Monday, March 2, 2009

Peralihan Kuasa Ikut Jadual: PM

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Sumber: Berita Harian, 2 Mac 2009
HUA HIN (THAILAND): Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam menegaskan beliau akan melaksanakan peralihan kuasa kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Razak, pada akhir bulan ini seperti yang sudah ditetapkan. “Sudah ada pelan (peralihan) yang dibuat, dan kita akan mengikutnya,” kata Perdana Menteri ketika menjawab soalan wakil media asing mengenai desas-desus beliau mungkin mengekalkan jawatan walaupun selepas tidak lagi menjadi Presiden Umno selepas pemilihan parti bulan ini. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berakhirnya sidang kemuncak Asean ke-14 di bandar pusat peranginan ini, semalam.

Abdullah, pada 8 Oktober 2008, mengumumkan menyerah jawatan kepada Najib selepas Perhimpunan Agung Umno akhir bulan ini. Selain itu, beliau juga mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno yang disandang sejak 2004. Malah sebelum itu, pada 17 September tahun lalu, beliau menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Najib dan mengambil alih Kementerian Pertahanan, sekali gus memulakan proses peralihan kuasa kepada timbalannya itu.

*************************************
Tulip Desa

Rakyat marhaen mengharapkan peralihan kuasa ini akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. YAB Perdana Menteri juga menyatakan beliau akan menyerah jawatan kepada YAB Timbalan Perdana Menteri akhir Mac ini dan tidak akan bertanding untuk jawatan Presiden UMNO. Beliau menyatakan akan menunaikan janjinya untuk meletak jawatan selepas Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung hujung Mac ini mengikut tradisi yang lazim diamalkan oleh mantan Perdana Menteri yang terdahulu. Bakal YAB Perdana Menteri yang baru, Dato' Seri Najib Tun Razak, rakyat marhaen mengharapkan beliau dapat mengukuhkan ekonomi dan kestabilan politik negara kepada yang lebih baik dan dinamik.


No comments: