Thursday, August 28, 2008

MP Pembangkang Jangan Keras Kepala

Nampaknya MP-MP Pembangkang buat kecoh lagi dalam membincangkan Rang Undang-Undang DNA. MP Batu Gajah, Gombak dan Ipoh Timur seakan tidak memahami peraturan dalam Dewan Rakyat sehingga membuatkan Yang Dipertua pening kepala. Tidakkah mereka sedar gelagat mereka yang sumbang ini diperhatikan oleh rakyat. Inikah bakal-bakal kabinet Pakatan Rakyat yang dikatakan akan membentuk Kerajaan pada 16 September ini. Mereka seharusnya profesional dan jangan bersifat kebudak-budakkan.

Yang Dipertua telah menyatakan bahawa Rang Undang-Undang DNA akan dibincang pada peringkat jawatankuasa pada Disember ini sebagai penambahbaikan kepada rang undang-undang yang dikatakan sebagai tiris oleh pembangkang. Yang Dipertua juga menyatakan bahawa sebelum ini tiada Rang Undang-Undang yang diberi selama tiga bulan untuk diperhalusi. Sikap kompromi Menteri Dalam Negeri harus dipuji dimana ia menggambarkan kematangan beliau dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Bukan macam Pakatan Rakyat yang terlalu emosional dan keras kepala.

3 comments:

lansksp said...

Nak macam mana diorang bukan orang timur kalu tak masakan selalu buat rusuhan ataupun perhimpunan haram....atau idea-idea yang pelik-pelik dan tidak tahu langsung sejarah negara

lansksp said...

jangan jadi melayu Singapore dahler cos singapura tu dah lama lenyap namanya

sumandak bayu said...

Sumandak ada pigi Singapura memang orang Melayu sana sungguh kecian tapi nak buat ape sejarah dah membentuk mereka jadi macam tu... kena terima ajelah... takan rakyat Malaysia nak ikut pulak