Monday, March 23, 2009

Nizar Kera Jagaan DAP

Dalam keghairahan masing-masing untuk menukar kerajaan, rakyat Perak telah dihadiahkan dengan sebuah kerajaan boneka yang mewakili kaum lain. Orang Melayu terus ditindas dan dianaktirikan.Pemberian hak milik tanah selama 999 tahun kepada penduduk Kampung Baru yang majoritinya Cina membangkitkan kemarahan Orang Melayu di Perak. Orang Melayu masih terus mempersoalkan apa rasional pemberian itu.

Tidakkah bekas MB Perak Nizar Jamaluddin sedar bahawa beliau telah dijadikan kera jagaan oleh DAP untuk memenuhi segala kehendak dan kepentingan Orangn Cina. Bantuan untuk Orang Melayu khususnya di luar bandar diabaikan dan tidak sampai ke kampung-kampung Melayu. Sungguh sedih, dengarnya sebanyak 19 geran hak milik telah pun dikeluarkan.

Bekas MB Perak juga merancang untuk memberi tanah kepada sekolah persendirian Cina sebanyak 1000 ekar. Bayangkan berapa keluasannya. Mengambil kata-kata Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) UKM, Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, bahawa pembelaan terhadap sekolah-sekolah Cina memang menjadi fokas DAP selama ini. Sekarang mereka berjaya menggunakan Nizar untuk memenuhi impian mereka. Nizar ibarat kuda tunggangan DAP. Segala keputusan negeri dibuat oleh DAP dan MB hanya sebagai boneka hanya boleh akur sahaja. Semasa tempoh pemerintahannya beliau telah bertindak mengunci sekolah sekolah TABIKA KEMAS dan dewan serbaguna milik Kerajaan Persekutuan.

Walaupun pelbagai tindakan yang dibuat oleh bekas MB ini yang jelas mengguris perasaan dan hati Orang Melayu, masih terdapat segelintir daripada Orang Melayu yang akur untuk terus dikudakan oleh DAP. Demonstrasi jalanan yang dilakukan oleh orang -orang Melayu di Kuala Kangsar selepas solat Jumaat bukan budaya Orang Malaysia, sebaliknya dipelopori oleh DSAI dan parti campuran. Jika benar parti campuran sepakat, mengapa kaum lain tidak turut serta. Ini menunjukkan Orang Melayu tidak sedar mereka dipergunakan dan diperalatkan supaya DAP terus berkuasa di Perak.

Pakatan Rakyat = Pakatan Rapuh

Perang poster di beberapa tempat di DUN Kuala Sepetang, Trong dan Changkat Jering sudah bermula walaupun hari penamaan calon belum diumumkan. Pakatan pembangkang menerusi jentera pilihan raya sibuk menampal poster-poster yang memburukkan Kerajaan Barisan Nasional. Isu Altantuya, pembentukan Kerajaan BN di Negeri Perak dan pelantikan Menteri Besar Perak adalah isu yang menjadi tumpuan pakatan pembangkang untuk meracuni pemikiran penduduk Bukit Gantang.
Pada pandangan mereka isu tersebut mudah digula-gulakan dan dapat membangkitkan kemarahan rakyat terhadap Kerajaan sekaligus menutup kelemahan pakatan pembangkang yang sebenarnya tidak mendapat sokongan daripada ADUN Perak.Kerajaan campuran di negeri Perak hanyalah manage of convinion.Dasar dan polisi dalam pentadbirannya berbeza. Muafakatan pakatan pembangkang ini bersandarkan kepada matlamat untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional.
Jika Berjaya menjatuhkan Barisan Nasional, sudah pasti hala tuju mereka haru biru kerana masing-masing mempunyai agenda dan ideology yang berbeza. Ini terbukti apabila DAP menolak impian PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan menjadikan Malaysia Negara Islam.Kenyataan pemimpin-pemimpin mereka yang bercanggah menggambarkan mereka tidak boleh bersatu dan bekerjasama untuk mentadbir Negara. Tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh mengambil tindakan saman terhadap sultan bercanggah dengan Ketua pakatan pembangkang DSAI yang menyatakan tidak akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak.
Karpal juga menyatakan DSAI adalah pemimpin yang tidak bermoral kerana membenarkan budaya melompat parti.Kepada pengundi Parlimen Bukit Gantang P059 harus bersatu dan menolak pakatan pembangkang yang jelas mahu menjadikan Malaysia sebagai republic melalui konsep Malaysian-Malaysia. Justeru itu, sokonglah Kerajaan Barisan Nasional yang ternyata satu pakatan yang kukuh dan terbukti selama 51 tahun memerintah Malaysia sejak zaman Perikatan yang memerintah di bawah satu dasar perkongsian kuasa antara kaum.

Pakatan Pembangkang Bawa Budaya Lompat Parti

Pelbagai dakwaan dan tohmahan yang dilemparkan kepada Kerajaan berhubung isu Kerajaan Negeri Perak yang diterajui Barisan Nasional. "BN perampas", "BN gila kuasa" dan "BN mengambil Kerajaan Perak secara tidak bermoral dan menggunakan pintu belakang" adalah antara ungkapan yang dibangkitkan oleh Pakatan Pembangkang untuk mempengaruhi rakyat Perak bahawa Kerajaan Perak yang diterajui oleh Nizar Jamaluddin masih sah.BN mengikut saluran yang betul berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
Sebenarnya 2 ahli DUN PKR dan seorang ahli DUN DAP yang keluar parti dan menggelar diri mereka BEBAS berpunca daripada hilang keyakinan kepada kepimpinan MB dan parti masing-masing. Mereka bukannya lompat parti.Jika pakatan pembangkang melihat ahli mereka keluar parti sebagai usaha BN secara 'pintu belakang', mereka perlu ingat bahawa cara itulah yang diperkenalkan dan merekalah yang mempromosikan "lompat parti" apabila Adun Bota, Datuk Nasharuddin Hashim melompat parti daripada UMNO ke PKR sebelum kembali semula kepada UMNO.
Budaya melompat parti ini adalah idea DSAI yang pernah berjanji akan mentadbir Malaysia pada 16 September. Tulip melihat pakatan pembangkang bijak mengeksploitasi kelemahan mereka dengan menyalahkan Kerajaan Barisan Nasional sebagai punca masalah yang berlaku di Perak.Tulip sedih dengan sikap segelintir rakyat Bukit Gantang yang begitu taksub menyokong pakatan pembangkang yang secara terang-terangan membawa budaya tidak bermoral "lompat parti" dan menghalalkan pakatan pembangkang menghina institusi raja. Apa nak jadi dengan bangsa melayu kita? Insaflah.

Tuesday, March 17, 2009

Gobind DiGantung Setahun

Sumber: Berita Harian
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama setahun, berkuat kuasa semalam. Tindakan itu dikenakan selepas Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sebulat suara menyokong usul dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz. Berikutan penggantungan itu, Gobind daripada DAP tidak akan dibayar sebarang elaun atau kemudahan sebagai Ahli Parlimen sepanjang tempoh berkenaan.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan keputusan itu pada jam 1 tengah hari semalam tanpa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang keluar Dewan diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka bertindak keluar Dewan selepas menimbulkan kekecohan kerana tidak puas hati Gobind tidak dibenar membela diri ketika Nazri menggulung usul berkenaan. Nazri mengemukakan usul itu berikutan tindakan Gobind mengeluarkan kenyataan mendakwa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam kes pembunuhan selain menghina Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat ketika perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 pada 12 Mac lalu.

Sebelum itu, Dewan terpaksa menangguhkan perbahasan 50 minit kerana Ahli Parlimen pembangkang mengemukakan pelbagai peraturan mesyuarat supaya usul berkenaan tidak dibahaskan, semalam. Bagaimanapun, Pandikar Amin menegaskan, berdasarkan Peraturan Mesyuarat 27 (3), 80 (1) dan 44 (8), usul itu boleh dibahaskan segera demi kepentingan umum. "Saya meluluskan usul itu kerana berpendapat ia membabitkan kepentingan umum yang membawa persepsi kepada masyarakat yang melihat tingkah laku Ahli Parlimen di Dewan ini. "Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tafsiran saya dan saya ingin ingatkan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat mengikut Peraturan 43, perlu diterima.

"Ia ada kaitan dengan tabiat, gelagat dan keceluparan anggota di dalam Dewan dan bukan berlaku di luar. Semua tahu perkara ini berlaku," katanya. Pandikar Amin berkata, beliau faham kebebasan bersuara dan keistimewaan Ahli Parlimen ketika melaksanakan tugas mereka di Dewan tetapi mereka juga perlu bertanggungjawab. "Usul ini dibawa Ahli Parlimen sendiri dan bukan daripada saya. Saya lakukan ini supaya tidak berlaku lagi perlanggaran peraturan mesyuarat. Majlis yang bersidang lebih berkuasa daripada Jawatankuasa Hak Kebebasan dan Keistimewaan yang diwujudkan sendiri," katanya. Nazri ketika menggulung perbahasan berkata, tindakan Gobind itu bukan satu unsur jenayah dan bukti tidak perlu dikemukakan untuk diteliti sebelum kesalahan boleh disabitkan terhadapnya. "Tindakan yang dilakukan (Gobind) jelas menampakkan sikap kurang ajar terhadap Timbalan Perdana Menteri... jadi ia cukup untuk kita ambil tindakan," katanya.
*********************************
Tulip Desa
Gobind bertemu buku dengan ruas. Segala kebiadapan dan keceluparan pertuturannya memakan diri apabila beliau digantung selama setahun daripada menghadiri Sidang Dewan Rakyat. Gobind, MP Puchong tidak akan dibayar sebarang elaun selama beliau ditahan.Hukuman yang diterima MP Puchong harus dijadikan pengajaran kepada MP-MP pembangkang yang gemar menimbulkan kontroversi dengan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap Kerajaan. Inilah padahnya apabila keperluan politik mendahului kepentingan rakyat. Insaflah, wahai MP-MP pembangkang.

Friday, March 13, 2009

UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI PERAK, WAJAR DIFAHAMI

Kemelut politik yang melanda negara masih terus hangat tanpa ada tanda-tanda akan reda. Pembentukan Kerajaan Barisan Nasional (BN) di Negeri Perak masih lagi dipertikaikan dan dipersoalkan kesahannya. Pelbagai reaksi yang diberikan oleh rakyat berhubung isu tersebut, ada yang bernada positif dan tidak kurang juga negatif. Stigma kebencian yang tertanam di fikiran pembangkang dan penyokongnya menyebabkan kenyataan-kenyataan yang menyatakan BN perampas, tidak bermoral dan menggunakan pintu belakang mengambil Kerajaan Perak menambahkan lagi kekeliruan dan kebencian rakyat kepada Kerajaan.
Kebangkitan rakyat Perak yang tidak menyokong tindakan Kerajaan berpunca daripada kurang pemahaman tentang perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Kesannya, mereka menerima bulat-bulat apa yang disogokkan oleh pembangkang yang ternyata cuba memprovokasikan isu tersebut untuk membangkitkan kemarahan rakyat. Kemelut politik di Perak memerlukan pemahaman dan penerimaan semua pihak yang terbabit, terutama rakyat negeri Perak. Rakyat Perak perlu memahami dan menerima hakikat bahawa Sultan Perak telah menjalankan tugas dan fungsi perundangan dengan sempurna dalam melantik MB baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir pada 6 Februari 2009.
Negara Malaysia ditadbir di bawah sistem "Demokrasi Berparlimen Dan Raja Berpelembagaan". Melalui sistem tersebut rakyat dan Raja mempunyai hak dan kuasa masing-masing dalam menentu dan membentuk Kerajaan negeri dan persekutuan.
Dalam konteks Negeri Perak, Undang-Undang Tubuh Negeri Perak memberi kuasa mutlak kepada Sultan sebagai penentu kuasa pemerintahan negeri Perak. Mengikut Perkara 7 undang-undang, tersebut, Sultan memerintah mengikut undang-undang dan dikehendaki berlaku adil terhadap semua rakyat. Dalam melaksanakan pemerintahan, Sultan hendaklah melantik seorang Menteri Besar seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 12. Sultan mempunyai kuasa mutlak menentukan siapa yang akan menerajui pucuk kepimpinan pemerintahan negerinya.
Ini bermakna, pelantikan Menteri Besar Perak akan ditentukan oleh Sultan. Perundangan mengenai pelantikan MB Perak diperuntukkan dalam Perkara 16(2)(a) dan perkara 18(2)(a) dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Berdasarkan perundangan tersebut, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan Barisan Nasional telah dilantik sebagai Menteri Besar baru pada 6 Februari 2009 apabila Sultan yakin MB dari Pakatan Campuran tidak lagi mendapat sokongan majoriti di kalangan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak.
Peralihan kuasa dari Pakatan Campuran kepada Barisan Nasional pada 6 Februari di negeri Perak bukan semestinya dilakukan melalui proses pilihan raya atau pengundian di Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi ia juga boleh ditentukan oleh kuasa yang ada pada Sultan Perak mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
Dalam membuat keputusan untuk melantik seorang MB dan Kerajaan negeri baru, Paduka Seri Sultan Perak telah menggunakan dua kaedah utama iaitu suara majoriti ahli Dewan Undangan Negeri dan pertimbangan raja pemerintah. Dengan itu jelas, bahawa undi tidak percaya di lantai dalam DUN bukanlah satu-satunya kaedah untuk menentukan pembentukan Kerajaan atau peralihan kuasa di negeri Perak.
Undang-Undang Tubuh Negeri Perak ini telah digarap dengan teliti sebagai panduan dan rujukan. Malangnya, ada segelintir pihak yang memanipulasi dan tidak menyatakan kebenarannya kepada rakyat. Natijahnya, rakyat menjadi hilang punca dan terkapai-kapai untuk mengetahui kebenaran yang sebenar. Tulip mengharapkan Orang Melayu Perak jangan terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang berniat untuk memporak perandakan Orang Melayu supaya berpecah. Ingatlah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

20 Sebab Kenapa PR (Pakatan Rakyat) Tidak Perlu Diberi Mandat!!!


Sebenarnya PR ( Penghancur Rakyat) adalah sebuah parti yang rapuh dan tidak membawa kepada kekucaran rakyat selama hari ini. apa yang dilihat PR ( Perobek Rakyat) hanya untuk mengugatkan keadaan keamanan di negara ini.

1. Sistem gabungan Pakatan tidak stabil, Parti baru (PKR) Parti Kinzir Rakyat menguasai parti lama (PAS & DAP), mana adil?
2. Presiden PAS, Haji Hadi kata Pakatan tiada ketua. Anwar bukan ketua Pakatan tapi Anwar bertindak lebih dari itu.
3. Karpal Singh pengerusi DAP desak Ketua Pakatan letak jawatan, apa lebih rapuh dari itu?
4. Ketua Pakatan diragui moral. Dibicarakan di mahkamah atas sebab kes liwat & pendedahan amalan free sex Elizabeth Wong.
5. Pakatan longgar dan saling merebut kuasa sesama sendiri
6. Jika Pakatan berjaya, semakin bertambahlah pengaruh asing menguasai negara kite pada hal pihak asing hanya nak gunakan kita demi matlamatnya sendiri.
7. Sistem Pakatan akan meningkatkan jurang kemiskinan. Yang kay bertambah kaya. yang miskin akan bertambah miskin kerana Pakatan percaya sistem pasaran 100% bebas.
8. Hak Keistemewaan orang Melayu akan dihapuskan kerana DEB dihapuskan & diganti dengan Agenda Ekonomi Nasional (AEN)
9. Kedudukan Institusi Raja-Raja Melayu akan terancam kerana Pakatan Memperjuangkan sistem republik
10. Kedudukan agama Islam akan terancam kerana 2 parti terbesar Pakatan (PKR & DAP) memperjuangkan pluralisme agama ( persamaan Agama)
11. Jawatan menteri kabinet kerajaan persekutuan dan exco-exco kerajaan negeri untuk Melayu akan dikurangkan, tahukah kita implikasinya? Bayangkan apa akibatnya jika Pengarah Urusan Petronas diberikan kepada bukan ISLAM!!! Jawatan-jawatan lain seperti NC-NC universiti juga akan diberikan kepada kaum lain.
12. Jawatan Perdana Menteri mungkin diambil alih oleh bukan Melayu. Kalaupun Melayu naik, dia akan jadi boneka sahaja.
13. Kuasa Mahkamah Syariah akan dikurang atau dihapuskan sebab majoriti peguam tak sukakan sistem Syariah dan akan mempergunakan Majlis Peguam untuk itu.
14. Kedudukan agama Islan akan semakin terancam kerana peruntukan untuk semua agama disamaratakan
15. Akan semakin bertambah Melayu yang murtad kerana dasar IFC yang menyamakan agama2 lain dengan Islam akan diperkenalkan seperti yang sudahpun dimulakan di Pulau Pinang.
16. Tak mustahil akan bertambahnya gejala sosial seperti kegiatan gay, lesbian dan seks bebas kerana perjuangan Pakatan berasaskan Hak Asasi Manusia rekaan Yahudi pd 1948 sedangkan Allah lebih tahu apa yang sesuai untuk kita manusia.
17. Sejak pakatan mendapat mandat dibeberapa tempat, keadaan politik negara tidak stabil & sering berlaku demonstrasi yang amat menyusahkan.
18. Tidak mustahil bila Pakatan berjaya, mereka akan ejek Melayu & Target 13 Mei akan berulang sekali lagi.
19. Rezab tanah-tanah Melayu akan digadai kepada kaum lain seperti di Perak pd hal peribumi adalah majoriti yang tak bertanah atau mempunyai rumah.
20. Perpaduan kaum akan terjejas kerana majoriti kaum Melayu tidak akan berpuas hati bila hak disamaratakan dengan kaum-kaum lain pada hal majoriti Peribumi masih miskin.Itulah antaranya pekara yang menyebabkan PR ( Penghapus Raja) ini tidak bole mentadbir negara ini dan dianggap tidak releven!!
Shahboy
Naib Presiden 1 Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Thursday, March 12, 2009

Tarik balik imuniti Ahli Parlimen


DATUK Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) meminta kerajaan menarik balik keistimewaan dan imuniti Ahli Parlimen bagi memastikan mereka lebih bertanggungjawab dan mempunyai akauntabiliti ketika berbahas di Dewan Rakyat. Beliau berkata, sudah tiba masanya keistimewaan dinikmati semua Ahli Parlimen itu ditarik balik bagi mengelak mereka berselindung di sebalik kekebalan untuk melemparkan tuduhan terhadap seseorang yang tidak mempunyai peluang untuk membalasnya. Katanya, keistimewaan itu tidak perlu lagi kerana Raja-Raja Melayu kini sudah tidak mempunyai kekebalan, malah boleh didakwa di mahkamah.
"Tanpa keistimewaan itu, wakil rakyat tetap boleh membangkitkan perkara yang didapati melanggar undang-undang di Dewan Rakyat jika mempunyai cukup bukti. "Wakil rakyat perlu lebih bertanggungjawab dan tidak berselindung di sebalik keistimewaan wakil rakyat jika ada bukti," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2009. Ibrahim turut meminta pemimpin kerajaan dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bermuhasabah untuk mencari titik pertemuan mengatasi kegawatan sekarang.

Sumber: Berita Harian

****************************************
Tulip Desa

Tulip melihat segelintir daripada MP menyalahgunakan kekebalan imuniti yang diberikan dengan membuat tohmahan dan memfitnah individu juga Kerajaan. Imuniti yang mereka miliki menyebabkan mereka bebas berbicara dan boleh bercakap apa sahaja. Maka dengan itu, tercetuslah isu Karpal Singh menyaman Sultan Perak dan mengatakan Pemuda UMNO celaka. Mereka berselindung disebalik imuniti untuk mencapai kehendak politik mereka.Tulip berpandangan menarik balik imuniti Ahli Parlimen ada baik dan buruknya. Justeru itu, wajarlah Kerajaan mengkaji semula samada mahu dikekalkan imuniti tersebut atau sebaliknya? Selepas ini, diharapkan MP-MP di Dewan Rakyat akan lebih berkomitmen, dinamik dan proaktif ketika berbahas di Dewan Rakyat.