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI) Faiz Abu Bakar Bafana. Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Sementara itu, Zabidi yang juga bekas Majistret dan peguam bagi kumpulan militan Al-Maunah berkongsi pengalamannya ketika ditahan di Kem Kamunting, Taiping, Perak selama dua tahun bermula 1994.


"Tindakan saya dan ahli Al-Arqam menyalurkan maklumat negara kepada negara lain merosakkan imej negara dan membahayakan rakyat," katanya. Beliau berkata, ISA sememangnya penting untuk menghentikan ketegangan kaum dan ancaman lain.

Sumber: Utusan Malaysia

**********************************************

Tulip Desa

Tulip berpandangan semua rakyat marhaen mempunyai pandangan masing-masing terhadap ISA. Pada hemat Tulip, ISA masih relevan untuk dilaksanakan di Malaysia kerana telah terbukti dapat menangani isu militan, pelampau agama dan anasir luar sejak merdeka sama ada secara sedar atau tidak. ISA merupakan undang-undang pencegahan yang digunakan bagi mengelakkan berlaku ancaman kepada ketenteraman awan dan keamanan yang dahulunya digunakan untuk mengekang pengganas komunis.Justeru itu, Tulip merasakan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) atau undang-undang pencegahan wajar dimantapkan lagi demi keselamatan dan kedaulatan tanah air tercinta.



Friday, February 20, 2009

Eliza tidak berdosa-PAS MERESTUI perbuatan Eliza dan Muslimah PAS berdiri teguh di belakang Elizabeth Wong!!!!!



Malunya bangsa dan agama ISLAM , wanita2 bertudung berdiri di belakang Elizabeth Wong di sidang akhbar. Nak pertahankan apa MAK CIK Oiiiii !!!!!!Apakah Zuraidah Kamaruddin dan Nuridah Salleh ( Ketua Muslimat PAS Pusat) wakil Nik Aziz, Hj Hadi dan pimpinan ulama PAS MERESTUI perbuatan tak bermoral YB PKR ini????





Malu, Tulip melihat sikap Ketua Muslimat PAS Pusat yang bersungguh-sungguh mempertahankan Cik Elizabeth Wong. Perjuangan PAS untuk membanteras segala kemungkaran, nampaknya sudah terbalik apabila menghalalkan dan melindungi peliwat, pemabuk dan penzina. Nampaknya muslimah PAS sudah mula mengikut jejak langkah Nik Aziz yang menggunakan nama Islam dengan menghalalkan apa yang haram. Apa dah nak jadi dengan dunia ni.

Muslihat Pakatan Rakyat

Sumber: Berita Harian

Tiada darurat, pilihan raya negeri di Perak: PM


PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam menegaskan kerajaan tidak akan mengisytiharkan darurat atau mengadakan pilihan raya negeri bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak. Perdana Menteri berkata, Barisan Nasional (BN) masih boleh menubuhkan kerajaan di negeri itu dan akan terus berfungsi serta menjalankan pentadbiran sebagai sebuah kerajaan sah seperti dikehendaki rakyat.

"Saya tidak nampak apa keperluan mewujudkan satu (pentadbiran) kerajaan seperti apa yang diwujudkan di Kelantan dulu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Dana Kemanusiaan Kanak-Kanak Gaza di Seri Perdana, di sini. Beliau mengulas kemelut terbaru politik Perak berikutan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V Sivakumar, menggantung dan melarang Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir serta enam ahli Exconya menghadiri sidang DUN, berkuat kuasa serta merta. Zambry digantung daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala enam ahli Exco itu pula selama 12 bulan.
Abdullah berkata, tindakan Speaker DUN dari Pakatan Rakyat itu bukan saja menyalahi undang-undang, malah tidak menghormati keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memperkenankan pelantikan Zambry dan Exco dari BN itu. "Saya anggap apa yang telah dilakukan oleh Speaker DUN Perak itu sebagai suatu yang menyalahi, satu tindakan membantah, menentang (dan) menolak apa yang telah dilaksanakan oleh Sultan Perak mengikut Perlembagaan Negeri Perak (dan) mengikut apa undang-undang yang terpakai mengenai perkara ini. "Walau apapun, kerajaan BN Perak akan terus berfungsi dan akan menjalankan pentadbiran sebagai mana yang dikehendaki rakyat dan yang boleh dilakukan oleh sebuah kerajaan yang sah yang ada pada hari ini," katanya. Perdana Menteri berkata, tindakan Sivakumar itu adalah muslihat Pakatan Rakyat untuk menumbangkan kerajaan BN Perak.

"Kita tahulah apa perancangan dan muslihat sebenar mereka dalam perkara ini. Apabila Dewan bersidang dan kalau Exco ini tidak boleh hadir, bermakna BN dan ahli dewan tentu tinggal bilangan yang kecil... 21 dan kalau ada undi mereka harap kemenangan akan berpihak kepada parti dalam Pakatan Rakyat. "Itu adalah muslihat dan tidak ada niat baik dalam tindakan mereka. Cuma niatnya ialah nak gulingkan kerajaan BN yang telah pun diwujudkan," katanya. Abdullah berkata, Speaker DUN Perak tidak boleh menghalang Zambry serta Exco berkenaan menghadiri sidang kerana mereka berhak berbuat demikian sebagai wakil rakyat.
Beliau berkata, Menteri Besar dan Exco terbabit dilantik oleh Sultan Azlan dan sudah mengangkat sumpah di hadapan baginda. "Mereka dilantik secara sah mengikut undang-undang. Jadi sebarang pandangan atau tindakan yang diambil oleh Speaker pada saya boleh dianggap tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak. Kerajaan negeri Perak diminta membuat aduan polis berhubung penggantungan itu kerana mereka berhak memasuki sidang DUN," katanya.
Perdana Menteri berkata, tindakan itu juga tidak akan disenangi rakyat Perak kerana ia adalah halangan kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mentadbir negeri. "Kita hendak beri perhatian kepada ekonomi kerana ini penting. Kita hendak beri perhatian kepada usaha menjayakan pelaksanaan pakej rangsangan RM7 bilion yang diumumkan pada November lalu dan selepas ini akan ada lagi satu (pakej rangsangan). "Jadi jika kita hendak rakyat mendapat manfaat daripada langkah ekonomi itu, maka kita mesti pastikan kerajaan tidak diganggu (supaya) boleh melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang diharapkan pada waktu ini," katanya.
*********************************************
Tulip Desa
Kerajaan Barisan Nasional masih beluam berada dalam zon selesa untuk memerintah Kerajaan baru Perak ekoran daripada sikap segelintir kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat yang cuba menggunakan tipu muslihatnya untuk menggulingkan Kerajaan BN. Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V Sivakumar, menggantung dan melarang Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir serta enam ahli Exconya menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta membuktikan bahawa Pakatan Rakyat tetap dengan pendiriannya untuk terus menghina dan menderhaka dengan Sultan.
Pihak pembangkang perlu tahu bahawa dalam membuat keputusan untuk melantik seorang MB dan Kerajaan Negeri baru, Paduka Seri Sultan Perak telah menggunakan dua kaedah utama iaitu suara majoriti ahli dewan undangan negeri dan pertimbangan raja pemerintah. Dengan itu jelas bahawa undi tidak percaya di lantai dalam DUN bukanlah satu-satunya mekanisma untuk menentukan pembentukan Kerajaan atau perlaihan kuasa di Perak.
Apa nak jadi dengan Pakatan Rakyat yang dilihat semakin ketandusan dan kekeringan idea untuk mempengaruhi rakyat sehinggakan sanggup menabur fitnah demi kepentingan survival politik mereka. Setahu Tulip, pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat pakar dalam ilmu undang-undang, tetapi sanggup menyembunyikan kebenaran dan menghalalkan yang haram demi mencapai matlamat mereka.

Wednesday, February 18, 2009

Foto Bogel Menjerat Diri


Akhirnya Elizabeth Wong, ADUN Bukit Lanjan dan juga Exco Kerajaan Negeri Selangor mengisytiharkan peletakan jawatannya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di Damansara pada 17 Februari 2009 jam 11.00 pagi. Elizabeth Wong melepaskan jawatannya sebagai ADUN Bukit Lanjan dan Exco Kerajaan Negeri Selangor ekoran daripada penyebaran secara meluas melalui Internet dan MMS berhubung foto dan rakaman video beliau sedang tidur dalam keadaan bogel. Dikatakan gambar itu diambil dari pelbagai sudut dalam keadaan intim.
Beliau juga turut membuat pengakuan dalam Malaysiakini pada 16 Februari 2009 mengenai kebenaran foto tersebut serta menyatakan kemungkinan gambar-gambar tersebut dirakam oleh seorang bekas teman lelakinya. Mungkinkah ADUN Bukit Lanjan ini mengamalkan gaya hidup bebas dan bersekedudukan dengan teman lelakinya? Nampaknya Pakatan Rakyat semakin bercelaru dengan isu-isu moral. Rentetan daripada itu, tiga bukit iaitu Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Bukit Lanjan bakal berentap dalam Pilihan Raya Kecil yang akan diadakan dalam masa terdekat ini.
Tulip menjadi hairan, mengapakah kepimpinan tertinggi DAP dan PKR tidak memberikan sebarang komen tentang perkara ini, sebaliknya kepimpinan PAS bermula dengan Nik Aziz dan Dr. Lo Lo' begitu bersungguh-sungguh mempertahankan Cik Elizabeth Wong ini. Barisan Nasional seolah-olah menjadi kambing hitam Pakatan Rakyat apabila mereka meletakkan semua kelemahan mereka kepada BN dengan mendakwa ini adalah rancangan BN untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.
Rakyat sudah bosan dengan gimik politik Pakatan Rakyat yang banyak menimbulkan kontroversi. Rakyat sudah muak dan hilang kepercayaan kepada Pakatan Rakyat kerana tiada pembangunan yang dibawa sebaliknya mereka tidak jemu bermain dengan isu. Isu derhaka dengan sultan belum pun reda, timbul pula isu baru, Elizabeth Wong. Itulah Pakatan Rakyat.

Monday, February 16, 2009

POLITIK PERAK KE SIDANG RAJA-RAJA


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau akan menjelaskan mengenai keadaan politik di Perak pada persidangan Majlis Raja-Raja yang dijadual diadakan dalam masa terdekat. Perdana Menteri berkata, beliau bertanggungjawab memberi maklumat berhubung peristiwa yang berlaku di negeri itu dan terpulang kepada majlis berkenaan untuk membuat sebarang saranan atau keputusan.

"Majlis Raja-Raja bersidang setiap tiga bulan dan terpulang kepada Raja-Raja untuk membincangkan perkara ini. Saya akan hadir dan akan memaklumkan kepada Raja-Raja nanti peristiwa yang berlaku dan apa sebab-sebabnya. "Soalnya apakah saranan Raja-Raja nanti atau keputusan itu adalah terpulang kepada mereka... saya hanya bertanggungjawab memberi maklumat mengenai apa yang berlaku," katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Hutan Kita – Kiara di Taman Bukit Kiara di sini, semalam. Abdullah mengulas saranan Umno Bahagian Cheras supaya Majlis Raja-Raja mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan hal berkaitan kedudukan, keistimewaan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu yang kini diperlekeh sesetengah pihak ekoran krisis politik di Perak.

Perdana Menteri berkata, mesyuarat khas itu tidak perlu diadakan kerana Majlis Raja-Raja mengadakan mesyuarat setiap tiga bulan. Kali terakhir Majlis Raja-Raja bersidang pada 16 Oktober lalu di Istana Maziah, Kuala Terengganu. Mengenai kedudukan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar dari Pakatan Rakyat, Abdullah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata ada pendekatan undang-undang untuk melantik Speaker baru bagi menggantikan Sivakumar. Pakatan Rakyat di Perak tumbang selepas dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) serta Adun Jelapang dari DAP, Hee Yit Foong, mengisytiharkan menjadi wakil rakyat Bebas dan menyokong BN.

Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai PKR pula kembali semula kepada Umno, menjadikan kedudukan kerusi BN dan Pakatan Rakyat dalam DUN sama banyak, iaitu masing-masing 28. Berikutan itu, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menitahkan Menteri Besar dari Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin serta barisan Exconya meletak jawatan kerana tidak lagi mendapat sokongan majoriti di DUN. Bagaimanapun, Mohammad Nizar enggan meletak jawatan dan semua 28 Adun Pakatan Rakyat bertindak memulaukan majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar baru dari BN, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, manakala penyokong parti pembangkang itu mengadakan demonstrasi berhampiran Istana Iskandariah, Ipoh. Pengerusi DAP, Karpal Singh pula mempersoalkan keputusan Sultan Perak dan mahu menyaman baginda.

**********************************
Tulip Desa

YAB Perdana Menteri akan membawa isu kemelut politik di Perak dalam Persidangan Majlis Raja-Raja untuk diperbincangkan. Pada hemat Tulip, isu ini perlu diteliti dan satu pendekatan yang bersepadu perlu diambil bagi menjamin kedudukan, keistimewaan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu kembali teguh tanpa boleh digugat oleh sesiapa.

Kebelakangan ini, dilihat Raja-Raja Melayu hilang kekebalannya, apabila terdapat sesetengah pihak terutamanya pembangkang yang semakin berani memperlekehkan keputusan Sultan berhubung isu peralihan kuasa Kerajaan Baru Perak. Pada Tulip, keputusan Sultan Perak adalah adil, berhemah dan mengikut proses yang betul. Kerajaan Baru Perak adalah sah mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak kerana Sultan mempunyai kuasa dalam pelantikan Menteri Besar. Segala keputusan Sultan Perak berhubung Kerajaan Baru Perak tidak perlu dipersoalkan lagi kerana beliau adalah orang yang arif tentang perundangan dan perlembagaan negara serta mantan Ketua Hakim Negara suatu ketika dahulu.

Agong dukacita dengan perilaku sebilangan Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, hari ini melahirkan rasa dukacita terhadap sikap dan perilaku yang tidak sepatutnya dilakukan di kalangan Anggota Parlimen pada sesi persidangan lalu. Baginda bertitah, perilaku kurang baik yang ditonjolkan oleh sebilangan Anggota Parlimen semasa sesi persidangan memberi imej negatif bukan sahaja kepada wakil rakyat itu sendiri, malah turut memberi impak kepada negara. “Beta ingin mengingatkan sekali lagi supaya Ahli-ahli Yang Berhormat dapat menunjukkan perilaku yang terpuji dalam dewan yang mulia ini, sehubungan ini, semua Ahli Yang Berhormat hendaklah sentiasa mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan Dewan,” titah baginda ketika merasmikan mesyuarat pertama penggal kedua Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat hari ini.
- Bernama
*****************************************
Tulip Desa
Tulip bersetuju dengan pandangan Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin terhadap sikap dan perilaku segelintir Ahli Parlimen yang tidak bersopan dan tidak mematuhi peraturan-peraturan dewan yang sekaligus memberikan imej yang negatif kepada negara pada sesi persidangan yang lalu.
Justeru itu, Tulip mengharapkan agar Ahli Parlimen mengambil berat tentang nasihat yang disampaikan oleh Yang Dipertuan Agong. Seharusnya Ahli Parlimen menunjukkan perilaku yang sopan kerana segala tindak-tanduk yang dilakukannya senantiasa menjadi perhatian rakyat.

Tuanku Mizan rasmi pembukaan Parlimen ke-12

16/02/2009 11:28am

KUALA LUMPUR 16 Feb. — Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Ke-12.
Ketibaan Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah di pekarangan bangunan Parlimen disambut Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah.

Turut menyambut Seri Paduka berdua ialah Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh.Tuanku Mizan kemudian menerima sembah “Hormat Diraja” sebelum lagu NegaraKu dimainkan oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi.

Ia disusuli dengan kibaran Bendera Diraja yang disertai tembakan meriam 21 das.Baginda kemudian memeriksa kawalan kehormat yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Sungai Besi, diketuai oleh Mejar Norhisham Kamar.

Selepas memeriksa perbarisan kehormat, Seri Paduka kembali ke Peterana Diraja dan menerima sembah “Hormat Diraja” kali kedua sebelum lagu NegaraKu dimainkan.Baginda kemudian diiringi oleh Abdullah dan isteri memasuki Bangunan Parlimen.
Tepat 10.40 pagi, loceng istiadat dibunyikan dan baginda kemudian memasuki galeri Dewan Rakyat dengan diiringi Pandikar Amin.
Perdana Menteri kemudian menyembahkan titah ucapan diraja kepada baginda bagi merasmikan Penggal Kedua Parlimen ke-12.
Mesyuarat pertama Dewan Rakyat bermula hari ini dan berakhir 19 Mac.
— BERNAMA

Friday, February 6, 2009

Kenapa Kerajaan PR Perak WAJIB Ditukar?


************************************************
Tulip Desa
Setuju benar dengan point-point yang diketengahkan oleh blog Pewaris Melayu. Memang sudah terbukti, tiada pembangunan yang dilaksanakan oleh Pakatan Rapuh selama 11 bulan memerintah. Mereka asyik dengan berpolitik sehinggakan terlupa untuk melaksanakan janji-janji yang telah didendangkan pada pilihan raya ke-12.
Tulip juga kesal dengan sikap pengikut-pengikut fanatik Pakatan Rakyat yang begitu taksub berdemonstrasi membantah keputusan Sultan. Sedarlah, wahai pengikut-pengikut PR kembalilah kepada perjuangan asal demi kepentingan agama dan bangsa kita. Usahlah terpengaruh dengan muslihat Brother Anwar yang sememangnya mahu melihat orang Melayu Islam berpecah-belah.Sesungguhnya, Sultan amat bijaksana dalam menilai dan membuat keputusan yang terbaik untuk rakyatnya.







ZAMBRY MB PERAK

Sumber: Berita Harian, 6 Februari 2009


Sultan tak perkenan bubar DUN
Nizar enggan lepas jawatan
DAP akui ada krisis dalaman


KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa di Perak semalam dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, dipilih sebagai Menteri Besar ke-11. Ini berikutan keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menitahkan supaya Menteri Besar dari Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin serta barisan Exconya meletakkan jawatan, berkuat kuasa serta-merta.

Pemilihan Zambry, 47, sebagai Menteri Besar Perak diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang, sejurus tiba dari Ipoh, malam tadi. Abdullah yang sebelum itu menghadap Sultan Perak di Istana Kinta, Ipoh, berkata Sultan Azlan Shah sudah memperkenankan pemilihan Zambry sebagai Menteri Besar.

Upacara mengangkat sumpah Menteri Besar baru dijadualkan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 3.30 petang ini, diikuti barisan Exco pada jam 10 pagi, Selasa ini. Di IPOH, Pejabat Sultan Perak dalam satu kenyataan menjelaskan, setelah menemui semua 28 Adun BN dan tiga Adun Bebas, baginda yakin Mohammad Nizar sudah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar anggota DUN.

"Sekiranya YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan), maka jawatan Menteri Besar serta ahli MMK itu dianggap telah dikosongkan," kata kenyataan yang ditandatangani Setiausaha Sulit Sultan Azlan Shah, Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor. Sultan Perak membuat keputusan itu selaras dengan peruntukan XVI (6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak. Kenyataan empat muka surat yang dikeluarkan kepada Bernama pada jam 2.15 petang itu juga menjelaskan, Mohammad Nizar menghadap Sultan Perak kelmarin dan memohon perkenan baginda untuk membubarkan DUN Perak. Pagi semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN Perak, turut memohon menghadap baginda dan diberi perkenan berbuat demikian.

Pada majlis menghadap itu, Najib memaklumkan kepada baginda bahawa BN dan penyokongnya kini terdiri daripada 31 Adun dan menguasai majoriti ahli DUN. Menurut kenyataan itu, untuk meyakinkan baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu tepat, Sultan Azlan Shah menitahkan semua 31 Adun berkenaan menghadap baginda. "Setelah menemui sendiri semua 31 Adun itu, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar dari kalangan ahli Dewan Negeri," kata kenyataan itu.

Ia juga menyebut bahawa Sultan Perak telah menimbang dengan sedalam-dalamnya permohonan Mohammad Nizar untuk mendapatkan perkenan baginda membubarkan DUN Perak. "Baginda menggunakan budi bicara di bawah Perkara XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak," kata kenyataan itu. KAeputusan itu dimaklumkan kepada Mohammad Nizar ketika dititah menghadap Sultan Perak, semalam.

Info

Datuk Dr Zambry Abdul Kadir
TARIKH LAHIR: 22 Mac 1962
TEMPAT LAHIR: Pulau Pangkor, Perak
ISTERI: Datin Saripah Zulkifli ANAK: Lima (Tiga perempuan, dua lelaki)

KELULUSAN AKADEMIK:

PhD (Pemikiran Politik) Universiti Temple, Amerika Syarikat (1995)
MA, Universiti Temple (1992) Falsafah politik dan Perbandingan Agama
MA, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1991) Pemikiran Islam
B Econs (Kepujian) UIAM (1987)


PENCAPAIAN:
Anugerah Kepujian (PhD) 1995
Geran Penyelidikan Universiti Temple (1993)
Anugerah WAMY Konvokesyen Pertama UIAM (1987)


JAWATAN:
Ketua Pemuda Umno Bahagian Pangkor (1992)
Ketua Umno Bahagian Lumut
Adun Pangkor (sejak 2004)
Exco Pelajaran, Sumber Manusia dan Teknologi Maklumat Perak (2004-2008)
**********************************************
Tulip Desa
Tahniah diucapkan kepada MB Perak yang baru, Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang diberi mandat untuk meneraju Negeri Perak setelah Barisan Nasional kembali berkuasa.
Apa yang diharapkan, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dapat menggalas amanah yang telah diberikan dengan penuh tanggungjawab. Mengutamakan keperluan rakyat adalah teras utama untuk menarik kembali sokongan pengundi di Perak terutamanya pengundi di atas pagar untuk bersama-sama dengan BN. Pada hemat Tulip, perubahan kuasa yang berlaku menggambarkan BN mengambil langkah yang demokratik untuk menyelamatkan Perak daripada proses politik kuasa yang terumbang-ambing sehingga menyebabkan nasib rakyat jelata di negeri itu terbiar dan terabai.
Sehubungan itu, Pakatan Rakyat harus menerima hakikat bahawa mereka sudah tidak berdaya lagi untuk memerintah Negeri Perak, serahkanlah kepada Barisan Nasional yang telah ternyata berjaya menerajui negara selama 52 tahun.

Wednesday, February 4, 2009

PAKATAN RAKYAT PERAK HURU-HARA

Kegawatan politik yang melanda Pakatan Rapuh di Perak menggambarkan ada masalah yang kian membarah yang cuba disembunyikan oleh mereka. Kes dua Adun Behrang dan Changkat Jering yang keluar daripada PKR dan menjadi ahli bebas menguatkan lagi desas-desus bahawa politik di Perak sedang bergolak. Mengapakah PKR tidak mempertahankan kedua-dua Adun ini, malah mereka diserang habis-habisan oleh PKR dan Kerajaan Perak? Dimanakah keadilan yang sering dilaungkan oleh PKR dalam mempertahankan demokrasi?


Tulip merasakan PKR hanya mempertahankan hak seseorang yang menyokong mereka sahaja sebaliknya jika penyokong setianya berpaling tadah, mereka akan ditentang habis-habisan dan dianggap sebagai pengkhianat. Inilah yang dialami oleh dua Adun PKR. Jika dahulu, PKR tidak bersetuju dengan istilah 'lompat parti' yang dianggap tidak demokratik, tetapi kini beliau menghalalkan apa yang diharamkan oleh mereka suatu ketika dahulu. Itulah DSAI, seorang manusia yang bersifat lidah bercabang dan cakap tidak serupa bikin. Semua janji dan omomgannya hanya pembohongan semata-mata. Segala tindakannya menjurus kepada 'survival' politik yang dilihat semakin goyah. Tulip percaya tidak lama lagi kebenaran yang ditunggu-tunggu akan muncul jua. Yang pasti, Pakatan Rakyat sedang menuju diambang kehancuran.