Monday, February 16, 2009

Agong dukacita dengan perilaku sebilangan Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, hari ini melahirkan rasa dukacita terhadap sikap dan perilaku yang tidak sepatutnya dilakukan di kalangan Anggota Parlimen pada sesi persidangan lalu. Baginda bertitah, perilaku kurang baik yang ditonjolkan oleh sebilangan Anggota Parlimen semasa sesi persidangan memberi imej negatif bukan sahaja kepada wakil rakyat itu sendiri, malah turut memberi impak kepada negara. “Beta ingin mengingatkan sekali lagi supaya Ahli-ahli Yang Berhormat dapat menunjukkan perilaku yang terpuji dalam dewan yang mulia ini, sehubungan ini, semua Ahli Yang Berhormat hendaklah sentiasa mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan Dewan,” titah baginda ketika merasmikan mesyuarat pertama penggal kedua Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat hari ini.
- Bernama
*****************************************
Tulip Desa
Tulip bersetuju dengan pandangan Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin terhadap sikap dan perilaku segelintir Ahli Parlimen yang tidak bersopan dan tidak mematuhi peraturan-peraturan dewan yang sekaligus memberikan imej yang negatif kepada negara pada sesi persidangan yang lalu.
Justeru itu, Tulip mengharapkan agar Ahli Parlimen mengambil berat tentang nasihat yang disampaikan oleh Yang Dipertuan Agong. Seharusnya Ahli Parlimen menunjukkan perilaku yang sopan kerana segala tindak-tanduk yang dilakukannya senantiasa menjadi perhatian rakyat.

No comments: