Monday, September 14, 2009

Datuk Najib diserbu oleh penduduk Sabah

Kedatangan Datuk Najib di Sabah disambut dengan meriah apabila ribuan rakyat mengambil kesempatan untuk bertemu dengan Perdana Menteri selepas menunaikan solat tarawih di Masjid Al-Khautsar. Walaupun keadaan kelam kabut pada awalnya, tetapi kembali tenang dan ini adalah tanda setia rakyat Sabah kepada Kerajaan. Perdana Menteri menyampaikan ucapannya seperti berikut:

"Oleh itu saya minta tolonglah jaga rakyat yang setia kepada kita ini. Mereka ini tidak meminta banyak. Mereka hanya minta perhatian anda, masa dan budi bahasa. Itu sahaja yang mereka minta."Saya percaya sebagai balasan mereka akan terus setia bersama kita," katanya ketika berucap pada majlis moreh sempena lawatan sehari ke Sabah, di sini hari ini.

Oleh itu, wakil rakyat wajar mengambil amanat ini sebagai motivasi. Luangkanlah masa turun padang menjenguk permasalahan rakyat. Golongan ini perlu dibantu agar sokongan mereka semakin utuh terhadap Kerajaan. Yang pastinya, RMK10 banyak peruntukkan untuk rakyat Sabah bagi menjamin kesejahteraan rakyat Sabah. Percayalah hanya BN yang dapat mengubah hidup rakyat Sabah dan BN sentiasa mengotakan janji tidak seperti kerajaan pembangkang.

Monday, September 7, 2009

NIZAR PENGKHIANAT! BACALAH PESANAN DR RIDHUAN TEE!

Sumber: http://parpukari.blogspot.com

KOLUMNIS laman web Centre for Policy Initiatives (CPI), Helen Ang mengkritik dengan hebat beberapa siri artikel yang saya tulis dalam Mingguan Malaysia.

Artikel beliau bertajuk Ridhuan Tee‘s reverse take on racism, telah diposkan kepada beberapa laman web pembangkang dan membuka peluang kepada para pembaca laman web tersebut menyerang, mengecam dan menghentam peribadi saya sekali lagi, tanpa fakta ilmiah untuk berhujah sebagaimana artikel yang ditulis beliau.

Saya sepatutnya tidak mahu melayan mereka yang menulis tanpa membuat kajian dan penyelidikan terperinci seperti mana yang saya lakukan. Ternyata beliau tidak faham apa yang saya tulis. Mungkin disebabkan oleh tahap penguasaan bahasa Melayunya yang agak rendah setelah sekian lama tinggal di negara ini. Sebahagian kecil petikan artikel saya dimanipulasikan seperti yang dilakukan oleh akhbar Cina.

Petikan yang saya ambil daripada kata-kata Almarhum Tunku Abdul Rahman mengenai perlunya bandar raya Shah Alam bebas daripada arak dan kelab malam telah disalah tafsirkan. Helen Ang mengatakan bahawa ia adalah tulisan saya. Saya sungguh kasihan cara beliau berusaha untuk memahami artikel saya dalam bahasa Melayu mudah. Mujurlah saya tidak gunakan bahasa yang bombastik, jika tidak saya tidak tahu apa yang Helen Ang akan tulis.

Beliau juga menuduh saya ‘masuk Melayu’ dan bukan ‘masuk Islam’ agar diterima oleh orang Melayu, dan seterusnya menjadikan saya lebih berjaya. Bagaimanakah saya boleh ‘masuk Melayu’ sedangkan saya seorang Cina. Saya memeluk agama Islam, bukan ‘masuk Melayu’. Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya memeluk Islam kerana kemuliaan dan kesucian Islam. Saya tidak pernah mengharap sebarang bantuan setelah memeluk Islam, kerana agama Islam mengajar saya prinsip berdikari. Bangsa seseorang tidak boleh ditukar walaupun ia telah memeluk Islam kerana bangsa itu adalah kejadian Allah SWT. Manakala agama, kita boleh pilih untuk dijadikan pegangan hidup seperti yang saya lakukan.

Dalam membahaskan fakta yang saya kemukakan, Helen Ang membandingkan antara Cina Thailand dengan Cina Malaysia. Helen Ang memujikan rakyat Thai kerana dapat menerima Perdana Menteri Thailand kini, Abhisit Vejjajiva berketurunan Cina. Begitu dengan Perdana Menteri sebelum itu seperti Chuan Leekpai dan Thaksin Shinawatra. Helen mempertikaikan kenapa orang Cina tidak boleh menjadi Menteri Besar Perak (DAP). Jawapannya mudah, kerana orang Cina di Thailand sudah tidak serupa Cina. Mereka boleh dikatakan lebih Siam daripada Siam. Persoalannya, adakah itu berlaku di Malaysia?

Ternyata dalam banyak perkara yang diulas, beliau tidak dapat memahami sejarah Tanah Melayu dan sejarah pembentukan Malaysia. Lebih malang lagi beliau tidak dapat memahami roh bagaimana Perlembagaan Persekutuan digubal hasil persetujuan semua kaum, melalui pakatan murni atau lebih dikenali dengan kontrak sosial. Begitu juga Perlembagaan setiap negeri, ada sejarahnya tersendiri. Saya harap kejahilan ini tidak berlaku kepada orang lain agar tidak buta sejarah.

Helen Ang juga perlu mengkaji 7 wasiat Raja-raja Melayu seperti yang disebut oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, yang telah membentuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Helen Ang perlu memahami makna yang tersurat dan tersirat dalam Perlembagaan Persekutuan tersebut. Jangan asyik mempertahankan dan membaca akhbar-akhbar Cina.

Kenapa beliau mempertikaikan kedudukan Menteri Besar Perak yang tidak dilantik dari kalangan DAP? Cuba Helen Ang bandingkan, kenapa Ketua Menteri Pulau Pinang mesti diserahkan kepada Cina? Tidakkah kerusi UMNO lebih banyak daripada kerusi parti-parti politik lain dalam pilihan raya 2004 dan sebelum itu? Kenapa kita tidak menghargai tolak ansur dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh orang Melayu? Sesuatu yang menguntungkan disenyapkan, yang tidak menguntungkan digembar-gemburkan untuk menagih simpati.

Helen Ang juga mempertikaikan fakta yang saya tulis akan bilangan rumah ibadat bukan Islam seperti kuil Hindu, tokong Cina dan gereja Kristian melebihi bilangan surau dan masjid. Di sini saya pamerkan statistik tersebut untuk pengetahuan beliau akan nasib Melayu di bumi Melayu.

Contohnya di Selangor mempunyai penduduk berjumlah 4.8 juta. Daripada jumlah itu orang Melayu mewakili 2.5 juta dengan kapasiti 259 masjid dan 939 surau. orang Cina Buddha berjumlah 1.3 juta mempunyai 1,015 tokong, orang India berjumlah 647,000 dengan 810 kuil berdaftar (bilangan ini belum dicampurkan dengan tokong dan kuil yang tidak berdaftar). Manakala, bilangan gereja Kristian biarlah Helen Ang yang cari untuk menampung jumlah 50,000 penganut Kristian.

Statistik

Berdasarkan kepada statistik ini, jelas kepada kita, setelah dicampur semua rumah ibadat bukan Islam, kedudukan masjid surau sebenarnya jauh ketinggalan. Ini baru perbandingan satu negeri, bayangkan negeri- negeri lain. Adakah nisbah antara bilangan penduduk dengan bilangan rumah ibadat itu adil? Begitu besar bezanya. Sila rujuk Wikipedia, walaupun ia bukanlah sumber yang outentik dalam akademik. Tetapi saya yakin statistik ini tidak jauh bezanya.

Jangan kita bercakap kosong tanpa melakukan penyelidikan. Helen Ang mungkin terkejut bila saya paparkan statistik seluruh negara. Kenapa dalam sebuah negara majoriti Melayu boleh berlaku demikian? Inilah tolak ansur orang Melayu. Hormatilah tolak ansur ini. Jangan terlalu kiasu.

Pada hemat saya, semua perkara ini berlaku disebabkan oleh kejahilan hidup beragama. Apakah isu sebenarnya timbul apabila kita mahu mempertahankan hubungan yang dilarang oleh semua agama, seperti amalan berzina sehingga melahirkan anak luar nikah? Beritahu saya ajaran agama mana yang membenarkan hubungan haram ini?

Bayangkan jika yang perempuan yang dizinai adalah ibu, isteri, adik-beradik perempuan kita sehingga melahirkan anak luar nikah. Apakah kita boleh menerima semua ini sebagai isu moral yang boleh dipertahankan? Kena pada orang lain, tak apa. Bila kena pada diri sendiri baru tahu langit ini tinggi atau rendah?

Justeru, saya amat bersimpati dan amat menghormati tindakan dengan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan badan disiplin MCA yang telah mengambil tindakan yang tepat untuk menggugurkan timbalannya disebabkan salah laku moralnya.

Saya amat yakin keputusan yang diambil, bukanlah suatu perkara yang mudah untuk beliau melakukan tindakan sedemikian. Keputusan yang diambil adalah demi menyelamatkan maruah parti biarpun beliau akan menjadi tidak popular.

Tindakan MCA itu dikira tepat jika ditinjau dari segi undang-undang moral dan ajaran agama. Saya selaku orang Cina menyokong sepenuhnya tindakan tersebut. Inilah nilai-nilai moral yang perlu ada pada setiap pemimpin dan juga rakyat yang dipimpin. Jika pemimpin tidak menunjukkan teladan, siapa lagi? Adakah kita mahu menunggu rakyat menunjukkan teladan? Tidakkah kepimpinan itu melalui teladan?

Seperti yang selalu saya sebut, tidak ada satupun agama atau ajaran di dunia yang menghalalkan perlakuan tidak bermoral seperti berzina atau hubungan seks luar nikah. Apatah lagi sehingga mengandungkan anak luar nikah. Semua perbuatan terkutuk adalah berdosa besar.

Masyarakat kita tidak kira apa juga bangsa dan agamanya, perlu dididik dengan nilai moral tinggi. Agama hendaklah dijadikan panduan hidup. Baru dunia akan aman. Kerana semua agama menyerukan kepada kebaikan. Yang baik tetap baik, yang salah tetap salah. Kita tidak boleh menghalalkan yang haram untuk mencapai matlamat.

Buddha begitu keras sekali mengharamkan zina seperti yang tersebut dalam lima larangannya iaitu jangan membunuh, jangan berzina, jangan berbohong, jangan mencuri dan minum arak. Sila rujuk Sutta Nipata 815, Dhammapada 309-10, Sutta Nipata 123.

Begitu juga larangan dalam agama Kristian, Hindu dan Sikh. Apa tujuan nasihat agama ini? Semuanya mahu memastikan kita menjadi manusia yang mempunyai moral yang tinggi, bermaruah dan sebagainya. Jika Helen Ang beragama Kristian, sila buka Bible, 1 Corinthians 6:18-20 & 1 Corinthians 7:1-2. Adakah Kristian menghalalkan zina? Sudah tentu tidak.

Kalau Helen Ang melihat adat tradisi masyarakat Cina zaman dahulu, hukuman ke atas mereka yang berzina ini amat berat. Penzina-penzina ini akan dimasukkan ke dalam bekas atau raga babi dan dicampakkan ke dalam sungai.

Begitu juga saya ingin menyarankan Helen Ang supaya meluangkan masa meneliti ajaran agama lain seperti agama Hindu dan Sikh mengenai penzinaan. Baca kitab Hindu, Bhagavad Gita1.40-42, zina diharamkan dalam agama Hindu. Perlakuan berzina dianggap sebagai penghinaan kepada undang-undang agama Hindu (Laws of Manu, 9.95, 101). Untuk keterangan lanjut baca New World Encyclopedia. Dalam ajaran Sikh, salah satu daripada lima dosa besar adalah berzina. Sila baca Adi Granth, Dhanasari. Justeru, atas landasan apa kita mahu menghalalkan zina?

Lihat juga pandangan ajaran Konfucianisme, Taoisme, Jainisme, Zoroastrianisme, Shintoisme, Judaisme dan Bahai dalam artikel bertajuk A Comparison of Morality from the religions from Around the World, http://usminc.org/other.html. Larangan berzina amat keras sekali.

Sebenarnya isu-isu moral ini dibahaskan dengan panjang lebar oleh semua agama, apatah lagi agama Islam. Saya tidak perlu sebutkan pandangan agama Islam, sebab sudah terang lagi bersuluh kemuliaan Islam dalam menjaga umatnya. Justeru, jika berlaku juga kepada umat Islam, itu salah orang yang melakukan perbuatan terkutuk itu, bukan agama Islam yang suci murni.

Justeru, dalam menilai antara yang benar dan yang batil, agama perlu dijadikan panduan dan sejarah sebagai pedoman. Percubaan untuk memadamkan fakta agama dan sejarah hanya akan mengundang kerosakan di muka bumi. Saya yakin fakta yang saya kemukakan sengaja diselewengkan disebabkan oleh sikap kiasu.

Salam hormat saya.

Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Friday, September 4, 2009

Tahniah Tan Sri Musa Hassan: Khidmatmu Diperlukan

Sekalung tahniah diucapkan kepada Musa Hassan kerana dapat meneruskan khidmatnya sebagai Ketua Polis Negara untuk tempoh setahun lagi. Khidmatnya masih diperlukan untuk membongkar segala kejahatan yang dilakukan oleh Anwar khususnya dalam kes liwat. Anwar umpama cacing kepanasan memikirkan strategi-strategi baru untuk lepas daripada kes liwatnya. Nampaknya, kali ini DSAI tidak terlepas kerana segala bukti kes liwatnya ada dalam genggaman TS Musa Hassan. Fitnah DSAI bahawa TS Musa Hassan 'payung' kepada kongsi gelap tidak menjadi nampaknya.

Walau bagaimanapun, terima kasih kepada DYMM Tuanku Mizan kerana memperkenankan pelantikan Musa Hassan. Begitu juga YAB Perdana Menteri, Dato' Najib kerana menyempurnakan penyambungan kontrak tersebut. Musa Hassan banyak berjasa kepada negara. Walaupun dilemparkan pelbagai fitnah , beliau begitu kuat dan tabah menghadapinya. Semoga diberkati oleh Allah s.w.t. Segala kebenaran, pasti terserlah jua akhirnya.

Scorpene mantapkan pertahanan

kapal selam kebanggaan negara, KD Tunku Abdul Rahman yang membawa 32 anak kapal selamat tiba di Pangkalan Pusat Hidrografi Nasional, TLDM di Pulau Indah, Klang, Selangor, semalam selepas melalui pelayaran selama 54 hari sejauh 6,000 batu nautika dari Toulon, Perancis. Kapal selam kedua KD Tun Razak dijangka tiba Mac tahun depan. – Utusan/ Mohd. Shaharani Saibi

PELABUHAN KLANG 3 Sept. – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menegaskan aset terbaru pertahanan negara iaitu kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak adalah bukti kesungguhan kerajaan memastikan kedaulatan negara terus selamat dan terjamin.

Titah baginda, perolehan dua kapal selam Scorpene dari Perancis itu turut memberikan manfaat dalam mewujudkan satu angkatan tentera negara yang lebih berwibawa dan disegani terutamanya Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

‘‘Projek perolehan kapal selam TLDM ini adalah satu pelaburan dan komitmen terbesar yang dibuat oleh kerajaan untuk meningkatkan keupayaan tentera Malaysia dalam menentukan kedaulatan negara terjamin dan selamat daripada sebarang ancaman.

‘‘Selain itu, perolehan aset ketenteraan ini juga membolehkan TLDM khususnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadi satu angkatan yang lebih berwibawa di rantau ini,” titah baginda.

Tuanku Mizan bertitah demikian ketika menyambut ketibaan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman termasuk 32 anak kapalnya kira-kira pukul 8 pagi ini di Pusat Hidrografi Nasional TLDM, Pulau Indah di sini hari ini.

Turut hadir Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hadir sama ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

KD Tunku Abdul Rahman diserahkan secara rasmi kepada kerajaan oleh syarikat kontraktornya, Armaris pada 25 Januari lalu dan pentauliahan kapal berkuasa diesel-elektrik itu ke dalam perkhidmatan TLDM disempurnakan pada 27 Januari oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

KD Tunku Abdul Rahman memulakan pelayaran pulang ke negara ini dari Toulon, Perancis pada 11 Julai lalu selepas selesai pembinaannya serta menjalani latihan selama empat bulan meliputi kemahiran serta penyenggaraan.

Dalam tempoh pelayaran yang meliputi jarak sejauh 6,000 batu nautika, KD Tunku Abdul Rahman telah singgah di beberapa pelabuhan utama dunia meliputi Jeddah, Djibouti dan Cochin di India.

Tuanku Mizan turut melahirkan rasa kagum terhadap anak kapal KD Tunku Abdul Rahman yang berjaya mengharungi latihan selama empat tahun bagi memahirkan diri dalam pengendalian serta taktik peperangan kapal selam.

‘‘Beta sedar kapal selam memerlukan warga kerja yang memiliki kecenderungan dan kemahiran yang tinggi bagi mengoperasi dan mengendalikannya.

‘‘Maka kejayaan ini juga hasil dedikasi, kerjasama dan komitmen yang cemerlang semua warga KD Tunku Abdul Rahman selaras dengan cogan kata TLDM iaitu Sedia Berkorban,” jelas baginda.

Tuanku Mizan turut mengingatkan TLDM supaya menjaga dan menggunakan sepenuhnya aset penting dan berteknologi tinggi seperti KD Tunku Abdul Rahman bagi memastikan kredibiliti angkatan laut itu sebagai pasukan yang menjaga perairan negara terus terpelihara.

Sumber : Utusan Malaysia, 4 Sept. 2009

Tuesday, September 1, 2009

Kepala Lembu: Bantahan Orang Melayu Terhadap Pembinaan Kuil Di Selangor


Tulip setuju dengan Pewaris bahawa kepala lembu yang diletakkan di SUK Selangor sebagai simbolik bantahan Orang Melayu terhadap pembinaan kuil di Seksyen 23. Memang wajar Orang Melayu membantah kerana kawasan kuil itu dibina di kawasan majoriti Orang Melayu. Cuba kita fikirkan adakah Orang Cina bersetuju sekiranya masjid di bina di Cheras yang semua orang tahu itu kawasan majoriti Orang Cina. Sudah tentu apa-apa kepala akan diletakkan di SUK Selangor sebagai tanda bantahan.

Walau apa pun, bantahan tersebut menggambarkan Orang Melayu di Selangor mahu menyampaikan luahan perasaan bahawa sesuatu pembinaan rumah ibadat wajar mendapat persetujuan daripada masyarakat setempat bukannya melalui persetujuan orang yang berkepentingan sahaja. Rasanya Orang Melayu Selangor tidak marah dengan pembinaan kuil tersebut bersandarkan perpaduan dan muafakatan. Sebagai masyarakat majmuk, rakyat tahu bahawa setiap kaum bebas mengamalkan agama dan melaksanakan adat resam masing-masing.

Justeru itu, Menteri Besar Selangor harus sensitif dengan masalah yang berkisar dengan agama dan sensetiviti kaum. Jangan menafikan suara Orang Melayu berkaitan isu tersebut. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor wajar mengkaji semula kawasan pembinaan kuil di tempat yang sesuai agar tidak lagi membangkitkan kemarahan Orang Melayu.




Monday, August 24, 2009

Pakatan Rakyat Menggunakan Taktik Kotor Untuk Menang Permatang Pasir

Tinggal 1 hari lagi untuk parti-parti yang bertanding di Permatang Pasir berkempen untuk meraih sokongan rakyat supaya mengundi mereka. Bagi pengundi, 1 hari ini masa yang perlu digunakan sebaik-baiknya untuk memilih pemimpin yang akan membawa suara pengundi P.Pasir ke parlimen untuk dikotakan.

Hari pengundian akan berlangsung dalam suasana ramadhan. Tulip melihat tiada isu nasional yang diketengahkan melainkan isu-isu peribadi yang dimanipulasikan oleh pembangkang untuk mempengaruhi pengundi. Calon BN, Rohaizat Othman telah dilemparkan pelbagai fitnah oleh pembangkang sebagai usaha untuk mencemarkan imej dan kredebilitinya sebagai calon. Walaubagaimanapun, beliau tidak luntur semangat dan tetap meneruskan kempennya dari rumah ke rumah untuk meraih undi.

PAS dilihat begitu ghairah menyerang peribadi calon BN, apabila meminta rakan kongsi Rohaizat menggunakan pentas PAS untuk berceramah. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua, ternyata permainan politik PAS terbongkar. Rakan kongsi Rohaizat, akhirnya mengaku beliau digunakan oleh PAS untuk memburuk-burukkan Rohaizat. Sudah terbukti, pembangkang menggunakan taktik kotor untuk mendapatkan undi. Tulip berpandangan isu ini sengaja dibangkitkan untuk menutup kelemahan jentera pembangkang di P.Pasir.

Pembangkang kekeringan idea dan tidak yakin akan menang. Hanya Salleh Man dan Mahfuz Omar sahaja ke hulu kehilir berkempen. Mana pemimpin tertinggi PAS yang lain. Mungkinkah mereka memboikot PRK P.Pasir?Kerana berpendapat jika PAS menang, tiada apa yang mereka dapat melainkan akan menguatkan lagi kedudukan politik Anwar. Sokongan rakyat terhadap pembangkang juga dilihat mula pudar ekoran daripada tindakan ADUN Lunas dan pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai yang keluar parti beserta dengan 200 penyokongnya. Beliau menyifatkan PKR sudah jauh menyimpang daripada perjuangan asalnya.

Pembangkang semakin tidak keruan apabila sokongan pengundi muda dan wanita telah beralih kepada BN. Pengundi sudah muak menjadi mangsa politik pembangkang dan menganggap mengundi PAS, seolah-olah mereka mengundi DAP. Diharapkan pengundi sedar tipu daya pembangkang yang menjurus kepada memperjuangkan kepentingan diri daripada rakyat.

Pada hemat Tulip pembangkang akan terus menggunakan pelbagai strategi untuk menyerang BN dengan isu peribadi dan konflik dalaman Umno dalam masa terdekat menjelang hari pengundian. Diharapkan jentera BN tidak panik menghadapi serangan itu dan teruskan berkempen untuk memenangi hati rakyat. Bagi pengundi, inilah medan untuk membuktikan rakyat menolak Pakatan Rakyat. Undi anda akan menentukan nasib generasi akan datang. renung-renungkanlah.




Thursday, August 20, 2009

Nik Aziz Seleweng

Majlis Fatwa putuskan kenyataan MB Kelantan salah

NILAI: Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan memutuskan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kononnya ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa ahli atau penyokong parti itu ke syurga adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata isu berkenaan sebenarnya sudah dibincangkan sejak 2000 lagi dan jawatankuasa itu memutuskan bahawa ketentuan sama ada seseorang Islam masuk syurga atau neraka hak mutlak Allah SWT.

Beliau berkata, keputusan muzakarah itu sudah diperkenankan Majlis Raja-Raja dalam mesyuaratnya ke-188 pada 21 hingga 23 Mac 2001.

"Oleh itu, dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang, pertubuhan atau parti tertentu diperlukan sebelum seseorang itu layak masuk ke syurga atau neraka salah mengikut ajaran Islam.

"Jawatankuasa juga berpendapat sesiapa yang mengajar atau menyebarkan pandangan atau fahaman seperti ini salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar," katanya di Universiti Sains Islam Malay-sia (Usim) dekat sini, semalam.

Pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Isnin lalu, Nik Abdul Aziz mendakwa ajaran Islam yang dibawa Umno sudah tentu tidak boleh membawa seorang Muslim ke syurga.

Kelmarin, ramai tokoh agama dan ahli akademik menyifatkan kenyataan Nik Abdul Aziz itu sebagai keterlaluan dan tidak mencerminkan kewibawaannya sebagai ulama.

Malah, ada yang berpendapat Mursyidul Am Pas itu sudah berada pada tahap ekstrem serta boleh disamakan dengan kaum Khawarij yang menganggap mereka saja betul, manakala orang lain salah dan kafir.

Abdul Shukor yang juga Naib Canselor Usim, menasihatkan umat Islam, terutama yang mempunyai ilmu pengetahuan mengenai Islam, berhati-hati dan tidak menimbulkan perkara tidak betul atau bida'ah hingga boleh memecahkan ummah.

"Kepada orang ramai, saya ingin nyatakan dalam ajaran Islam sebenar, tidak sesiapa boleh menentukan seseorang itu berhak masuk syurga atau neraka, kecuali Allah SWT yang mempunyai hak mutlak dan boleh memasukkan seseorang itu ke syurga atau neraka berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan seseorang itu atau sebaliknya.

"Janganlah kita mudah terpengaruh dengan pandangan yang aneh, jauh dari kebenaran dan boleh menyesatkan kita," katanya sinis.

Abdul Shukor juga berharap Nik Abdul Aziz membetulkan semula pandangannya bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

"Saya mengharapkan politik itu tidak mengatasi agama. Saya harapkan juga supaya kita sama-sama tidak menggunakan Islam atau pandangan tertentu demi kepentingan politik, malah saya harapkan kita bersatu dan melupakan isu politik demi agama kerana isu agama lebih tinggi," katanya.

Sumber: Berita Harian

Monday, August 17, 2009

DAP Mahu Jadikan Malaysia Seperti Singapura

Parti serpihan PAP iaitu DAP semakin bertindak melampau,kurang ajar dan keterlaluan apabila sengaja membangkitkan isu agama dan kontrak sosial semata-mata mahu mengguris hati Orang Melayu. DAP dulunya tidak terdengar suaranya namun semakin lama semakin panas desakannya. Ini ditambah pula dengan sokongan padu daripada pengkhianat-pengkhianat Melayu yang merestui agar Islam terus dimaki dan dihina.

Kes terbaru di mana kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah seperti yang disiarkan di laman blog http://sjsandteam.wordpress.com yang mengutuk keras Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) berhubung anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.

Sebelum daripada kes ini, satu lagi isu yang berbau perkauman dibangkitkan, oleh Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong dari DAP seperti yang disiarkan di dalam akhbar The Star yang biadap menuduh Jemaah Islah Malaysia(JIM) sebagai eksterimis agama. Walaupun beliau menarik balik dakwaan tersebut tetapi mengapakah beliau tidak mahu memohon maaf secara terbuka kepada badan berkenaan.DAP dilihat cuba mencetuskan ketegangan kaum dengan meniupkan api perkauman melalui isu-isu tersebut.

DAP terus menghentam Kerajaan selagi kemahuannya tidak dituruti. Isu pemansuhan ISA dan juga isu Teoh Beng Hock yang bakal mendedahkan aktiviti penyelewengannya di manipulasikan oleh DAP untuk meletakkan segala kelemahannya di bahu Kerajaan. Justeru itu, SPRM dijadikan batu loncatan untuk menutup segala kerja jahat mereka. Tohmahan demi tohmahan dilemparkan terhadap Kerajaan untuk mencalarkan imej dan kredebiliti Kerajaan. Mereka akan terus menyerang Kerajaan sehingga Kerajaan berlembut hati menuruti kemahuan mereka. Itu yang mereka mahukan.

Penyokong-penyokong tegar pembangkang perlu sedar DAP mahu memecahbelahkan Orang Melayu. DAP mengimpikan kerusi Perdana Menteri menjadi hak milik mereka dan akan menggubal perlembagaan serta menghapuskan kontrak sosial. Lihatlah nasib Orang Melayu Singapura, mereka tidak dilayan dengan baik. Malah, Islam tidak dipedulikan langsung dan tidak dihormati sensitivitinya.Orang Melayu seharusnya mengambil iktibar dan pengajaran daripada isu Singapura keluar daripada Malaysia. Lim Kit Siang yang pernah menjadi setiausaha sulit Lee Kuan Yew pasti sudah merancang mahu menjadikan seluruh Malaysia mengalami nasib seperti Singapura.

Tulip merasa sedih dan kesal dengan tindakan segelintir Orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP untuk bersama-sama menghapuskan hak sendiri. Renung-renungkanlah Orang Melayu, kita perlu mempertahankan kuasa kita di tanahair tercinta.


Thursday, August 13, 2009

Nik Aziz Merapu Lagi Apabila Menghalalkan DAP Menghina Islam

Nik Aziz memang gemar berkawan dengan musuh Islam daripada sesama Islam

Terkedu Tulip membaca artikel dalam Berita Harian yang bertajuk "PAS tak bantah DAP hina Islam". Nampaknya rakyat Islam tidak boleh meletakkan harapan kepada PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam apabila PAS menghalalkan agama Islam dihina dan dimaki oleh musuh Islam. Mengapa sejak kebelakangan ini Nik Aziz mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang disifatkan sebagai dangkal dan merapu? Nik Aziz telah sonsang pemikirannya, mungkin kerana terlalu lama duduk di atas kerusi MB.

Setahu Tulip ketika di sekolah, kita diajar bahawa sesiapa yang menghina Islam, dia merupakan musuh Islam dan kita perlu berjihad memeranginya. Tetapi kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz menyebabkan rakyat terkeliru dan buntu. Adakah kenyataan beliau ikhlas ataupun sebagai strategi untuk menarik sokongan bukan Melayu untuk mengundi PAS pada Pilihanraya Kecil Permatang Pasir. Ternyata Nik Aziz adalah tok guru politik untuk mendapatkan kuasa bukannya ikhlas untuk memperjuangkan agama dan takutkan Allah. Inilah undi syurga, namanya.

Rakyat mungkin dapat membaca dan menghidu pemikiran Nik Aziz apabila tiba PRK, beliau akan menimbulkan isu berkaitan agama dan mengeluarkan kenyataan yang berbau keislaman untuk menunjukkan kepada rakyat beliau jaguh dalam memperjuangkan agama. Diharapkan penyokong fanatik PAS sedar dan kembali menyokong Kerajaan. Kita bersama-sama menjadi pencetus perubahan demi bangsa dan negara kita yang akan berusia 52 tahun pada 31 Ogos 2009.

Tuesday, August 11, 2009

PRK Permatang Pasir Pada 25 Ogos 2009


SPR telah menetapkan tarikh penamaan calon PRK Permatang Pasir pada 17 Ogos 2009 dan hari pengundian akan berlangsung pada 25 Ogos 2009. Hari pengundian jatuh pada bulan Ramadhan dimana umat Islam sedang menjalani ibadat puasa untuk hari yang keempat.

Menurut SPR seramai 20,290 pengundi yang keluar mengundi terdiri daripada 20,289 pemilih biasa dan satu pengundi pos. Dari segi komposisi kaum melibatkan sebanyak 72.36% pengundi Melayu, 25.85% pengundi Cina, India sebanyak 1.63% dan lain-lain sebanyak 0.16%. DUN Permatang Pasir terletak di dalam Parlimen Permatang Pauh.

SPR telah menetapkan proses penamaan calon dan pusat penjumlahan undi diadakan di Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara, Bukit Mertajam manakala proses pengeluaran dan pengiraan undi pos di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah. Justeru itu, pengundi boleh membuat semakan melalui laman web SPR, khidmat pesanan ringkas (SMS) SPR atau menghubungi Ibu Pejabat SPR di Putrajaya atau Pulau Pinang.

Diharapkan PRK Permatang Pasir berjalan dengan lancar dan tenang tanpa berlaku sebarang insiden yang tidak diingini. Penyokong parti dan pengundi seharusnya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh SPR supaya insiden-insiden yang berlaku di Manek Urai tidak berulang kembali di Permatang Pasir.



Monday, August 10, 2009

Ekuinas: Platform Baru Meningkatkan Pegangan Ekuiti Bumiputera

Pelbagai pandangan yang diutarakan oleh rakyat berhubung penubuhan Ekuinas. Ada yang berpandangan positif dan ada juga yang negatif. Di pihak pembangkang pelbagai tohmahan dilemparkan bertujuan memperkecil-kecilkan kemampuan Kerajaan.

Ekuinas atau Pertubuhan Ekuiti Nasional Berhad adalah idea bernas Dato' Najib yang dilihat mampu mengalas cabaran bagi mengubah kadar 19% kepada 30% pegangan ekuiti bumiputera menjelang tahun 2010.

Kadar pemilikan ekuiti bumiputera berada dalam keadaan statik apabila langsung tidak berganjak sejak 19 tahun lalu. Pada tahun 1990, berkadar 19% sehinggalah sekarang. Justeru itu, satu platform baru diperlukan bagi mengubah keadaan pegangan ekuiti yang dilihat berada dalam zon selesa. Ekuinas adalah kesinambungan daripada Dasar Ekonomi Baru (1970 - 1990), Dasar Pembangunan Nasional (1991 - 2000) dan Dasar Wawasan Negara (2000-2010) yang mempunyai satu matlamat untuk meningkat kadar pegangan ekuiti bumiputera ke tahap 30%.

Ekuinas adalah pelaburan baru dengan modal awal sebanyak 500 juta dan sasaran dana sehingga 10 billion. Skop pelaburan menjurus kepada bidang pengangkutan dan lojistik. Tumpuan diberikan terhadap syarikat yang belum disenaraikan di papan utama bursa saham. Melalui pelaburan baru ini, penyertaan bumiputera secara mampan amat digalakkan bagi memantapkan dana pelaburan bumiputera yang sediada.

Apa yang diharapkan, penubuhan Ekuinas akan dapat merealisasikan aspirasi Kerajaan untuk melihat kadar 30% penguasaan ekuiti bumiputera dalam agihan ekonomi negara. Sehubungan itu, kerjasama daripada semua pihak diperlukan bagi menjayakan idea yang telah digarap oleh Perdana Menteri Malaysia.

Friday, August 7, 2009

7 Wasiat Raja Melayu

7 wasiat yang perlu direnungkan oleh rakyat Malaysia khususnya generasi muda.

Raja-raja Melayu menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

7 Wasiat Raja Melayu:-

  • Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
  • Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
  • Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
  • Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
  • Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
  • Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
  • Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Friday, July 31, 2009

Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman kembali ke rahmatullah


Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman



Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman di atas kembalinya ADUN Permatang Pasir ke rahmatullah. Beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur kerana sakit jantung.Adun Pas itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir, kira-kira jam 6.30 pagi tadi. Nampaknya selepas ini, BN dan PAS kena bersedialah dengan PRK Permatang Pasir.Permatang Pasir adalah satu daripada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Permatang Pauh.



Tuesday, July 28, 2009

Nik Aziz Berubah: Mungkinkah DiPengaruhi oleh Team Erdogan?

Nik Aziz mengagung-agungkan kafir untuk beliau terus berkuasa. Sedangkan dengan sesama Islam beliau sanggup memaki dan mencerca. Pergi Jahanam UMNO!!!!!, Inikah dia kata-kata mulia seorang ulama Islam?

1. Adakah ulama sebegini perlu dihormati apabila menjadikan maki hamun dan cerca mencerca sebagai perkara utama dalam ucapan mereka;

2. Butir percakapan Nik Aziz kini tidak mencerminkan beliau seorang ulama. Tetapi beliau secara perlahan telah ditransformasikan menjadi ahli politik sekular;

3. Menggunakan agama sebagai batu loncatan untuk mendapatkan sokongan rakyat;


4.Kenyataan beliau berubah mengikut keadaan dan keperluan politik peribadi beliau;


5.Beliau digunakan oleh 'individu-individu tertentu' untuk mencapai hasrat mereka
;

6.
Mengapakah Nik Aziz sanggup melemparkan kata-kata kesat kepada UMNO. Disebabkan wang peruntukkan, Nik Aziz sanggup mencerca insan seagamanya. Bukankah Kerajaan Persekutuan telah memberikan geran beratus juta kepada Kerajaan Negeri. Apa yang Nik Aziz buat dengan duit tersebut?

7.Nik Aziz tidak berterima kasih dengan Kerajaan Persekutuan yang telah membina prasarana membina jalan, membuat jambatan, universiti, sekolah dll di Kelantan;

8.Micro ekonomi state government perlu kreatif mencari wang untuk menjana pembangunan dan pendapatan Kerajaan Negeri;

9. Adakah Nik Aziz dijadikan Orang Tengah DAP dan PKR untuk mendapatkan wang peruntukkan Negeri apabila wang Kerajaan Negeri Selangor dikatakan berkurangan. MB Selangor dikhabarkan mahu menggunakan wang zakat Selangor untuk menanggung perbelanjaan Kerajaan Negeri. Segalanya mungkin bagi Pakatan Rakyat yang gemar menggunakan "matlamat menghalalkan cara".

Monday, July 27, 2009

WAHAI MELAYU! BANGKIT DAN SEDARLAH!


Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.

Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.

Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.

Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.

Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah.

Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu ekstrem. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu.

Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.

Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.

Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1998. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah?

Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.

Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut.

Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.

Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.

Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?

Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.

Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam.

Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?

Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau.

Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.

Logik

Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau dan masjid melebihi rumah ibadat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.

Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini?

Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu mereka akan melompat-lompat.

Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad, berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad.

Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.

Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.

Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrem ini. Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah.

Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah) akan dikecam habis-habisan.

Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan, berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.

Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai. Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak menguntungkan sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.

Dr. Mohd Ridhuan Tee
Penulis ialah Pensyarah Kanan,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Petikan dari Penghuni Gua

Kematian Teoh: Taktik pembangkang supaya rakyat terus membenci Kerajaan

Pakatan Rakyat dibelenggu dengan pelbagai masalah yang dilihat boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap pakatan. Bermula dengan kes liwat DSAI yang tertangguh, masalah tanah penduduk di Kg. Buah Pala dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan yang terbaru kematian Teoh Beng Hock berhubung penyalahgunaan wang peruntukkan Kerajaan Negeri Selangor. Walaubagaimanapun, Pakatan Rakyat bijak mengalih pandangan rakyat dengan mengadakan perhimpunan haram dan meletakkan perkara yang berlaku berpunca daripada Kerajaan. Sungguh menghairankan, kes tersebut masih dalam siasatan, pembangkang sudah menjatuhkan hukuman ke atas Kerajaan, polis dan SPRM. Inilah modal politik pembangkang untuk meraih simpati rakyat.

Kematian Teoh Beng Hock umpama senjata baru bagi DSAI, Khalid Ibrahim, Ronnie Liu (Exco Selangor, DAP) dan Ean Yong Hian (Exco Selangor, DAP) untuk menutup segala perbuatan terkutuk mereka. Kini semuanya terhenti dengan kematian seorang setiausaha politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock. Kematian Teoh merupakan kesinambungan taktik pembangkang agar rakyat terus membenci Kerajaan. Pembangkang akan mencipta pelbagai strategi agar persepsi negatif rakyat terhadap Kerajaan berpanjangan sehingga Pilihan Raya Ke-13.

Justeru itu, Tulip merasakan Kerajaan perlu membongkar dan mendedahkan kes penyelewengan wang peruntukkan Kerajaan Negeri Selangor untuk pengetahuan rakyat. Stigma kebencian yang ditanam oleh pembangkang dalam minda rakyat agar membenci Kerajaan haruslah dihapuskan. Kerajaan juga berhadapan dengan tugas yang berat untuk mengubah persepsi negatif rakyat terhadap Kerajaan, polis dan badan perundangan.




Wednesday, July 22, 2009

UNSPIN: Ronni Liu, Ean Yong & DAP sure die one!!

By Friends of Teoh Beng Hock

This is a true story. Teoh Beng Hock was getting fed up in his job working for Ean Yong and Ronni Liu. It is an open secret now that Teoh had told his fiancee that he want to quit his job with Ronni Liu and Ean Yong and move back to Melaka. Why? Teoh was known as a bright young man with a good future in politics. And he was given a dream job - working for Ronni Liu and Ean Yong at so early age and a bright start to his career. Why did he become so unhappy so quickly with his job that he wants to resign and move back to Melaka?

The problem started soon after the March 8th election after Ronni Liu was appointed the STATE EXCO MEMBER AS PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP KERAJAAN TEMPATAN, KAJIAN DAN PENYELIDIKAN.

Ever since then Ronni has been up to no good. Ronni has been siphoning money out from the rakyat. He has been siphoning out the RM500,000 discretionary fund that is available for each DUN. The wakil rakyat are supposed to spend this RM500,000 discretionary funds at their own discretion to repair the drains, repair roads and the bridges.

As the Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Ronni has the power over all the majlis daerah, majlis perbandaran and pihak berkuasa tempatan inside Selangor. What Ronni and Ean Yong doing was to get their underworld friends to set up dummy companies and bid for 'dummy' projects to siphon out the money.

But Teoh Beng Hock was the wrong guy to do their dirty business. Before working for Ronni and Ean Yong, Teoh Beng Hock worked for Tony Pua the other DAP Member of Parlimen. Remember in March 2009 the DAP accused UMNO Youth of bullying Karpal Singh in his wheelchair in the Parliament. Photographs were showing Karpal Sing "being bullied" by UMNO Youth. Then a few days after that a video appeared which showed the opposite - that the UMNO Youth fellows did not threaten or harm Karpal Singh. They were standing there and were talking in rude way to Karpal. This video was taken by Teoh Beng Hock. This video seriously embarrased the DAP because it shows that the UMNO Youth did not touch Karpal Sing. The DAP was very angry with Teoh Beng Hock for taking this video and giving it to people.

This is the not the first time the DAP was embarrased. Remember a few years ago Theresa Kok 'exposed' a video of a Chinese woman from China being asked to do naked squats in a Police station. Theresa Kok made a big fuss about the video. Then it was exposed that Theresa's claim about Chinese being bullied by Police was false. The girl in the video was a local Malay who was caught for drugs. After that Theresa dropped the issue. The Malay girl was not important to Theresa. She only made an issue when she thought it was a Chinese girl involved. After that Theresa Kok never visited the malay girl or even bother to find out about her - because she is a Malay.

So the DAP is very good at making themsleves stupid. But people always forget. After Teoh Beng Hock exposed the real story about Karpal Sing and his wheelchair, the DAP fired Teoh Beng Hock from working for Tony Pua. Teoh Beng Hock was reassiged to Ronni Liu. Ronni then put Teoh in Sri Kembangan to work for Ean Yong where they can keep an eye on him.

But at that time, after 2008 and in 2009 Ronni and Ean Yong were already siphoning money from the RM500,000 DUN discretionary funds. There were about 250 small projects worth RM50,000 or less which they had used to siphon out the money. These were all false projects or overpriced projects. Dummy companies were set up by Ronni's underworld friends, including bumi companies and also companies registered in China or involving Chinese directors.

The dummy companies then submitted invoices for false projects (which did not exist) or overpriced the projects. If there was any work done, only a small portion of the payments were paid to the project. The rest of the money was siphoned out by Ean Yong and Ronni Liu. Teoh Beng Hock was asked to process the paperwork for his boss Ean Yong. If there were any problems, Ean Yong asked Ronni Liu's help to approve the projects.

For each dummy project, Ean Yong and Ronni Liu took out about RM30,000 or less - small amount. The total number of projects that were dummy is about 250. So Ronni and Ean Yong siphoned out about RM6.0 - RM7.0 million of the rakyat's money from 2008 - 2009. This money was paid into private account controlled by Ean Yong and Ronni. The Police must arrest Ean Yong and Ronni and interrogate them about all these payments and accounts.

Teoh Beng Hock carried all the dummy project details and some of the invoices in his laptop computer which is now with the MACC and now given to the Police Forensics. Before Teoh Beng Hock died, he had agreed to be a witness for the MACC and he also signed a statement which proves the involvement of Ronni Liu and Ean Yong in siphoning rakyat's money from the Selangor State Government. Teoh had also agreed to fetch more documents to prove the connection between Ean Yong, Ronni and the underworld. This is what YB Wee Choo Keong was referring to when he said that there were underworld connections with Pakatan is Selangor.

In the laptop computer there is also a few invoices which Teoh had saved. These are belief to be fake invoice because how can invoices be found inside Teoh's laptop? Not just dummy company, and dummy project but they also manufacture dummy invoice. By 3:45 a.m. Teoh realised that he was in serious trouble. His signed the statement also means that the whole DAP will be exposed as corrupt and fraud. But still Teoh signed the statement with the MACC.

Teoh also received many phone calls when he was driving by himself to the MACC at 5pm the previous day. Police are now trying to find out who are the people who called or sms Teoh. The Police must also check Ronni Liu's handphone and also Ean Yong's. Did both these people call Yeoh and threaten him or frighten him - which caused Teoh to commit suicide?

The evidencs show that Teoh committed suicide. The door to the MACC is a glass door which uses a magnetic swipe card. No one can open the door from inside or outside without swipe card. So no one killed Teoh from outside. The MACC did not kill Teoh because Teoh was their main witness who have signed a statement that Ean Yong and Ronni were already corrupt. Teoh also agreed to bring some more documents as evidencs for MACC. Teoh's statement is also tape recorded and maybe a video record is also available. This is the true story about Teoh Beng Hock, Ean Yong, Ronni Liu and how they siphon money from the rakyat.

They are DAP all corrupt. People must know.

source:Unspinners

Monday, July 20, 2009

PAS: Yang Haram Jadi Halal Demi Kuasa

Nizar turut serta dalam upacara memperingati mendiang Teoh Beng Hock. Inilah anak didikan Nik Aziz.

Memang jelas Nizar ini kuda tunggangan DAP yang cukup setia. Nizar akan menuruti segala arahan DAP sehingga sanggup mengetepikan akidahnya dan lupa seketika bahawa beliau seorang Muslim. Lihatlah betapa bangganya Nizar menyertai upacara berkabung mendiang Teoh Beng Hock. Apa nak jadi dengan PAS? Sudah tersasar jauh daripada agendanya untuk memperjuangkan agama Islam. Isu agama hanya akan digunakan apabila adanya Pilihan Raya Kecil bertujuan untuk memancing undi. Hairan sungguh dengan PAS, yang haram sudah jadi halal pula. Apa komen Nik Aziz?

PRK Manek Urai: Bermula Kebangkitan Gelombang Rakyat Menyokong BN

PAS dapat mengekalkan kemenangannya di DUN Manek Urai dengan jumlah undi sebanyak 5,348. Jangkaan PAS meleset apabila sasarannya untuk mendapatkan majoriti sebanyak 1,800 undi tidak kesampaian. PAS menang tipis dengan majoriti undi sebanyak 65. Barisan Nasional meraih sebanyak 5,283 undi dan memenangi 5 daripada 9 pusat mengundi di DUN tersebut. BN memenangi peti undi di Manek Urai Baru, Manek Urai Lama, Manjor, Laloh dan Temalir. Manakala, PAS menang di Chuchoh Puteri, Lata Rek, Sungai Peria dan Sungai Sok.

Barisan Nasional memecahkan tradisi apabila dapat menawan kubu kuat PAS iaitu Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru. Barisan Nasional menguasai hampir semua undi daripada saluran 3 dan 4 yang merupakan pemilih berusia 40 tahun ke bawah. Ini menggambarkan generasi muda di Manek Urai dahagakan pembangunan. Mereka mula bosan dan muak dengan janji-janji PAS yang ternyata gagal mentadbir Negeri Kelantan selama hampir 20 tahun. Majoriti pengundi di Manek Urai terdiri daripada pekebun kecil kelapa sawit, penoreh getah dan bekerja sendiri. Mereka semua mahukan perubahan, dan tidak mahu terus hidup di dalam kepompong kemiskinan.

Adakah keputusan ini merupakan petanda awal gelombang perubahan akan melanda di setiap negeri Pakatan Rakyat? Ini adalah petunjuk bahawa rakyat sudah kembali menyokong Barisan Nasional kerana terpikat dengan corak pentadbiran Dato' Seri Najib. Kewibawaan Perdana Menteri dalam menangani segala masalah yang datang, dapat meyakinkan rakyat. Strategi yang terancang dan komitmen seluruh jentera parti dan agensi Kerajaan dalam PRK Manek Urai dapat melumpuhkan jentera pembangkang sehingga mereka tidak mampu untuk melawan serangan di Manek Urai. Kewibawaan calon BN yang merupakan anak tempatan adalah faktor peningkatan undi di Manek Urai.

Kepincangan Pakatan Rakyat merupakan satu bonus bagi Barisan Nasional untuk meraih sokongan pengundi. Konflik dalaman yang melanda Nik Aziz dan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa menyebabkan rakyat semakin hilang keyakinan terhadap pembangkang.
Ketidaksepakatan komponen-komponen dalam Pakatan Rakyat, membuka mata rakyat bahawa Pakatan Rakyat bukanlah parti pilihan untuk membela nasib rakyat.

Kini, Pakatan Rakyat hilang sokongan rakyat terutamanya pengundi Melayu. Ini jelas terbukti pada PRK-PRK yang lepas. PRK Bukit Gantang, PAS tidak sedar pengundi Melayu menolak mereka ekoran kederhakaan Nizar terhadap Sultan. PAS tidak dapat mempertahankan peti undi Melayu. Kemenangan di Bukit Gantang adalah hasil daripada sokongan bukan Melayu. PRK Penanti meyaksikan Barisan Nasional dan rakyat Penanti memulaukan PRK tersebut. Hanya 46% pengundi yang keluar mengundi dan majoriti undi Pakatan Rakyat menurun.

Tulip merasakan ini adalah peluang terbaik bagi Barisan Nasional untuk terus berbakti dan memberi sumbangan kepada rakyat untuk meningkatkan sokongan. Semoga Pilihan Raya Ke-13, Barisan Nasional memenangi kejayaan besar agar dapat terus merencanakan segala aspirasi negara untuk menuju negara maju.

Friday, July 17, 2009

Juak PR Fitnah Banglo 24 Juta Khir Toyo? Ini Jawapan Khir

Dakwaan:
i. Saya mengeluarkan belanja RM 24 juta untuk tanah dan banglo di Seksyen 7, Shah Alam
ii. Saya membuat penilaian semberono untuk hartanah tersebut
iii. saya beli tanah berharga hampir RM 4 juta dengan bayaran tunai.

Fakta:
i. Saya membeli tanah dan Banglo terbengkalai.
ii. Saya melakukan sedikit ubahsuai bagi menyelesaikan banglo terbengkalai tersebut.
iii. Penilaian dibuat oleh ejen hartanah bertauliah, Rahim & Co

Angka:
i. RM 3.5 juta - jumlah harga tanah dan banglo terbengkalai yang saya beli atas nilaian Rahim & Co.
ii. RM 3 juta pinjaman HSBC
ii. RM 600 ribu - kos pembaikan dan ubahsuai bagi menyiapkan banglo yang terbengkalai tersebut.
iii. RM 24 juta - jumlah nilaian ejen tidak bertauliah dari Sekinchan.

Komentar

1. Sungguhpun saya mahu menunggu kes di Mahkamah, namun ada yang berpendapat kes Mahkamah akan memakan masa dan mungkin ketika keputusan diperolehi ia tidak lagi ada ertinya. Dengan kata lain, persepsi politik hari ini jika tidak dibetulkan boleh membawa mudarat segera sedangkan keputusan mahkamah bagi kes sivil akan memakan masa bertahun lamanya.

2. YB Sekinchan menuduh saya memiliki sebuah banglo berharga RM 24 juta. Saya tidak menafikan banglo tersebut milik saya, namun saya menafikan ia berharga RM 24 juta.

3. YB Sekinchan mendakwa saya membeli tanah sahaja dengan harga hampir RM 4 juta dan membina banglo berharga RM 20 juta. Dengan menggunakan kiraan gaji dan elaun Menteri Besar, beliau mempersoalkan dari mana saya mendapat wang membeli tanah berharga sedemikian.

4. Berdasarkan gambar dan tuduhan-tuduhan palsu YB Ng Sue Lim, ramai yang menjadi pakar hartanah sekelip mata. Maka nilaian harta diletak sesuka hati tanpa pun mengetahui status tanah dan syarat-syarat lain ke atas tanah tersebut. Maka saya dituduh membuat anggaran sendiri. Malahan ada yang mendakwa saya menipu kononnya mengambil pinjaman bank. Ada pula yang beranggapan saya membayar secara tunai pembelian tersebut.

5. Saya menyatakan saya membeli rumah yang terbengkalai (hampir siap) dan tanah dari syarikat yang menghadapi masalah kewangan dengan harga RM 3.5 juta, di mana RM 3 juta melalui pinjaman bank HSBC. Saya menyiapkan bahagian yang terbengkalai dengan harga RM 600 ribu.

6. Faktanya, nilaian tanah dan rumah terbengkalai tersebut di lakukan oleh sebuah ejen hartanah terkemuka, Rahim & Co. (di sini saya sertakan salinan surat nilaian tersebut). Dalam surat tersebut jelas menunjukkan Rahim and co menilai tanah dan bangunan (banglo terbengkalai tersebut) dengan harga RM 3.5 juta.


7. Saya juga menyertakan sebahagian Perjanjian Jual Beli bagi membolehkan saudara/i memahami syarat-syarat pemilikan tanah tersebut dan butiran jual beli.



8. Selepas menyemak dokumen pinjaman, ada sedikit kesilapan fakta dalam kenyataan saya sebelum ini. Pinjaman HSBC saya bukanlah untuk 30 tahun tetapi untuk jangka masa 23 tahun. (lihat lampiran)






9. Setelah pendedahan ini saya berharap semua pembaca dapat membuat penilaian secara ikhlas bukannya sekadar mengutuk kerana benci kepada saya mahu pun UMNO

sumber:drkhir

Tuesday, July 14, 2009

Penyokong PAS bertindak ganas.

Suasana pengundian di Manek Urai.

Setakat pukul 3:30 petang, seramai 85% pengundi keluar mengundi. Peningkatan jumlah yang keluar mengundi memberikan peluang untuk BN menang. Walaubagaimanapun, yang sedihnya suasana mengundi di Manek Urai tegang ekoran daripada reaksi penyokong PAS yang bertindak ganas. Dikhabarkan tiga ahli Puteri UMNO Perak cedera dilontar batu dan botol.

Memang sudah dijangka. Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat gemar membuat provokasi dan mencetuskan huru-hara. Kerajaan Barisan Nasional sudah lali dengan tindakan-tindakan melulu pembangkang. Itulah sebabnya, ramai polis dan tentera ditempatkan di PRK Manek Urai untuk bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang berlaku.

Tulip hairan juga dengan kenyataan pemimpin PAS yang menyatakan PAS menang tipis di Manek Urai. Adakah ini tanda peluang PAS untuk menang 50-50? Adakah penduduk Manek Urai telah berubah pendirian memilih Barisan Nasional dan mahu jadi 'anak emas'?.

Tulip juga sedih, apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin dimaki hamun oleh penyokong PAS yang terlalu taksub dengan Pakatan Rakyat. Inikah yang diajar oleh Islam PAS, mengganas, mencederakan sesama Islam, mencaci, memfitnah dan menghina. Inilah dia anak didikan Nik Aziz. Mungkin dengan berkelakuan sedemikian, dapat menghalang pengundi daripada keluar mengundi. Pengundi pasti bimbang dengan keadaan yang tidak selamat. Jadi peratusan yang keluar mengundi akan menurun. Peluang untuk BN menang pula aka tipis. Tetapi jangkaan mereka meleset, apabila ramai yang keluar mengundi. Itulah andaian Tulip. Walaubagaimanapun, kita sama-sama saksikan keputusannya.

Live Dari Manek Urai

Sumber: http://sejarahmelayu.blogspot.com

Latest Update


12.54 pm


KUALA KRAI: Calon Barisan Nasional, Tuan Aziz Tuan Mat, berkata peluang beliau untuk menang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai adalah cerah.

Katanya, ia berdasarkan maklum balas dari petugas dan pengundi sendiri.

“Sejak penamaan calon dulu lagi sudah ada peningkatan sokongan kepada kita,” katanya kepada Berita Harian Online ketika ditemui dekat pusat mengundi SMK Laloh, sebentar tadi.

Sehingga jam 12 tengahari ini sudah 60 peratus dari 12,293 pemilih berdaftar di MU sudah keluar undi.

Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan berkata penyokong PAS tertekan hingga cetus provokasi di MU sebab pengundi dah tunjuk sikap. Mereka punya hasrat untuk menjadi anak emas kerajaan pusat

10.30 am
Proses mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai tercemar sedikit apabila berlaku pertikaman lidah antara penyokong Pas dan Barisan Nasional (BN) di perkarangan pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Peria berhubung kedudukan mereka.

Penyokong Pas yang menguasai kaki lima di seberang jalan menghadap pintu utama dan di sisi pusat mengundi tidak berpuas hati dengan kedudukan penyokong BN yang dikatakan terlalu hampir.

Pegawai polis terpaksa mengarahkan seorang penyokong Pas yang datang memarahi penyokong BN untuk beredar.

Monday, July 13, 2009

PRK Manek Urai: 14 Julai Hari Mendebarkan Bagi BN Dan PAS


14 Julai merupakan hari yang menentukan samada PAS dapat mengekalkan kemenangannya di N41 Manek Urai. Ataupun kemenangan itu bertukar tangan kepada Barisan Nasional. Walaubagaimanapun, ia bukan laluan mudah untuk PAS menang di Manek Urai. Sudah nampak ada tanda-tanda BN mempunyai peluang cerah untuk menang.

Nik Aziz mula gelabah dan panik. Kemungkinan pengundi daripada golongan anak muda yang setia menyokong PAS, tidak balik mengundi.
Seandainya ramai pengundi luar tidak pulang, PAS kena bersedia berputih mata atau gigit jari dengan keputusan pilihan raya nanti. Ini akan mengurangkan jumlah undi PAS.

Saat-saat akhir berkempen, kelihatan Tim PAS yang menyokong 'Kerajaan Perpaduan' ,diketuai oleh Nasaruddin yang sebelum ini dilarang berkempen turun padang memberi ceramah.
Adakah ini petanda PAS tidak yakin akan menang di Manek Urai? Berkemungkinan PAS gentar dengan jentera BN yang semakin ghairah berkempen bagi memastikan calon BN menang.

Tulip berpandangan tiada 'killer issue' yang dimainkan oleh pembangkang. Pembangkang lebih gemar menyerang peribadi calon dan memainkan isu-isu Nasional seperti royalti minyak dan isu-isu agama. Pengundi sudak muak dengan kempen PAS yang sudah lapuk. Mereka bijak berceramah bermodulkan isu agama yang digunakan sepanjang pilihan raya. Yang peliknya, isu hudud tidak pula dibangkitkan oleh PAS. Mungkin mahu menjaga hati sekutu pakatannya.

Pengundi-pengundi N41, Manek Urai, buatlah pilihan bijak. Undi anda akan menentukan nasib generasi akan datang. Beranilah berubah untuk kebaikan. Penerangan oleh Timbalan Perdana Menteri tentang kegagalan PAS dan Kerajaan PAS mentadbir Kelantan diharap boleh menyedarkan pengundi-pengundi untuk membuat pilihan. Undi BN untuk menjamin masa depan anda.


24 jam sehari tidak cukup

Najib Tun Razak diwawancara oleh Sayed Munawar Sayed Mustar pada rancangan Khas - 100 Hari Pentadbiran Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung oleh TV1 RTM, malam tadi. - UTUSAN/Halim Khalid


Sumber: Utusan Malaysia, 13 Julai 2009

KUALA LUMPUR 12 Julai - Kesibukan Datuk Seri Najib Tun Razak berkhidmat untuk rakyat menyebabkan beliau merasakan tempoh 24 jam sehari tidak mencukupi untuknya.

Perdana Menteri berkata, beliau sangat sibuk kerana sepanjang 100 hari mentadbir negara ini, terdapat pelbagai ujian yang perlu dihadapinya khususnya bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

''Jadi Perdana Menteri ini lain, kerana saya rasakan 24 jam itu tidak cukup. Saya beritahu isteri (Datin Seri Rosmah Mansor) masa siang kini adalah lebih panjang dan masa malam juga makin singkat.

''Masa untuk tidur juga sudah kurang kerana banyak program dan ini tidak pernah saya alami sebelum jadi Perdana Menteri," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sesi wawancara eksklusif sempena 100 Hari Pentadbiran Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung melalui saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini malam ini.

Menurut Najib, masa terluang ketika di rumah juga digunakan untuk berfikir mengenai langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah rakyat.

''Ramai yang tidak faham kerana ingat apabila Perdana Menteri berada di rumah dia free. Duduk rumah bukan bererti bersantai kerana kalau tidak berfikir saya akan baca buku atau (sediakan) ucapan esok. Tengok fail atau tandatangan sijil yang saya tidak dapat lakukan di pejabat," jelasnya.

Menyentuh tentang gagasan 1Malaysia, beliau menjelaskan, tumpuannya kini adalah untuk mendapat sokongan daripada kumpulan yang faham dan menerima pendekatan itu serta kumpulan yang tidak berapa faham tetapi yakin kepada kerajaan.

Sebelum mengakhiri temu bual itu, Najib juga sempat berpesan kepada semua rakyat supaya menganggap apa yang telah dilakukannya dalam tempoh 100 hari hanya sebagai satu titik permulaan.

''Saya telah bina asas permulaan dan saya memohon supaya rakyat akan bersama-sama kerajaan dalam perjalanan selanjutnya ke arah negara Malaysia yang semakin berjaya, hubungan kaum semakin mantap dan imej kerajaan semakin positif.

''Ini adalah bagi membolehkan saya memperkenalkan pembaharuan dan meneruskan kesinambungan pemimpin sebelum ini,'' ujarnya.




Thursday, July 9, 2009

Lim Guan Eng Tidak Relevan Lagi


Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.


Penduduk Kg. Buah Pala memprotes


Kecoh di media massa, media cetak, mahu pun di kedai-kedai kopi membicarakan isu Kg. Buah Pala, Pulau Pinang. Apa komen kepimpinan PAS dengan tindakan Lim Guan Eng yang tidak membela nasib rakyat di kampung tersebut. Bukankah kepimpinan PAS, begitu memuji kebijaksanaan LGE mentadbir Pulau Pinang. Memang pemimpin Pakatan Rakyat cakap tidak serupa bikin. Masa hendak menubuhkan Kerajaan, pelbagai janji manis ditaburkan. Semua masalah penduduk setempat boleh diselesaikan. Apa dah jadi sekarang? LGE cuci kaki. Semua masalah dihumbankan kepada 2 orang Timbalannya. LGE takut turun padang bertemu dengan penduduk Kg. Buah Pala yang mengundi Kerajaannya.

Mana dia "Cekap, Akauntabiliti Dan Telus"? Mana dia janji LGE yang mahu laksanakan pemerintahan seperti Khalifah Umar Abdul Aziz yang mengamalkan amal maaruf, nahi mungkar. Itu semua gimik LGE untuk meraih kedudukan politik bagi mengaburi mata pakatan sekutunya PAS. Bukannya senang hendak mentadbir negeri. Mengkritik dan memfitnah memang mudah. Hendak melaksanakannya, bukannya perkara mudah. Tulip berpandangan, LGE perlu letak jawatan, kerana beliau tidak mampu menyelesaikan isu Kg. Buah Pala. LGE sudah tidak releven lagi.

Pengundi Pulau Pinang telah tertipu dengan gula-gula LGE dan Pakatan Rakyat. Nasi sudah menjadi bubur. Acapkali Kerajaan mengingatkan pada pilihan raya ke-12 bahawa pembangkang hanya pandai menabur janji, tetapi tidak melaksanakannya. Sekarang telah terbukti kebenarannya. Nampaknya, Pakatan Rakyat haru biru dengan isu di Alor Setar dan Kg. Buah Pala.






Tuesday, July 7, 2009

PRK Manek Urai: Pertandingan sengit antara BN dan PAS

Turut serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed. Pengundian akan diadakan pada 14 Julai ini. – UTUSAN

Gambar: Utusan Malaysia, 6 Julai 2009.

Pilihan Raya Kecil Manek Urai yang akan diadakan pada 14 Julai ini menyaksikan pertandingan dua penjuru antara PAS dan Barisan Nasional. Proses penamaan calon berlansung semalam di perkarangan Dewan Petra, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1 oleh Encik Adnan Hussin, Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai. Barisan Nasional menampilkan calon, Tuan Aziz Tuan Mat, 39 dan PAS pula menampilkan calon Encik Mohd Fauzi Abdullah, 50.

Calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat merupakan Pengurus Bahagian Pemantauan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan pemegang Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Teknologi Malaysia. Manakala, calon PAS iaitu Encik Mohd Fauzi Abdullah merupakan Bendahari PAS Kawasan Kuala Krai dan juga pemborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai.

Seramai 12,293 pemilih layak mengundi termasuk 25 adalah undi pos. Majoriti pengundi adalah Orang Melayu iaitu sebanyak 12,197, diikuti dengan pengundi Cina seramai 56 orang, pengundi India 28 orang dan lain-lain seramai 12 orang.

Jentera parti Barisan Nasional perlu bekerja keras untuk menang. Tidak jemu mendekati rakyat untuk memantapkan kepercayaan dan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional. Kemenangan dan peningkatan jumlah undi pada PRK Manek Urai merupakan titik perubahan bagi membuktikan Barisan Nasional masih diterima rakyat dan parti yang kukuh untuk membela nasib rakyat. Kerjasama yang erat di antara komponen Barisan Nasional dan sayap UMNO mampu melenyapkan tohmahan bahawa perpaduan UMNO rapuh. Kepada pengundi DUN Manek Urai, Selamat Mengundi.






Tuesday, June 30, 2009

Datuk Seri Najib: Pemimpin pertama Malaysia di beri penghormatan oleh UNESCO

Tahniah diucapkan kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana diberikan penghormatan untuk memberikan ucaptama pada Persidangan Pertubuhan Pelajaran, Sains Dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco). Dijangkakan majlis itu akan berlangsung pada 6 Oktober 2009 bertempat di ibu negara.

Ini merupakan detik sejarah negara apabila beliau adalah pemimpin pertama Malaysia yang diberi peluang untuk menyampaikan ucaptama pada sesi pembukaan persidangan tersebut. Ini adalah satu penghormatan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib. Sudah pasti, ucaptama tersebut menjadi perhatian dunia. Tulip merasakan sudah tentu, seluruh rakyat Malaysia tidak sabar menantikan detik-detik itu. Sama-sama kita nantikan.

Tuesday, June 23, 2009

PR TOLAK KERAJAAN PERPADUAN

PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri) bersalaman dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang (kanan) sambil diperhatikan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) selepas sidang akhbar pada pertemuan antara Pemimpin Pakatan Rakyat di Pejabat Ketua Pembangkang Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, semalam.

Barisan Nasional tetap kukuh tanpa idea pembangkang: Najib

KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) semalam menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang dicetuskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pada mesyuarat dua jam yang dihadiri pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP di Pejabat Ketua Pembangkang di bangunan Parlimen di sini, Pakatan Rakyat mendakwa idea itu cuma fitnah, tohmahan jahat serta tindakan terdesak Umno untuk menggugat gabungan pembangkang.

Mengulas keputusan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan BN masih berupaya mentadbir negara dan tetap kukuh walaupun Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan.

"Kita tak ada masalah... maknanya kalau tak ada kerajaan perpaduan atau apa bentuk pun, kerajaan masih kukuh.

"Kita mampu melaksanakan agenda pembaharuan yang telah kita gariskan," katanya selepas menyampaikan ucap utama pada Persidangan Ketujuh Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia di Luar Negara di Putrajaya.

Pengerusi BN dan Presiden Umno itu juga berkata, tidak timbul soal kerajaan BN lemah dalam isu berkenaan kerana pelawaan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan dibuat pembangkang terlebih dulu.

"Pas yang sebut perkara ini dan dia yang menggambarkan hasrat untuk mencapai kata sepakat dan istilah kerajaan perpaduan datang dari mereka sendiri, bukan daripada kita.

"Apabila mereka sebut (kerajaan perpaduan), kita sambut secara positif. Maknanya kita mempunyai sikap terbuka kalau sesuatu dibuat dengan tujuan mencari kebaikan dan kita masih tetap dengan pendirian sesuatu yang baik untuk negara perlu diusahakan bersama walaupun cadangan itu datang daripada parti pembangkang," katanya.

Ditanya sama ada penolakan idea kerajaan perpaduan itu merugikan orang Melayu, beliau berkata: "Saya tidak fikir, tetapi saya harap mereka (pembangkang) tidak keterlaluan dalam apa juga tindakan sama ada ada perbincangan atau tidak.

"Apa yang penting ialah kita menguruskan perbezaan pendapat dan kita ada perasaan terhadap negara dalam fikiran kita."

Ditanya sama ada Umno akan melayan lagi idea seperti itu pada masa depan, Najib berkata: "Siapa tahu perkara yang akan berlaku pada masa depan, segala-galanya boleh berlaku dalam politik."

Terdahulu, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam kenyataan tiga perenggan yang dibacakan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan semua parti dalam gabungan itu mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan Persekutuan yang akan datang.

Pada masa yang sama, Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan kepemimpinan BN bagi membincangkan isu membabitkan kepentingan negara dan rakyat, seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Pakatan Rakyat juga mahu perbincangan berkisar mengenai salahguna kuasa kepimpinan polis, membanteras rasuah, menjana urus tadbir yang baik serta membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan mengadakan segera pilihan raya bagi menyelesaikan krisis politik di Perak. Kenyataan itu ditandatangani oleh Anwar, Abdul Hadi dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail dan Timbalan Presidennya, Dr Syed Hussin Ali, manakala antara pemimpin DAP yang hadir ialah Setiausaha Agung, Lim Guan Eng dan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham.

Pemimpin Pas pula ialah dua Naib Presidennya, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Seri Mohamed Nizar Jamaluddin.

Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang sebelum ini dibidas Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berhubung isu kerajaan perpaduan bagaimanapun tidak hadir. Ahli Parlimen Bachok itu juga tidak kelihatan di Parlimen semalam.

Anwar yang ditanya mengenai isu membabitkan Nasharuddin dan Nik Abdul Aziz, berkata tiada masalah berlaku antara kedua-dua pemimpin Pas itu.

Abdul Hadi pula berkata, pemimpin Umno sengaja mempermainkan isu kerajaan perpaduan seolah-olah menggambarkan Pas akan bersatu dengan Umno dan akan meninggalkan Pakatan Rakyat.

Ditanya sama ada Pas membuat keputusan untuk tidak meneruskan perbincangan dengan Umno, beliau berkata, ia tidak akan diadakan jika Umno berterusan cuba melaga-lagakan Pakatan Rakyat. Bagaimanapun, katanya, Pas bersedia berbincang berhubung isu yang mempunyai kepentingan bersama atas sifat negara demokrasi, tetapi mesti diberi hak sama dalam perbincangan itu.

Kit Siang pula berkata, kenyataan bersama DAP, PKR dan Pas sudah menjelaskan bahawa ketiga-tiga parti itu mempunyai komitmen antara satu sama lain untuk menunjukkan Pakatan Rakyat berbeza dengan BN.

Sumber: Berita Harian