Wednesday, November 5, 2008

Petrol RM1.92 Seliter Sebelum 31 Disember


PUTRAJAYA: Harga runcit petrol di negara ini mungkin turun kembali ke paras RM1.92 seliter menjelang akhir bulan atau selewat-lewatnya sebelum 31 Disember depan, berikutan penurunan harga minyak mentah di pasaran dunia. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, tidak menolak kemungkinan itu berlaku, tetapi ia tertakluk kepada keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung sama ada kaedah baru penentuan harga minyak boleh dilaksanakan. Katanya, manfaat serta-merta daripada kejatuhan harga minyak di pasaran antarabangsa ialah kemungkinan harga runcit minyak di pasaran mungkin dikurangkan sebanyak 26 sen lagi bagi setiap liter sebelum akhir bulan ini.
“Saya percaya, dengan penurunan harga minyak di pasaran dunia kita mungkin melihat petrol dijual pada RM1.92 seliter semula menjelang akhir bulan ini atau selewat-lewatnya menjelang akhir tahun,” katanya kepada New Straits Times, di sini. Shahrir purata, harga minyak mentah di pasaran dunia kini sudah sampai ke paras kurang daripada AS$60 (RM211) setong. Kerajaan menaikkan harga runcit petrol sebanyak 78 sen seliter daripada RM1.92 kepada RM2.70 pada Jun lalu, selepas harga minyak melambung di pasaran dunia.

Sumber: Utusan Malaysia

**********************
Tulip Desa

Rakyat bakal menikmati harga lama petrol RM1.92 sebelum 31 Disember 2008 jika harga minyak kekal sehingga hujung tahun ini. Terima kasih Kerajaan Barisan Nasional yang faham dengan masalah rakyat. Barisan Nasional adalah Kerajaan Kebajikan yang senantiasa peka dan prihatin dalam membela nasib rakyat. Nampaknya pembangkang tidak terkata apa, jika cadangan ini menjadi kenyataan kerana mereka juga menikmati faedah yang diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

3 comments:

sumandak bayu said...

Salam Sis,

harga minyak dah turun tapi yang hairan harga barang makan dan perkhidmatan pengangkutan masih juga tak pandai turun ni... apa dah jadi.....

Jejakasinar said...

Assalamualaikum,

Alhamdulilillah minyak dah turun dan akan turun lagi. Cuma dulu BN kata tak boleh turun. Pakatan Rakyat kata boleh. Sekarang boleh pulak nampaknya. Dan akan turun seperti sebelum ini (RM1.92). Maknanya ada betul jugak kata pembangkang sebelum ini.

Cuma masalahnya barang tak turun lagi. Dan mungkin tak turun-turun. Tertanya-tanya juga kita masa minyak naik seketika dulu, kenapa kerajaan cepat-cepat sangat ambil keputusan naikkan harga minyak, sedangkan boleh ditangguhkan bagi kebaikan rakyat, rupanya minyak naik seketika sahaja. Masalahnya barang dah naik susah nak turun. Rakyat terus menderita. Mana pergi kebijaksanaan kerajaan dalam meneliti dan mentadbir sehingga tak mampu menjangka perubahan ekonomi dunia. Pandai ke tak pandai mentadbir?.

Yang masalah orang kampung, orang susah, berpendapatan rendah, lagi anak ramai. iskh iskh

sumandak bayu said...

Salam jejakasinar...

Kita tak boleh kata kerajaan kata tak boleh turun... pakatan rakyat kata boleh turun dan akhirnya harga minyak turun jugak....

Ni semua disebabkan harga pasaran minyak dunia sape-sape pun takkan dapat jangka boleh turun atau naik....hanya orang yang ada kepakaran membuat spekulasi harga minyak je yang tahu keadaan sebenarnya....

Sumandak tak lah setuju seolah-olah Pakatan Rakyat boleh dilabelkan Pak Nujum....tapi menjadai tanda tanya keyakinan Pakatan Rakyat mengatakan harga minyak boleh turun mungkin juga dorang ni ada sumber dari pakar spekulasi minyak sedunia.....

Kerajaan kata tak boleh turun sebab tak nak bagi satu janji yang tak pasti... sedangkan Sumandak yakin kerajaan tahu keadaan tersebut... bukan nak angkat kaki kat kerajaan tapi ni yang realitinya...

Peraka yang mudah kalo nak bagi anak kita hadiah takkan kita nak hebohkan sebelum tarikhnya sebab akan memakan diri sendiri kalo tak tertunai.....Betul tak Bro