Setelah lama menyepikan diri daripada sebarang kontroversi, Brother Anwar muncul lagi dengan beberapa kenyataan yang mengundang kemarahan rakyat khususnya Orang Melayu. Pandangan beliau yang menyokong Ching Peng kembali ke Malaysia menggambarkan beliau sanggup menjual maruah, agama, bangsa dan negara demi untuk mendapatkan jawatan Perdana Menteri. Setelah hilang sokongan daripada Orang Melayu, Brother Anwar dilihat semacam hilang arah. Sokongannya terhadap Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), jelas untuk kepentingan politiknya untuk meraih sokongan orang bukan Melayu khususnya kaum Cina.
Alasan Brother Anwar bahawa hubungan di antara Malaysia dan Cina semakin kukuh bukanlah sandaran untuk membenarkan Ching Peng pulang. Brother Anwar ini adalah Orang Melayu yang tidak sedar diri, tidak melihat sejarah di mana keganasan Ching Peng ini telah membunuh beribu-ribu rakyat yang tidak berdosa. Keperitan tempoh darurat selama 12 tahun, yang juga dialami oleh Brother Anwar nampaknya tidak memberi kesan kepada beliau.
Tulip sedih dengan sikap anak Melayu seperti Brother Anwar. Sewajarnya Brother Anwar ini dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana meniupkan api persengketaan yang mengundang suasana huru-hara. Sekiranya kezaliman komunis ini direnung dan dilihat kembali, mungkin tidak mengundang isu perkauman sepertimana yang dipolitikkan oleh pembangkang.

1 comment:
Semenjak dibebaskan dgn keizinan 'the sleeping' PM, maka bermulalah era politik huru-hara-haru-biru. Mungkin percaturan awal yang entah apa dlm benak 'perancang' kepada pembebasan 'the beast of politic'ini, tetapi yang aku nampak rancangan membebaskan makhluk liar ini telah 'back-fire' siperancang.
Post a Comment