Friday, January 2, 2009

PAS Berselindung Di Sebalik Isu Agama

Apa hendak jadi dengan PAS? Perkara yang haram di anggap betul sebaliknya perkara yang halal di anggap salah. Slogan yang sering dilaungkan untuk "membangun bersama Islam" nampaknya umpama melepaskan batuk di tangga.Tulip sedih dengan tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang terlalu mengikut telunjuk DAP sehinggakan sanggup menggadai maruah bangsa dan agama. Beliau mengingkari keputusan Majlis Tanah Negara (MTN) dengan meneruskan pemberian hak milik tanah pegangan kekal kepada 11 penduduk Kampung Baru Sungai Rui di Gerik.
Nampaknya Menteri Besar Perak meminggirkan undang-undang yang telah termaktub dalam Kanun Tanah Negara (KTN) semata-mata untuk meraih sokongan politik. Mengapakah PAS bersungguh-sungguh menyokong isu pemilikan tanah di Perak sedangkan Orang Melayu Islam di Melaka dan Selangor derita dan mahukan pembelaan kerana kawasan kediamannya akan dijadikan kawasan penternakan babi. Inikah keadilan yang sering dilaungkan oleh Pakatan Rakyat.
Mudah sahaja jawapan Menteri Besar Perak, menyatakan bahawa kerajaan negeri akan berdosa sekiranya geran tanah hak milik kekal tidak diberikan kepada penduduk kerana ia adalah hak rakyat. PAS memang hebat dalam membicarakan isu dosa dan pahala bagi mengaburi hati rakyat. Bagaimana pula dengan janji PAS untuk menutup kilang arak dan menghapuskan gejala rasuah serta maksiat. Tidakkah berdosa jika tidak melaksanakannya.
Justeru itu, Tulip merayu kepada pengundi Kuala Terengganu jangan tertipu dengan dakyah PAS yang berselindung di sebalik isu agama untuk meracuni pemikiran pengundi. Ingatlah, undi anda akan menentukan nasib generasi akan datang.

1 comment:

bungaraya said...

Kenapa PAS tidak turun berdemonstrasi apabila DAP menghapuskan DEB di Pulau Pinang?
Ini menujukan kuasa lebih penting drp perjuangan islam mereka. Sampai kuncing bertanduklah baru islam dapat menjadi kerajaan negeri di Pulau Pinang tu. Kenapa PAS tidak bising apabila Ladang Babi nak dibina di Selangor? Bahkan di Kedah ura-uranya nak membina Ladang babi modern juga?
Apa dah jadi?. 100 kali lagi baik jika PAS menjadi boneka UMNO dibanding menjadi boneka DAP dan PKR. Hapuskan saja PAS. Kalau nak jadi badan pendesak, cukup ditubuhkan satu bahagian didalam UMNO. Ruang untuk menjadi PM juga luas didalam UMNO dibanding jadi parti serpihan itu.