Monday, May 11, 2009

5 IPTA antara 100 universiti terbaik Asia

Sumber: Berita Harian, 11 Mei 2009
KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) mendahului empat universiti tempatan lain dalam senarai 100 Universiti Terbaik Asia, kedudukan serantau pertama yang dikeluarkan oleh The Times Higher Education (THE)-Quacquarelli Symonds (QS).
UM menduduki tempat ke-38 sementara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)(51), Universiti Sains Malaysia (USM)(69), Universiti Teknologi Malaysia (UTM)(82) dan Universiti Putra Malaysia (UPM)(90). Pengarah Urusan QS, Nunzio Quacquarelli, berkata keputusan itu adalah berdasarkan ukuran kecemerlangan serantau sesebuah universiti.
"Universiti yang berprestasi cemerlang ditentukan bukan sahaja berdasarkan kualiti tetapi juga produktiviti kajian mereka, berbanding universiti serantau yang lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata, universiti di Malaysia mempunyai prestasi yang baik dengan jumlah pelajar antarabangsa dan fakulti yang banyak yang menjadikan Malaysia tarikan kepada pelajar antarabangsa. Tiga universiti Hong Kong menduduki tangga terbaik dengan University of Hong Kong di kedudukan pertama, diikuti Chinese University of Hong Kong (2), dan Hong Kong University of Science and Technology (3).

University of Tokyo dan Kyoto University di Jepun, masing-masing menduduki tangga ke-4 dan ke-5. QS adalah pakar maklumat unggul dunia dalam bidang pengajian tinggi yang mempunyai pejabat di London, Paris, Singapura, Tokyo, Shanghai, Sydney, Johannesburg, Boston dan Washington DC. - Bernama

2 comments:

Rantong said...

Salam ziarah. Sekadar membuat hebahan untuk kepentingan ummah.

Rancangan "Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net" kini, ke udara di screen komputer anda. Sertai & daftar sekarang. Kemasukan adalah PERCUMA...

syahrulnizam said...

Rangking berdasarkan petunjuk (indicator) Student/Faculty Ratio:

http://www.syahrulnizam.com/2009/05/universiti-malaysia-sarawak-unimas-di.html