Pakatan Rakyat buat kecoh lagi. Yang terbaru setelah dihalang untuk memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan, Speaker DUN Perak tetap dengan keputusannya untuk meneruskan sidang tergemparnya di bawah pokok di tempat letak kenderaan, kira-kira 50 meter dari pintu masuk bangunan tersebut. Sidang itu dianggap tidak sah kerana tidak mendapat perkenan daripada Sultan Perak dan tanpa menunggu keputusan mahkamah berhubung saman Datuk Seri Nizar terhadap pelantikan Datuk Dr. Zambry sebagai Menteri Besar.
Apa nak jadi dengan Pakatan Rakyat? Semakin huru-hara dan merapu. Dah jadi macam cerita P Ramlee, dalam Laksamana Do Re Mi iaitu Kerajaan Pasir 2 Butir yang sultan dan menterinya bersidang di bawah pokok. Mungkin Pakatan Rakyat berbuat demikian untuk membangkitkan provokasi dan meraih simpati rakyat. Bagi Tulip, ia menjadi bahan bualan dan bahan jenaka masyarakat marhaen yang merasakan seolah-olah Speaker DUN Perak buta dan tidak faham Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
Mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, hanya Sultan Perak sahaja yang mempunyai kuasa untuk memanggil sidang DUN. Tiada peruntukkan untuk Sivakumar mengadakan sidang DUN yang jelas tertera dalam perkara 36 (1) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
Nampaknya Pakatan Rakyat semakin terdesak untuk mendapatkan kembali negeri Perak dengan mencipta pelbagai kontroversi dan provokasi. Rakyat semakin bijak menilai perilaku dan tindakan pembangkang yang dilihat semakin biadap sehinggakan sanggup mengetepikan sultan dan perlembagaan. Apakah akan terjadi dengan negara kita sekiranya Pakatan Rakyat memerintah? Tulip rasa haru biru jadinya, undang-undang ini dibuat seperti undang-undang rimba dan ikut suka kepala mereka sahaja. Bagi penyokong fanatik Pakatan Rakyat, tidakkah anda sedar, Pakatan Rakyat tidak relevan lagi setelah pelbagai kekurangan dan kelemahannya telah terbongkar. Insaflah.
No comments:
Post a Comment