Apa sudah jadi dengan Pakatan Rakyat di Selangor? Dengarnya Dewan Pemuda PAS kecewa dengan sikap penganjur sambutan 100 hari pemerintahan Kerajaan campuran yang memasukkan wang sumbangan ke dalam akaun PKR bukannya Kerajaan Negeri seperti yang sepatutnya. Kesilapan ini diakui sendiri oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Tulip merasakan Pakatan Rakyat perlu ada satu pakatan atau jawatankuasa khusus di peringkat parti supaya tidak berlaku ketirisan dan salah guna kuasa tanpa pengetahuan parti teraju yang lain. Walaupun nilainya, tidak begitu besar tetapi jika tidak dibanteras mungkin boleh berlaku lagi pada masa akan datang dengan melibatkan wang yang lebih besar.PKR dilihat mula rambang mata melihat wang yang disumbangkan oleh syarikat swasta dengan mengambil peluang menjadikannya sebagai sumber kewangan bagi kegunaan partinya.
Belum sampai 100 hari mentadbir, tidak nampak kesepakatan di antara mereka. Bukan mudah hendak memerintah negeri yang diterajui oleh tiga parti yang masing-masing mempunyai pandangan yang berbeza. Manifesto mereka dalam pilihanraya yang lepas masih belum dikotakan. Ternyata Pakatan Rakyat yang sebelum ini mendakwa berhasrat menjadikan Malaysia negara kebajikan sekiranya diberi mandat memerintah, kini mula merasai bukan mudah hendak mengotakan janji-janji indah.Tulip berpendapat, sewajarnya kerajaan negeri perlu mencari atau memikirkan setiap pendekatan dan mekanisma yang sesuai untuk melaksanakan janji berkenaan kerana rakyat dan bukan menabur janji-janji kosong semata-mata mahu memegang tampuk pemerintahan negeri.
1 comment:
salam tulip..
itulah dia pakatan rapuh. baru seratus hari pegang kuasa dah nak seleweng duit rakyat sorang2..nie belum 10 tahun..tapi memang tak sampai pun 10 tahun pegang kuasa. PRU 13 bungkus la pakatan rakyat..hehehe
Post a Comment