Monday, February 23, 2009

PAS SANGGUP MENGETEPIKAN UNDANG-UNDANG TUBUH PAS KERANA KUASA

RENUNG SEJENAK UNDANG-UNDANG TUBUH PAS

Dalam undang-undang tubuh PAS Bab Pertama (Fasal 2, Ceraian 2) telah menerangkan secara jelas perkara tersebut iaitu:

“Memperjuangkan cita-cita lslam dalam masyarakat dan urusan pemerintahan negara”. Sementara dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 1993) Bab Ketiga (Fasal 5, Ceraian 1) telah menyebutkan:


“Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah”.

KATA-KATA PENGASAS DAN PENGGERAK AWAL PAS :


“Kita adalah umat lslam, dengan sebab itu kita ingin melihat hukum-hukum Allah itu dapat dilaksanakan di bumi Allah ini."

Sumber: http://www.pilihanrayakini.com/

############################

Tulip Desa

PAS MENGHALALKAN:

- Projek mega penternakan babi di Selangor dan Kedah

- Menyokong MP Pakatan Rakyat mengamalkan hidup bebas

- Pusat hiburan dan kilang arak bebas beroperasi

-Negara Kebajikan tidak terlaksana

Nampaknya, PAS gagal melaksanakan perjuangannya untuk mewujudkan masyarakat dan pemerintahan yang menerapkan nilai-nilai hidup Islam. PAS sanggup mengorbankan Undang-undang Tubuh PAS demi mengukuhkan kedudukan politik mereka dalam Pakatan Rakyat. Undang-undang Tubuh PAS dilihat sebagai kosmetik untuk melengkapkan manifesto mereka.

Kelihatan rakyat marhaen semakin keliru dan ragu-ragu dengan ideologi yang dibawa oleh PAS yang dilihat semakin menyimpang dengan manifesto yang diperjuangkan. Jika dahulu PAS menyatakan "DAP umpama Syaitan"(akhbar Siasah, 2008),tetapi sekarang mereka menyatakan "DAP tidak pernah menipu PAS" . PAS semakin terdesak untuk mendapat sokongn politik sehinggakan sanggup menjual agama dan bangsa untuk mendapatkan kuasa.

1 comment:

Z-MAY said...

pas sekarang bukan macam pas dulu.
Pas sekarang bukan perjuangkan islam. tapi pas adalah parti politik yang berjuang mati-matian untuk menjatuhkan umno (melayu).

bagi pas, umno adalah kafir. tapi dap dah jadi islam pada pas? Sebab itu pas cukupkan kuota untuk beri dap memerintah.

Inilah yag dikatakan matlamat halalkan cara..?

pas dah jadi haru biru.