Monday, September 22, 2008

Tambatan ringgit akan dilaksana jika perlu

Najib diberi taklimat luar biasa isu ekonomi negara

GEORGETOWN: Cadangan menambat semula ringgit kepada Dolar Amerika Syarikat dan harga minyak, antara perkara yang akan dibincangkan apabila Datuk Seri Najib Razak memulakan secara rasmi tugas Menteri Kewangan, hari ini. Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata Timbalan Perdana Menteri akan diberikan taklimat luar biasa secara terperinci mengenai butiran pelbagai isu oleh pegawai kementerian. "Taklimat ini luar biasa kerana ini kali pertama Najib hadir mesyuarat di Kementerian Kewangan sebagai Menteri Kewangan.
"Ini adalah taklimat lengkap yang merangkumi semua aspek termasuk kadar pertukaran wang bagi membolehkan beliau membuat keputusan bijaksana," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan Bantuan Hari Raya 2008 anjuran Liga Muslim Pulau Pinang di Masjid Kapitan Keling di sini, semalam. Bantuan kepada 1,500 fakir dan miskin serta orang kurang upaya disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas dan Toh Puan Majimor Shariff.
Nor Mohamed mengulas cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, supaya sistem tambatan ringgit dilaksanakan semula bagi mengurangkan impak kejatuhan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) terhadap mata wang negara. Dr Mahathir berkata, nilai mata wang AS yang semakin menyusut akhir-akhir ini, akan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara.
Sumber: Berita Harian
****************************************************************
Tulip Desa
Tulip sungguh bersetuju dengan cadangan Kerajaan untuk menambat ringgit bagi tujuan untuk melindungi ekonomi negara. Walaupun ekonomi dunia mengalami krisis yang tidak menentu dan berbeza situasinya dengan krisis ekonomi yang berlaku pada tahun 1997, Tulip merasakan ada mekanism-mekanisma tambatan ringgit 1997 yang boleh digunapakai semula dalam menyelesaikan masalah kelembapan ekonomi dunia hari ini yang sekaligus memberi kesan kepada ekonomi negara.

1 comment:

Fazrul Shahril said...

Salam,

Betul apa yang dikatakan tu... tentu ada formula tertentu dalam tambatan ringgit ini yang boleh di guna pakai bagi menangani masalah ekonomi sekarang.