Friday, February 20, 2009

Eliza tidak berdosa-PAS MERESTUI perbuatan Eliza dan Muslimah PAS berdiri teguh di belakang Elizabeth Wong!!!!!



Malunya bangsa dan agama ISLAM , wanita2 bertudung berdiri di belakang Elizabeth Wong di sidang akhbar. Nak pertahankan apa MAK CIK Oiiiii !!!!!!Apakah Zuraidah Kamaruddin dan Nuridah Salleh ( Ketua Muslimat PAS Pusat) wakil Nik Aziz, Hj Hadi dan pimpinan ulama PAS MERESTUI perbuatan tak bermoral YB PKR ini????





Malu, Tulip melihat sikap Ketua Muslimat PAS Pusat yang bersungguh-sungguh mempertahankan Cik Elizabeth Wong. Perjuangan PAS untuk membanteras segala kemungkaran, nampaknya sudah terbalik apabila menghalalkan dan melindungi peliwat, pemabuk dan penzina. Nampaknya muslimah PAS sudah mula mengikut jejak langkah Nik Aziz yang menggunakan nama Islam dengan menghalalkan apa yang haram. Apa dah nak jadi dengan dunia ni.

Muslihat Pakatan Rakyat

Sumber: Berita Harian

Tiada darurat, pilihan raya negeri di Perak: PM


PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam menegaskan kerajaan tidak akan mengisytiharkan darurat atau mengadakan pilihan raya negeri bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak. Perdana Menteri berkata, Barisan Nasional (BN) masih boleh menubuhkan kerajaan di negeri itu dan akan terus berfungsi serta menjalankan pentadbiran sebagai sebuah kerajaan sah seperti dikehendaki rakyat.

"Saya tidak nampak apa keperluan mewujudkan satu (pentadbiran) kerajaan seperti apa yang diwujudkan di Kelantan dulu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Dana Kemanusiaan Kanak-Kanak Gaza di Seri Perdana, di sini. Beliau mengulas kemelut terbaru politik Perak berikutan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V Sivakumar, menggantung dan melarang Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir serta enam ahli Exconya menghadiri sidang DUN, berkuat kuasa serta merta. Zambry digantung daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala enam ahli Exco itu pula selama 12 bulan.
Abdullah berkata, tindakan Speaker DUN dari Pakatan Rakyat itu bukan saja menyalahi undang-undang, malah tidak menghormati keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memperkenankan pelantikan Zambry dan Exco dari BN itu. "Saya anggap apa yang telah dilakukan oleh Speaker DUN Perak itu sebagai suatu yang menyalahi, satu tindakan membantah, menentang (dan) menolak apa yang telah dilaksanakan oleh Sultan Perak mengikut Perlembagaan Negeri Perak (dan) mengikut apa undang-undang yang terpakai mengenai perkara ini. "Walau apapun, kerajaan BN Perak akan terus berfungsi dan akan menjalankan pentadbiran sebagai mana yang dikehendaki rakyat dan yang boleh dilakukan oleh sebuah kerajaan yang sah yang ada pada hari ini," katanya. Perdana Menteri berkata, tindakan Sivakumar itu adalah muslihat Pakatan Rakyat untuk menumbangkan kerajaan BN Perak.

"Kita tahulah apa perancangan dan muslihat sebenar mereka dalam perkara ini. Apabila Dewan bersidang dan kalau Exco ini tidak boleh hadir, bermakna BN dan ahli dewan tentu tinggal bilangan yang kecil... 21 dan kalau ada undi mereka harap kemenangan akan berpihak kepada parti dalam Pakatan Rakyat. "Itu adalah muslihat dan tidak ada niat baik dalam tindakan mereka. Cuma niatnya ialah nak gulingkan kerajaan BN yang telah pun diwujudkan," katanya. Abdullah berkata, Speaker DUN Perak tidak boleh menghalang Zambry serta Exco berkenaan menghadiri sidang kerana mereka berhak berbuat demikian sebagai wakil rakyat.
Beliau berkata, Menteri Besar dan Exco terbabit dilantik oleh Sultan Azlan dan sudah mengangkat sumpah di hadapan baginda. "Mereka dilantik secara sah mengikut undang-undang. Jadi sebarang pandangan atau tindakan yang diambil oleh Speaker pada saya boleh dianggap tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak. Kerajaan negeri Perak diminta membuat aduan polis berhubung penggantungan itu kerana mereka berhak memasuki sidang DUN," katanya.
Perdana Menteri berkata, tindakan itu juga tidak akan disenangi rakyat Perak kerana ia adalah halangan kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mentadbir negeri. "Kita hendak beri perhatian kepada ekonomi kerana ini penting. Kita hendak beri perhatian kepada usaha menjayakan pelaksanaan pakej rangsangan RM7 bilion yang diumumkan pada November lalu dan selepas ini akan ada lagi satu (pakej rangsangan). "Jadi jika kita hendak rakyat mendapat manfaat daripada langkah ekonomi itu, maka kita mesti pastikan kerajaan tidak diganggu (supaya) boleh melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang diharapkan pada waktu ini," katanya.
*********************************************
Tulip Desa
Kerajaan Barisan Nasional masih beluam berada dalam zon selesa untuk memerintah Kerajaan baru Perak ekoran daripada sikap segelintir kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat yang cuba menggunakan tipu muslihatnya untuk menggulingkan Kerajaan BN. Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V Sivakumar, menggantung dan melarang Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir serta enam ahli Exconya menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta membuktikan bahawa Pakatan Rakyat tetap dengan pendiriannya untuk terus menghina dan menderhaka dengan Sultan.
Pihak pembangkang perlu tahu bahawa dalam membuat keputusan untuk melantik seorang MB dan Kerajaan Negeri baru, Paduka Seri Sultan Perak telah menggunakan dua kaedah utama iaitu suara majoriti ahli dewan undangan negeri dan pertimbangan raja pemerintah. Dengan itu jelas bahawa undi tidak percaya di lantai dalam DUN bukanlah satu-satunya mekanisma untuk menentukan pembentukan Kerajaan atau perlaihan kuasa di Perak.
Apa nak jadi dengan Pakatan Rakyat yang dilihat semakin ketandusan dan kekeringan idea untuk mempengaruhi rakyat sehinggakan sanggup menabur fitnah demi kepentingan survival politik mereka. Setahu Tulip, pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat pakar dalam ilmu undang-undang, tetapi sanggup menyembunyikan kebenaran dan menghalalkan yang haram demi mencapai matlamat mereka.

Wednesday, February 18, 2009

Foto Bogel Menjerat Diri


Akhirnya Elizabeth Wong, ADUN Bukit Lanjan dan juga Exco Kerajaan Negeri Selangor mengisytiharkan peletakan jawatannya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di Damansara pada 17 Februari 2009 jam 11.00 pagi. Elizabeth Wong melepaskan jawatannya sebagai ADUN Bukit Lanjan dan Exco Kerajaan Negeri Selangor ekoran daripada penyebaran secara meluas melalui Internet dan MMS berhubung foto dan rakaman video beliau sedang tidur dalam keadaan bogel. Dikatakan gambar itu diambil dari pelbagai sudut dalam keadaan intim.
Beliau juga turut membuat pengakuan dalam Malaysiakini pada 16 Februari 2009 mengenai kebenaran foto tersebut serta menyatakan kemungkinan gambar-gambar tersebut dirakam oleh seorang bekas teman lelakinya. Mungkinkah ADUN Bukit Lanjan ini mengamalkan gaya hidup bebas dan bersekedudukan dengan teman lelakinya? Nampaknya Pakatan Rakyat semakin bercelaru dengan isu-isu moral. Rentetan daripada itu, tiga bukit iaitu Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Bukit Lanjan bakal berentap dalam Pilihan Raya Kecil yang akan diadakan dalam masa terdekat ini.
Tulip menjadi hairan, mengapakah kepimpinan tertinggi DAP dan PKR tidak memberikan sebarang komen tentang perkara ini, sebaliknya kepimpinan PAS bermula dengan Nik Aziz dan Dr. Lo Lo' begitu bersungguh-sungguh mempertahankan Cik Elizabeth Wong ini. Barisan Nasional seolah-olah menjadi kambing hitam Pakatan Rakyat apabila mereka meletakkan semua kelemahan mereka kepada BN dengan mendakwa ini adalah rancangan BN untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.
Rakyat sudah bosan dengan gimik politik Pakatan Rakyat yang banyak menimbulkan kontroversi. Rakyat sudah muak dan hilang kepercayaan kepada Pakatan Rakyat kerana tiada pembangunan yang dibawa sebaliknya mereka tidak jemu bermain dengan isu. Isu derhaka dengan sultan belum pun reda, timbul pula isu baru, Elizabeth Wong. Itulah Pakatan Rakyat.

Monday, February 16, 2009

POLITIK PERAK KE SIDANG RAJA-RAJA


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau akan menjelaskan mengenai keadaan politik di Perak pada persidangan Majlis Raja-Raja yang dijadual diadakan dalam masa terdekat. Perdana Menteri berkata, beliau bertanggungjawab memberi maklumat berhubung peristiwa yang berlaku di negeri itu dan terpulang kepada majlis berkenaan untuk membuat sebarang saranan atau keputusan.

"Majlis Raja-Raja bersidang setiap tiga bulan dan terpulang kepada Raja-Raja untuk membincangkan perkara ini. Saya akan hadir dan akan memaklumkan kepada Raja-Raja nanti peristiwa yang berlaku dan apa sebab-sebabnya. "Soalnya apakah saranan Raja-Raja nanti atau keputusan itu adalah terpulang kepada mereka... saya hanya bertanggungjawab memberi maklumat mengenai apa yang berlaku," katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Hutan Kita – Kiara di Taman Bukit Kiara di sini, semalam. Abdullah mengulas saranan Umno Bahagian Cheras supaya Majlis Raja-Raja mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan hal berkaitan kedudukan, keistimewaan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu yang kini diperlekeh sesetengah pihak ekoran krisis politik di Perak.

Perdana Menteri berkata, mesyuarat khas itu tidak perlu diadakan kerana Majlis Raja-Raja mengadakan mesyuarat setiap tiga bulan. Kali terakhir Majlis Raja-Raja bersidang pada 16 Oktober lalu di Istana Maziah, Kuala Terengganu. Mengenai kedudukan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar dari Pakatan Rakyat, Abdullah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata ada pendekatan undang-undang untuk melantik Speaker baru bagi menggantikan Sivakumar. Pakatan Rakyat di Perak tumbang selepas dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) serta Adun Jelapang dari DAP, Hee Yit Foong, mengisytiharkan menjadi wakil rakyat Bebas dan menyokong BN.

Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai PKR pula kembali semula kepada Umno, menjadikan kedudukan kerusi BN dan Pakatan Rakyat dalam DUN sama banyak, iaitu masing-masing 28. Berikutan itu, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menitahkan Menteri Besar dari Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin serta barisan Exconya meletak jawatan kerana tidak lagi mendapat sokongan majoriti di DUN. Bagaimanapun, Mohammad Nizar enggan meletak jawatan dan semua 28 Adun Pakatan Rakyat bertindak memulaukan majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar baru dari BN, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, manakala penyokong parti pembangkang itu mengadakan demonstrasi berhampiran Istana Iskandariah, Ipoh. Pengerusi DAP, Karpal Singh pula mempersoalkan keputusan Sultan Perak dan mahu menyaman baginda.

**********************************
Tulip Desa

YAB Perdana Menteri akan membawa isu kemelut politik di Perak dalam Persidangan Majlis Raja-Raja untuk diperbincangkan. Pada hemat Tulip, isu ini perlu diteliti dan satu pendekatan yang bersepadu perlu diambil bagi menjamin kedudukan, keistimewaan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu kembali teguh tanpa boleh digugat oleh sesiapa.

Kebelakangan ini, dilihat Raja-Raja Melayu hilang kekebalannya, apabila terdapat sesetengah pihak terutamanya pembangkang yang semakin berani memperlekehkan keputusan Sultan berhubung isu peralihan kuasa Kerajaan Baru Perak. Pada Tulip, keputusan Sultan Perak adalah adil, berhemah dan mengikut proses yang betul. Kerajaan Baru Perak adalah sah mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak kerana Sultan mempunyai kuasa dalam pelantikan Menteri Besar. Segala keputusan Sultan Perak berhubung Kerajaan Baru Perak tidak perlu dipersoalkan lagi kerana beliau adalah orang yang arif tentang perundangan dan perlembagaan negara serta mantan Ketua Hakim Negara suatu ketika dahulu.

Agong dukacita dengan perilaku sebilangan Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, hari ini melahirkan rasa dukacita terhadap sikap dan perilaku yang tidak sepatutnya dilakukan di kalangan Anggota Parlimen pada sesi persidangan lalu. Baginda bertitah, perilaku kurang baik yang ditonjolkan oleh sebilangan Anggota Parlimen semasa sesi persidangan memberi imej negatif bukan sahaja kepada wakil rakyat itu sendiri, malah turut memberi impak kepada negara. “Beta ingin mengingatkan sekali lagi supaya Ahli-ahli Yang Berhormat dapat menunjukkan perilaku yang terpuji dalam dewan yang mulia ini, sehubungan ini, semua Ahli Yang Berhormat hendaklah sentiasa mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan Dewan,” titah baginda ketika merasmikan mesyuarat pertama penggal kedua Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat hari ini.
- Bernama
*****************************************
Tulip Desa
Tulip bersetuju dengan pandangan Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin terhadap sikap dan perilaku segelintir Ahli Parlimen yang tidak bersopan dan tidak mematuhi peraturan-peraturan dewan yang sekaligus memberikan imej yang negatif kepada negara pada sesi persidangan yang lalu.
Justeru itu, Tulip mengharapkan agar Ahli Parlimen mengambil berat tentang nasihat yang disampaikan oleh Yang Dipertuan Agong. Seharusnya Ahli Parlimen menunjukkan perilaku yang sopan kerana segala tindak-tanduk yang dilakukannya senantiasa menjadi perhatian rakyat.

Tuanku Mizan rasmi pembukaan Parlimen ke-12

16/02/2009 11:28am

KUALA LUMPUR 16 Feb. — Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Ke-12.
Ketibaan Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah di pekarangan bangunan Parlimen disambut Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah.

Turut menyambut Seri Paduka berdua ialah Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh.Tuanku Mizan kemudian menerima sembah “Hormat Diraja” sebelum lagu NegaraKu dimainkan oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi.

Ia disusuli dengan kibaran Bendera Diraja yang disertai tembakan meriam 21 das.Baginda kemudian memeriksa kawalan kehormat yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Sungai Besi, diketuai oleh Mejar Norhisham Kamar.

Selepas memeriksa perbarisan kehormat, Seri Paduka kembali ke Peterana Diraja dan menerima sembah “Hormat Diraja” kali kedua sebelum lagu NegaraKu dimainkan.Baginda kemudian diiringi oleh Abdullah dan isteri memasuki Bangunan Parlimen.
Tepat 10.40 pagi, loceng istiadat dibunyikan dan baginda kemudian memasuki galeri Dewan Rakyat dengan diiringi Pandikar Amin.
Perdana Menteri kemudian menyembahkan titah ucapan diraja kepada baginda bagi merasmikan Penggal Kedua Parlimen ke-12.
Mesyuarat pertama Dewan Rakyat bermula hari ini dan berakhir 19 Mac.
— BERNAMA

Friday, February 6, 2009

Kenapa Kerajaan PR Perak WAJIB Ditukar?


************************************************
Tulip Desa
Setuju benar dengan point-point yang diketengahkan oleh blog Pewaris Melayu. Memang sudah terbukti, tiada pembangunan yang dilaksanakan oleh Pakatan Rapuh selama 11 bulan memerintah. Mereka asyik dengan berpolitik sehinggakan terlupa untuk melaksanakan janji-janji yang telah didendangkan pada pilihan raya ke-12.
Tulip juga kesal dengan sikap pengikut-pengikut fanatik Pakatan Rakyat yang begitu taksub berdemonstrasi membantah keputusan Sultan. Sedarlah, wahai pengikut-pengikut PR kembalilah kepada perjuangan asal demi kepentingan agama dan bangsa kita. Usahlah terpengaruh dengan muslihat Brother Anwar yang sememangnya mahu melihat orang Melayu Islam berpecah-belah.Sesungguhnya, Sultan amat bijaksana dalam menilai dan membuat keputusan yang terbaik untuk rakyatnya.