Gambar: Http://www.masterdedah.com
Dengarnya Ketua Pembangkang DSAI akan mengadakan kempen besar-besaran untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Inilah dia sikap bermuka-muka DSAI. Semasa menjadi TPM, beliau begitu mempertahankan ISA dengan menyatakan ia sebagai satu langkah Kerajaan untuk mengawal keselamatan negara. Tetapi sekarang pelbagai kritikan dan hentaman ditujukan kepada Kerajaan dengan niat untuk menjatuhkan Kerajaan sekaligus mengukuhkan kedudukan politik beliau. Beliau mendakwa ISA zalim dan sebagainya. Ada juga golongan pembangkang yang menyatakan ISA ketinggalan zaman. Tetapi bagi Tulip, akta ini sudah berkembang dan prosedur berubah berbanding peringkat awal. Yang paling penting, ISA ini perlu diteruskan selaras dengan objektif utamanya sebagai undang-undang pencegahan untuk mengelakkan berlaku ancaman kepada ketenteraman awam dan keamanan.
2 comments:
selepas ketika peristiwa berdarah memali yang telah meragut nyawa bapa aku seorang anggota FRU,aku juga ada lah orang yang kuat menyokong bahawa ISA itu perlu,tapi selepas aku duduk di-dalam,dan pada akhir-akhir hukuman aku telah di-tukarkan ke kemta kemunting,aku juga rasa perlunya ISA ini di-mansuhkan.apa kah aku juga seorang penipu besar?
dollah yankee- teringat seorang gadis menulis perkataan PENIPU BESAR di-dinding rumah aku bila aku telah mempermain dan mengecewakan perasaanya long ago.
dipihak pembangkang memang la nk mansuh..x pernah memimpin negara mana la tau pentingnya kestabilan dalam negara..apa yang diorang tau asik nk fitnah dan buat rusuhan..tgk la mcam dekat thailand..dah brape lame demonstrasi jalanan..sampi parlimen pn x boleh bersidang..ni baru sikit..byk lagi sbenarnya kebaikan ISA..
Apakah kita tidak melihat bagaimana Allah telah memberikan kita sebuah negara yang aman dan harmoni. Dibentangkan di hadapan kita akan kerukunan hidup masyarakatnya. Diberikan pakaian, tempat tinggal, makan dan minum, isteri dan anak-anak, agar dengannya kita mensyukuri akan nikmat-nikmat dariNya.
Bukankah kita selama ini telah beroleh kebebasan dan kesejahteraan di dalam negara. Kita keluar rumah dengan selamat. Sekembalinya kita juga dengan selamat. Apakah kita tidak dapat membandingkan darihal hidup saudara-saudara kita di luar negara? fikirkanlah..
Post a Comment