Monday, October 13, 2008

Pemuda sifat Abdullah luar biasa kerana berani

TUARAN 11 Okt. - Pergerakan Pemuda UMNO menyifatkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri yang luar biasa kerana berani melakukan pembaharuan biar pun merugikan dirinya sendiri.Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Rahman Dahlan berkata, ini kerana pada sepanjang kepimpinannya, Abdullah telah mencorak dasar kerajaan dengan lebih telus, terbuka dan demokrasi.

"Abdullah adalah pemimpin luar biasa kerana dasar-dasarnya yang terbuka dan lebih demokratik tetapi malangnya keterbukaan ini disalah guna oleh pembangkang dan kumpulan tertentu."Beliau tetap berbuat demikian walaupun menyedari perubahan tersebut akan melemahkan kedudukannya tetapi demi parti dan negara, Abdullah sanggup lakukan," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Tuaran 2008 di Dewan Bersatu, di sini hari ini.

Menurutnya, Abdullah juga telah melakukan banyak reformasi terhadap beberapa perkara sejak menjadi ketua negara contohnya sistem kehakiman, Parlimen dan bidang utama lain.
Malangnya kata beliau, usaha tersebut kurang dihargai dan perkara itu mungkin disebabkan kesannya hanya boleh dilihat bagi jangka panjang dan bukan dalam masa terdekat.
"Semua ini baik untuk negara tetapi ramai yang tidak faham, banyak perkara yang baik untuk jangka masa panjang tetapi memudaratkan bagi jangka masa yang pendek," katanya
Sumber: Mingguan Malaysia
***********************
Tulip Desa
Dasar keterbukaan dan demokrasi yang diamalkan oleh YAB Perdana Menteri dalam pemerintahannya menggambarkan beliau seorang yang berani untuk membawa perubahan demi kebaikan rakyat dan negara. Walaupun dasar ini tidak menjadi pilihan dan amalan di negara lain kerana diibaratkan menjerat diri sendiri tetapi YAB Perdana Menteri percaya pendekatan ini akan memberi impak dalam jangka masa panjang walaupun terpaksa berdepan dengan kerenah pembangkang yang mengambil kesempatan terhadap dasar yang beliau laksanakan.

2 comments:

Fazrulls said...

Salam,

Dasar terbuka.. keterbukaan yang di tunjukkan jelas kurang memberangsangkan.. dengan menganjurkan rumah (open-house) terbuka.. hari terbuka (open-day) dan universiti terbuka (open university)..

sumandak bayu said...

Salam Sis,

Hebat dasar keterbukaan ini hingga siap dengan rumah terbuka Bro Fazrul... yang nyatanya PAK LAH dah buktikan bahawa semasa zaman dia dasar ni dah dicuba kat MALAYSIA.....

Pakai atau tidak akan datang hanya pemimpin kita yang akan menentukannya.... baik dan buruk dah kita nampak jadikan lah ia sebagai pengajaran