Tuesday, March 17, 2009

Gobind DiGantung Setahun

Sumber: Berita Harian
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama setahun, berkuat kuasa semalam. Tindakan itu dikenakan selepas Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sebulat suara menyokong usul dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz. Berikutan penggantungan itu, Gobind daripada DAP tidak akan dibayar sebarang elaun atau kemudahan sebagai Ahli Parlimen sepanjang tempoh berkenaan.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan keputusan itu pada jam 1 tengah hari semalam tanpa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang keluar Dewan diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka bertindak keluar Dewan selepas menimbulkan kekecohan kerana tidak puas hati Gobind tidak dibenar membela diri ketika Nazri menggulung usul berkenaan. Nazri mengemukakan usul itu berikutan tindakan Gobind mengeluarkan kenyataan mendakwa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam kes pembunuhan selain menghina Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat ketika perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 pada 12 Mac lalu.

Sebelum itu, Dewan terpaksa menangguhkan perbahasan 50 minit kerana Ahli Parlimen pembangkang mengemukakan pelbagai peraturan mesyuarat supaya usul berkenaan tidak dibahaskan, semalam. Bagaimanapun, Pandikar Amin menegaskan, berdasarkan Peraturan Mesyuarat 27 (3), 80 (1) dan 44 (8), usul itu boleh dibahaskan segera demi kepentingan umum. "Saya meluluskan usul itu kerana berpendapat ia membabitkan kepentingan umum yang membawa persepsi kepada masyarakat yang melihat tingkah laku Ahli Parlimen di Dewan ini. "Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tafsiran saya dan saya ingin ingatkan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat mengikut Peraturan 43, perlu diterima.

"Ia ada kaitan dengan tabiat, gelagat dan keceluparan anggota di dalam Dewan dan bukan berlaku di luar. Semua tahu perkara ini berlaku," katanya. Pandikar Amin berkata, beliau faham kebebasan bersuara dan keistimewaan Ahli Parlimen ketika melaksanakan tugas mereka di Dewan tetapi mereka juga perlu bertanggungjawab. "Usul ini dibawa Ahli Parlimen sendiri dan bukan daripada saya. Saya lakukan ini supaya tidak berlaku lagi perlanggaran peraturan mesyuarat. Majlis yang bersidang lebih berkuasa daripada Jawatankuasa Hak Kebebasan dan Keistimewaan yang diwujudkan sendiri," katanya. Nazri ketika menggulung perbahasan berkata, tindakan Gobind itu bukan satu unsur jenayah dan bukti tidak perlu dikemukakan untuk diteliti sebelum kesalahan boleh disabitkan terhadapnya. "Tindakan yang dilakukan (Gobind) jelas menampakkan sikap kurang ajar terhadap Timbalan Perdana Menteri... jadi ia cukup untuk kita ambil tindakan," katanya.
*********************************
Tulip Desa
Gobind bertemu buku dengan ruas. Segala kebiadapan dan keceluparan pertuturannya memakan diri apabila beliau digantung selama setahun daripada menghadiri Sidang Dewan Rakyat. Gobind, MP Puchong tidak akan dibayar sebarang elaun selama beliau ditahan.Hukuman yang diterima MP Puchong harus dijadikan pengajaran kepada MP-MP pembangkang yang gemar menimbulkan kontroversi dengan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap Kerajaan. Inilah padahnya apabila keperluan politik mendahului kepentingan rakyat. Insaflah, wahai MP-MP pembangkang.

2 comments:

Jumayatara said...

BN akan membayar harga yang mahal kerana seorang Benggali Murtad ni...


Say No to "Oral Sex". Respect your Wife.

Z-MAY said...

memang sepatutnya...