- Kerusi DUN Manek Urai diisytiharkan kosong berkuatkuasa 23 Mei ekoran penyandangnya, Ismail Yaacob meninggal dunia
- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Manik Urai, Kelantan pada 6 Julai 2009. Hari pengundiannya dijalankan pada 14 Julai 2009
- Proses penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi akan diadakan di Dewan Petra, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai
- Sebanyak sembilan buah sekolah akan dijadikan pusat pengundi yang melibatkan 27 saluran
- Pengundian membabitkan seramai 12,293 pemilih berdaftar iaitu 12,268 pemilih biasa manakala 25 adalah pemilih pos
- Mengguna pakai daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 yang telah dikemaskini sehingga 22 Mei lalu
- Majoriti pengundi adalah penduduk tempatan, hanya 10 peratus sahaja yang tinggal di luar daripada kawasan itu
- Komposisi pengundi, sebanyak 99.2 peratus pengundi adalah orang Melayu manakala Cina, 0.46 peratus dan India 0.23 peratus
Monday, June 1, 2009
Info: Pilihan Raya Kecil Manek Urai, Kelantan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment