Thursday, September 11, 2008

Menawan Putrajaya: Angan-Angan Mat Jenin DSAI

Gambar: http://www.agendadaily.com/

Nampaknya DSAI telah mula mencari helah untuk tidak terus diburu dengan tarikh 16 September 2008. Kenyataan daripada Datuk Mustafa Ali, yang merupakan komando pilihan raya PAS tidak selari dengan kenyataan DSAI. Ini menggambarkan tiada kesefahaman antara komponen parti dalam Pakatan Rakyat. Melalui kenyataanya, seolah-olah Datu Mustafa Ali tidak yakin dengan impian bosnya yang mahu menawan Putrajaya. Adakah DSAI terlalu terdesak dan apakah rasionalnya untuk beliau ke Taiwan? Mungkin bagi memburu katak-katak yang masih tidak terjerat dengan umpannya.

Jika sebelum ini beliau begitu yakin dengan impiannya yang dilihat sebagai angan-angan mat jenin tetapi sebaliknya telah berlaku. Perkataan 'pasti' yang acapkali diluahkan telah bertukar kepada 'mungkin' pula. Itulah DSAI, seorang manusia yang bermuka-muka dan suka berbohong. Nampaknya pendekatan 'Try and Error" yang selalu digunakannya tidak berjaya.

Rakyat telah mual dan jijik dengan lakonan dan tipu helah DSAI. Tulip merasakan sejak beliau kembali dalam dunia politik, lanskap politik negara menjadi huru-hara, gara-gara DSAI yang tidak berhenti-henti mencetuskan keadaan yang boleh mendatangkan impak buruk kepada negara. Antaranya ialah kelembapan ekonomi dan keresahan rakyat semua peringkat.

Justeru itu, rakyat Malaysia tidak perlu bimbang dengan tarikh 16 September 2008 kerana pembohongan yang dibuat oleh DSAI mempunyai kepentingan peribadi semata-mata mencari helah memburuk-burukkan Kerajaan Barisan Nasional di samping untuk menyembunyikan masalah peribadinya.


2 comments:

nasionalis said...

Mengajak bertukar-tukar pautan. Perjuangan kita sama, ayuh sokong menyokong.

waritarakyat said...

Jangan hairan dengan sikap DSAI yang suka berbohong kepada rakyat demi kepentingan peribadinya. Bukan begitu caranya nak jadi PM asyik main silap mata je... Kata 16 September 2008 akan menjadi kenyataan tapi sekarang lain pula bunyinya dalam erti kata lain alasan yang tak habis-habis.