Monday, May 4, 2009

Team 'Mee Goreng' Pastikan AkanTerus Menerajui PAS

Rahsia team erdogan PAS untuk menjatuhkan kumpulan ulama telah dapat dihidu oleh Nik Abduh, anak Nik Aziz. Apa macam Brother Anwar? Tidak menjadi lagilah angan-angan Brother Anwar untuk meletakkan team erdogan menjadi Presiden PAS. Nampaknya, Nik Abduh telah menyekat peluang mereka untuk menyingkirkan Abdul Hadi daripada kerusi Presiden dalam pemilihan parti pada Jun nanti.Terpulanglah kepada akar umbi PAS, untuk memilih 'mee celup' atau 'mee goreng' sebagai ketua mereka. Yang pasti menolak team 'mee goreng' umpama meruntuhkan kepimpinan ulama dan merugikan perjuangan orang Melayu dan Islam itu sendiri. Fikir-fikirkanlah.

1 comment:

ORANG KAMPUNG said...

Satu-satunya PEMBANGKANG yang memperjuangkan Agama dan Bangsa adalah PAS.

jika PAS jatuh ketangan pihak tertentu yang seupama 'ada udang disebalik mee celup atau mee goreng', maka PAS akan dianggap tidak relevan terhadap perjuangan asalnya.

kerosakan PAS akan menyebabkan orang melayu akan kehilangan satu lagi benteng pertahanan.

jika UMNO dan PAS telah dihancurkan, maka melayu akan merana di bumi sendiri.

masyaallah.