Tuesday, March 3, 2009

Ini kenyataan Jabatan Penjara pasal dakwaan Uthayakumar


Kalau mengikut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Penjara Malaysia Isnin nampaknya perarakan para penyokong Hindraf untuk buat laporan polis Sabtu lalu dakwa tahanan ISA P. Uthayakumar tidak beri rawatan perubatan sewajarnya hanyalah untuk bikin heboh tak tentu pasal. Dalam kejadian di kawasan Balai Polis Brickfields itu pihak FRU terpaksa bertindak termasuk sembur air setelah sebilangan dari lebih 200 penyokong Hindraf itu enggan bersurai. Dalam laporan polis yang dibuat mereka menuntut Uthayakumar yang mendakwa mengidap sakit kencing manis diberi rawatan perubatan yang duperlukan. Ini setelah pada 15 Feb lalu, anggota keluarga Uthayakumar melahirkan kebimbangan tahanan itu akan kehilangan kaki kirinya akibat penyakit kencing manis kerana tidak mendapat rawatan sewajarnya daripada hospital. Kenyataan Jabatan Penjara Malaysia itu berkata tuduhan itu tidak berasas kerana sejak Uthayakumar ditahan pada 13 Dis 2007, beliau telah menerima rawatan dan pemeriksaan kesihatan lebih 40 kali dari doktor panel di pusat berkenaan, Hospital Taiping dan juga hospital lain.

Menurutnya sejak kebelakangan ini, Uthayakumar telah 18 kali enggan diperiksa, dirawat serta enggan makan ubat bagi penyakit kencing manisnya. Jabatan itu berkata tuduhan keluarga tahanan itu tidak berasas dan boleh menjelaskan imej pusat berkenaan dan ekoran itu laporan polis dibuat pada 20 Feb lalu bagi menyiasat dakwaan itu. Ia menegaskan bahawa semua tahanan termasuk Uthayakumar tidak pernah dinafikan hak mereka untuk mendapatkan kemudahan pemeriksaan dan rawatan kesihatan oleh doktor pakar. Katanya Uthayakumar dibekalkan ubat-ubatan secara berkala dari Hospital Taiping. Jabatan itu menafikan kesakitan pada jari kaki yang dialami Uthayakumar ada kaitan dengan penyakit kencing manisnya tetapi sebaliknya pemeriksaan kesihatan dan x-ray menunjukkan jari kelingking kaki kirinya mengalami keretakan kerana tersepak batu pada Januari lepas. Menurut kenyataan itu lagi , pada 31 Jan lalu, setelah mengadu sakit kaki, tahanan enggan diperiksa oleh doktor panel penjara dan enggan sekali lagi diperiksa oleh panel doktor penjara sebelum beliau diiringi ke Mahkamah Kuala Lumpur untuk perbicaraan kesnya pada 3 Feb lepas. Semasa perbicaraan tersebut, tahanan mengadu sakit dan menuduh tidak diberikan rawatan yang sempurna dan hakim mengarahkan beliau dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. Sekembalinya dari Kuala Lumpur, Uthayakumar sekali lagi enggan dirawat di Hospital Taiping yang dijadualkan pada 13 Feb lepas, tetapi setelah dinasihati oleh doktor panel penjara akhirnya beliau bersetuju untuk dirawat di Hospital Taiping empat hari kemudiannya. "Laporan perubatan oleh doktor-doktor yang merawat dan memeriksa Uthayakumar menunjukkan masalah penyakit kencing manisnya adalah tidak serius dan telah diberikan rawatan secara teratur," katanya.

Kenyataan itu juga memberitahu Pengarah Pusat Tahanan Perlindungan Taiping telah membuat laporan polis terhadap keluarga Uthayakumar kerana mendakwa tahanan itu tidak beri rawatan perubatan sewajarnya
**********************************************
Tulip Desa
Pada hemat Tulip dakwaan keluarga Uthayakumar bahawa suami beliau tidak diberi rawatan perubatan yang sewajarnya adalah tidak berasas dan berniat ingin menjatuhkan kredebiliti dan imej Jabatan Penjara. Dilihat keluarga Uthayakumar cuba memprovokasikan isu ini bagi membangkitkan kemarahan penyokong-penyokong HINDRAF sehingga tercetusnya perarakan berhubung isu tersebut.
Tindakan Uthayakumar sendiri yang tidak mahu bekerjasama dengan pihak hospital dan penjara ekoran keengganan beliau menerima rawatan adalah satu strategi untuk menarik perhatian dan simpati penyokong HINDRAF. Nampaknya helah Uthayakumar untuk meraih sokongan sama sahaja caranya dengan Brother Anwar. Anda tentu tidak lupa dengan dakwaan Brother Anwar tentang racun arsenik dan HIV yang semata-mata ingin memburukkan Kerajaan. Peristiwa itu berlaku pada tahun 1998 dan kini kita berada di tahun 2009. Yang peliknya Anwar masih hidup selepas 10 tahun diracun arsenik dan disuntik HIV. Apa yang anda dapat lihat sekarang? Anwar semakin sihat dan sibuk menjaja pembohongannya demi mencapai hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri yang Ke-6.
Justeru itu, Tulip berharap Uthayakumar dan keluarganya menghentikan dakwaan tersebut dan berbincanglah dengan pihak hospital dan penjara untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Mencipta provokasi bukanlah jalan terbaik kerana ia akan mencetuskan ketegangan kaum dan memberi kesan kepada keamanan dan ketenteraman awam. Ingatlah, "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh".

3 comments:

redbox said...

Tulip Desa, thanks pasal posting nih..sy ni duk shah alam..nak tau tak kat setiap blok flat seksyen 7 diorg tampal si uthaya ni kena aniaya..tajuk poster tu lebih kurg aniaya uthaya..aniaya rakyat..pandai sungguh puak2 ni menaikkan kemarahan org india supaya benci kerajaan..saya rasa kerajaan mesti ambil tindakan yg tegas utk menangani isu ni

setulangdaing said...

Tulip Desa,

Saya pernah berkhidmat dengan Jabatan Penjara satu ketika dulu dan saya yakin Jabatan Penjara amat profesional dalam tugasan mereka. Dakwaan keluarga Uthaya semata-mata satu pembohongan dari sekelompok manusia yang menganggap orang lain sebodoh mereka.

Detguaq said...

Dia belajar dengan tok gundu yang paling tinggi ilmu penipunya iaitu Sheikul Bro An Bin Ibraim