Thursday, July 9, 2009

Lim Guan Eng Tidak Relevan Lagi


Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.


Penduduk Kg. Buah Pala memprotes


Kecoh di media massa, media cetak, mahu pun di kedai-kedai kopi membicarakan isu Kg. Buah Pala, Pulau Pinang. Apa komen kepimpinan PAS dengan tindakan Lim Guan Eng yang tidak membela nasib rakyat di kampung tersebut. Bukankah kepimpinan PAS, begitu memuji kebijaksanaan LGE mentadbir Pulau Pinang. Memang pemimpin Pakatan Rakyat cakap tidak serupa bikin. Masa hendak menubuhkan Kerajaan, pelbagai janji manis ditaburkan. Semua masalah penduduk setempat boleh diselesaikan. Apa dah jadi sekarang? LGE cuci kaki. Semua masalah dihumbankan kepada 2 orang Timbalannya. LGE takut turun padang bertemu dengan penduduk Kg. Buah Pala yang mengundi Kerajaannya.

Mana dia "Cekap, Akauntabiliti Dan Telus"? Mana dia janji LGE yang mahu laksanakan pemerintahan seperti Khalifah Umar Abdul Aziz yang mengamalkan amal maaruf, nahi mungkar. Itu semua gimik LGE untuk meraih kedudukan politik bagi mengaburi mata pakatan sekutunya PAS. Bukannya senang hendak mentadbir negeri. Mengkritik dan memfitnah memang mudah. Hendak melaksanakannya, bukannya perkara mudah. Tulip berpandangan, LGE perlu letak jawatan, kerana beliau tidak mampu menyelesaikan isu Kg. Buah Pala. LGE sudah tidak releven lagi.

Pengundi Pulau Pinang telah tertipu dengan gula-gula LGE dan Pakatan Rakyat. Nasi sudah menjadi bubur. Acapkali Kerajaan mengingatkan pada pilihan raya ke-12 bahawa pembangkang hanya pandai menabur janji, tetapi tidak melaksanakannya. Sekarang telah terbukti kebenarannya. Nampaknya, Pakatan Rakyat haru biru dengan isu di Alor Setar dan Kg. Buah Pala.






1 comment:

Detguaq said...

Ek eleh.....baru satu kes dah nak havoc! Tunggulah bagi banyak kes sikit atau bafgi tebalik teruih pulau mutiara tu.....biaq beteraboq biji pala dan biji mutiara, masa tu baru nak buka biji mata!