Monday, December 1, 2008

PAS IBARAT HIDUP SEGAN MATI TIDAK MAHU DALAM PAKATAN RAKYAT



Gambar:Http://www.pewarismelayu.blogspot.com

Janji PAS untuk menutup kilang arak sekiranya menang pilihanraya ke-12 nampaknya janji tinggal janji. Bukan mudah untuk menghapuskan gejala rasuah, maksiat dan arak dalam masa yang singkat. PAS dilihat gagal melestarikan agenda Islam di Selangor sekaligus menghakis keyakinan orang Melayu di negeri tersebut terhadap imej dan kredebiliti PAS.

PAS tidak berani bersuara dan menyatakan pendiriannya berhubung dengan isu yang melibatkan agama Islam. PAS dilihat terlalu lemah dan tidak berdaya dalam mempertahankan kesucian agama Islam kerana suara-suara mereka tidak dihiraukan oleh DAP dan PKR. PAS diumpamakan sebagai anak tiri dalam Pakatan Rakyat di mana DAP dan PKR lebih selesa berbincang bersama dalam isu pentadbiran negeri.

Adakah PAS sedar akan kedudukannya di dalam Pakatan Rakyat yang dilihat sebagai hidup segan mati tak mahu.PAS juga menghadapi krisis dalaman yang menyumbang kepada kurangnya sokongan orang Melayu yang beranggapan PAS tidak lagi menyengat dan umpama lembu dicucuk hidung.

Seharusnya kepimpinan tertinggi PAS perlu muhasabah diri dan merenung kembali, adakah PAS berada di landasan yang betul atau tersasar jauh daripada perjuangannya. Pada pandangan Tulip, kehadiran Pas dalam pakatan berkenaan hanya sekadar untuk memastikan pembangkang tidak hilang kuasa di negeri-negeri yang dikuasai oleh mereka kecuali di Kedah.Perlu diingatkan bahawa rakyat akan menilai prestasi pemimpin-pemimpin pembangkang berkenaan sebelum membuat keputusan samada membenarkan mereka terus memimpin atau menolak mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

2 comments:

bungaraya said...

Sudah berbuih-buih mulutku berkata.
PAS tidak sepatutnya menjadi rakan dalan Pakatan Rakyat.
Tindakan tersebut hanya akan menjadi ke nyaya kepada mereka.
Tengoklah sekarang.
Untuk memperjuangkan agenda bangsapun mereka tak berdaya.
Jika silap-silap, seolah mereka bersahabat sama. Dengan para penderhaka bangsa,
spt keADILan jua. Katanya islam tapi MELIWAT menjadi kebiasaannya.
PAS kena hati-hati.
Aku UMNO tapi PAS aku tidak murka.
Sepatutnya PAS mesti tegas memperjuangkan agenda partinya hingga menjadi nyata.
Sekurangnya di Perak dan Kedah serta Kelantan jua.
Tapi apa yang ada.
Babi da Selangor dan kini bergerak ke Kedah.
Gilakah?

sumandak bayu said...

Salam Sis

ahli PAS dah mula sedar dari mimpi takkan mudah kerjasama yang dah mereka bentuk dalam Pakatan Rakyat