Monday, May 25, 2009

Pakatan Pembangkang WAJAR Menerima Kekalahan

Tahniah diucapkan kepada YAB Datuk Seri Dr. Zambry Kadir apabila keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Beberapa pakar perundangan sudah menjangkakan keputusan Mahkamah Rayuan akan berpihak kepada Datuk Dr. Zambry. Antara hujahnya adalah Nizar sebenarnya telah hilang kepercayaan apabila pakatan pembangkang kekurangan majoriti di DUN, justeru membenarkan Sultan Perak melantik Menteri Besar yang baru. Nizar juga tidak pernah memanggil sidang DUN selepas tiga Ahli DUN (ADUN) dari pembangkang menjadi ADUN bebas dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional. Memang jelas dan nyata hujah ini.

Mengapa pakatan pembangkang masih lagi mempertikaikan keputusan mahkamah? Pakatan pembangkang seharusnya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan bukannya bertindak seperti budak-budak dengan melancarkan mogok lapar. Pembangkang memang gemar mencetuskan kontroversi untuk meraih simpati rakyat. Pembangkang cuba mengelirukan rakyat Perak dengan kekalahan mereka di Mahkamah Rayuan. Seharusnya mereka perlu tahu bahawa keputusan tersebut sah dari segi undang-undang dan keputusan yang dibuat adalah yang terbaik dan dipersetujui oleh ketiga-tiga hakim. Bagi Tulip, Kerajaan perlu menggerakkan segera jentera penerangan untuk menjelaskan isu tersebut supaya rakyat tidak termakan dan terus diracuni oleh dakyah-dakyah pembangkang yang cuba menjatuhkan Kerajaan.

Thursday, May 14, 2009

SOKONG LANGKAH KERAJAAN LIBERALISASI AP AYAM

Desakan daripada pelbagai pihak termasuk pihak kementerian agar Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (PPPM) menurunkan harga ayam sebanyak 40 sen hingga 60 sen di pandang sepi oleh persatuan tersebut. Keengganannya untuk berkompromi menurunkan harga ayam membuatkan pihak Kerajaan mengambil langkah meliberalisasi permit import (AP) ayam untuk tidak terlalu bergantung kepada bekalan ayam dalam negara. Bagi Tulip, liberalisasi AP ayam ini ada kebaikan dan keburukkannya.
Pendekatan ini dilihat dapat mengawal dan menstabilkan harga ayam. Dengan perlaksanaan pendekatan ini, pengusaha ayam tempatan terpaksa bersaing dengan pengusaha ayan import dalam menentukan harga ayam di pasaran. Kerajaan juga perlu pastikan ia berkesan dalam mengurangkan harga ayam, kita tak mau akan wujud pula pengimport tunggal yg bebas menentukan harga pasaran ayam.
Menurut Menteri KPDNHEP, satu jawatankuasa pemantau harga akan ditubuhkan bagi memantau kenaikan harga ayam agar para penternak dan penjual ayam tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga ayam. Diharapkan dengan pendekatan-pendekatan yang diambil oleh Kerajaan, dapat meredakan rungutan rakyat.

Wednesday, May 13, 2009

MALUNYA NIZAR....................


Gambar kiri, NIZAR meninggalkan pejabat Menteri Besar Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan jam 2.30 petang, semalam. Gambar kanan, ZAMBRY pada sidang media di Ipoh selepas Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan beliau.
Gambar: Utusan Malaysia dan Berita Harian, 13 Mei 2009
Kasihan Nizar, hanya dapat merasa menjadi Menteri Besar untuk beberapa jam sahaja, begitu juga kerusi empuk MB hanya untuk beberapa minit sahaja. Jam 2.30 petang Nizar dan exconya terpaksa meninggalkan Bangunan Perak Darul Ridzuan setelah Mahkamah Rayuan menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Dengan penangguhan itu, Datuk Dr. Zambry kekal menjadi MB Perak sehingga kes rayuannya diputuskan oleh mahkamah.
Walaupun, menjadi MB Perak hanya beberapa jam sahaja, beliau sempat memecat Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim serta Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid. Inilah Pakatan Campuran, gemar bertindak semborono sahaja tanpa memikirkan nasib orang lain. Tuhan akan memberi pembalasan kepada hambanya yang bersifat zalim. Hanya beberapa jam sahaja, kenikmatan dan kebahagiaan itu ditarik balik. Sedarlah wahai Nizar dan Pakatan Campuran.
Nampaknya, kemelut politik di Perak semakin membingungkan. Diharapkan rakyat Perak bersabar menghadapi situasi politik Perak yang tidak menentu ini. Setiap permasalahan ada jalan penyelesaiannya. Kita berdoa, agar Allah memberi petunjuk kepada permasalahan tersebut. Kita sebagai rakyat marhaen perlu akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Jika ada rayuan lanjutan, Mahkamah Tinggi akan memberikan keputusannya secara jitu.

Monday, May 11, 2009

5 IPTA antara 100 universiti terbaik Asia

Sumber: Berita Harian, 11 Mei 2009
KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) mendahului empat universiti tempatan lain dalam senarai 100 Universiti Terbaik Asia, kedudukan serantau pertama yang dikeluarkan oleh The Times Higher Education (THE)-Quacquarelli Symonds (QS).
UM menduduki tempat ke-38 sementara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)(51), Universiti Sains Malaysia (USM)(69), Universiti Teknologi Malaysia (UTM)(82) dan Universiti Putra Malaysia (UPM)(90). Pengarah Urusan QS, Nunzio Quacquarelli, berkata keputusan itu adalah berdasarkan ukuran kecemerlangan serantau sesebuah universiti.
"Universiti yang berprestasi cemerlang ditentukan bukan sahaja berdasarkan kualiti tetapi juga produktiviti kajian mereka, berbanding universiti serantau yang lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata, universiti di Malaysia mempunyai prestasi yang baik dengan jumlah pelajar antarabangsa dan fakulti yang banyak yang menjadikan Malaysia tarikan kepada pelajar antarabangsa. Tiga universiti Hong Kong menduduki tangga terbaik dengan University of Hong Kong di kedudukan pertama, diikuti Chinese University of Hong Kong (2), dan Hong Kong University of Science and Technology (3).

University of Tokyo dan Kyoto University di Jepun, masing-masing menduduki tangga ke-4 dan ke-5. QS adalah pakar maklumat unggul dunia dalam bidang pengajian tinggi yang mempunyai pejabat di London, Paris, Singapura, Tokyo, Shanghai, Sydney, Johannesburg, Boston dan Washington DC. - Bernama

Dari Mahkamah Tinggi Mengenai Krisis Perak: Siapa MB Perak?

Sumber: http://anotherbrickinwall.blogspot.com/

Mahkamah 3 - Hakim D Aziz Rahim sedang sampaikan keputusan semakan kehakiman tentukan siapa MB Perak yang sah. DS Nizar atau DS Zambry - AgendaNews
14:44Keadaan sudah mula sesak di mahkamah Jalan Duta. Bilik mahkamah tingkat 8 sesak dengan wartawan dan pemimpin pembangkang sampai kena berdiri. Peguam Negara Tan Sri Gani Patail baru sampai - AgendaNews
14:301-2:05 pm - Bekas MB Perak DS Nizar tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta disambut oleh Tian Chua dan beberapa pemimpin pembangkang yang lain - AgendaNews
14:15Dalam perbezaan pendirian ini, mereka memilih saluran mahkamah untuk mencari penyelesaian, agak-agak apa reaksi mereka? Kalau menang, bersorak riang dan panjang leteran polemik mereka.Kalau kalah, Mahkamah tidak adil? Hakim korup? Keputusan ini tidak perlu dipatuhi? Mereka tetap betul? Prinsip apa pula yang akan digembar gemburkan? Pastinya mereka tak salah. Mereka tidak lemah dalam membuat persediaan. - 14:00
*****************************
Tulip Desa
Dengan pengumuman keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung siapa Menteri Besar Perak, maka akan berakhirlah kemelut politik di Perak. Jika berpihak kepada Pakatan Campuran , semestinya sistem perundangan akan dipuji kerana memihak kepada mereka. Sebaliknya, jika berpihak kepada Barisan Nasional, lihatlah sendiri bagaimana pelakon PR ini memanipulasi setiap inci dan ruang dalam sistem perundangan supaya akan terus dibenci oleh rakyat . Inilah dia Pakatan Campuran yang suka mengamalkan undang-undang rimba.

P. Uthayakumar Angkuh

Tindakan pemimpin pertubuhan haram HINDRAF P.Uthayakumar yang mengoyakkan baju dan berpenampilan tidak kemas ketika keluar daripada Pusat Tahanan Kamunting menggambarkan beliau mahu menarik simpati bangsa India. Ini bukanlah kali pertama tindakan protes yang telah dibuat, sebelum ini beliau mendakwa pihak penjara tidak memberikan rawatan perubatan sehinggakan kakinya mahu dipotong kerana kencing manis. Semua fitnah yang dibuat bertujuan untuk menjatuhkan kredebiliti Kerajaan khususnya pihak penjara.
Kenyataan P. Uthayakumar bahawa beliau tidak perlu berterima kasih pada Kerajaan dianggap sebagai angkuh dan tidak mengenang budi. Beliau menganggap dirinya kebal terhadap undang-undang. Pada hemat Tulip, orang sebegini tidak perlu dilayan, kita pulaukan sahaja. Apa kebaikan yang Kerajaan berikan, sering dianggap salah dan serong pada pandangan mereka. Pening kepala Tulip dengan kerenah kumpulan HINDRAF dan pembangkang. Sering menimbulkan masalah.

Wednesday, May 6, 2009

Panas terik tidak halang PM lakukan tinjauan


NAJIB Tun Razak bersalaman dengan orang ramai sebaik tiba di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, semalam untuk menghadiri Majlis Bersama Rakyat. Najib diiringi Musa Aman dan timbalannya, Datuk Joseph Pairin Kitingan. - BERNAMA

KOTA KINABALU 5 Mei - Cuaca panas terik tidak menghalang Datuk Seri Najib Tun Razak meninjau beberapa pasar dan kawasan tumpuan orang ramai di sepanjang Jalan Tun Fuad Stephen di sini.

Ditemani isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Perdana Menteri memulakan lawatan ke Pasar Kraf tangan, sebelum diteruskan di Pasar Sayur, Pasar Buah-buahan, Pasar Besar Kota Kinabalu dan Tebingan Segama.Turut mengiringi beliau ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Sepanjang lawatan selama 40 minit itu, Perdana Menteri tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai yang membanjiri kawasan tersebut.Kesempatan itu juga digunakan oleh Perdana Menteri untuk merasa keenakan buah-buahan tempatan seperti mangga dan nangka, sebelum menghilangkan dahaga di gerai air kelapa muda di pasar sayur berkenaan.

Beliau menamatkan tinjauan sejauh hampir satu kilometer itu dengan berhenti minum petang di pekarangan Hotel Hyatt sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk berlepas balik ke Kuala Lumpur.

Sumber: Utusan Malaysia, 6 Mei 2009

Monday, May 4, 2009

Team 'Mee Goreng' Pastikan AkanTerus Menerajui PAS

Rahsia team erdogan PAS untuk menjatuhkan kumpulan ulama telah dapat dihidu oleh Nik Abduh, anak Nik Aziz. Apa macam Brother Anwar? Tidak menjadi lagilah angan-angan Brother Anwar untuk meletakkan team erdogan menjadi Presiden PAS. Nampaknya, Nik Abduh telah menyekat peluang mereka untuk menyingkirkan Abdul Hadi daripada kerusi Presiden dalam pemilihan parti pada Jun nanti.Terpulanglah kepada akar umbi PAS, untuk memilih 'mee celup' atau 'mee goreng' sebagai ketua mereka. Yang pasti menolak team 'mee goreng' umpama meruntuhkan kepimpinan ulama dan merugikan perjuangan orang Melayu dan Islam itu sendiri. Fikir-fikirkanlah.