Wednesday, November 19, 2008

Penurunan Harga Minyak Tidak Memberi Kesan Pada Harga Barangan


Oleh: Tulip Desa

Harga minyak telah mengalami penurunan harga sebanyak lima kali sehingga ke paras RM2.00/liter tetapi harga barangan masih tidak turun-turun. Itulah keluhan daripada pengguna yang kesal dengan sikap peniaga yang engkar dengan saranan Kerajaan supaya menurunkan harga barangan. Inilah masalahnya apabila peniaga, pemborong dan pengusaha tidak mahu menurunkan produk mereka walaupun kos operasi telah menurun berikutan penurunan harga bahan bakar. Yang menjadi mangsa akhirnya adalah pengguna.

Tulip tidak menyalahkan Kerajaan berlaku keadaan sedemikian kerana keadaan harga yang selain daripada barang-barang kawalan memang tidak boleh ditentukan oleh Kerajaan. Sehubungan itu, KPDNHEP meminta kerjasama peniaga untuk melestarikan kempen penurunan harga barangan sebagai salah satu tanggungjawab sosial mereka. Walaupun penrunan harga minyak melegakan pengguna tetapi pada masa yang sama pengguna diminta supaya berjimat cermat dan berbelanja berhemah kerana penurunan itu tidak memberi kesan kepada harga barangan lain.

1 comment:

adibeta said...

Betul tu Sdi Tulip Desa,
Kerajaan hanya boleh bertindak jika harga barang2 kawalan melebihi harga yang ditetapkan...

Disini la letaknya kekuatan kuasa beli kita sbg pengguna.Jika barang dijual mahal...jangan beli......
Sanggupkah kita....

Kalau tak sanggup, jangan salahkan kerajaan..Salahkan diri sendiri..