Tuesday, March 3, 2009

Ini kenyataan Jabatan Penjara pasal dakwaan Uthayakumar


Kalau mengikut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Penjara Malaysia Isnin nampaknya perarakan para penyokong Hindraf untuk buat laporan polis Sabtu lalu dakwa tahanan ISA P. Uthayakumar tidak beri rawatan perubatan sewajarnya hanyalah untuk bikin heboh tak tentu pasal. Dalam kejadian di kawasan Balai Polis Brickfields itu pihak FRU terpaksa bertindak termasuk sembur air setelah sebilangan dari lebih 200 penyokong Hindraf itu enggan bersurai. Dalam laporan polis yang dibuat mereka menuntut Uthayakumar yang mendakwa mengidap sakit kencing manis diberi rawatan perubatan yang duperlukan. Ini setelah pada 15 Feb lalu, anggota keluarga Uthayakumar melahirkan kebimbangan tahanan itu akan kehilangan kaki kirinya akibat penyakit kencing manis kerana tidak mendapat rawatan sewajarnya daripada hospital. Kenyataan Jabatan Penjara Malaysia itu berkata tuduhan itu tidak berasas kerana sejak Uthayakumar ditahan pada 13 Dis 2007, beliau telah menerima rawatan dan pemeriksaan kesihatan lebih 40 kali dari doktor panel di pusat berkenaan, Hospital Taiping dan juga hospital lain.

Menurutnya sejak kebelakangan ini, Uthayakumar telah 18 kali enggan diperiksa, dirawat serta enggan makan ubat bagi penyakit kencing manisnya. Jabatan itu berkata tuduhan keluarga tahanan itu tidak berasas dan boleh menjelaskan imej pusat berkenaan dan ekoran itu laporan polis dibuat pada 20 Feb lalu bagi menyiasat dakwaan itu. Ia menegaskan bahawa semua tahanan termasuk Uthayakumar tidak pernah dinafikan hak mereka untuk mendapatkan kemudahan pemeriksaan dan rawatan kesihatan oleh doktor pakar. Katanya Uthayakumar dibekalkan ubat-ubatan secara berkala dari Hospital Taiping. Jabatan itu menafikan kesakitan pada jari kaki yang dialami Uthayakumar ada kaitan dengan penyakit kencing manisnya tetapi sebaliknya pemeriksaan kesihatan dan x-ray menunjukkan jari kelingking kaki kirinya mengalami keretakan kerana tersepak batu pada Januari lepas. Menurut kenyataan itu lagi , pada 31 Jan lalu, setelah mengadu sakit kaki, tahanan enggan diperiksa oleh doktor panel penjara dan enggan sekali lagi diperiksa oleh panel doktor penjara sebelum beliau diiringi ke Mahkamah Kuala Lumpur untuk perbicaraan kesnya pada 3 Feb lepas. Semasa perbicaraan tersebut, tahanan mengadu sakit dan menuduh tidak diberikan rawatan yang sempurna dan hakim mengarahkan beliau dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. Sekembalinya dari Kuala Lumpur, Uthayakumar sekali lagi enggan dirawat di Hospital Taiping yang dijadualkan pada 13 Feb lepas, tetapi setelah dinasihati oleh doktor panel penjara akhirnya beliau bersetuju untuk dirawat di Hospital Taiping empat hari kemudiannya. "Laporan perubatan oleh doktor-doktor yang merawat dan memeriksa Uthayakumar menunjukkan masalah penyakit kencing manisnya adalah tidak serius dan telah diberikan rawatan secara teratur," katanya.

Kenyataan itu juga memberitahu Pengarah Pusat Tahanan Perlindungan Taiping telah membuat laporan polis terhadap keluarga Uthayakumar kerana mendakwa tahanan itu tidak beri rawatan perubatan sewajarnya
**********************************************
Tulip Desa
Pada hemat Tulip dakwaan keluarga Uthayakumar bahawa suami beliau tidak diberi rawatan perubatan yang sewajarnya adalah tidak berasas dan berniat ingin menjatuhkan kredebiliti dan imej Jabatan Penjara. Dilihat keluarga Uthayakumar cuba memprovokasikan isu ini bagi membangkitkan kemarahan penyokong-penyokong HINDRAF sehingga tercetusnya perarakan berhubung isu tersebut.
Tindakan Uthayakumar sendiri yang tidak mahu bekerjasama dengan pihak hospital dan penjara ekoran keengganan beliau menerima rawatan adalah satu strategi untuk menarik perhatian dan simpati penyokong HINDRAF. Nampaknya helah Uthayakumar untuk meraih sokongan sama sahaja caranya dengan Brother Anwar. Anda tentu tidak lupa dengan dakwaan Brother Anwar tentang racun arsenik dan HIV yang semata-mata ingin memburukkan Kerajaan. Peristiwa itu berlaku pada tahun 1998 dan kini kita berada di tahun 2009. Yang peliknya Anwar masih hidup selepas 10 tahun diracun arsenik dan disuntik HIV. Apa yang anda dapat lihat sekarang? Anwar semakin sihat dan sibuk menjaja pembohongannya demi mencapai hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri yang Ke-6.
Justeru itu, Tulip berharap Uthayakumar dan keluarganya menghentikan dakwaan tersebut dan berbincanglah dengan pihak hospital dan penjara untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Mencipta provokasi bukanlah jalan terbaik kerana ia akan mencetuskan ketegangan kaum dan memberi kesan kepada keamanan dan ketenteraman awam. Ingatlah, "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh".

Monday, March 2, 2009

PAKATAN RAKYAT - BANYAK MASALAH DAN SUKA BUAT MASALAH

1. Khalid Ibrahim- pasal lembu pun hendak hina SPRM. Kalau kena batang hidung sendiri mereka protes. Bagaimana dengan isu Lexus?
(Moral of the story = Masa janji pilihanraya- PKR mahu kerajaan prihatin rakyat dan bersih dari rasuah. Kenapa mereka kaitkan pembelian kereta oleh ketua Menteri dari Sabah dan Sarawak sedangkan mereka membelinya sebelum pilihanraya lagi!!!)
2. ex-MB Perak, Nizar Jamaluddin masih menaiki kereta Camry walaupun sudah pindah rumah kediaman rasmi kerajaan.
(Moral of the story = suruh Nizar beli aje Camry tu dan potong gaji dan elaun YB setiap bulan selama 5 tahun).
3. LIM Guan Eng- nafi wujud persatuan perundingan antara agama walaupun media sebelum Pakatan ada memberitahunya selepas pilihanraya 8 Mac lepas.Guan Eng kata- ia hanya satu persatuan muhibbah.
(Moral of the story = orang politik kena pandai lawyar buruk walaupun ada kenyataan akhbar harakah dan roket disiarkan mengenai kenyataan mereka 'merakyatkan agama')
4. Anwar Ibrahim- kes liwatnya ditangguh dengan pelbagai alasan. Dia menggadaikan bon peribadi sebanyak RM20 ribu untuk jaminannya.
(Moral of the story = anwar akan memberitahu yang dia mengidap penyakit kronik dan tidak perlu ke mahkamah. Mana keadilan yang dia perjuangkan. Kalau tak buat benda buruk tu, pertahanlah bukan mengelak diri. Macam Elizabeth Wong juga Anwar nie)
5. Karpal Singh -tuduh 2 peluru hidup yang dihantar kepadanya adalah perbuatan Pemuda UMNO.
(Moral of the story = kenapa tak hantar terus peluru ke kepala Karpal Singh? Biar PAS kata dia mati syahid kerana berjihad. Biar Karpal Singh melalak - 2 LIM pun tak pakai idea Karpal yang nyanyuk. Silap haribulan, peluru itu dihantar oleh Along yang diupah oleh Gurband Singh untuk menarik perhatian dan simpati kepada mereka)
6. Nik Aziz menyokong sasterawan negara (kini dia mahu jadi sasterawan rakyat) dan membantah perlaksanaan PPSMI dalam BI.
(Moral of the story = Nik Aziz pernah kata- Bangsa tak penting dan Allah tak lihat Melayu sebagai bangsa, sebaliknya melihat Islam. Kenapa Nik Aziz melihat bahasa Melayu? Adakah Allah melihat bahasa Melayu? dan Nik Aziz pun tak pernah cakap BM dengan baik. Samad Said kena ajar Nik Aziz belajar BM dengan betul)
7. Najib- kalau fitnah pasal 20juta ditawarkan kepada ahli PKR supaya lompat parti, mereka akan diambil tindakan.
(Moral of the story = kalau Najib tak mahu mereka masuk BN, siapa nak suruh lompat parti? Ibrahim Ali yang sokong BN pun masih tak lompat dan tak terima wang pun. lagipun BN sudah memerintah Malaysia, buat apa 'YB Sampah' itu ke dalam BN. Tahulah nanti mereka akan tewas pada pilihanraya akan datang)
8. KJ hendak berdebat dengan Salahudin Ayub pasal ISA dan PPSMI. Masalahnya, PAS tidak memberi kata putus supaya membincangkan isu ISA dahulu barulah isu PPSMI.
(Moral of the story = buat debat di lain tempat. PAS suka cari publisiti murahan di kelantan dan negeri yang ramai penyokongnya. Biar orang Cina dan India lihat bagaimana PAS menjadi pejuang kepada mereka, satu real atau menipu!!!)
P/S:nota : Banyak betul masalah yang ditimbulkan oleh Pakatan dari PAS, PKR dan DAP. Mereka bukan nak buat kerja untuk rakyat tetapi selalu buat rakyat pening.

Peralihan Kuasa Ikut Jadual: PM

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Sumber: Berita Harian, 2 Mac 2009
HUA HIN (THAILAND): Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam menegaskan beliau akan melaksanakan peralihan kuasa kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Razak, pada akhir bulan ini seperti yang sudah ditetapkan. “Sudah ada pelan (peralihan) yang dibuat, dan kita akan mengikutnya,” kata Perdana Menteri ketika menjawab soalan wakil media asing mengenai desas-desus beliau mungkin mengekalkan jawatan walaupun selepas tidak lagi menjadi Presiden Umno selepas pemilihan parti bulan ini. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berakhirnya sidang kemuncak Asean ke-14 di bandar pusat peranginan ini, semalam.

Abdullah, pada 8 Oktober 2008, mengumumkan menyerah jawatan kepada Najib selepas Perhimpunan Agung Umno akhir bulan ini. Selain itu, beliau juga mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno yang disandang sejak 2004. Malah sebelum itu, pada 17 September tahun lalu, beliau menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Najib dan mengambil alih Kementerian Pertahanan, sekali gus memulakan proses peralihan kuasa kepada timbalannya itu.

*************************************
Tulip Desa

Rakyat marhaen mengharapkan peralihan kuasa ini akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. YAB Perdana Menteri juga menyatakan beliau akan menyerah jawatan kepada YAB Timbalan Perdana Menteri akhir Mac ini dan tidak akan bertanding untuk jawatan Presiden UMNO. Beliau menyatakan akan menunaikan janjinya untuk meletak jawatan selepas Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung hujung Mac ini mengikut tradisi yang lazim diamalkan oleh mantan Perdana Menteri yang terdahulu. Bakal YAB Perdana Menteri yang baru, Dato' Seri Najib Tun Razak, rakyat marhaen mengharapkan beliau dapat mengukuhkan ekonomi dan kestabilan politik negara kepada yang lebih baik dan dinamik.


Friday, February 27, 2009

PAS Mahu Hapuskan Keistimewaan Melayu


PAS pernah berikrar di hadapan persatuan Cina di Terengganu bahawa akan menghapuskan hak istimewa orang Melayu jika berkuasa dalam Utusan Malaysia, 15 September 1985. "Ini termasuklah tanah simpanan Melayu, Dasar Ekonomi Baru dan lain-lain dasar yang memperlihatkan semata-mata kepentingan orang Melayu. PAS berjanji semua kaum akan mendapat layanan yang sama rata" ucapan Haji Hadi Awang yang ketika itu menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu di hadapan 300 orang anggota masyarakat Cina di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Terengganu. Mengapa PAS sanggup bercakap sebegitu? Apakah semuanya semata-mata untuk memancing 300 undi sahaja?





Utusan Malaysia, 11 Mac 2008, mukasurat pertama. Tersenyum puas ayah dan anak ini berjaya menjayakan kata-kata Haji Hadi untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru di Pulau Pinang. DEB adalah antara salah satu janji yang pernah diucapkan oleh Haji Hadi Awang pada tahun 1985 lagi. Lim Guan Eng mendakwa DEB sebagai punca kronisme, rasuah dan tidak efisien. Sekarang apa yang berlaku di Pulau Pinang? Bukankah semakin banyak kilang ditutup? Ramai anak-anak Melayu yang terpaksa mencari pekerjaan lain akibat penutupan tersebut. Siapa pula yang menjadi taukeh kilangnya? Sesudah setahun memerintah Pulau Pinang, apakah dengan tiadanya DEB, Pulau Pinang sekarang adalah lebih baik daripada dahulu?
**************************************
Tulip Desa
Memang itulah agenda utama Pakatan Rakyat mahu memansuhkan DEB dan menghapuskan keistimewaan Orang Melayu. Di Pulau Pinang, nasib orang Melayu tidak terbela dan majoriti miskin tegar di Pulau Pinang adalah Orang Melayu begitu juga dengan negeri lain di bawah Pakatan Rakyat . Tiada agenda pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk meningkatkan taraf hidup Orang Melayu. Lim Guan Eng juga mengakui bahawa beliau gagal membasmi kemiskinan di Pulau Pinang.
Ini menggambarkan pemimpin Pakatan Rakyat tidak berkredebiliti untuk mentadbir negeri apatah lagi negara. Pemimpin Pakatan Rakyat lebih gemar menimbulkan kontroversi daripada melaksanakan manifesto yang dijanjikan dalam PRU ke-12. Baru setahun memerintah, sudah banyak masalah yang timbul, reputasi Pakatan Rakyat dilihat semakin merosot.
Pakatan Rakyat hanya pandai menghamburkan fitnah untuk menarik sokongan penyokong fanatik mereka untuk terus diperbodoh-bodohkan. Yang sedihnya, parti PAS yang memperjuangkan agama kononnya turut bersekongkol dengan DAP dan PKR untuk memusnahkan bangsa sendiri.Justeru itu, Tulip menyeru agar Orang Melayu bangkit untuk mempertahankan keistimewaan Orang Melayu supaya tidak terus diancam. Apa akan jadi dengan nasib cucu-cucu kita apabila keistimewaan melayu dihapuskan. Mereka akan menjadi terpinggir dan mengemis di negara sendiri. Kita jangan terus lena kerana kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.

DAP Usir Peniaga Di Pulau Pinang

************************************************************************
Tulip Desa

Tulip merasa simpati dan sedih dengan nasib yang menimpa peniaga di Pulau Pinang yang dihalau oleh Kerajaan Pulau Pinang (DAP) ekoran daripada tindakan Kerajaan Negeri merobohkan premis perniagaan yang mereka telah usahakan selama 30 tahun.

Dalam menghadapi kemelut ekonomi yang tidak menentu ini, seharusnya Kerajaan Negeri membantu rakyat bukannya meletak pasir di periuk nasi mereka. Inikah bukti Kerajaan prihatin dan membela nasib rakyat. Mana janji-janji DAP yang sering melaungkan ketelusan, integriti, tidak mengamalkan kronisme, neopatisme dan rasuah. Daripada pemerhatian Tulip, nasib Orang Melayu di Pulau Pinang semakin terabai dan terhimpit. Tiada apa-apa agenda yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu nasib orang Melayu.

Kepada rakyat Pulau Pinang, inilah padahnya memangkah Pakatan Rakyat yang cukup pandai menabur janji sehinggakan Orang Melayu tidak menyedari yang manis itulah yang akan menghancurkan bangsa Melayu. Sehubungan itu, jadikan kegagalan dan kesilapan itu sebagai panduan untuk kita mendapatkan peluang yang lebih baik. Insyaallah.


Monday, February 23, 2009

PAS SANGGUP MENGETEPIKAN UNDANG-UNDANG TUBUH PAS KERANA KUASA

RENUNG SEJENAK UNDANG-UNDANG TUBUH PAS

Dalam undang-undang tubuh PAS Bab Pertama (Fasal 2, Ceraian 2) telah menerangkan secara jelas perkara tersebut iaitu:

“Memperjuangkan cita-cita lslam dalam masyarakat dan urusan pemerintahan negara”. Sementara dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 1993) Bab Ketiga (Fasal 5, Ceraian 1) telah menyebutkan:


“Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah”.

KATA-KATA PENGASAS DAN PENGGERAK AWAL PAS :


“Kita adalah umat lslam, dengan sebab itu kita ingin melihat hukum-hukum Allah itu dapat dilaksanakan di bumi Allah ini."

Sumber: http://www.pilihanrayakini.com/

############################

Tulip Desa

PAS MENGHALALKAN:

- Projek mega penternakan babi di Selangor dan Kedah

- Menyokong MP Pakatan Rakyat mengamalkan hidup bebas

- Pusat hiburan dan kilang arak bebas beroperasi

-Negara Kebajikan tidak terlaksana

Nampaknya, PAS gagal melaksanakan perjuangannya untuk mewujudkan masyarakat dan pemerintahan yang menerapkan nilai-nilai hidup Islam. PAS sanggup mengorbankan Undang-undang Tubuh PAS demi mengukuhkan kedudukan politik mereka dalam Pakatan Rakyat. Undang-undang Tubuh PAS dilihat sebagai kosmetik untuk melengkapkan manifesto mereka.

Kelihatan rakyat marhaen semakin keliru dan ragu-ragu dengan ideologi yang dibawa oleh PAS yang dilihat semakin menyimpang dengan manifesto yang diperjuangkan. Jika dahulu PAS menyatakan "DAP umpama Syaitan"(akhbar Siasah, 2008),tetapi sekarang mereka menyatakan "DAP tidak pernah menipu PAS" . PAS semakin terdesak untuk mendapat sokongn politik sehinggakan sanggup menjual agama dan bangsa untuk mendapatkan kuasa.

Malaysia Masih Perlukan ISA

DARI kiri Faiz, Ismail dan Zabidi membicarakan mengenai ISA pada Majlis Bicara Tokoh di Kuantan, semalam


KUANTAN: Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) perlu dikekalkan kerana ia bukan hukuman tidak berperikemanusiaan seperti digembar-gemburkan pelbagai pihak, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Katanya, akta itu juga bukan menahan individu tertentu berlandaskan fahaman politik, sebaliknya lebih kepada pendekatan melindungi keselamatan negara dan ketenteraman awam. Beliau berkata, ISA masih diperlukan dan kekal relevan biarpun kewujudan asalnya mengekang ancaman komunis kerana negara masih terdedah ancaman lain mengikut perkembangan semasa.



"Desakan sesetengah pihak untuk memansuhkan ISA dianggap tindakan undur ke belakang kerana akta ini berjaya mengekang pelbagai ancaman terhadap negara. "Biarpun ancaman komunis sudah berakhir, kita masih memerlukan ISA bagi menangani ancaman keselamatan kumpulan pengganas atau militan, pelampau agama atau yang boleh menggugat ketenteraman awam sehingga menjejaskan ekonomi. "Banyak negara yang mempunyai undang-undang pencegahan seumpama ISA, malah memperkukuhkan undang-undang sedia ada bagi menangani ancaman negara," katanya pada Majlis Bicara Tokoh bertajuk 'Adakah ISA Satu Bentuk Penganiayaan?', anjuran Pertubuhan Penggerak Generasi Muda Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri, di sini, kelmarin.


Ismail turut menjadi seorang daripada tiga panel membicarakan isu ISA. Dua lagi panel jemputan ialah bekas tahanan ISA, Zabidi Mohamed yang juga bekas penasihat Undang-undang Al-Arqam dan bekas bendahari kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI) Faiz Abu Bakar Bafana. Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Sementara itu, Zabidi yang juga bekas Majistret dan peguam bagi kumpulan militan Al-Maunah berkongsi pengalamannya ketika ditahan di Kem Kamunting, Taiping, Perak selama dua tahun bermula 1994.


"Tindakan saya dan ahli Al-Arqam menyalurkan maklumat negara kepada negara lain merosakkan imej negara dan membahayakan rakyat," katanya. Beliau berkata, ISA sememangnya penting untuk menghentikan ketegangan kaum dan ancaman lain.

Sumber: Utusan Malaysia

**********************************************

Tulip Desa

Tulip berpandangan semua rakyat marhaen mempunyai pandangan masing-masing terhadap ISA. Pada hemat Tulip, ISA masih relevan untuk dilaksanakan di Malaysia kerana telah terbukti dapat menangani isu militan, pelampau agama dan anasir luar sejak merdeka sama ada secara sedar atau tidak. ISA merupakan undang-undang pencegahan yang digunakan bagi mengelakkan berlaku ancaman kepada ketenteraman awan dan keamanan yang dahulunya digunakan untuk mengekang pengganas komunis.Justeru itu, Tulip merasakan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) atau undang-undang pencegahan wajar dimantapkan lagi demi keselamatan dan kedaulatan tanah air tercinta.