Monday, March 23, 2009

Nizar Kera Jagaan DAP

Dalam keghairahan masing-masing untuk menukar kerajaan, rakyat Perak telah dihadiahkan dengan sebuah kerajaan boneka yang mewakili kaum lain. Orang Melayu terus ditindas dan dianaktirikan.Pemberian hak milik tanah selama 999 tahun kepada penduduk Kampung Baru yang majoritinya Cina membangkitkan kemarahan Orang Melayu di Perak. Orang Melayu masih terus mempersoalkan apa rasional pemberian itu.

Tidakkah bekas MB Perak Nizar Jamaluddin sedar bahawa beliau telah dijadikan kera jagaan oleh DAP untuk memenuhi segala kehendak dan kepentingan Orangn Cina. Bantuan untuk Orang Melayu khususnya di luar bandar diabaikan dan tidak sampai ke kampung-kampung Melayu. Sungguh sedih, dengarnya sebanyak 19 geran hak milik telah pun dikeluarkan.

Bekas MB Perak juga merancang untuk memberi tanah kepada sekolah persendirian Cina sebanyak 1000 ekar. Bayangkan berapa keluasannya. Mengambil kata-kata Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) UKM, Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, bahawa pembelaan terhadap sekolah-sekolah Cina memang menjadi fokas DAP selama ini. Sekarang mereka berjaya menggunakan Nizar untuk memenuhi impian mereka. Nizar ibarat kuda tunggangan DAP. Segala keputusan negeri dibuat oleh DAP dan MB hanya sebagai boneka hanya boleh akur sahaja. Semasa tempoh pemerintahannya beliau telah bertindak mengunci sekolah sekolah TABIKA KEMAS dan dewan serbaguna milik Kerajaan Persekutuan.

Walaupun pelbagai tindakan yang dibuat oleh bekas MB ini yang jelas mengguris perasaan dan hati Orang Melayu, masih terdapat segelintir daripada Orang Melayu yang akur untuk terus dikudakan oleh DAP. Demonstrasi jalanan yang dilakukan oleh orang -orang Melayu di Kuala Kangsar selepas solat Jumaat bukan budaya Orang Malaysia, sebaliknya dipelopori oleh DSAI dan parti campuran. Jika benar parti campuran sepakat, mengapa kaum lain tidak turut serta. Ini menunjukkan Orang Melayu tidak sedar mereka dipergunakan dan diperalatkan supaya DAP terus berkuasa di Perak.

9 comments:

LeeZ said...

tak habis2 nak menfitnah... cukup lah ada berita harian dan utusan melayu dan TV3 untuk menfitnah kerajaan PR.... tak perlu la blog hampehh mcm ni ....

Chris Mike said...

sokong2.. berita2 daripada pihak kerajaan semuanya berat sebelah, berita tv atau akhbar semuanya buat saya nak muntah.. bikin panas ja..

garamanis said...

Salam,

Nizar Meroyan langsung tidak berkredibiliti untuk menjadi MB. Si kayu ini lebih banyak mendengar cakap Ngeh Dan Nga.

Sungguh malang penyokong-penyokong Nizar yang telah dikencingnya sampai basah kuyup. Deme memang tak tahu apa yang berlaku disebalik Bangunan SUK tuh. Deme dikencingnya hidup-hidup.

I swear said...

What nonsense. It is OK for the previous leaders to steal, rob and plunder the country but it is not OK for deserving people who worked hard in their leased land to get freehold status after woking on the land for 60 years. And to say "give" is wrong because leased land owners have to pay conversion premium.

Just look at the houses of BN leaders and see how much the houses should be called "mansion".

Tinta Rakyat said...

siasat dulu sebelum menulis..tulisan anda ini menunjukkan kebodohan diri anda..

shyblackturtle said...

garuda said..
Sudah laa komen yang bukan2, dah laa selama 50 tahun tak dapat apa2 sampai ke kampung, sekarang pulak kamu nak cerita tak sampai!!
Kamu bilang kera, maksud kamu kami jadi kera UMNO selama ini?? Apa yang kaum lain dapat yang bolih di compare?? Bilang saja laa

Malaysian Sabahan said...

awak tu yang kera belaan umno. TAK BERMARUAH.

cekodokmasin said...

I swear said "Just look at the houses of BN leaders and see how much the houses should be called "mansion". Including Anwar Ibrahim and family and also his cronies mansion?

Z-MAY said...

kata kawan aku yang berkepala hitam, banyak budaya kotor kat malaysia ni di asaskan oleh org2 yg berkepala putih hijau... betul ke?