Friday, February 6, 2009

Kenapa Kerajaan PR Perak WAJIB Ditukar?


************************************************
Tulip Desa
Setuju benar dengan point-point yang diketengahkan oleh blog Pewaris Melayu. Memang sudah terbukti, tiada pembangunan yang dilaksanakan oleh Pakatan Rapuh selama 11 bulan memerintah. Mereka asyik dengan berpolitik sehinggakan terlupa untuk melaksanakan janji-janji yang telah didendangkan pada pilihan raya ke-12.
Tulip juga kesal dengan sikap pengikut-pengikut fanatik Pakatan Rakyat yang begitu taksub berdemonstrasi membantah keputusan Sultan. Sedarlah, wahai pengikut-pengikut PR kembalilah kepada perjuangan asal demi kepentingan agama dan bangsa kita. Usahlah terpengaruh dengan muslihat Brother Anwar yang sememangnya mahu melihat orang Melayu Islam berpecah-belah.Sesungguhnya, Sultan amat bijaksana dalam menilai dan membuat keputusan yang terbaik untuk rakyatnya.







1 comment:

Siapalahaku(taman negara) said...

Apakah pembangunan yg Pak lah bawak selama dia bergelar PM?.Rasanya dah lebih 6 tahun memimpin negara tapi tak ada nampak hasilnya jgk.Kalau TDM aku percayalah mmg byk pembangunan yg dilaksanakan.so kita kenalah tukar PM jugak yg memerintah negara bukan hanya tukar parti memerintah di perak sahaja.