Wednesday, January 7, 2009

TOLAK PAS DI KUALA TERENGGANU

Gambar: Http://www.masterdedah.com

Inilah nasib rakyat jika memangkah PAS. Tiada pembangunan, hidup dalam kesusahan. Tulip bukan mereka-reka cerita tetapi ini pengakuan yang dibuat oleh Wahid Endut sendiri bahawa sepanjang pentadbiran PAS pada 1999-2004, tiada pembangunan yang di bawa oleh PAS di negeri Terengganu.
Mereka memang gah sebelum pilihan raya dengan menjanjikan yang terbaik untuk rakyat apabila mendapat kemenangan. Ternyata itu pembohongan semata-mata, tiada perubahan yang dilakukan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya orang Melayu dan Islam seperti yang berlaku di negeri Perak, Kedah dan Kelantan.
PAS hilang kuasa dek kerana dikuda-kudakan oleh komponen dalam Pakatan Rakyat. Mereka sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama demi kelangsungan politik mereka. Lihatlah nasib Orang Melayu di Perak yang dipinggirkan oleh Kerajaan Negeri di mana ada usaha-usaha untuk menghakis hak Orang Melayu dan Islam. Pembaharuan yang dilaksanakan tidak dirasai oleh semua bangsa di negeri tersebut.Inilah hasil yang dibawa olen Menteri Besar Perak selama 10 bulan memerintah.
1. Sekolah private Cina diberikan tanah 200 ekar untuk diniagakan berharga jutaan ringgit
2.KAMPUNG BARU (Penempatan baru Orang Cina WAwaktu zaman \komunis) mendapat geran untuk 999 tahun – KAMPUNG MELAYU hanya 99 tahun. Mana Hak Melayu??? Usaha Menghakis Hak Melayu!
3.Mengubah dasar pengambilan pekerja bagi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Perak. Kouta baru bagi pengambilan pekerja bagi SPA ialah dengan nisbah 5 Cina, 3 India dan hanya 1 Melayu.
4.Pengubahan polisi Pelan Susunatur Perumahan yang tidak memberi keistimewaan langsung kepada agama Islam yang mewajibkan rezab Masjid/Surau mesti disediakan oleh pemaju perumahan : Strategi meminggirkan melayu & Islam.
5.Mengarahkan borang permohonan tanah dicetak dalam bahasa cina dan tamil bagi memudahkan mereka yang tidak tahu berbahasa Melayu untuk memohon. Jikalau sudah berpuluh tahun tinggal di Malaysia tapi masih tidak tahu bahasa Melayu adakah mereka ini boleh dianggap rakyat Malaysia dan layak memohon tanah?, Strategi bagi tanah dimiliki lebih banyak kepada bukan bumi.
Adakah pengundi Parlimen Kuala Terengganu hendak menerima nasib yang sama seperti Orang Melayu di Perak dan Pulau Pinang yang dianaktirikan di tanah air sendiri. Oleh itu, sedarlah wahai pengundi Kuala Terengganu kesilapan kita memilih pemimpin, menyebabkan generasi akan datang yang akan menerima akibatnya. Renung-renungkanlah.

2 comments:

waritarakyat said...

PAS tahu cakap BN macam-macam tetapi tak pandai jaga kebajikan rakyat.

bungaraya said...

Saya ikut simpati dengan ahli PAS dan pemimpin mereka diperingkat cawangan. Dah pun dikerah untuk memaki hamun UMNO, mereka menjadi mangsa pembangunan lagi. Macamana tidak? mMereka tak berani untuk membuat sebarang permohonan kerana malu setelah mengenangkan kata-kata mereka sendiri ketika pilihanraya.
Itulah tak sedar diri.
Bukankah elok berbaik-baik
sesama melayu.
Membangun bersama.