Friday, September 26, 2008

Seks Sudah Jadi Sedekah

ROSAK BANYAK PARTI PKR NI..KAT PERAK..ADA KE PULAK CAKAP SEKS ITU SEDEKAH. RUGI KALAU TAK TERIMA..EHEM..MAZHAB MANA NI...AJARAN ANWAR PIN KE..

Sumber: Http://www.masterdedah.com

**************************************

Tulip Desa

Memang betul la orang-orang PKR ni sama perangai macam bosnya yang suka menghalalkan yang haram. Inilah masyarakat madani yang diperjuangkan oleh DSAI apabila angan-angan beliau menjadi PM tercapai. Sungguh memalukan.

Minyak Turun 10 sen Lagi

PUTRAJAYA 24 Sept. – Kerajaan mengumumkan harga runcit petrol RON97 dan RON92 dikurangkan 10 sen iaitu masing-masing daripada RM2.55 seliter kepada RM2.45 seliter dan RM2.40 seliter kepada RM2.30 seliter berkuat kuasa esok.

Pada masa sama, harga runcit diesel juga dikurangkan 10 sen iaitu daripada RM2.50 seliter kepada RM2.40 seliter.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Jemaah Menteri dalam mesyuarat hari ini membuat keputusan itu setelah mengambil kira harga purata minyak dunia sebulan terakhir ini yang mengalami penurunan yang ketara.

Harga minyak di pasaran dunia kini ialah sekitar AS$109 setong berbanding hampir AS$140 setong pada Mei lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini petang ini, Abdullah berkata, harga minyak itu juga diturunkan kerana kerajaan menyedari orang ramai mula pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri bermula hujung minggu ini.

Beliau berharap penurunan harga petrol dan diesel dapat meringankan beban rakyat.
“Untuk tempoh sebulan terakhir, harga minyak dunia mengalami turun naik ketara. Namun secara purata, ia menurun sedikit berbanding harga purata sebelumnya.“Namun begitu, nilai ringgit berbanding dolar Amerika pula menyusut sepanjang tempoh yang sama,” ujarnya.

Perdana Menteri berkata: “Dengan mengaplikasikan formula yang diguna pakai oleh kerajaan dalam menentukan harga runcit minyak sebelum ini, pengurangan 10 sen ini ialah nilai pengurangan maksimum yang dapat diberi oleh kerajaan.”Abdullah memberitahu, keputusan untuk melakukan pelarasan harga petrol dan diesel itu juga dibuat kerana mesyuarat Jemaah Menteri pagi ini adalah yang terakhir untuk September dan sebelum sambutan Aidilfitri pada 1 Oktober ini.

Beliau berkata, harga baru petrol dan diesel itu merupakan pelarasan harga kedua dilakukan oleh kerajaan setelah pelarasan pertama pada 23 Ogos lalu.Pada Jun lalu, kerajaan menaikkan harga minyak buat pertama kalinya pada tahun ini. Ketika itu harga petrol ditetapkan pada RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Dengan penurunan harga minyak hari ini, ini bermakna dalam tempoh tiga bulan lalu kerajaan telah menurunkan harga petrol sebanyak 25 sen seliter.
Sumber: Utusan Malaysia
*************************************************
Tulip Desa
Berita gembira bagi semua rakyat Malaysia. Kerajaan telah menurunkan petrol sebanyak 10 sen lagi. Ini merupakan hadiah daripada Kerajaan kepada rakyat sempena menyambut hari lebaran yang bakal tiba. Dengan penurunan ini dijangka dapat mengurangkan kos dan meringankan beban rakyat yang hendak pulang ke kampung halaman menyambut Aidilfitri. Seharusnya kita patut bersyukur dengan berita ini, jangan jadi seperti pembangkang yang sentiasa menghentam dan menyalahkan Kerajaan tetapi turut menikmati subsidi petrol yang diberi Kerajaan.

Monday, September 22, 2008

Tambatan ringgit akan dilaksana jika perlu

Najib diberi taklimat luar biasa isu ekonomi negara

GEORGETOWN: Cadangan menambat semula ringgit kepada Dolar Amerika Syarikat dan harga minyak, antara perkara yang akan dibincangkan apabila Datuk Seri Najib Razak memulakan secara rasmi tugas Menteri Kewangan, hari ini. Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata Timbalan Perdana Menteri akan diberikan taklimat luar biasa secara terperinci mengenai butiran pelbagai isu oleh pegawai kementerian. "Taklimat ini luar biasa kerana ini kali pertama Najib hadir mesyuarat di Kementerian Kewangan sebagai Menteri Kewangan.
"Ini adalah taklimat lengkap yang merangkumi semua aspek termasuk kadar pertukaran wang bagi membolehkan beliau membuat keputusan bijaksana," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan Bantuan Hari Raya 2008 anjuran Liga Muslim Pulau Pinang di Masjid Kapitan Keling di sini, semalam. Bantuan kepada 1,500 fakir dan miskin serta orang kurang upaya disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas dan Toh Puan Majimor Shariff.
Nor Mohamed mengulas cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, supaya sistem tambatan ringgit dilaksanakan semula bagi mengurangkan impak kejatuhan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) terhadap mata wang negara. Dr Mahathir berkata, nilai mata wang AS yang semakin menyusut akhir-akhir ini, akan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara.
Sumber: Berita Harian
****************************************************************
Tulip Desa
Tulip sungguh bersetuju dengan cadangan Kerajaan untuk menambat ringgit bagi tujuan untuk melindungi ekonomi negara. Walaupun ekonomi dunia mengalami krisis yang tidak menentu dan berbeza situasinya dengan krisis ekonomi yang berlaku pada tahun 1997, Tulip merasakan ada mekanism-mekanisma tambatan ringgit 1997 yang boleh digunapakai semula dalam menyelesaikan masalah kelembapan ekonomi dunia hari ini yang sekaligus memberi kesan kepada ekonomi negara.

Monday, September 15, 2008

Apabila Katak BN Menjadi Rebutan PKR


Apa dah jadi dengan 16 Sept. 2008? Tinggal sehari lagi untuk DSAI mengotakan janjinya. Impian DSAI untuk berpejabatkan Putrajaya tidak akan berjaya. Operasi besar-besaran ke Taiwan yang dilakukan oleh orang upahan DSAI untuk memburu katak-katak BN, nampaknya makan angin keluar asap dan dilihat sekadar untuk makan angin bagi mengaburi mata rakyat. DSAI semakin resah dan gelisah kerana gagal mengumpulkan katak-katak yang akan melompat parti untuk menjayakan projeknya untuk merampas Kerajaan melalui jalan belakang.
Justeru itu, DSAI berbohong lagi dengan menyatakan bahawa sasaran 16 September bagi membentuk kerajaan yang baru boleh dianjak ke satu tarikh yang lain jika wujud masalah yang boleh menghalang proses peralihan kuasa seperti yang dirancang. Yang sebenarnya, beliau gagal mendapatkan jumlah katak yang secukupnya untuk merealisasikan impiannya. Persoalannya, jika benar ada ahli parlimen yang kononnya sudah bersedia untuk melompat parti mengapa ia dilewat-lewatkan. DSAI memang pandai berdolak-dalih dan muka tak tahu malu.
Sehubungan itu, kenyataan DSAI untuk membentuk Kerajaan baru adalah satu pembohongan besar dan tidak berasas. Ia merupakan populist statement. Yang pasti, DSAI telah berjaya membuatkan ekonomi dan politik negara berada dalan keadaan tidak stabil kerana angkara jahat beliau untuk menjatuhkan Kerajaan. Walaubagaimanapun, Tulip yakin Barisan Nasional akan terus mentadbir negara selepas 916 kerana BN telah diberi mandat oleh rakyat untuk menerajui negara.

Dulu Lain........Sekarang Lain......


Thursday, September 11, 2008

Menawan Putrajaya: Angan-Angan Mat Jenin DSAI

Gambar: http://www.agendadaily.com/

Nampaknya DSAI telah mula mencari helah untuk tidak terus diburu dengan tarikh 16 September 2008. Kenyataan daripada Datuk Mustafa Ali, yang merupakan komando pilihan raya PAS tidak selari dengan kenyataan DSAI. Ini menggambarkan tiada kesefahaman antara komponen parti dalam Pakatan Rakyat. Melalui kenyataanya, seolah-olah Datu Mustafa Ali tidak yakin dengan impian bosnya yang mahu menawan Putrajaya. Adakah DSAI terlalu terdesak dan apakah rasionalnya untuk beliau ke Taiwan? Mungkin bagi memburu katak-katak yang masih tidak terjerat dengan umpannya.

Jika sebelum ini beliau begitu yakin dengan impiannya yang dilihat sebagai angan-angan mat jenin tetapi sebaliknya telah berlaku. Perkataan 'pasti' yang acapkali diluahkan telah bertukar kepada 'mungkin' pula. Itulah DSAI, seorang manusia yang bermuka-muka dan suka berbohong. Nampaknya pendekatan 'Try and Error" yang selalu digunakannya tidak berjaya.

Rakyat telah mual dan jijik dengan lakonan dan tipu helah DSAI. Tulip merasakan sejak beliau kembali dalam dunia politik, lanskap politik negara menjadi huru-hara, gara-gara DSAI yang tidak berhenti-henti mencetuskan keadaan yang boleh mendatangkan impak buruk kepada negara. Antaranya ialah kelembapan ekonomi dan keresahan rakyat semua peringkat.

Justeru itu, rakyat Malaysia tidak perlu bimbang dengan tarikh 16 September 2008 kerana pembohongan yang dibuat oleh DSAI mempunyai kepentingan peribadi semata-mata mencari helah memburuk-burukkan Kerajaan Barisan Nasional di samping untuk menyembunyikan masalah peribadinya.


Tuesday, September 9, 2008

Dr. Mahathir sedia kembali ke UMNO

09/09/2008 3:12pm

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersedia untuk kembali menyertai UMNO semula selepas mengambil keputusan keluar parti itu, Mei lalu.
Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Dr. Mahathir menyuarakan hasratnya selepas beliau mengadakan pertemuan atas jemputan bekas Perdana Menteri itu, Sabtu lalu.- Utusan

****************************************************************

Tulip Desa

Diharapkan penyertaan Tun Mahathir ke dalam UMNO dapat membina semula kepimpinan dan perpaduan parti. Tulip percaya jika digembelengkan tenaga dan kuasa antara kepimpinan UMNO sekarang dan veteran UMNO akan memantapkan lagi UMNO sekaligus Barisan Nasional. Apabila Barisan Nasional berada dalam keadaan mantap dan jitu, tiadalah anasir-anasir jahat pembangkang yang berani untuk mengganggu gugat Barisan Nasional terutamanya DSAI.

Gerakan putuskan hubungan dengan UMNO P. Pinang

PULAU PINANG 8 Sept. - Gerakan Pulau Pinang membuat keputusan memutuskan hubungan dengan UMNO Pulau Pinang berkuat kuasa serta-merta berikutan tindakan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail mengeluarkan kenyataan yang didakwa berbau perkauman.UMNO Pulau Pinang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, keputusan itu dipersetujui dalam satu mesyuarat tergempar yang dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa perhubungan negeri.Beliau berkata, ahli Gerakan berasa amat terkejut dan marah serta mengutuk tindakan dan tingkah laku Ahmad yang disifatkan tidak bertanggungjawab itu.

Tsu Koon memberi tahu pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar jawatan kuasa perhubungan Gerakan Pulau Pinang di sini malam ini. Tsu Koon turut menyelar tindakan Ahmad yang menyifatkan masyarakat Cina di Malaysia sebagai sama dengan kaum Yahudi di Amerika Syarikat yang menguasai ekonomi dan selanjutnya ingin menguasai politik, sebagai tidak bertanggungjawab.

Sementara itu Pengerusi MCA Pulau Pinang, Datuk Liow Tiong Lai turut menegaskan bahawa MCA Pulau Pinang memutuskan hubungan dengan Ahmad dan tidak akan menyertai mana-mana aktiviti anjuran UMNO Bahagian Bukit Bendera sehingga isu tersebut diselesaikan.
Malah, katanya, MCA juga akan berbuat perkara sama kepada mana-mana UMNO bahagian lain di negeri ini yang turut bersekongkol dengan Ahmad.

''MCA berasa marah, tersinggung, kesal dan hampa dengan tingkah laku angkuh beliau yang enggan menarik balik kenyataan dan meminta maaf terhadap kata-katanya yang telah menyakitkan hati dan perasaan orang Cina di negara ini," katanya.
Sumber: Utusan Malaysia, 9 Sept. 2008
******************************************************************
Tulip Desa
Isu perbalahan antara Ketua UMNO Bukit Bendera, Ahmad Ismail dan Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri. Dr. Koh Tsu Koon tidak nampak tanda reda, walaupun sudah berlarutan selama seminggu. Nampaknya mereka tidak memperdulikan nasihat dan kenyataan tegas YAB Perdana Menteri berhubung isu tersebut. Tulip merasakan Ketua UMNO Bukit Bendera, MCA dan Gerakan harus mengadakan pertemuan bersemuka bagi membincangkan isu tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Jangan dipolitikkan isu tersebut kerana ia memberi impak yang besar kepada kestabilan ekonomi dan politik negara.
MCA dan Gerakan bukan orang baru di dalam Barisan Nasional. Ketiga-tiga parti komponen ini telah mengharungi susah senang bersama-sama membentuk Parti Perikatan dan tidak ada sebab untuk meninggalkan Barisan Nasional. Bagi Tulip, adalah wajar sekiranya mereka duduk berbincang daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan sebegitu yang boleh mencetuskan api kemarahan sehingga mewujudkan suasana ketegangan yang tidak dapat dikawal. Oleh itu, Tulip menyeru agar mereka tidak memperbesarkan isu tersebut kerana pihak musuh senantiasa memerhatikan kelemahan pihak lawannya.

Monday, September 8, 2008

16 Sept. 2008: Satu Pembohongan Anwar Kepada Rakyat

Nampaknya DSAI masih terus mencari katak-katak yang akan menjadi mangsa tipu muslihatnya untuk melompat ke Pakatan Rakyat. Tetapi perlu diingat, katak-katak yang diburunya bukan terdiri daripada yang tamak kuasa dan wang tetapi yang setia dengan BN untuk memperjuangkan dan membela nasib rakyat. Dikatakan tiga orang kanan DSAI paling sibuk dan tidak jemu untuk mencuba nasib memancing MP-MP BN supaya beralih arah. Tulip merasakan DSAI seakan takut dengan tarikh 16 Sept. 2008 yang sering menghantuinya sehinggakan beliau umpama seekor harimau tua yang sudah tidak mampu memburu mangsanya. Adakah mimpi DSAI untuk membentuk Kerajaan baru Malaysia akan tercapai atau sekadar omongan kosong sahaja?

Banyak sms yang mengulas tarikh 16 Sepetmber 2008 yang mengatakan akan berlaku perkara yang di luar dugaan. Antaranya adalah:-

1. Pada 5 September 2008 MP daripada Sabah dan Sarawak akan isytihar keluar daripada Barisan Nasional. 7 parti komponen BN mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan keluar daripada BN.

2. 6 September : Semua komponen BN dari Semenanjung akan keluar BN kecuali MCA dan MIC

3. 7 September jika menurut SMS itu, 10 orang ahli parlimen BN akan umum pindah kerusi kepada PKR

4. 8 September : Lima menteri BN letak jawatan.

5. 9 September: Sidang tergempar Parlimen dipanggil.

Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, sehingga kini tiada satu MP pun yang melompat parti. Ternyata perang saraf yang digunakan oleh DSAI tidak berjaya. MP-MP Barisan Nasional sudah mual dengan pembohongan yang disebarkan oleh DSAI untuk mempengaruhi rakyat. Kini DSAI berada dalam kebingungan mencari jalan untuk merealisasikan impian yang telah diuar-uarkan kepada rakyat Malaysia dan juga negara jiran Indonesia. Kita sama-sama nantikan apakah alasan yang hendak direkanya untuk menutup malu. Yang pasti, yang terdesak dan tertekan bukannya Barisan Nasional tetapi DSAI yang selalu berilusi dengan angan-angannya yang mustahil untuk dicapai.

Tuesday, September 2, 2008

Bajet 2009: Bajet Mesra Rakyat

Pembentangan bajet 2009, melonjakkan semangat rakyat untuk terus bekerja keras untuk membangunkan serta memajukan ekonomi negara. Apa tidaknya, bajet yang berkonsepkan mesra rakyat ini menampakkan inisiatif Kerajaan untuk meringankan beban rakyat. Bajet kali ini juga dilihat mencakupi semua aspek yang dijangka akan memacu pertumbuhan ekonomi dalam jangka pendek dan panjang. Tulip merasakan bajet ini dibuat atas kesedaran dan sensetiviti Kerajaan terhadap rungutan rakyat ekoran daripada peningkatan harga barang keperluan dan kos sara hidup. Semua golongan mendapat manafaat dan tidak ada yang terkecuali iaitu daripada mereka yang membayar cukai sehinggakan orang kurang upaya turut merasainya.
Bagi penjawat awam, pemberian bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 merupakan ole-ole atau buah tangan daripada Kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat ketika menyambut Aidilfitri dan menjelang musim persekolahan baru hujung tahun ini. Tetapi perlu diingat, sebagai penjawat awam seharusnya perlu lebih berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan selaras dengan aspirasi Kerajaan memperkasakan perkhidmatan awam kerana setiap imbuhan yang diberikan oleh Kerajaan datangnya daripada duit rakyat.
Walaupun kedengaran desas desus yang menyatakan bajet 2009 adalah gula-gula Kerajaan untuk mengembalikan sokongan rakyat terhadap Kerajaan. Bagi Tulip orang-orang yang berkenaan memang pandai mengkritik dan membangkang sahaja tanpa melihat usaha ikhlas Kerajaan untuk membantu rakyat. Peruntukkan besar kepada Sabah dan Sarawak dijangka akan dipolitikkan oleh orang-orang yang berkenaan yang memang tidak berpuas hati dengan hasrat Kerajaan untuk mengecilkan jurang pembangunan antara semenanjung dan kedua-dua negeri berikut. Walaubagaimanapun, apa yang Tulip harapkan agar sektor awam, swasta dan NGO bekerjasama menjayakan bajet 2009 supaya berupaya mengawal kadar inflasi dan meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi.