Wednesday, December 31, 2008

PAS KEKERINGAN IDEA

Isu hudud dan qisas sekali lagi menjadi senjata utama PAS dalam kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.PAS dilihat sudah kekeringan idea apabila isu hudud dipolemikkan sebagai usaha meracuni pemikiran pengundi.
Kenyataan Nik Aziz yang sanggup menunggu sehingga 30 tahun untuk melaksanakan hukum hudud dan qisas menggambarkan PAS menggunakan isu agama untuk memperkukuhkan kedudukan politik mereka. Adakah PAS mahu Karpal Singh dan Lim Kit Siang mati dahulu, baru berani melestarikannya?
Rakyat sudah muak dengan pembohongan dan janji-janji PAS yang sering dilaungkan apabila tiba pilihanraya.Dimanakah hasrat PAS untuk "membangun bersama Islam" yang dipegang selama ini. Adakah ia hanya sekadar slogan sahaja?
Setelah isu hudud dan qisas tidak mendapat tempat dan sambutan di kalangan pengundi Kuala Terengganu, PAS mula beralih kepada isu bahawa sesiapa mengundi PAS (Pakatan Rakyat) akan mendapat pahala. Nampaknya kenyataan-kenyataan sebegini sering digunakan PAS menjelang pilihanraya. Adakah berdosa sekiranya pengundi memangkah BN yang jelas, sebagai sebuah parti yang optimis membangunkan negara dan menjaga kebajikan rakyat? Pengundi sekarang dapat menilai baik dan buruknya. Sehubungan itu, PAS perlu memberi penjelasan berhubung isu dosa dan pahala bagi mengelakkan kekeliruan rakyat.
Tulip hairan dengan tindakan PAS yang menolak memorandum ahli Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) supaya memansuhkan ternakan babi di Masjid Tanah, Melaka sebaliknya menyokong tindakan Hindraf dan Jerit melaksanakan demonstrasi. Ternyata PAS bersifat meanaktirikan Orang Melayu dan agama Islam dalam membela nasib rakyat.

Monday, December 22, 2008

PAS DALAM DILEMA

Gambar: Http://www.agendadaily.com

Tersenyum Tulip melihat intipati ucapan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam wacana perdananya yang menyatakan PAS akan melaksanakan undang-undang Hudud dan Qisas apabila Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pemerintahan negara. Janji-janji seperti ini kedengaran semasa pilihan raya umum ke-12, tenggelam dan tidak dilaungkan oleh PAS sehinggalah tiba Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu.

Adakah PAS sedar bahawa janji-janjinya itu tidak akan diterima pakai oleh komponen dalam Pakatan Rakyat? Tidakkah Datuk Husam Musa teringat akan kenyataan Karpal Singh, orang kuat DAP yang meminta langkah mayatnya dahulu jika PAS hendak melaksanakan pemerintahan Islam jika Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan? Pada pengamatan Tulip, insiden tersebut mewujudkan ketegangan dan pergeseran dalam hubungan di antara DAP dan PAS apabila PAS dilihat cuba mengetengahkan pendiriannya yang dilihat bertentangan dari pandangan kaum-kaum lain.

Pemimpin tertinggi dan ahli PAS juga sedar mereka ibarat parti 'mencukupkan korum' dalam Pakatan Rakyat apabila pendiriannya terhadap sesuatu isu di pandang sepi oleh rakan-rakannya yang lain. Nawaitu untuk memperjuangkan agama terpaksa dipendam kerana mahu mengukuhkan kedudukan politik dan mahu dilihat 'sekepala' dengan komponen Pakatan Rakyat. Isu penjualan minuman keras di Selangor masih tiada penamatnya dan PAS dilihat tidak berdaya hendak mempertikaikannya yang ditakrifkan sebagai haram dan mungkar oleh parti itu selama ini.

Hakikatnya, PAS berada dalam dilema kerana prinsip asas perjuangan PAS sendiri bertentangan dengan senario yang wujud dalam lima negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Nampaknya terdapat segelintir pemimpin PAS yang cuba merungkai dilema itu dengan kenyataan - kenyataan yang menggambarkan parti itu sesuai untuk semua.Inilah cabaran PAS dalam usahanya untuk membuktikan kepada rakyat bahawa ia 'cakap serupa bikin'dan ujian besar PAS dalam meyakinkan rakan-rakannya untuk melaksanakan undang-undang tersebut.

Thursday, December 4, 2008

Hotel Lima Bintang Tiada Logo Halal

Tidak banyak hotel di negara kita memiliki sijil halal. Perkara ini menimbulkan kegusaran rakyat terutamanya yang beragama Islam. Tiada kesedaran daripada pengusaha-pengusaha hotel lantaran akta di negara ini, tidak mewajibkan seseorang atau hotel untuk mendapatkan sijil halal.
Kerajaan telah mengambil pendekatan bersepadu dengan mengadakan kempen melalui dua pertubuhan iaitu MAAH sebagai persatuan yang empunya hotel dan yang kedua adalah MAHO sebagai persatuan operator-operator hotel. Walaubagaimanapun, kempen ini mendapat sambutan yang dingin daripada pihak hotel. Mereka merasakan tiada kepentingan bagi hotel lima bintang mendapatkan sijil halal kerana telah diiktiraf oleh antarabangsa.
Kerajaan tidak memberikan sijil halal kepada keseluruhan hotel dan hanya terhad di bahagian dapur sahaja. Masalah ini memberi kekangan pada pihak hotel kerana pemberian sijil halal melibatkan ubahsuai hotel itu sendiri di mana mereka tidak dibenarkan untuk mencampuri dapur halal dan tidak halal.
Sehubungan itu, Tulip merasakan pihak Kerajaan perlu bertindak tegas terhadap pengusaha hotel yang masih tidak memohon untuk memiliki sijil halal atau menggantung lesen mereka. Akta mengenai sijil halal ini perlulah dipinda agar terus relevan supaya imej negara sebagai sebuah negara Islam tidak tercemar. Ditakuti jika masalah ini tidak ditangani, sambutan pelancong daripada Asia Barat untuk melancong ke Malaysia akan berkurangan.

Wednesday, December 3, 2008

Kesungguhan Kerajaan Membantu Peneroka

Kemelut ekonomi dunia yang tidak menentu memberi kesan kepada harga komoditi kelapa sawit dan getah sekaligus kepada pendapatan bulanan peneroka. Pihak Kerajaan menerusi FELCRA dan RISDA akan berusaha memastikan peneroka akan terus menikmati pendapatan di bawah kemiskinan tegar dengan menumpukan kawasan-kawasan asli dan kawasan kampung melalui projek Agropolitan. Para peneroka dan orang asli menerima pendapatan sebanyak RM1,500 per keluarga untuk setiap bulan iaitu hasil daripada dividen dan hasil bekerja di ladang, apabila harga komoditi berada di tahap yang stabil.
Sehubungan itu, RISDA mengambil pendekatan mewujudkan tabung yang akan digunakan apabila harga komoditi tersebut mengalami penurunan harga bagi memastikan pendapatan peneroka dan orang asli dapat diteruskan. Sehingga kini, RISDA telah berjaya mengumpulkan sejumlah RM40 juta dan boleh bertahan selama dua tahun dengan memberikan dividen sebanyak RM420 sebulan bagi menjamin pendapatan kepada pekebun kecil termasuk orang asli.

Kementerian Penerangan Komited Meningkatkan Mutu Siaran Langsung Sidang Dewan Rakyat


YB Menteri Penerangan membuka persidangan Dewan Rakyat dengan menjawab pertanyaan daripada MP Muar, Dato' Razali Bin Haji Ibrahim. YB Dato' Ahmad Shabery Cheek menjelaskan daripada hasil tinjauan melalui Sistem Mesej Ringkas (SMS) dalam "Rancangan Selamat Pagi Malaysia"pada bulan Mei 2008 mendapati 39% penonton bersetuju liputan siaran langsung Dewan Rakyat diteruskan. AGB Nielsen Media Research turut mengemukakan datanya bahawa pada bulan April hingga Mei sejumlah 230 hingga 250 ribu penonton siaran langsung yang menonton siaran tersebut.

YB Menteri Penerangan turut memperincikan anggaran kos penerbitan siaran langsung yang menelan belanja sebanyak RM 2.3 juta setahun. Kos sebenar adalah bergantung kepada bilangan hari persidangan. Di samping itu juga, Kementerian juga dalam peringkat mengkaji mekanisma-mekanisma lain yang boleh mengurangkan kos penerbitan siaran langsung tersebut. Kementerian Penerangan juga dalam peringkat kajian untuk menambah masa siaran langsung sesi soal jawab parlimen daripada 30 minit kepada 90 minit dan menyiarkannya di Internet.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu

Negara kita bakal menghadapi dengan satu lagi pilihan raya kecil di kawasan Parlimen Kuala Terengganu berikutan kematian Ahli Parlimennya, Datuk Razali Ismail, 59, akibat sakit jantung. Majlis Tertinggi Umno dan agensi Kerajaan yang terlibat sedang sibuk membuat persiapan awal bagi memastikan Barisan Nasional dapat mengekalkan kemenangannya.
Dijangkakan pilihan raya kecil ini berhadapan dengan saingan yang sengit di antara Barisan Nasional dan PAS.Walaubagaimanapun, SPR belum mengumumkan tarikh pilihan raya tersebut di mana perlu dilaksanakan 60 hari daripada tarikh kematian Allahyarham.
Politik tanah air merasa kehilangan di atas pemergian Allahyarham Datuk Razali Ibrahim yang begitu dedikasi dan banyak berjasa kepada UMNO, Kementerian Pelajaran begitu juga penduduk Kuala Terengganu. Beliau begitu komited dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Ahli Parlimen. Beliau terkenal dengan keperibadiaan yang baik dan disegani oleh penduduk dan guru-guru di Kuala Terengganu.
Ucapan takziah juga kepada keluarga Allahyarham Datuk Razali Ismail. Semoga tabah menghadapi dugaan daripada Allah.Semoga Allahyarham ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Monday, December 1, 2008

PAS IBARAT HIDUP SEGAN MATI TIDAK MAHU DALAM PAKATAN RAKYAT



Gambar:Http://www.pewarismelayu.blogspot.com

Janji PAS untuk menutup kilang arak sekiranya menang pilihanraya ke-12 nampaknya janji tinggal janji. Bukan mudah untuk menghapuskan gejala rasuah, maksiat dan arak dalam masa yang singkat. PAS dilihat gagal melestarikan agenda Islam di Selangor sekaligus menghakis keyakinan orang Melayu di negeri tersebut terhadap imej dan kredebiliti PAS.

PAS tidak berani bersuara dan menyatakan pendiriannya berhubung dengan isu yang melibatkan agama Islam. PAS dilihat terlalu lemah dan tidak berdaya dalam mempertahankan kesucian agama Islam kerana suara-suara mereka tidak dihiraukan oleh DAP dan PKR. PAS diumpamakan sebagai anak tiri dalam Pakatan Rakyat di mana DAP dan PKR lebih selesa berbincang bersama dalam isu pentadbiran negeri.

Adakah PAS sedar akan kedudukannya di dalam Pakatan Rakyat yang dilihat sebagai hidup segan mati tak mahu.PAS juga menghadapi krisis dalaman yang menyumbang kepada kurangnya sokongan orang Melayu yang beranggapan PAS tidak lagi menyengat dan umpama lembu dicucuk hidung.

Seharusnya kepimpinan tertinggi PAS perlu muhasabah diri dan merenung kembali, adakah PAS berada di landasan yang betul atau tersasar jauh daripada perjuangannya. Pada pandangan Tulip, kehadiran Pas dalam pakatan berkenaan hanya sekadar untuk memastikan pembangkang tidak hilang kuasa di negeri-negeri yang dikuasai oleh mereka kecuali di Kedah.Perlu diingatkan bahawa rakyat akan menilai prestasi pemimpin-pemimpin pembangkang berkenaan sebelum membuat keputusan samada membenarkan mereka terus memimpin atau menolak mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

Turun Harga Barang Selaras Harga Minyak

01/12/2008 9:04am

PUTRAJAYA 1 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memastikan harga barang makanan yang diturunkan selaras dengan penurunan harga minyak mesti merupakan barangan yang digunakan rakyat setiap hari.

Dalam nada kesal, Perdana Menteri berkata, peniaga kebiasaannya begitu liat malah lewat untuk menurunkan harga barang pada setiap kali harga minyak diturunkan tetapi begitu cepat pula tanpa disuruh menaikkan harga apabila harga minyak naik.

"Saya dah beritahu Shahrir (Datuk Shahrir Abdul Samad), bahawa barang yang diturunkan mesti barangan yang digunakan setiap hari.
"Ini satu masalah yang dihadapi oleh rakyat," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini hari ini. - Utusan.
*********************************
YAB Perdana Menteri menyatakan kekesalannya terhadap sikap para peniaga yang engkar dan tidak mengendahkan saranannya agar menurunkan harga barangan keperluan memandangkan harga minyak telah turun sebanyak lima kali. Tulip merasakan antara sebab mengapa peniaga liat untuk menurunkan harga minyak adalah kerana sifat tamak pemborong dan pembekal untuk mengaut keuntungan berlebihan serta sikap enggan bekerjasama dengan persatuan. Yang menjadi mangsanya adalah pengguna. Sehubungan itu, mari kita menggerakkan kuasa pengguna dengan memboikot peniaga yang masih berdegil tidak mahu menurunkan harga barangan. Dengan memboikot, peniaga akan berasa terpukul kerana permintaan telah berkurangan dan lebihan stok mereka tidak boleh dijual. Mahu tidak mahu, mereka akan terpaksa menurunkan harga barangan agar stok mereka habis dijual.

Thursday, November 27, 2008

BABI Tetap Menjadi Pilihan Pakatan Rakyat


Pakatan Rakyat menang besar dalam pilihan raya ke-12 apabila dapat merampas 5 negeri daripada Barisan Nasional. Kemenangan ini mungkin disebabkan rakyat termakan gula-gula Pakatan Rakyat yang menawarkan pelbagai insentif sekiranya mengundi mereka. Tetapi jangkaan itu meleset, sehingga kini tidak sampai 50% janji mereka dilaksanakan. Pelaksanaannya cenderung untuk mengaburi mata rakyat dan Barisan Nasional yang acapkali mengkritik pemerintahan mereka yang berperanan sebagai pembangkang.
Sudah 8 bulan Pakatan Rakyat memerintah di 5 buah negeri tetapi tiada tanda-tanda nasib orang Melayu dibela. Yang menjadi kebanggaan mereka adalah projek mega penternakan babi di Selangor yang sekarang sudah menular ke Kedah. Pakatan Rakyat tidak serik ‘diserang’ wabak penyakit Japanese Encephalitis (JE) pada tahun 1999. Hal ini telah banyak membawa kesusahan dan keperitan hidup seharian rakyat khususnya di sekitar kawasan yang dilanda wabak ini.
Tidak cukupkah bekalan daging babi di negeri Selangor, Kedah dan rakyat Malaysia yang makan babi sehinggakan Kerajaan Selangor dan Kedah begitu komitmen dengan usaha tersebut, sekalipun dibantah keras? Apakah peranan PAS dalam hal ini? Ternyata PAS hanya mampu berdiam diri seperti tikus takutkan kucing, walaupun keputusan tersebut mendapat bantahan Orang Melayu di negeri tersebut. Nampaknya DAP mendominasi Pakatan Rakyat dari segi pentadbiran negeri dan membuat keputusan. PKR dan PAS hanya sebagai pak turut dan sebagai jurucakap kepada DAP sahaja. Sungguh memalukan, PAS sebagai parti yang memperjuangkan agama Islam.

Wednesday, November 26, 2008

Yoga Haram Bagi Umat Islam

Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan keputusan fatwa mengharamkan senaman yoga dan meminta agar umat Islam berhenti daripada mengamalkannya kerana bertentangan dengan hukum syarak. Pengharaman ini dilaksanakan bagi mengelakkan orang Islam tersasar jauh daripada ajaran agama Islam. Senaman Yoga berasal daripada masyarakat Hindu yang menggabungkan tiga unsur, iaitu amalan fizikal (senaman), keagamaan serta mantera pemujaan bagi mendapatkan ketenangan, manakala kemuncaknya penyatuan diri dengan tuhan.

Sehubungan itu, Tulip merasakan adalah wajar umat Islam di negara ini menerima keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dengan sebarang persoalan serta dengan hati terbuka. Umat Islam perlu berwaspada terhadap sebarang kepercayaan atau keyakinan hati, menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah dan perbuatan kerana dikhuatiri akan memesong dan menghakis akidah seseorang. Kepada masyarakat bukan Islam, pengharaman yoga oleh Majlis Fatwa Kebangsaan bukan bertujuan untuk menghina dan mencerca agama lain tetapi sebagai panduan kepada umat Islam. Masyarakat bukan Islam bebas mengamalkannya tanpa sebarang masalah.

Tulip juga mengharapkan pihak pembangkang tidak mempolemik isu tersebut sebagai menghormati peranan Majlis Fatwa Kebangsaan yang ditubuhkan mengikut lunas yang sah dan diiktiraf oleh undang-undang untuk meningkatkan syiar Islam. Kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Negeri amatlah penting agar keputusan ini dapat diwartakan secepat mungkin. Menteri Penerangan, YB Dato' Ahmad Shabery Cheek turut menyatakan kesediaannya mempelawa pihak JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk memperjelaskan isu tersebut kepada rakyat melalui saluran RTM dan Jabatan Penerangan. Menurut beliau, sudah menjadi amalan Kementerian Penerangan menyediakan instrumen dalam memberikan penjelasan kepada rakyat marhaen terhadap dasar atau isu supaya dapat merungkai kekeliruan rakyat.



Tuesday, November 25, 2008

Si Penipu Besar Terus Menipu Rakyat


Dengarnya Ketua Pembangkang DSAI akan mengadakan kempen besar-besaran untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Inilah dia sikap bermuka-muka DSAI. Semasa menjadi TPM, beliau begitu mempertahankan ISA dengan menyatakan ia sebagai satu langkah Kerajaan untuk mengawal keselamatan negara. Tetapi sekarang pelbagai kritikan dan hentaman ditujukan kepada Kerajaan dengan niat untuk menjatuhkan Kerajaan sekaligus mengukuhkan kedudukan politik beliau. Beliau mendakwa ISA zalim dan sebagainya. Ada juga golongan pembangkang yang menyatakan ISA ketinggalan zaman. Tetapi bagi Tulip, akta ini sudah berkembang dan prosedur berubah berbanding peringkat awal. Yang paling penting, ISA ini perlu diteruskan selaras dengan objektif utamanya sebagai undang-undang pencegahan untuk mengelakkan berlaku ancaman kepada ketenteraman awam dan keamanan.

Thursday, November 20, 2008

ANWAR TIPU KAUM INDIA

DULU MAIN TENIS SAMA, SEKARANG BERPISAH DAN MEMBAWA HALUAN MASING MASING. DI MANA JANJI DUIT SEJUTA SEORANG UNTUK ORANG ORANG INDIA...TIPU BELAKA.

Sumber: Http://www.masterdedah.com



Wednesday, November 19, 2008

Penurunan Harga Minyak Tidak Memberi Kesan Pada Harga Barangan


Oleh: Tulip Desa

Harga minyak telah mengalami penurunan harga sebanyak lima kali sehingga ke paras RM2.00/liter tetapi harga barangan masih tidak turun-turun. Itulah keluhan daripada pengguna yang kesal dengan sikap peniaga yang engkar dengan saranan Kerajaan supaya menurunkan harga barangan. Inilah masalahnya apabila peniaga, pemborong dan pengusaha tidak mahu menurunkan produk mereka walaupun kos operasi telah menurun berikutan penurunan harga bahan bakar. Yang menjadi mangsa akhirnya adalah pengguna.

Tulip tidak menyalahkan Kerajaan berlaku keadaan sedemikian kerana keadaan harga yang selain daripada barang-barang kawalan memang tidak boleh ditentukan oleh Kerajaan. Sehubungan itu, KPDNHEP meminta kerjasama peniaga untuk melestarikan kempen penurunan harga barangan sebagai salah satu tanggungjawab sosial mereka. Walaupun penrunan harga minyak melegakan pengguna tetapi pada masa yang sama pengguna diminta supaya berjimat cermat dan berbelanja berhemah kerana penurunan itu tidak memberi kesan kepada harga barangan lain.

Kraftangan Tempatan Berjaya Menembusi Pasaran Antarabangsa

Oleh: Tulip Desa

Kraftangan Malaysia telah melaksanakan pelbagai program untuk mempromosikan produk kraf tempatan di luar negara. Dalam usaha melestarikannya, Kraftangan Malaysia telah mengambil beberapa pendekatan dengan menyertai pameran perdagangan utama di beberapa negara seperti United Kingdom, Hong Kong dan Singapura. Skim Insentif Galakan Dagangan telah diperkenalkan untuk membantu usahawan kraf menerokai pasaran baru di Timur Tengah seperti United Arab Emirates (UAE).

Kraftangan Malaysia juga menyertai pameran pengguna atau consumer fare di mana pengusaha berpeluang menjual terus kepada pengguna yang melawat pameran. Pameran seumpama ini turut menarik minat pedagang daripada luar bagi mendapatkan produk baru. Program yang dilaksanakan tidak tertumpu kepada kebudayaan dan keseniaan tetapi keutamaan diberikan kepada penjualan produk kraf daripada batik, logam, kayu dan kraf orang asli. Jadi, tidak hairanlah hasil produk kraf semakin dikenali di persada dunia. Ini terbukti dengan peningkatan jualannya iaitu sebanyak RM218,000.00 pada tahun 2006, dan pada tahun 2007 meningkat menjadi RM294,000.00 dan pada tahun 2008, hasil penjualan ialah RM398,000.00. Tulip berharap Kerajaan akan terus berusaha untuk meningkatkan nilai industri kraftangan tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Monday, November 17, 2008

RM 2.5 Bilion Telah Dibayar Kepada Pemilik Kenderaan


17/11/2008 2:16pm

KUALA LUMPUR, 17 Nov. — Sejumlah RM2.5 bilion rebat tunai telah dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian dengan bilangan kenderaan kira-kira 5.66 juta bagi tempoh 14 Jun sehingga 31 Okt lepas.Timbalan Menteri Kewangan Datuk Kong Cho Ha berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM316.1 juta merupakan rebat tunai kepada 2.11 juta pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc.

“Sementara RM2.028 bilion adalah rebat tunai kepada 3.24 juta pemilik kenderaan berkapasiti enjin sehingga 2000cc.“Bakinya sebanyak RM192 juta merupakan rebat tunai kepada hampir 0.31 juta pemilik jip dan pikap persendirian berkapasiti enjin sehingga 2500cc di Semenanjung dan sehingga 3000cc di Sabah dan Sarawak,” katanya dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.Sementara itu, Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata sebanyak 51 buah sekolah menengah dan rendah baru akan dibina di Sabah bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Beliau berkata ia melibatkan 14 buah sekolah rendah, 35 sekolah menengah harian, sebuah sekolah sukan dan sebuah sekolah teknik.“Kementerian juga melaksanakan 78 projek pembekalan elektrik luar bandar.Siling bagi kesemua projek ini ialah RM1.451 bilion,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan).

Beliau berkata bagi bajet mengurus pula, peruntukan yang telah disalurkan bagi kerja penyelenggaraan sekolah, asrama dan institusi pelajaran yang lain dalam tempoh 2006 hingga 2008 adalah berjumlah RM174 juta.“Peruntukan yang besar yang diluluskan untuk penyelenggaraan institusi pelajaran di Sabah ini adalah berikutan keadaan fizikal bangunan yang sememangnya kita ketahui agak uzur dan memerlukan banyak penyelenggaraan dan baik pulih,” katanya.— BERNAMA
****************************
Tulip Desa

Satu penjelasan yang baik daripada Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Kong Cho Ha. Penjelasan tersebut diharap dapat merungkai persoalan yang dikemukakan oleh MP Indera Mahkota. Tulip tidak hairan jika pembangkang sering mempertikaikan tindakan Kerajaan untuk membantu rakyat. Pembangkang memang gemar mengkritik daripada memberi idea yang dapat membantu membangunkan negara.

Mekanisma Memantapkan Ekonomi Negara

Oleh: Tulip Desa

Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk memastikan supaya negara tidak terus dihimpit dengan masalah kemelesetan ekonomi. Langkah yang diambil ini diharapkan dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap ekonomi negara. Antaranya, Kerajaan telah menyediakan satu skim di mana IKS di sektor pembinaan diberi bantuan supaya cash flow mereka berada di dalam keadaan stabil bagi mengelakkan daripada kerugian dan masalah gulung tikar.

Kerajaan turut mengumumkan potongan caruman pekerja KWSP sebanyak 3% bertujuan menambahkan perbelanjaan negara. Dengan pertambahan sebanyak 4.8 billion setahun ke dalam poket pekerja dapat menggalakkan mereka untuk terus berbelanja sekaligus meningkatkan kuasa beli mereka. Pihak Bank juga, masih terus memberikan pinjaman, dan ini memberikan gambaran bahawa sistem perbankan di negara kita masih kukuh dan tidak mengalami credit crunch. Justeru itu, langkah-langkah tersebut meyakinkan bahawa ekonomi negara kita akan terus berkembang.

Majlis penetapan gaji: Pekerja Swasta Berpeluang Menikmati Gaji Tinggi

Oleh: Tulip Desa

Kerajaan prihatin dengan nasib rakyat yang mempunyai pendapatan di bawah garis kemiskinan. Pekerja sektor swasta juga tidak terkecuali tergolong dalam kategori ini. Dianggarkan lebih kurang 2 juta pekerja sektor swasta menerima gaji lebih kurang RM500.
Sehubungan itu, beberapa pendekatan telah diambil untuk membantu pekerja sektor swasta untuk tidak terus dibelenggu kemiskinan.Walaupun kaedah untuk menentukan gaji di pihak swasta adalah berdasarkan kuasa pasaran perjanjian kolektif tetapi ada satu mekanisma iaitu Majlis Penetapan Gaji yang senantiasa diubahsuai mengikut pembaharuan dan permintaan. Bagi mereka yang bekerja di sektor swasta, kementerian telah menyedari terdapat segelintir mereka tidak menerima pendapatan yang lumayan. Menyedari hakikat ini, Kementerian Sumber Manusia telah memohon dan membawa kepada kabinet dan kabinet telah meluluskan penubuhan satu Suruhanjaya Siasatan untuk mengkaji perlu atau tidak MPG ini ditubuhkan dan ia akan memperakukan serta akan dibincangkan pada Majlis Penetapan Gaji.

Tuesday, November 11, 2008

Malaysia Kekurangan Tenaga Kerja Berkemahiran Tinggi

Kerajaan menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja berkemahiran tinggi di Malaysia ekoran daripada sikap rakyat Malaysia yang kurang berminat untuk menceburi bidang berkemahiran tinggi. Oleh itu, peluang ini diambil oleh pekerja asing yang dilihat memonopoli bidang tersebut. Tulip merasakan Kerajaan perlu merangka dasar, strategi dan perancangan supaya tidak lagi berdepan dengan masalah tersebut.
Permasalahan ini telah dijawab oleh Menteri Sumber Manusia dalam sidang dewan pagi ini, bahawa Kementerian Sumber Manusia telah merangka dasar serta merancang pelbagai usaha dan strategi bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja berkemahiran tinggi di Malaysia. Dasar Kerajaan ialah untuk membangunkan tenaga kerja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, dilengkapi dengan nilai dan sikap positif bagi membolehkan industri di Malaysia berdaya saing di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Kerajaan telah membangunkan Pelan Induk Latihan Dan Pembangunan Kemahiran Pekerjaan Malaysia 2008-2020. Pelan ini bertindak sebagai asas dan hala tuju kepada penggalakan aktiviti pembangunan dan penyediaan program kemahiran kepada belia di negara ini. Perancangan dan pelan tindakan bagi melaksanakan strategi tersebut meliputi usaha-usaha memperkukuhkan kerjasama di antara agensi latihan dan industri, memperkukuhkan maklumat pasaran sumber manusia mahir, memperluaskan kapasiti latihan, mempertingkatkan dan memperluaskan program pembangunan latihan peringkat tinggi dan memperkenalkan program keusahawanan.
Sehingga kini, Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah KSM telah meluluskan 70 buah pusat bertauliah bagi menawarkan sejumlah 173 program latihan di tahap 4 (Diploma Kemahiran Malaysia) atau tahap 5 (Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia) bagi mengatasi masalah tersebut.

Akademi Badminton Akan Ditubuhkan - Najib

11/11/2008 12:47pmKUALA LUMPUR 11 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan Akademi Badminton yang akan menjadi pusat kecemerlangan bagi sukan berkenaan.

Sumber: Utusan Malaysia

****************************
Tulip Desa
Tulip sangat bersetuju dengan cadangan YAB Timbalan Perdana Menteri terhadap cadangan membina beliau untuk memulihkan kembali imej sukan badminton yang semakin pudar. Diharapkan penubuhan akademi ini akan melahirkan jaguh-jaguh badminton yang akan mengharumkan nama negara di persada dunia seperti di zaman 'anak-anak Datuk Sidek'.

Roti canai, teh tarik turun 10 sen

KUALA LUMPUR: Dua persatuan pengusaha restoran yang mempunyai 4,500 ahli di seluruh negara bersetuju menurunkan harga roti canai dan teh tarik sebanyak 10 sen, manakala set hidangan nasi kandar dikurangkan 20 sen. Setakat ini, 200 ahli Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) di Lembah Klang sudah menurunkan harga makanan dan minuman itu mulai semalam. Serentak itu, persatuan berkenaan melancarkan kempen menggalakkan ahlinya di seluruh negara menurunkan harga barangan makanan dan minuman itu.
Kempen itu dirasmikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad di Restoran Syed Bistro, Bangsar di sini, semalam. Presiden Presma, Jamarulkhan Kadir, berkata penurunan harga tiga menu itu dibuat bagi menyahut seruan kerajaan. “Ini tidak ada kaitan dengan penurunan harga minyak, sebaliknya lebih bersifat keprihatinan pengusaha,” katanya.

Timbalan Presiden Primas, T Muthusamy, pula berkata penurunan harga itu diharap dapat membantu mengurangkan beban orang ramai berikutan keadaan ekonomi tidak menentu.
Sumber: Utusan Malaysia
***********************
Tulip Desa
Nampaknya, pengusaha-pengusaha restoren telah menyahut seruan Kerajaan untuk menurunkan harga makanan dan minuman. Ini satu petanda baik yang menggambarkan keperihatinan dan tanggungjawab sosial pengusaha restoran dan peniaga. Ini merupakan berita gembira bagi rakyat marhaen yang mengharapkan pengusaha dan peniaga lain turut mengikut jejak langkah Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) di Lembah Klang yang telah menurunkan harga minuman dan makanan bermula semalam.

Wednesday, November 5, 2008

Petrol RM1.92 Seliter Sebelum 31 Disember


PUTRAJAYA: Harga runcit petrol di negara ini mungkin turun kembali ke paras RM1.92 seliter menjelang akhir bulan atau selewat-lewatnya sebelum 31 Disember depan, berikutan penurunan harga minyak mentah di pasaran dunia. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, tidak menolak kemungkinan itu berlaku, tetapi ia tertakluk kepada keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung sama ada kaedah baru penentuan harga minyak boleh dilaksanakan. Katanya, manfaat serta-merta daripada kejatuhan harga minyak di pasaran antarabangsa ialah kemungkinan harga runcit minyak di pasaran mungkin dikurangkan sebanyak 26 sen lagi bagi setiap liter sebelum akhir bulan ini.
“Saya percaya, dengan penurunan harga minyak di pasaran dunia kita mungkin melihat petrol dijual pada RM1.92 seliter semula menjelang akhir bulan ini atau selewat-lewatnya menjelang akhir tahun,” katanya kepada New Straits Times, di sini. Shahrir purata, harga minyak mentah di pasaran dunia kini sudah sampai ke paras kurang daripada AS$60 (RM211) setong. Kerajaan menaikkan harga runcit petrol sebanyak 78 sen seliter daripada RM1.92 kepada RM2.70 pada Jun lalu, selepas harga minyak melambung di pasaran dunia.

Sumber: Utusan Malaysia

**********************
Tulip Desa

Rakyat bakal menikmati harga lama petrol RM1.92 sebelum 31 Disember 2008 jika harga minyak kekal sehingga hujung tahun ini. Terima kasih Kerajaan Barisan Nasional yang faham dengan masalah rakyat. Barisan Nasional adalah Kerajaan Kebajikan yang senantiasa peka dan prihatin dalam membela nasib rakyat. Nampaknya pembangkang tidak terkata apa, jika cadangan ini menjadi kenyataan kerana mereka juga menikmati faedah yang diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Sidang Dewan Ditangguh, Pembangkang Desak Bajet Baru

05/11/2008 12:38pm

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Persidangan Dewan Rakyat pagi ini ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang apabila kesemua ahli Parlimen pembangkang mendesak untuk mengemukakan Bajet 2009 yang baru kerana tidak berpuas hati dengan penggulungan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

Usul itu dibuat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang inginkan penjelasan mengenai Bajet 2009 yang diluluskan dan mendakwa ia tidak serupa dengan apa yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, September lalu. – Utusan

*********************************
Tulip Desa

MP Permatang Pauh cuba mempengaruhi MP pembangkang lain supaya menolak penggulungan Bajet 2009 dan mendesak Kerajaan untuk mengemukakan Bajet 2009 yang baru. Sikap DSAI yang suka bermuka-muka dan cuba menarik simpati ternyata berjaya menarik perhatian MP pembangkang lain. Apa nak jadi dengan DSAI ni, gemar menimbulkan provokasi dan bikin kecoh dalam sidang dewan. Kalau setiap kali datang ke sidang dewan untuk protes dan menyalahkan Kerajaan, sampai bila Pakatan Rapuh ini hendak membangunkan negeri di bawah pimpinannya. Sesungguhnya, rakyat tertunggu-tunggu pembaharuan yang bakal di bawa oleh Pakatan Rapuh ini.

Tindakan GGMM mempertahankan B. Melayu Wajar

Tulip menyokong tindakan Ahli Exco Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM), Nik Rizman Sapian memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung tindakan meluluskan permohonan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memasang papan tanda pelbagai bahasa di kawasan tapak warisan di Georgetown. Nampaknya bahasa kebangsaan tidak lagi dihormati oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang apabila mahu menamakan jalan warisan di Pulau Pinang dalam bahasa Cina dan Tamil selain bahasa kebangsaan kita.
Setelah lebih lima puluh satu tahun merdeka perkara penting tentang penggunaan bahasa kebangsaan masih hendak dirungkai. Kerajaan Pulau Pinang seakan-akan mahu menafikan perkara-perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia yang termaktub bahawa Bahasa Malaysia adalah sebagai bahasa rasmi negara.

Tulip rasa tidak masuk akal dengan alasan yang diberikan oleh Kerajaan Pulau Pinang yang menyatakan papan tanda tersebut untuk kegunaan pelancong. Adakah semua pelancong yang datang ke Malaysia berketurunan Cina dan India? Setahu Tulip pelancong yang datang terdiri daripada pelbagai bangsa dan bahasa. Selama ini sudah 51 tahun pelancong datang ke Malaysia dengan menggunakan papan tanda yang menggunakan bahasa kebangsaan tanpa sebarang masalah. Penduduk tempatan juga tidak mengalami masalah dengan papan tanda yang sediaada malah pelancong juga tidak pernah merungut kerana mereka tahu ia adalah bahasa rasmi.
Jelas menunjukkan Kerajaan Pulau Pinang sudah luntur dengan semangat nasionalisme dan gemar membangkitkan perkara yang remeh temeh daripada membantu rakyat. Tulip mengharapkan agar Kerajaan Pulau Pinang mempertimbangkan semula cadangan tersebut kerana dikhuatiri akan membangkitkan kemarahan Orang Melayu dan sentimen perkauman. Syabas GGMM. Tindakan GGMM menggambarkan anak muda Melayu tidak akan berdiam diri apabila perlembagaan dan keistimewaan Orang Melayu diganggugugat.

Ahli Parlimen Pembangkang Keluar Dewan


Gambar: Http://pewarismelayu.blogspot.com


KUALA LUMPUR 4 Nov. – Semua ahli Parlimen pembangkang hari ini bertindak keluar daripada Dewan Rakyat selepas tidak berpuas hati kerana mereka tidak diberikan ruang untuk penjelasan dan berbahas ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menggulung perbahasan Bajet 2009 bagi Kementerian Kewangan.
Wakil pembangkang mula membuat bantahan apabila Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan menyatakan beliau mahu menghabiskan pembentangan langkah-langkah tambahan bagi Bajet 2009 sebelum memberi ruang untuk penjelasan.

Ekoran tindakan ahli Parlimen pembangkang yang seringkali bangun untuk membantah, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengingatkan ahli Parlimen agar mematuhi peraturan mesyuarat jika tidak beliau akan meminta mereka meninggalkan Dewan.

Beliau juga menjelaskan, Menteri Kewangan akan memberi ruang kepada ahli Dewan untuk mendapatkan penjelasan selepas membentangkan langkah-langkah tambahan itu dan ahli Parlimen perlu bersabar seketika.
Chua Tian Chang (PKR-Batu) menjadi ahli Parlimen pertama yang diarah berbuat demikian selepas enggan mematuhi arahan Yang Dipertua untuk duduk dan tidak meneruskan bantahan.

Bagaimanapun keadaan itu berterusan sehingga mengganggu penggulungan Menteri Kewangan dan ketika Mohd. Azmin Ali (PKR-Gombak) mengemukakan bantahan, Yang Dipertua sekali lagi mengingatkan ahli Parlimen agar mematuhi peraturan.Ahli Parlimen pembangkang yang tidak berpuas hati dengan teguran itu kemudiannya terus bangun beramai-ramai dan meninggalkan Dewan.
Sumber: Utusan Malaysia
**********************
Tulip Desa
Tindakan keluar dewan oleh MP-MP pembangkang menggambarkan sikap keanak-anakkan dan kedangkalan mereka. Seharusnya MP Pembangkang hormat dengan keputusan YAB Timbalan Perdana Menteri supaya beliau tidak diganggu ketika menyampaikan hujah pergulungan bajet 2009. Tidakkah MP pembangkang malu, sikap mereka diperhatikan oleh rakyat dan penduduk di seluruh dunia. Sikap biadap MP pembangkang memberikan imej yang tidak baik kepada Parlimen Malaysia di mata dunia. Tulip menyifatkan MP pembangkang suka menjaga koyak kain orang, koyak di kain sendiri tidak nampak. Hanya tahu membangkang sahaja, bukannya hendak bekerjasama dalam membangunkan dan memantapkan ekonomi negara. Aduhai, sungguh memalukan.

Thursday, October 30, 2008

Menteri Besar Selangor Boneka

Pakatan Rapuh dilihat semakin kurang ajar apabila MP Batu Gajah mencadangkan di Dewan Rakyat supaya Barisan Nasional diharamkan kerana didakwa bersifat perkauman. Adakah Pakatan Rakyat yang menerajui Negeri Pulau Pinang, Selangor, Perak,Kedah dan Kelantan adil dalam membela nasib semua kaum? Pada Tulip mereka lebih kepada memperjuangkan dan membela kaum tertentu. Kalau tidak, masakan Orang Melayu di Selangor dan Pulau Pinang bimbang dengan nasib mereka yang dipinggirkan oleh Pakatan Rapuh.
Ada pihak yang menyatakan bahawa Orang Melayu di Selangor tidak berpuas hati dengan Pakatan Rakyat dan merayu agar Sultan Selangor campur tangan dengan beberapa keputusan Kerajaan Negeri yang jelas mengabaikan kepentingan Orang Melayu di negeri tersebut. Antaranya adalah:-
1. mendesak Menteri Besar Selangor supaya mematuhi perintah baginda yang tidak memberi perkenan terhadap beberapa keputusan menyerahkan jawatan tertinggi dan penting kepada bangsa asing yang sepatutnya hak Orang Melayu
2. bantahan terhadap perlantikan Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar perbadanan itu
3. bantahan terhadap usaha Kerajaan Negeri Selangor yang mencari modal mega sebanyak 10 juta ringgit bagi membaiki dan membangunkan sekolah-sekolah Tamil dan Cina sedangkan sekolah agama rakyat yang daif dan tidak terbela sepenuhnya.
Justeru itu, adakah Pakatan Rakyat membela nasib semua kaum atau ia hanyalah omongan kosong serta gimik politik mereka untuk mengaburi mata dan hati rakyat. Menteri Besar Selangor dilihat hanyalah boneka yang umpama lembu dicucuk hidung bagi memenuhi impian dan hasrat pihak tertentu sehingga beliau sanggup memusnahkan bangsanya sendiri.

Hak istimewa orang Melayu: Saya akan pertahankan - Nazri

Hak istimewa orang Melayu: Saya akan pertahankan - NazriOctober 30, 2008 : 09.40 AM--->
Sesi penggulungan perbahasan bajet 2009 oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berlangsung macam biasa – panas dan menarik perhatian bukan sahaja kalangan pemerihati yang hadir di Parlimen tetapi juga Ahli-Ahli Parlimen serta anggota pentadbiran kerajaan lainnya. Pada sesi petang Rabu, Nazri diserang bertubi-tubi berhubung dengan soal hak istimewa orang Melayu. Namun beliau yang popular dengan panggilan ‘Cif” tenang sahaja dan menegaskan pendirian kerajaan tidak akan meminda atau menghapuskan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan kepentingan dan hak orang Melayu.
“Saya adalah satu daripada 222 Ahli Parlimen. Jika dua pertiga Ahli Dewan ini setuju untuk meluluskan bagi menghapuskan Perkara 153 saya terima tetapi saya sendiri tidak akan menyokong Perkara 153 dihapuskan dan saya akan tetap mempertahankannya,” katanya sambil meminta pihak pembangkang jika mereka hendak memansuhkan Perkara 153 mereka boleh berbuat demikian dengan membawa usul di Dewan Rakyat. Beliau berkata demikian kerana timbul isu yang mempertikaikan hak istimewa orang Melayu semasa perbahasan daripada kalangan pihak pembangkang sebelum ini.
Penegasan serta jawapan Nazri tersebut membuatkan Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor Dr. Zulkefli Ahmad bangun dan berkata, pakatan pembangkang bersetuju untuk mempertahankan Perkara 153 tetapi membangkitkan soal dalam melaksanakan serta memelihara hak Melayu ia jangan sampai menindas hak kaum lain. Nazri dengan gaya bersahaja berkata “ Ini yang cakap soal nak pertahan hak istimewa orang Melayu saya dengar daripada kalangan Ahli Parlimen pembangkang yang Melayu sahaja tetapi Ahli Parlimen pembangkang daripada kaum lain tak kata apa pun,” katanya sambil tegaskan kerajaan tidak pernah menindas kaum lain dalam masa laksanakan hak istimewa orang Melayu.
Dalam masa penggulungan itu juga, soalan-soalan tambahan serta penjelasan yang dikemukakan semakin menghangat suasana perbahasan. Ahli Parlimen Pasir Salak Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajudddin Abdul Rahman mempertikaikan sikap pembangkang yang terang-terang mempertikaikan hak istimewa orang Melayu dan menyebut Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang yang paling jelas mempertikaikan perakra itu. Kit Siang bangun dengan peraturan Mesyuarat perkara 36 (12) mendakwa Tajuddin mengelirukan Dewan kerana beliau tidak pernah pertikai hak istimewa orang Melayu. Tajuddin selepas itu meneruskan penejlasan yang dipohonnya kepada Nazri dan sekali lagi Ahli Parlimeen PKR Gombak, Azmin Ali bagun menggunakan peraturan mesyuarat yang sama untuk menghalang Tajuddin daripada membuat kenyataan yang sama.
Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar meminta Tajuddin mengawal ucapannya dan pada masa ini Tajuddin jelas mempertikaikan peraka itu. “Ini apa ini…bila saya hendak bercakap peraturan itulah peraturan inilah…itu pembangkang mereka boleh cakap ikut suka mereka saja,” katanya yang jelas tidak puashati kerana isu hak istimewa orang Melayu disentuh oleh pembangkang secara terbuka. “Kata kita tindas kaum lain, saya cabar dalam bidang ekonomi siapa kuasai ekonomi negara, tunjukkan berapa penguasaan ekonomi orang Melayu,” katanya sambil menambah kaum Cina paling menguasai ekonomi negara ini dan ia menjadi bukti hak mereka tidak pernah dinafikan.
Ahli Parlimen Bebas tidak ketinggalan membangkitkan soal kepentingan hak istimewa orang Melayu. Dalam soalannya, beliau bertanya kepada Nazri adakah beliau setuju jika pembangkang hendak meminda Perkara 153, Menteri-Menteri Besar di negeri yang dikuasai pembangkang hendaklah mengadap Sultan masing-masing mohon perkenan untuk Perkara 153 dimansuhkan. Jawab Nazri “ Saya kira itu cadangan yang baik. Biarlah mereka mengadap ke bawah duli Sultan di negeri mereka masing-masing”.
Selain isu hak istimewa orang Melayu, Nazri turut menjelaskan tindakan tegas kerajaan terhadap pertubuhan haram HINDRAF dan penahanan beberapa individu pertubuhan itu di bawah ISA. Katanya, tindakan tegas itu bukan menunjukkan kerajaan menindas tetapi berdasarkan perkara-perkara yang mereka lakukan sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara. Tambahnya, sebelum ini kerajaan juga bertegas kepada kaum bukan Melayu dan isu Al-Arqam dan Jemaah Islamiyah dan tindakan menahan pemimpin mereka di bawah ISA tidak pun dikatakan menindas Melayu. - 30/10/2008
*************************************
Tulip Desa
Syabas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di atas tindakan tegas dan berani beliau dalam mempertahankan hak keistimewaan Orang Melayu. Nampaknya pembangkang masih lagi memainkan isu tersebut yang jelas menggambarkan kedangkalan minda sesetengah MP pembangkang. Pihak pembangkang juga tidak mengendahkan nasihat dan teguran daripada Majlis Raja-Raja yang menggesa semua pihak agar tidak memprovokasikan dan mempertikaikan kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama. Sehubungan itu, Tulip mengharapkan pembangkang tidak lagi mengulangi kenyataan dan tindakan sebelum ini yang mencetuskan sentimen perkauman di kalangan rakyat Malaysia.

Tuesday, October 28, 2008

Mansuh Ekuiti Bumiputera

KUALA LUMPUR 27 Okt. – MCA meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam bagi memastikan ia terus bersaing.Naib Presidennya, Datuk Liow Tiong Lai berkata, ini kerana elemen penting dalam pertumbuhan ekonomi negara kini adalah daya saing yang kuat bagi membolehkan negara berhadapan dengan kesan buruk ekonomi dunia.


“Ekuiti perlu dibuka, berikan kelonggaran agar sesebuah syarikat itu berdaya maju dalam menghadapi situasi ekonomi dunia yang semakin meruncing,” katanya kepada pemberita pada Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC di sini hari ini.Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melahirkan keyakinan unsur-unsur Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berakhir pada 1990 dan digantikan dengan Dasar Ekonomi Nasional (DEN) pada 1991, boleh dihapuskan secara beransur-ansur.


“Saya sedang berusaha ke arah melaksanakan liberalisasi (unsur-unsur DEB) secara beransur-ansur itu apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri. Dan sukacita saya nyatakan bahawa semakin ramai dalam kalangan mereka kini sudah mempunyai keyakinan untuk bersaing, untuk berjaya di peringkat global dan domestik.Tiong Lai menambah, sudah tiba masanya merit atau daya saing sesuatu syarikat itu diberikan keutamaan dan bukannya persoalan berkaitan ekuiti bumiputera.


Beliau juga menyarankan agar penekanan diberikan terhadap aspek mewujudkan kerjasama yang jitu antara peniaga Melayu, Cina dan India di negara ini.Katanya, syarat pemilikan 30 peratus ekuiti dalam syarikat senaraian awam hanya menjadi halangan dalam mewujudkan satu bentuk kerjasama yang sedemikian rupa.


“Apa yang penting adalah kerjasama jitu tanpa kira peratusan (ekuiti bumiputera),” katanya.
Beliau bagaimanapun pada masa yang sama mengakui kerajaan telah banyak bertolak ansur dalam isu pemilikan ekuiti sebelum ini.“Saya rasa memang banyak langkah telah diambil seperti dalam bidang perkilangan, 100 peratus ekuiti untuk semua pihak untuk memastikan pertumbuhan dalam sektor perkilangan,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

***************************************
Tulip Desa

Nampaknya MCA semakin berani dan melampau. Pelbagai desakan dan tuntutan yang diminta oleh parti komponen tersebut agar meminda kontrak sosial sehingga membangkitkan kemarahan Orang Melayu. Adalah tidak wajar MCA mempersoalkan kontrak sosial kerana ia akan menimbulkan suasana tegang dan tidak harmoni dalam Barisan Nasional.Kesepakatan dalam perkongsian kuasa yang dilayari selama 51 tahun sewajarnya dipertahankan daripada dicemari oleh anasir-anasir jahat. Tulip merasakan kenyataan yang dikeluarkan oleh MCA kebelakangan ini dipengaruhi oleh golongan tertentu yang mempunyai kepentingan untuk kelangsungan politik mereka. Sehubungan itu, Orang Melayu tidak boleh berdiam diri harus bangkit dalam mempertahankan hak orang Melayu yang semakin terhakis serta jangan biarkan orang lain pijak kepala kita.


BABI YANG TAK NAK FAHAM

KONTRAK SOSIAL LA BABI..NAPE LA KAU TAK NAK FAHAM FAHAM NI ..

Sumber: Http://www.masterdedah.com

*****************************************
Tulip Desa

Babi ni, bukan tak faham, tapi buat-buat tak faham. Gemar mengambil kesempatan daripada kesempitan.


Friday, October 24, 2008

‘Main-main’ bawa padah

TINDAKAN Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh menuduh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia `main-main dan tidak serius’ dalam menjalankan tugas, mengundang padah apabila beliau digantung dua hari daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat, berkuat kuasa serta-merta. Insiden berlaku ketika sesi soal jawab antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dengan Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) di Dewan Rakyat, semalam.
Kejadian bermula apabila perkataan ‘buta’ yang digunakan Mohamed Nazri, disalah tafsir Karpal yang kononnya menghina dan mempersendakan golongan orang kurang upaya (OKU) sepertinya. Nazri ketika itu menjawab tuduhan Wee yang mengatakan tindakan kerajaan menanggung kos penganjuran makan malam Majlis Peguam, April lalu sebagai berunsur rasuah dan mahukan pujian rakyat.
“Itu bukan rasuah, Yang Berhormat (YB), tetapi lebih untuk menjaga hubungan baik antara kerajaan dan Majlis Peguam yang sebelum ini diketahui tidak begitu baik...mengapa pula ia dituduh rasuah...adakah YB ‘buta’ (sengaja buat tidak tahu),” kata Nazri. Karpal yang `tersentap’ tiba-tiba mencelah dan mengatakan perkataan dituturkan Nazri itu satu penghinaan dan mempersendakan golongan OKU sepertinya. Pertikaman lidah itu memaksa Pandikar Amin campur tangan dan menasihatkan semua Ahli Parlimen mematuhi peraturan dewan dan menjaga kelakuan berikutan tindakan beberapa Ahli Parlimen kebelakangan ini sering menggunakan perkataan atau gelaran tidak baik walaupun beberapa kali teguran dibuat.
“Tindakan YB Wangsa Maju menggunakan perkataan rasuah itu juga sangkaan jahat, tetapi sudah seperti jadi budaya kebelakangan ini, Ahli Parlimen panggil nama, gelaran...maka itu sama-sama ikut peraturan mesyuarat, jangan bangkitkan peraturan mesyuarat hanya jika ia menyebelahi pihak sendiri saja,” katanya. Karpal sebaliknya tetap berkeras dan mahukan Nazri menarik balik perkataan buta yang digunakan menteri berkenaan.
“Tuan Speaker, bukankah gelaran buta itu dibuat oleh seorang menteri ‘kurang ajar’. Saya sebagai wakil OKU dalam dewan ini mahu menteri kurang ajar itu tarik balik perkataan itu,” katanya. Suasana bertambah tegang apabila Karpal mencabar kredibiliti Pandikar Amin dan menuduh beliau tidak serius dan hanya main-main ketika menjalankan tugasnya. Pandikar Amin yang berang kerana dituduh sedemikian menggunakan kuasanya sebagai Speaker mengikut Peraturan 44 (3) dan mengantung kehadiran Karpal selama dua hari kerana mencabarnya serta menggunakan perkataan kesat terhadap Nazri.
Sumber: Harian Metro
***************************
Tulip Desa
Gara-gara terlanjur kata, MP Bukit Gelugor Karpal Singh digantung dua hari daripada menghadiri Sidang Dewan Parlimen. Yang DiPertua mengeluarkan arahan serta merta ekoran daripada dakwaan MP Bukit Gelugor terhadapnya sebagai 'main-main dan tidak serius' dalam menjalankan tugas.
Bagi Tulip, jangan persoalkan tindakan yang diambil oleh Yang DiPertua kerana sudah terbukti MP-MP pembangkang khususnya Bukit Gelugor seringkali menimbulkan suasana tidak tenang dan kecoh di dalam dewan. Acapkali Yang Di
Pertua menasihati dan mengingatkan Peraturan Majlis Mesyuarat, tetapi bagai masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Wajarlah MP Bukit Gelugor dikenakan tindakan di bawah Peraturan Mesyuarat Perkara44 supaya beliau mengambil iktibar daripada insiden tersebut dan berfikir dahulu sebelum memberi sebarang komen, kerana terlajak kata akan memakan diri.

Wednesday, October 22, 2008

Pendekatan "Bail Out" 1997 Diiktiraf Oleh US

Sesi Dewan Rakyat bersambung ke petang dengan hujah bajet 2009. MP Kimanis meluahkan rasa kesal terhadap pembangkang yang acapkali mempersoalkan bajet 2009 dan menyifatkan mereka tidak memahami kemelut kelembapan ekonomi dunia. Beliau menggesa agar Kerajaan menumpukan kepada mengembalikan keyakinan pelabur terutamannya pelabur luar yang merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negara.

Kelembapan ekonomi yang melanda dunia adalah sesuatu yang kompleks. Kemelut dan krisis kewangan yang serius mengakibatkan ekonomi tidak menentu dan ekonomi dunia pada masa ini turut mempengaruhi persekitaran ekonomi. Sehubungan itu, beliau menegaskan supaya tiada pihak tertentu berniat mengucar-kacirkan ekonomi negara demi kepentingan politik sempit mereka.

MP Kimanis turut merasa bangga dengan mekanisme 'bailout' yang digunakan oleh Kerajaan Barisan Nasional suatu ketika dulu bertujuan untuk menyelamatkan syarikat tertentu untuk mengelakkan keruntuhan ekonomi negara diguna pakai oleh Amerika Syarikat untuk memulihkan ekonomi negaranya dengan membelanjakan sebanyak 700 billion dolar. Sehubungan itu, mekanisme 'bail out' telah terbukti memberi kesan positif dan diiktiraf oleh beberapa negara maju sebagai jalan penyelesaian untuk membaikpulih ekonomi negara mereka.

Tuesday, October 21, 2008

MCA DAN GERAKAN USAH PERTIKAIKAN KONRAK SOSIAL

Komponen Barisan Nasional iaitu MCA dan Gerakan mula menunjukkan besar kepala dan dilihat cuba menjadi jaguh kaum sendiri apabila kebelakangan ini mengemukakan pelbagai tuntutan yang menggambarkan rasa tidak hormat mereka. Bermula dengan Gerakan yang mencadangkan agar Barisan Nasional menjadi satu parti tunggal untuk semua kaum. Disusuli dengan tuntutan MCA agar melantik Naib Canselor IPTA dikalangan ahli MCA dan yang terbaru tuntutan bekas Ketua Pemudanya, Datuk Liow Tiong Lai yang mahu diwujudkan jawatan Timbalan Pengerusi BN kedua supaya diberikan kepada MCA.

Mengapa kebelakangan ini MCA dan Gerakan, menimbukan pelbagai tuntutan yang tidak ubah seperti kata pepatah "beri betis nak peha"? Seharusnya MCA dan Gerakan bekerja keras mengembalikan semula kepercayaan dan keyakinan kaum Cina terhadap parti itu yang hilang banyak kerusi pada pilihan raya 2008. Isu perlembagaan yang acapkali dibangkitkan dikhuatiri akan menimbulkan kegelisahan rakyat dan menggugat ketenteraman dan keselamatan negara.

Tulip merasakan MCA dan Gerakan seolah-olah mahu memadamkan perkara-perkara yang telah dipersetujui dalam perlembagaan negara dan tidak dapat menerima hakikat bahawa negara ini sudah ada perlembagaan. Sehubungan itu, Tulip menggesa agar komponen Barisan Nasional bersatu padu dan tidak lagi mempolemikkan isu kontrak sosial demi kesejahteraan negara. Sewajarnya Barisan Nasional bersama komponennya duduk semeja berbincang dan mencari mekanisme bagaimana untuk meraih sokongan rakyat sebagai persediaan menghadapi pilihan raya yang Ke-13.




Sultan murka kerajaan Pas gagal tadbir Kelantan

KOTA BHARU: Tuanku Ismail Petra semalam menegur kerajaan Pas Kelantan kerana masih gagal mengurus dan membangunkan negeri ini dengan cekap, termasuk dalam pengurusan hasil serta kewangan. Sultan Kelantan turut mengingatkan kerajaan negeri supaya memartabatkan institusi masjid dan tidak menggunakannya untuk kepentingan pihak tertentu. "Beta ingin menarik perhatian kepada pengisytiharan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sebagai bandar raya Islam sejak 2006. Perancangan dari aspek kebersihan dan keselamatan perlu dinilai semula kerana beta melihat beberapa elemen belum mencapai matlamat.

"Beta berharap MPKB memberi fokus kepada elemen terbabit bagi menjamin pencapaian matlamat itu," titah baginda ketika menyempurnakan Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Dewan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim di sini. Hadir sama, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. Tuanku Ismail Petra bertitah, pertumbuhan sektor pelancongan negeri juga masih bergantung kepada segmen domestik yang menyumbang 80 peratus kemasukan pelancong ke Kelantan. "Beta menyarankan peranan Pusat Penerangan Pelancongan Negeri dinilai semula sesuai dengan kepentingan sektor ini dalam menyumbang kepada ekonomi negeri. Sudah sampai masa, entiti baru yang lebih berkesan ditubuhkan supaya dapat bersaing dengan lebih kompetitif," titah baginda.

Bagi mengimbangi tanggungjawab pembangunan negeri pula, baginda menyarankan Enakmen Perbadanan Menteri Besar Kelantan serta Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dikaji semula supaya tidak wujud pertindihan dan persaingan. Baginda turut menyentuh Laporan Ketua Audit Negara mengenai kedudukan kewangan Kelantan yang tidak kukuh apabila mengalami defisit akaun hasil disatukan pada akhir 2007 sebanyak RM326.34 juta berbanding RM155.86 juta pada akhir 2003. "Kerajaan negeri hendaklah mengelak membuat keputusan yang boleh mengurangkan kemasukan hasil. Agensi dan perbadanan kerajaan negeri tidak harus diberi keistimewaan lagi, manakala syarikat swasta yang gagal membuat pembayaran perlu diambil tindakan tegas. "Kerajaan negeri tidak boleh terus bergantung kepada sumber hasil sedia ada. Usaha perlu digembleng untuk meneroka punca hasil baru dalam setiap sektor untuk membiayai kos pengurusan dan pembangunan yang semakin meningkat," tegas baginda.

Tuanku Ismail Petra bertitah, pertumbuhan sektor pelancongan negeri juga masih bergantung kepada segmen domestik yang menyumbang 80 peratus kemasukan pelancong ke Kelantan. "Beta menyarankan peranan Pusat Penerangan Pelancongan Negeri dinilai semula sesuai dengan kepentingan sektor ini dalam menyumbang kepada ekonomi negeri. Sudah sampai masa, entiti baru yang lebih berkesan ditubuhkan supaya dapat bersaing dengan lebih kompetitif," titah baginda.

Tengku Ismail Petra juga menegur mengenai masalah tanah terbiar di seluruh Kelantan yang ketika ini mencapai keluasan 21,458 hektar dan 910 hektar saja yang dibangunkan. "Beta berharap, kerajaan negeri mengambil peluang daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM2.5 bilion untuk memulihkan tanah terbiar bagi menjamin bekalan makanan negeri khususnya dan negara amnya," titah baginda. Selain itu, Sultan Kelantan tidak puas hati dengan pembangunan projek yang dirancang mengikut Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di negeri ini kerana agak perlahan dan ada yang belum dimulakan. Ini termasuk pembinaan kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Bachok dan Jeli serta projek Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra. "Beta juga mendapat maklum, Kelantan adalah antara negeri yang disenarai dengan projek hab halal dalam RMK-9 membabitkan peruntukan RM17 juta. Bagaimanapun, projek ini belum dilaksanakan dan beta berharap ia dapat disegerakan.

"Beta menyarankan kerajaan negeri turut menekankan pelaksanaan pembangunan hab halal bagi mewujudkan pusat pengumpulan, pengeluaran dan pemasaran makanan halal," titahnya. Sultan Kelantan juga berharap rangkaian perhubungan dibaiki, dinaiktaraf dan ditambah bagi memastikan kelancaran pelaksanaan 53 program di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di Kelantan. "Sukacita beta mencadangkan Kerajaan Persekutuan mempercepatkan pembinaan fasa ketiga Lebuh Raya Pantai Timur dari Terengganu ke Tumpat, laluan kedua Kota Bharu-Kuala Krai dan pelebaran Jalan Gua Musang-Kuala Lipis. "Beta difahamkan, pelabuhan tidak disenaraikan sebagai projek infrastruktur di bawah ECER di Kelantan.

Bagaimanapun, beta dimaklumkan kerajaan negeri meluluskan tiga projek pembinaan pelabuhan Tok Bali, pangkalan bekalan luar pesisir Kemasin dan pangkalan bekalan Kuala Besar. "Beta berharap kerajaan boleh memberi kerjasama dan bantuan sepenuhnya bagi menjayakan projek ini," titah baginda sambil melahirkan rasa amat gembira dan berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberi peruntukan dana khas sebanyak RM32.1 juta bagi meningkatkan sosio-ekonomi rakyat menerusi Projek D'Raja Kelantan. Baginda turut menyarankan rakyat supaya berbelanja dengan berhemat bagi menangani kesan kenaikan kos sara hidup akibat krisis kewangan, kekurangan makanan dan kenaikan harga minyak dunia.


***********************************

TULIP DESA KATA

Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra meluahkan rasa murka dan kekesalannya terhadap PAS apabila gagal mengurus dan membangunkan negeri Kelantan setelah sekian lama mentadbir negeri tersebut. PAS dilihat banyak bergantung kepada peruntukkan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan dan sumber hasil yang sedia ada. Tiada usaha yang holistik oleh Kerajaan PAS untuk meneroka sumber baru sebagai langkah untuk menampung kos perbelanjaan pembangunan dan pengurusan negeri yang semakin meningkat.

Tulip merasakan Kerajaan PAS lebih mementingkan agenda Pakatan Rakyat untuk membentuk Kerajaan baru daripada membela nasib rakyat yang mahukan kehidupan yang lebih selesa. Adakah Kerajaan PAS di Kelantan mampu memberikan keselesaan kepada rakyatnya dengan kedudukan kewangan yang defisit? Seharusnya PAS perlu memberi perhatian untuk membangunkan tanah terbiar sebagai satu pendekatan untuk meningkatkan pendapatan Kerajaan Negeri. Sebaliknya PAS taksub dengan impian DSAI untuk pembentukan Kerajaan pembangkang. Nampaknya, perjuangan PAS untuk menegakkan syiar Islam sudah terlepas daripada landasannya.

Oleh itu adalah lebih baik jika Pas tidak terlibat langsung dalam pembentukan kerajaan yang sedang diusahakan oleh DSAI kerana ia bukan sahaja bertentangan dengan semangat demokrasi tetapi juga melanggar prinsip Islam yang amat menentang perbuatan matlamat menghalalkan cara.


Monday, October 20, 2008

Semua perlu akur keputusan tidak kaji ISA

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Semua pihak diminta akur dengan keputusan kerajaan untuk tidak mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana keperluannya masih ada dan ia boleh dipakai pada waktu sekarang.

Naib Presiden MIC, Datuk S. Veerasingam menjelaskan, keputusan kerajaan itu sangat tepat meskipun ada pihak yang mahu mengganggu keamanan negara dengan mempertikaikan ISA.
Beliau berkata, penggunaan ISA akan sentiasa relevan terhadap pergerakan mana-mana individu atau kumpulan yang boleh membawa kemudaratan kepada negara.

''Ia penting dan perlu digunakan pada saat akhir apabila kerajaan merasakan ada pihak yang boleh mencetuskan huru-hara kepada negara.''Ini perkara yang tidak perlu dipertikaikan. Sekian lama negara menggunakan ISA dan tiada sebarang masalah yang timbul tetapi mengapa kali ini ada pihak yang mahu kerajaan memansuhkannya?'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam yang tidak bercadang mengkaji semula ISA tetapi akan menumpukan pembaharuan untuk mewujudkan tiga suruhanjaya membabitkan pelantikan hakim, pencegahan rasuah dan aduan khas.

Mengulas isu yang sama, Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Rahman Dahlan berkata, pertikaian mengenai ISA seharusnya tidak timbul dan kekacauan mengenai isu itu hanya dibuat oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab.''Rakyat sudah lama menerima keputusan itu. Hanya segelintir pihak yang tidak pernah menghargai demokrasi negara yang sengaja mahu menjadikan negara huru-hara.

''Apa masalahnya dengan mengekalkan ISA? Kerajaan juga tidak perlu berkompromi walau dengan apa dasar sekali pun dengan pihak yang cuba mengganggu keamanan negara,'' ujarnya.
Kata Rahman lagi, semua pihak perlu tahu batasan demokrasi dan tidak mempermainkan undang-undang negara dengan niat mahu menjadi tumpuan rakyat.
*********************************************
Tulip Desa
Sudah terbukti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dapat menjaga keselamatan negara dan ketenteraman awam serta masih relevan hingga sekarang. Walaupun ada beberapa pihak yang sering mempertikaikan tentang pengujudan ISA yang dikatakan menyekat kebebasan rakyat tetapi bagi Tulip ia adalah asas kepada pembinaan negara serta penting dalam memastikan keamanan negara memandangkan negara kita berbilang kaum.

Friday, October 17, 2008

Peringatan Raja Melayu


KUALA TERENGGANU 16 Okt. — Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang berlangsung di Istana Maziah di sini hari ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar khas berhubung beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menghadiri mesyuarat itu dengan diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mesyuarat dua hari itu yang berakhir hari ini dipengerusikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Berikut adalah salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini.

Keistimewaan

“Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.
“Raja-raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.

“Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.“Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.

Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.

“Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkala pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.

“Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

“Justeru, adalah perlu Majlis Raja-Raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan, pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Kontrak Sosial.

Kontrak Sosial ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar memperingatkan supaya isu berkaitan Kontrak Sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

Dipertikai

“Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era prakemerdekaan, berfikiran dalam - berpandangan jauh. Raja-raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka. Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi raja berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.

“Raja-raja Melayu juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.

“Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.”

Menghormati

Kesemua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Pahang, Johor, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan.Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Negeri Sembilan diwakili Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar dan Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.Turut hadir menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri kecuali Sarawak yang diwakili Menteri II Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah berkata, perkara-perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, kedudukan ekonomi negara, Biasiswa Yang di-Pertuan Agong termasuk cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya telah dibincangkan dalam mesyuarat itu.
— Bernama
********************************
Tulip Desa
Adalah wajar Majlis Raja-Raja memperingatkan semua rakyat marhaen daripada pelbagai kaum di negara ini agar menghormati dan tidak mempertikaikan kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh semua kaum melalui proses perbincangan, pertimbangan dan persetujuan. Seharusnya pembangkang faham akan kehendak Raja-Raja Melayu yang tidak mahu kontrak sosial itu sesekali dicabar apabila kebelakangan ini isu tersebut semakin disensasikan oleh Pakatan Rapuh dan individu yang mengamalkan politik sempit.
Peringatan dan teguran itu dilihat sebagai amaran daripada Majlis Raja-Raja bahawa jika masalah ini tidak ditangani dengan segera akan membawa kesan terhadap perpaduan kaum di Malaysia sekaligus kepada ketenteraman awam, kestabilan politik dan ekonomi negara.

Thursday, October 16, 2008

Kaji harga minyak setiap 14 hari

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Kerajaan disaran menetapkan satu mekanisme baru untuk mengira dan menilai harga pasaran minyak domestik setiap 14 hari untuk memastikan penurunan harga minyak mentah global dapat dinikmati dengan kadar lebih cepat.Pengerusi Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO, Ahmad Ikmal Ismail berkata, mekanisme penilaian semula harga pasaran minyak setiap 20 haribulan jelas tidak boleh diguna pakai lagi kerana ia tidak memberi reaksi pantas kepada pasaran minyak mentah global.
Menurutnya, menerusi pendekatan penilaian semula harga pasaran domestik setiap 14 hari itu, sebarang kenaikan dapat dimaklumkan dengan cepat supaya tidak berlaku masalah penyimpanan stok berlebihan dan sebagainya.''Cara itu juga dapat menangani masalah kerugian yang dihadapi oleh stesen minyak selain dapat mengawal pergerakan harga runcit minyak," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Ikmal memberitahu, pihaknya yakin kerajaan akan terus memantau perubahan harga minyak dunia dan seterusnya menilai semula harga petrol dan diesel tempatan.''Kita mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi kerana menurunkan harga minyak.

"Ini menunjukkan keprihatinan pihak kerajaan untuk mengurangkan bebanan rakyat dari segi kos sara hidup," ujarnya.Katanya, pengurangan harga minyak yang diumumkan semalam juga perlu disusuli dengan pengurangan harga barang dan perkhidmatan di seluruh negara kerana pada kenaikan harga dahulu, ramai peniaga dan pengusaha memberi alasan menjadi faktor kenaikan harga.

"Tindakan tegas perlu diambil termasuk mengenakan denda tinggi atau menarik balik lesen perniagaan sekiranya ingkar," ujarnya.Kata Akmad Ikmal, pihaknya yakin langkah berkenaan secara langsung dapat mengurangkan tekanan inflasi yang dihadapi negara sekarang.
**********************************
Tulip Desa
Nampaknya harga minyak di pasaran dunia semakin tidak menentu harganya sehingga mencecah kepada tahap yang paling rendah. Tulip setuju dengan cadangan untuk menetapkan satu mekanisme untuk menilai semula harga minyak bagi tempoh 14 hari. Sehubungan itu, rakyat akan menikmati faedah penurunan harga minyak dengan kadar segera sekaligus dapat mengurangkan beban rakyat dan kos sara hidup yang tinggi.Terima kasih Kerajaan khususnya KPDNHEP yang prihatin dan peka dengan kehendak rakyat.
Di samping itu, rakyat marhaen juga mengharapkan agar peniaga menurunkan harga barang memandangkan harga minyak telah turun sebanyak tiga kali. Peniaga perlu secara sukarela menurunkan harga keperluan tanpa menunggu arahan daripada Kerajaan. Tulip mencadangkan agar Kerajaan mengambil tindakan menarik lesen perniagaan bagi peniaga yang engkar menurunkan harga barangan kerana ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial peniaga.

Penduduk terkejut MBI naikkan cukai pintu 500%

Shahruzzaman Abdul Halim menunjukkan bil cukai pintu Majlis Bandaraya Ipoh yang naik
sebanyak hampir enam kali ganda semasa berkunjung ke pejabat Utusan Malaysia di Ipoh
semalam.

IPOH 15 Okt. – Penduduk di Bandar Baru Sri Klebang, Chemor di sini terkejut apabila menerima notis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang bercadang menaikkan cukai pintu hartanah di kawasan itu 500 peratus bermula November ini.Sambil melahirkan rasa marah dan kesal, mereka memberitahu, cadangan kenaikan cukai taksiran MBI itu tidak munasabah dan tidak masuk akal.
Seorang penduduk, Shahruzzaman Abd. Halim, berkata, beliau yang baru dua tahun mendiami rumah banglo yang dibelinya di Jalan Sri Klebang 3, Bandar Baru Sri Klebang selama ini hanya dikenakan cukai pintu sebanyak RM108.80 setahun semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) berkuasa di Perak.

Menurut beliau, kadar cukai tersebut naik mendadak pada tahun ini selepas MBI mengeluarkan notis mencadangkannya membayar cukai taksiran sebanyak RM691.20 setahun.
“Pada 15 September lalu, MBI telah menghantar notis kepada saya memaklumkan bahawa mereka akan meminda nilai tahunan harta atau cukai pintu ke atas rumah saya yang beralamat di Lot PT 186990, 13 Jalan Sri Klebang 3, Bandar Baru Sri Klebang, 31200 Chemor.
Sumber: Utusan Malaysia

*******************************************
Tulip Desa.
Itulah hadiah Pakatan Rapuh kepada rakyat di bawah pimpinanya. Nampaknya Pakatan Rapuh bukan memperjuangkan nasib rakyat untuk hidup lebih selesa sebaliknya membuatkan rakyat hidup lebih menderita dengan bebanan cukai pintu yang meningkat 500%. Inikah 'negara kebajikan' yang sering dilaungkan dan dijaja olah Pakatan Rapuh semasa pilihan raya lepas.Kepada rakyat di bawah Pakatan Rapuh,inilah akibatnya terlalu taksub dengan pembangkang sehinggakan lupa dengan jasa Barisan Nasional yang selama ini telah banyak membantu dalam membangunkan negara dan memastikan rakyat hidup dengan selesa. Walaubagaimanapun, Tulip merasa sungguh bertuah dan gembira berada di bawah pentadbiran Barisan Nasional yang sentiasa peka dan prihatin dengan nasib rakyat.

Wednesday, October 15, 2008

Insentif bantu nelayan musim tengkujuh bulan depan

PASIR PUTEH 15 Okt. – Skim insentif RM200 sebulan yang diperkenal Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dapat meringankan beban nelayan Pantai Timur untuk menghadapi musim tengkujuh yang dijangka bermula bulan depan.

Pengerusi Persatuan Nelayan Semerak, Datuk Mohd. Jelani Jaafar berkata sebelum ini lazimnya nelayan terpaksa menghadapi musim getir tiga bulan sebaik tiba musim tengkujuh sehingga berakhir bulan Februari setiap tahun.

“Dengan adanya skim itu dapat membantu nelayan membiayai persekolahan anak-anak terutama pada awal bulan Januari apabila cuti penggal persekolahan berakhir,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini hari ini.Jelani bagaimanapun berharap kementerian mempercepatkan proses kelulusan permohonan mereka sebelum musim berkenaan bermula.

Beliau berkata, daripada jumlah 2,000 nelayan Semerak, hanya segelintir yang layak kerana mereka tidak mempunyai kad nelayan yang berdaftar sebagaimana disyaratkan. - Bernama
**********************************
Tulip Desa Kata:
Inilah contoh Kerajaan prihatin terhadap nasib rakyat. Bukan macam Pakatan Rapuh, yang tidak habis-habis mencari kesalahan Barisan Nasional sehingga lupa mengotakan janji-janji manisnya pada pilihan raya 8 Mac lalu. Wahai Pakatan Rapuh, laksanakan segala manifesto yang anda janjikan, sesungguhnya rakyat di bawah pimpinan Pakatan Rapuh sudah muak dan jelek dengan sikap-sikap pemimpin-pemimpinnya yang cakap tidak serupa bikin.

NIK AZIZ: TABUNG AZAN HANYA GIMIK?




Pada 14 Oktober 2008, Nik Aziz (Mursyidul Am PAS) menyatakan bahawa Tabung Azan yang dilancarkan oleh UMNO Cheras hanyalah sebagai gimik politik (baca artikel penuh ini). Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, usaha UMNO mewujudkan Tabung Azan bagi membantu akhbar Utusan Malaysia sesuatu yang tidak rasional. "Daripada menubuh tabung tersebut lebih baik diwujudkan tabung bagi menyelamatkan Islam kerana sekarang banyak pihak membawa Islam palsu termasuk juga dibawa Umno apabila mereka memisahkan agama dan politik," kata Nik Aziz. Wajarkah berbuat kebaikan untuk agama juga dikatakan sebagai gimik politik? DAP bawa Islam cara apa pula? Amal makruf nahi mungkar?
Nik Aziz berkata sedemikian semasa menyampaikan ceramah bersama masyarakat Cina di Dewan Perniagaan Cina di Kota Bharu. Turut hadir sama ialah Lim Guan Eng (SU Agung DAP) dan Husam Musa (Naib Presiden PAS). Mengapa Nik Aziz tidak kecam DAP yang tidak mahu terima Islam sebagai cara pemerintahan?
Apakah yang dibisikkan oleh Guan Eng kepada Nik Aziz? Selaku Mursyidul Am PAS, Nik Aziz sewajarnya jangan bersikap double standard ke atas mana mana pihak yang cuba menentang pemerintahan secara Islam. Bila berhadapan dengan DAP, Nik Aziz mahu pisahkan agama dan politik? Mengapa tidak kecam pihak yang bertindak menentang laungan azan? Ahli ahli PAS tidak boleh diam diri membiarkan Husam Musa pula bertindak seolah olah menjadi Mursyidul kepada Mursyidul Am.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Dipetik daripada: Http://www.anginperubahan.blogspot.com

****************************************

TULIP DESA

Terkedu Tulip mendengar komen daripada Nik Aziz yang menyatakan Tabung Azan yang dilancarkan oleh UMNO Cheras adalah gimik politik. Nampaknya parti PAS yang diketuai oleh Nik Aziz sudah terpengaruh dengan DAP dan PKR sehinggakan sudah lari daripada perjuangannya untuk menegakkan syiar Islam. Wajarkah niat ikhlas BN untuk membawa kebaikan pada agama dipandang serong oleh PAS. Tidakkah pemimpin-pemimpin PAS tahu hasil kutipan itu digunakan untuk membantu mana-mana masjid dan surau membeli peralatan pembesar suara selain digunakan untuk membantu program melahirkan muazin muda yang dilihat boleh menjadi pelapis kepada golongan berumur di masjid dan surau.

Adakah PAS tidak merasa malu apabila Teresa Kok, DAP mengambil tindakan menyaman Utusan Malaysia di atas penerbitan artikel "Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ba-alif-ba-ya" yang dilihat seolah-olah dia menyaman agama Islam? Mengapa tiada suara daripada PAS yang menghentam dan menyelar tindakan Teresa Kok yang jelas menghina agama Islam?

Seharusnya PAS merenung kembali apa yang mereka telah lakukan. Jangan kerana taksub dengan kuasa, perjuangan untuk menegakkan syiar Islam dilupakan. Jangan sampai dikatakan PAS tidak relevan sebagai parti yang memperjuangkan agama Islam.