Wednesday, April 29, 2009

Anjakan Paradigma Perlu Dilakukan Perkhidmatan Awam Dalam Proses Permodenan

NAJIB diiringi Muhyiddin dan Mohd Sidek (kiri) pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-10, di Putrajaya, semalam.

YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak menggariskan empat anjakan paradigma yang perlu dilakukan perkhidmatan awam dalam proses permodenan supaya sesuai dengan pencapaian kejayaan alaf baru pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-10 di Pusat Konvesyen Antarabangsa, Putrajaya.

1. Anjakan daripada ketegaran kepada keanjalan. Anggota perkhidmatan awam seharusnya menyedari bahawa kerajaan tidak mencipta kekayaan.

  • Kekayaan dimainkan oleh sektor swasta dan dari kekayaan yang dicipta pihak swasta, kerajaan mempunyai saham yang dikutip dalam bentuk cukai korporat
  • Sektor awam juga perlu menjadi pemudah cara kepada penciptaan kekayaan tanpa mengetepikan peranan sebagai pemelihara kepentingan awam.

2. Beralih daripada budaya pengeluaran dan perbelanjaan atau kesan nyata semata-mata kepada mementingkan aspek penghasilan secara holistik

  • Perkhidmatan awam harus menganjak paradigma daripada menilai kejayaan yang berasaskan 'output' kepada kejayaan yang berasaskan 'outcome'

3. Perkhidmatan awam memerlukan anjakan daripada birokrasi yang menyukarkan kepada birokrasi memudah cara dan menyenangkan rakyat.

  • Ada anggapan pada masa ini perkhidmatan awam menjadi begitu mengembung dan berada di belakang keluk perubahan negara atau global walaupun perbelanjaan emolumen untuk sektor itu meningkat saban tahun.

4. Gabungan produktiviti, kreativiti dan inovasi berbanding fokus kepada produktiviti semata-mata.

  • Produktiviti yang digabungkan dengan kreativiti dan inovasi mampu melonjakkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan awam negara.
  • Tanggapan bahawa setiap masalah boleh diselesaikan dengan menubuhkan jabatan atau agensi baru atau menambah kakitangan adalah pandangan yang ketinggalan zaman

Tuesday, April 28, 2009

Perdana Menteri Mesra Rakyat

NAJIB Tun Razak singgah minum di sebuah gerai makan semasa membuat tinjauan di Hentian Puduraya, di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, M.Saravanan (dua, kanan) dan Ahmad Fuad Ismail (dua, kiri). Terdahulu, Najib turut melawat sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman. – BERNAMA


Dato Seri Najib Tun Razak meninjau kawasan perniagaan di Jalan Petaling, kawasan perumahan kos rendah dan sederhana Vista Angkasa di Bukit Kerinchi, Bangsar serta deretan kedai di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields.

Inilah pemimpin mesra rakyat.Sanggup berpanas dan berhujan untuk mendekati rakyat bagi mengetahui keadaan sebenar kehidupan seharian rakyat. YAB Dato' Seri Najib Tun Razak banyak mewarisi pentadbiran ayahandanya yang mahukan pentadbirannya memahami denyut nadi rakyat. Segala tindakannya sejajar dengan gagasan yang dibawanya iaitu 'Satu Malaysia', rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Penamaan calon Penanti 23 Mei, mengundi 31 Mei

ABDUL AZIZ menunjukkan peta DUN Penanti kepada Pegawai Pengurus pilihan raya kecil itu, Roslan Yahaya selepas sidang media di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya, semalam.
SPR larang dirikan pondok panas, 15,384 pemilih layak undi
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang pada 23 Mei dan mengundi 31 Mei ini jika ada pertandingan. Pada masa sama, SPR tidak lagi membenarkan parti politik mendirikan pondok panas bagi merayu undi saat akhir hari pengundian. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata pihaknya menerima pemakluman rasmi Speaker DUN Pulau Pinang mengenai kekosongan kerusi berkenaan pada 17 April lalu yang menyertakan surat peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu, Mohammad Fairus Khairuddin, bertarikh 19 Mac.
"Selepas meneliti pemakluman serta salinan surat peletakan jawatan berkenaan, SPR bersetuju kerusi DUN N12 Penanti disahkan kosong berkuat kuasa pada 17 April lalu," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini semalam. Beliau berkata SPR akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2008 yang dikemaskini sehingga 16 April lalu mengandungi 15,384 pemilih, termasuk 24 pengundi pos. Katanya, pusat penamaan calon dan penjumlahan undi ialah di Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam, manakala pengundian, proses pengeluaran dan pengiraan undi pos di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Seberang Prai Tengah.

Katanya, SPR akan menubuhkan dua Pasukan Penguat kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang akan memantau pemasangan bahan dan kegiatan kempen sepanjang tempoh berkempen dari 23 Mei sehingga selesai hari mengundi jam 5 petang 31 Mei. Abdul Aziz berkata, PP-KPR akan diketuai seorang pegawai penguat kuasa SPR dan dianggotai masing-masing seorang pegawai polis, wakil pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil calon. Pengundi boleh membuat semakan melalui laman web SPR www.spr.gov.my atau melalui SMS dengan menaip SPR SEMAK nombor kad pengenalan dan dihantar ke 15888 mulai 8 Mei ini.
***********************
Pilihan Raya Kecil DUN Penanti merupakan PRK yang Ke-6 diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan bahawa 23 Mei adalah hari penamaan calon bagi DUN Penanti dan 31 Mei pula hari mengundi. Pada PRK DUN Penanti, SPR tidak membenarkan mana-mana parti mendirikan pondok panas bagi tujuan meraih undi di saat-saat akhir hari pengundian. Kewujudan pondok-pondok panas ini dilihat mengundang situasi ketegangan dan tidak tenteram kepada para pengundi. Hari berkempen yang diberikan oleh SPR, wajar digunakan secara optimum oleh parti yang bertanding. Pengundi akan membuang undi dengan suasana tenang tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.
Barisan Nasional masih belum membuat keputusan samada mahu meletakkan calon untuk PRK Penanti. UMNO akan mengadakan perbincangan dengan Biro Politik UMNO berkenaan hal berikut. Kita sama-sama tunggu apa keputusannya.

Rakyat diminta tidak panik

Sumber: Berita Harian, 28 April 2009
JOHOR BAHRU: Kerajaan meminta rakyat tidak panik dengan wabak selesema babi yang melanda beberapa negara dan memberi jaminan akan memperketatkan kawalan di pintu masuk ke negara ini terutama di lapangan terbang, pelabuhan dan kawasan sempadan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata walaupun tiada kes jangkitan penyakit itu dikesan di Malaysia setakat ini, usaha pemantauan di pintu masuk negara akan diperhebatkan. Beliau berkata, Kementerian Kesihatan akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta semua agensi yang terbabit dalam menjalankan kawalan dan pemantauan di pintu masuk negara.
Selain itu, katanya, protokol yang digunakan oleh agensi kerajaan ketika menangani wabak selesema burung di negara ini akan diguna pakai dan diperketat supaya tiada rakyat Malaysia dijangkiti wabak selesema babi. "Rakyat kita jangan panik... kenyataan sudah dibuat Kementerian Kesihatan bahawa setakat hari ini (semalam) masih dalam keadaan selamat, kita tidak ada kes seperti itu di Malaysia. "Bagaimanapun, langkah berjaga-jaga tetap diambil di kawasan pintu masuk ke negara ini terutama lapangan terbang, pelabuhan dan kawasan sempadan," katanya pada sidang media selepas menutup Minggu Amanah Saham Malaysia (MSAM) 2009 di Padang B, Plaza Angsana, di sini, semalam.

Muhyiddin berkata, rakyat akan diberikan pendedahan dan pendidikan mengenai selesema babi supaya mereka dapat melindungi diri daripada dijangkiti penyakit terbabit. "Kementerian terbabit akan mengedarkan risalah kepada rakyat mengenai selesema babi dan cara melindungi diri daripada terdedah dengan jangkitan penyakit itu," katanya.

Friday, April 24, 2009

Perjumpaan Blogger Dengan YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim


Antara kawan-kawan blogger yang hadir.


YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia telah menganjurkan satu Majlis Ramah Mesra bersama para blogger Malaysia bertempat di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada 22 April 2009. Tulip merupakan salah seorang jemputan dalam majlis tersebut. Majlis itu dihadiri oleh ramai rakan blogger yang terkenal seperti Dato Kadir Jasin, Dato Ruhanie Ahmad, Dato Ibrahim Yahya, Dr. Novandri, Rocky Bru, Nuraina Samad, Nobisha, A Voice, Syed Akbar Ali, Parpukari, Kepal Nasi Kepal Beras dan lain-lain lagi.
Pada majlis yang santai itu, YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim menyatakan bahawa generasi muda kini lebih menggemari dan meminati kepada genre Internet, apabila banyak blog dan facebook yang wujud umpama 'cendawan tumbuh, selepas hujan'. Ini merupakan satu platform baru bagi anak muda melahirkan pandangan kritis mereka.
Dato' Rais juga mengingatkan para blogger mematuhi etika ketika menulis dan sentiasa menulis berdasarkan fakta yang sahih dan jangan dijadikan alam maya sebagai tempat menabur fitnah. Penulisan berdasarkan fakta yang tidak betul akan melunturkan reputasi dan kredebiliti seseorang blogger. Blogger perlu memperbanyakkan penulisan yang menjelaskan program dan dasar Kerajaan sebagai satu bonus positif terhadap apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan.
Beliau juga meminta agensi di bawah kementeriannya supaya sensitif apa yang berlaku di alam maya ini dan bersedia memberikan hujah dan penerangan dengan keintelektualan agar segala permasalah dan kebuntuan dapat dirungkai. Jika dibiarkan, agensi ini menjadi ketinggalan zaman dan minda rakyat akan terus rosak disogok dengan cerita-cerita fitnah dan palsu.
Di akhir pertemuannya, beliau berharap kawan-kawan bloggers akan terus mengamalkan, menyemai dan menjayakan konsep 'Satu Malaysia' dalam setiap penghasilan nukilannya.

Wednesday, April 22, 2009

'Satu Malaysia'

Perasaan tidak puas hati pembangkang terhadap isu-isu yang disepakati bersama menyebabkan wujudnya masalah polarisasi dan perkauman. Isu-isu ini memerlukan kita melihat semula semua tindakan bagi mencari jalan penyelesaianya. Gagasan ‘Satu Malaysia’ yang di bawa oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat dapat merapatkan kembali jurang perpaduan yang dilihat semakin renggang sekarang. Menyatu padukan rakyat, pengagihan secara adil, nikmat pembangunan yang dilaksanakan secara kesaksamaan bukan kesamarataan dan semua rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan kedudukan boleh menikmati kemajuan dalam konteks yang saksama dan paling adil adalah teras utama dalam konsep tersebut.

Konsep ‘Satu Malaysia’ wajar diterima oleh semua rakyat Malaysia sebagai satu hasrat dan cita-cita Perdana Menteri sepanjang pemerintahan beliau. Konsep ini tidak boleh disalahertikan, kerana ia jauh berbeza dengan Malaysian Malaysia yang di bawa oleh parti DAP. Konsep ‘Satu Malaysia’ memberi penekanan bahawa rakyat perlu berperasaan Malaysia dan ada rasa tanggungjawab yang sama memajukan negara dan mempunyai cita-cita, wawasan dan visi yang sama untuk menjadi Malaysia sebuah negara yang maju dengan jalinan kerjasama dan perpaduan.

Untuk menjayakan konsep ‘Satu Malaysia’, barisan kabinet perlulah kabinet yang dekat di hati rakyat, mesra rakyat dan dapat memenuhi harapan dan hasrat rakyat sejajar dengan konsep ‘Satu Malaysia’, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Empat ciri utama yang perlu ada pada setiap pemimpin Barisan Nasional iaitu integriti, kebolehan, kesetiaan dan kesungguhan adalah asas untuk memantapkan pentadbiran Kerajaan dan menjadi penentu samada pemerintahan sekarang dapat dikekalkan atau sebaliknya.

Pemimpin politik dan Kerajaan perlu melaksanakan semua dasar dan janjinya kepada rakyat agar ia tidak terus menjadi isu dan retorik politik. Rakyat tidak mahu lagi mendengar janji dan pengumuman. Rakyat mengharapkan pelaksanaan secepat mungkin. KPI yang diamalkan dalam kabinet Datuk Seri Najib dilihat dapat meningkatkan prestasi dan pencapaian Kerajaan. Sehubungan itu, penjawat awam dan swasta wajib menyokong gagasan Perdana Menteri tanpa berbelah bagi agar hasrat itu dapat dijayakan tanpa diganggu gugat oleh mana-mana pihak. Penjawat awam harus mengutamakan budaya kerja yang cemerlang, berfikiran inovatif dan sistematik bagi menghasilkan mutu kerja dan perkhidmatan yang optimis sekaligus dapat mengukuhkan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan.

Melihat dari sudut ‘Satu Malaysia’ sebagai satu konsep pentadbiran, usaha –usaha ini sebenarnya telah lama dirintis oleh mantan Perdana Menteri kita terdahulu. Umpamanya, pada zaman Tun Razak gah dengan pembangunan Feldanya. Zaman Tun Mahathir, beliau memperkenalkan beberapa dasar seperti Kepimpinan Melalui Teladan, Dasar Pandang Ke Timur dan sistem punch card. Di era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan konsep ‘Islam Hadhari’ iaitu ‘Cemerlang, Gemilang dan Terbilang’. Dilihat daripada aspek kenegaraan dan patritiotisme, konsep ini jelas menyatakan bahawa kita mempunyai satu negara, satu perlembagaan, satu raja dan satu bahasa yang perlu kita pertahankan.

Justeru itu, konsep ‘Satu Malaysia’ adalah satu gagasan yang harus terus diamalkan kerana ia bertepatan dengan situasi negara kita sekarang. Semangat patritiotisma dan jati diri perlu dimantapkan dalam diri rakyat Malaysia agar jurang perpaduan dapat dikembalikan.


Tuesday, April 21, 2009

SPR Wajar Kaji Semula Undang-Undang Pilihan Raya Kecil

Tahun 2008 dan 2009 merupakan tahun pilihan raya kecil. Apa tidaknya, untuk tahun 2009, sebanyak 5 Pilihan Raya Kecil telah berlangsung bermula dengan PRK Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Air dan yang terbaru Penanti. Dua daripadanya diadakan kerana penyandangnya meletak jawatan.Banyak masa dihabiskan dengan PRK sehinggakan program untuk pembangunan negara dan rakyat terpaksa dihentikan seketika untuk memberikan tumpuan kepada PRK. Adakah suasana ini sihat untuk kestabilan ekonomi dan politik negara?
Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengkaji semula akta untuk menghalang wakil rakyat mengosongkan kerusi tanpa sebab munasabah adalah realistik. Dengan pindaan akta tersebut wakil rakyat tidak sewenang-wenangnya meletak jawatan atas alasan peribadi atau masalah dalam parti. Tulip melihat wakil rakyat daripada Pakatan Campuran memang gemar dan seronok dengan pilihanraya kecil untuk melihat kekuatan parti tanpa memikirkan ia banyak menggunakan wang dan melibatkan risiko yang tinggi.
Bagi Ketua Pembangkang, Brother Anwar inilah medan untuk beliau menjual cerita karutnya dan memperagakan kehebatan berpidato yang bagi Tulip dah jadi retorik dan cerita kosong tanpa isi. Melalui pemerhatian Tulip, kebanyakan wakil rakyat daripada Pakatan Campuran tidak berkualiti dan 'pakai tangkap muat sahaja'. Bagi mengelakkan pilihanraya kecil kerap kali diadakan, setiap parti haruslah memilih wakil rakyat yang berkelayakan, berwibawa dan bersih untuk berkhidmat kepada rakyat.

Monday, April 20, 2009

'Raja berada di atas politik'

SULTAN Perak, Sultan Azlan Shah menyampaikan titahnya pada istiadat penganugerahan darjah kebesaran sempena keputeraan baginda ke-81 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, semalam.
Sumber: Berita Harian, 20 April 2009
KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah semalam menegaskan, Raja berada di atas politik dan tidak boleh berdebat secara terbuka bagi menjawab serta memberi penerangan untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kumpulan politik tertentu. Bagaimanapun, titah baginda, tindakan kumpulan politik berkenaan yang sampai ke peringkat menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain mencemar institusi Raja dengan menyemai rasa benci rakyat umpama 'menyalakan api dalam sekam'' yang amat berbahaya serta boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara. Bertitah pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 baginda di Istana Iskandariah, semalam, Sultan Azlan Shah kesal dengan perbuatan kuasa politik mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian.
"Matlamat kini dibenarkan menghalalkan cara. Betapa kumpulan politik tertentu berasakan mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan. "Betapa pula beberapa individu politik yang berasakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada sebarang tindakan undang-undang sehingga undang-undang diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa," titah baginda. Sultan Perak berpendapat negara kini sudah terlalu berlebihan berpolitik hingga menjejaskan produktiviti ekonomi dan menjejaskan imej negara di kaca mata antarabangsa.

"Dalam menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini, aktiviti politik secara keterlaluan kerana perebutan kuasa ini tidak akan memberi manfaat kepada warga. Rakyat biasa akan menjadi mangsa, terpaksa bergelut untuk memenuhi keperluan hidup harian," titah baginda. Sambil meminta pemimpin yang mewakili kumpulan politik berbeza mencari titik pertemuan dan kaedah bekerjasama demi kepentingan rakyat, baginda turut menjelaskan raja berperlembagaan mempunyai tiga hak, iaitu untuk menyampaikan nasihat atau pandangan, memberi galakan atau dorongan dan memberi peringatan atau teguran. Baginda bertitah, raja bukannya buta, pekak atau bisu kerana segala perkara yang berlaku adalah dalam penglihatan, pendengaran dan pertuturan mereka. Adalah satu kesilapan untuk memikirkan bahawa peranan raja pemerintah itu sama seperti seorang presiden yang terbatas semata-mata kepada apa yang tersurat. "Peranan raja pemerintah adalah mengatasi apa yang tersurat dalam peruntukan Perlembagaan. Raja pemerintah mempunyai tanggungjawab lebih luas dalam memastikan bahawa semangat Perlembagaan, falsafah di sebalik setiap undang-undang yang tersurat, kepentingan negara dan warga negara perlu sentiasa dilindungi.

"Raja pemerintah adalah sebahagian daripada institusi negara yang diperuntuk dalam kuasa budi bicara oleh Perlembagaan, untuk melaksanakan tanggungjawab semak dan imbang, demi memelihara ketenteraman awam, kestabilan negara, kepentingan umum dan kebajikan warga terus terpelihara, di samping memastikan perkara pokok dan fundamental mengenai agama Islam dan orang Melayu kekal dipertahan," tegas baginda. Sultan Azlan Shah bertitah, berlandaskan semangat penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, Raja mempunyai peranan Perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja serta agama Islam, bahasa Melayu dan kepentingan sah kaum lain. "Perkara ini adalah asas persefahaman yang sudah tercapai dan menjadi resipi kejayaan terbentuknya negara bangsa yang merdeka lagi berdaulat, membolehkan warganya hidup rukun lagi bersatu," titah baginda.

Thursday, April 16, 2009

ELI KEMBALI SEBAB APA

MUSLIMAH PAS AMAT SIMPATI PADA ELI WALAU PUN MEREKA MENGETAHUI YANG DIA NI SUKA PADA SEX BEBAS! HEBAT KAN PAS!
ELI EXCO SELANGOR TU ANWAR SAYANG GILA KAT DIA TU PASAL TU LAH DIA SANGGUP MENERIMA TOHMAHAN DAN BUAT MUKA TEBAL JE DEMI ELI! NAK TAU KENAPA?

KERANA ELI MERUPAKAN SUMBER KEWANGAN ANWAR AGEN ZIONIS NI! TUJUAN ELI BERCUTI KERANA NAK PI JUMPA SOROS LA, ELI TELAH PERGI JUMPA DAN MENGADU PADA GODFATHER DIA TENTANG MASALAH YANG DIHADAPI!

TAPI SOROS AMAT MURKA DAN TELAH MENELEFON SI ANWAR KUNYIT NI DAN MENGATAKAN PADA BELIAU, BY HOOK OR BY CROOK, ELI MUST STAY! KALAU ELI RESIGN PUTUS LA SUDAH DUIT DARI ABANG SOROS NI!

ITULAH SEBABNYA MB GAGAP HARI INI TELAH MEMBUAT WAYANG DENGAN MENGATAKAN ELI TAK BERSALAH DAN DIA PATUT LAPOR DIRI BALIK HARI INI, DAN DENGAN TETIBA PULAK SI ELI PUN KATA YA...NAMPAK TAK WAYANG MEREKA NI?

LIHATLAH BAGAIMANA SANG YAHUDI MENGAWAL FAKATAN RIOT NI! SEGALA KEPUTUSAN MEREKA HARUS MENGADAP GODFATHER SOROS DULU!

SEDARLAH RAKYAT MALAYSIA, SEDARLAH WAHAI PAS YANG MASIH ISLAM! ITUPUN KALAU MASIH ADA LA! SESUNGGUHNYA ANWAR DAN KONCO-KONCONYA INI ADALAH AMAT BERBAHAYA UNTUK NEGARA KITA YANG TERCINTA INI!

APA SUDAH JADI PADA PARTI PAS YA? KENAPA YB ZULKIFLI SEORANG SAHAJA YANG BERANI BERSUARA? APA DAH JADI DENGAN NIK AJIS? OH AKU LUPA DIA SUKA KAN? JANJI MASYUK! KAN NIK AJIS KAN? ELOK SANGAT LA TU!

Wong kekal Adun, Exco Selangor


Sumber: Berita Harian, 16 April 2009.

SHAH ALAM: Elizabeth Wong bersetuju menerima tawaran Kerajaan Selangor untuk terus kekal memegang jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan. Wong, dalam kenyataan media dua halaman petang semalam, berkata keputusan itu adalah paling sukar pernah dibuat sepanjang hidupnya. Katanya, harapannya sekarang ialah berkhidmat kepada penduduk di kawasannya dengan sebaiknya.
"Sepanjang dua bulan ini adalah sangat mencabar, pengalaman yang saya harap tidak dialami sesiapa pun. Saya ‘ditelanjangi’ di khalayak ramai dengan kekerasan dan tanpa kerelaan saya. "Kehidupan peribadi saya diceroboh. Sehingga petang ini (semalam) saya masih menerima ugutan daripada pihak yang tidak diketahui," katanya. Wong turut berterima kasih kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco Selangor, kakitangannya, Adun Selangor, ahli politik dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional, pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan akar umbi serta peguamnya terhadap sokongan mereka selama ini.

Katanya, beliau juga berterima kasih atas nasihat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Sementara itu, Abdul Khalid pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, berkata kerajaan negeri memutuskan menawarkan Wong kembali meneruskan tugas sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, berkuat kuasa serta-merta. Katanya, keputusan itu dicapai selepas mengambil pandangan semua pihak dan siasatan polis berhubung kes pengedaran gambar separuh bogel Wong yang sehingga kini gagal membuat keputusan muktamad. "Sultan Sharafuddin Idris Shah sudah diberi taklimat mengenai keputusan ini pagi ini (semalam). Bagi pihak kerajaan negeri serta rakyat, saya menjunjung kasih atas pendirian Tuanku untuk tidak mencampuri urusan politik serta memberi kepercayaan penuh kepada kerajaan negeri bagi membuat keputusan yang adil dan terbaik," katanya.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri memandang serius isu moral dan akan sentiasa memastikan kepemimpinan negeri menjunjung prinsip ini tetapi kerajaan negeri tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya jika ada bukti kukuh. Ditanya sama ada keputusan itu bermakna kerajaan negeri tidak menganggap kes itu sebagai satu isu moral, Abdul Khalid berkata: "Ya, isu moral, tetapi tidak ada kenyataan yang paling sahih. Seseorang itu dianggap tidak bersalah selagi tidak dibuktikan". Ditanya mengapa keputusan itu berbeza dengan kes di Pulau Pinang membabitkan Adun PKR Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin yang meletak jawatan walaupun masih dalam siasatan, Abdul Khalid berkata, perkara itu berbeza kerana Mohammad Fairus meletakkan jawatan secara sukarela. Wong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Adun dan Exco pada 17 Februari lalu.
******************************
Hairan bin Ajaib dengan Pakatan Campuran. Seingat Tulip semasa skandal video lucah Datuk Chua Soi Lek terbongkar, pembangkang dengan lantang mendesak agar Datuk Chua melepaskan jawatannya. Bekas Menteri Kesihatan itu akur kerana tidak mahu kehadirannya dalam Barisan Nasional menjadi liabiliti dan memberi kesan kepada Pilihan Raya Ke-12. Jelas menggambarkan UMNO akan menyingkirkan ahli-ahlinya yang terlibat dengan salah laku moral.
Tetapi, berlainan dengan kes Elizabeth Wong, Adun Bukit Lanjan.Pakatan Campuran sanggup mempertahankan orang yang tidak bermoral kerana takut hilang kuasa dan pengaruh. Inilah yang terjadi sekiranya ketua pemimpin sendiri pun tidak mempunyai moral yang tinggi. Bak kata papatah "bapa borek, anak rintik".
Tulip rasa malu dengan tindakan Nik Aziz yang merayu agar Elizabeth Wong tidak meletakkan jawatannya. Baginya Elizabeth Wong tidak bersalah, dia teraniaya, yang salah " orang yang mengambil gambarnya". Mana pendirian PAS, yang menyatakan "pemimpin yang rendah moral tidak layak menjadi wakil rakyat dan pemimpin". Terbukti, PAS terdesak sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapat sokongan rakannya dalam Pakatan Campuran walaupun terpaksa mengorbankan kesucian agama Islam. Sungguh memalukan.

Fungsi MeCD kekal: PM

Datuk Seri Najib Razak

KUALA LUMPUR: Semua fungsi dan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) yang dibubarkan dalam Kabinet Datuk Seri Najib Razak minggu lalu, akan diserapkan ke lapan kementerian lain. Kerajaan juga akan memastikan peranan utama MeCD sebelum ini terus diberi penekanan, terutama bagi melahirkan masyarakat perdagangan serta perindustrian Bumiputera, memperluaskan dan mempercepatkan pembabitan Bumiputera dalam arus pembangunan ekonomi, membangun kawasan pertumbuhan baru dan memperkasakan koperasi.

Perdana Menteri, dalam kenyataannya semalam, berkata fungsi Pembangunan dan Penggalakan Sistem Francais serta Pembangunan Skim Vendor dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Turut dipindahkan ke kementerian itu ialah Pembangunan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab Kerjasama Malaysia, manakala Pembangunan Masyarakat Perindustrian Perdagangan Bumiputera, Institut Keusahawanan Negara (Insken) dan Bank SME diserapkan ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) pula dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM), Pusat Khidmat Kontraktor ke Kementerian Kerja Raya, manakala Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Perbadanan Pembangunan Bandar, Perbadanan Nasional Bhd serta Bank Rakyat ke Kementerian Kewangan.

Mara dipindahkan ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, sementara Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Malaysia-Japan University (Maju) pula dipindahkan ke Kementerian Pengajian Tinggi. Pada sidang medianya pula, Najib menegaskan pemansuhan MeCD tidak menimbulkan masalah kerana agensi di bawah kementerian itu tidak dibubarkan. "Tugas dan tanggungjawabnya seperti biasa. Umpamanya, Mara kita kembalikan ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah seperti zaman Allahyarham Tun Ghafar Baba dulu.

"Lagi pun, menterinya sekarang seorang Naib Presiden Umno (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal). Takkan dia tidak boleh diharap melaksanakan program Mara," katanya. Perdana Menteri berkata, pemansuhan MeCD tidak sepatutnya dijadikan isu kerana ia dilakukan untuk mewujudkan kerajaan yang lebih kecil dan cekap. Mengenai LPKP, Perdana Menteri berkata, agensi itu ditempatkan di bawah JPM berikutan keputusan terdahulu untuk mewujudkan Lembaga Pengangkutan Kebangsaan yang merentasi pelbagai kementerian. Beliau bagaimanapun berkata, keputusan belum dibuat mengenai Menteri di JPM yang bertanggungjawab menerajui badan baru yang dijangka dilaksanakan tahun ini.
***********************
Kemusykilan rakyat berhubung dengan pembubaran Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MeCD) telah pun dijelaskan oleh Perdana Menteri. Beliau menyatakan bahawa agensi di bawah MeCD akan diserapkan kepada 8 kementerian lain untuk menjadikan pentadbiran lebih kecil dan efesien. Di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, nasib Bumiputera akan terus dibela, tidak sekali-kali dilupakan oleh beliau.
Tulip juga mengharapkan, isu pemansuhan MeCD tidak lagi dibangkitkan dan dimanupilasikan, khususnya pihak pembangkang yang gemar membuat provokasi untuk membangkitkan kemarahan rakyat. Rakyat juga jangan terburu-buru menerima maklumat yang tidak diketahui kesahihannya kerana boleh menjejaskan sokongan rakyat kepada Kerajaan.