Monday, May 26, 2008

UMNO Penyelamat Bangsa Melayu

Keputusan nekad yang diambil oleh Tun Mahathir untuk keluar daripada UMNO menimbulkan pelbagai reaksi mahupun daripada rakyat juga pemimpin-pemimpin UMNO.Adakah ini jalan terakhir bagi Tun untuk mendesak Pak Lah untuk meletakkan jawatan apabila kritikan-kritikan yang dilontarkan sebelum ini tidak menampakkan tanda-tanda untuk YAB Perdana Menteri untuk berundur. Rakyat semakin bosan apabila acapkali mendengar desakan dan tuduhan yang dilemparkan oleh Tun Mahathir dan anaknya Mukhriz terhadap YAB Perdana Menter. Pada hemat Tulip desakan-desakan ini tidak membantu proses peralihan kuasa malah menyukar dan melambatkan proses tersebut. Rakyat mahukan agar pemimpin-pemimpin UMNO bersatu-padu dalam menangani isu-isu dalaman UMNO yang dilihat semakin parah dan harus diselesaikan segera di meja rundingan. Tulip percaya UMNO mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah yang timbul tanpa campurtangan daripada pihak luar. Oleh itu, tumpuan kini seharusnya difokuskan kepada mengukuhkan kedudukan UMNO dan melaksanakan kerja serta menunaikan janji yang telah dibuat kepada rakyat pada pilihan raya 8 Mac lalu.

Kita seharusnya muhasabah diri dan mengingati perjuangan Dato’ Onn Jaafar yang begitu gigih tanpa penat lelah dalam memperjuangkan bangsa Melayu serta berjaya meniupkan semangat nasionalisme kepada orang Melayu. Semangatnya yang kental menjadikan beliau pejuang kebangsaan dan tokoh politik yang terulung. Sehubungan itu, Tulip berharap agar Tun Mahathir akan kembali kepada asas supaya mendahulukan kepentingan parti berbanding kepentingan diri dan berharap agar Tun mengingati janjinya dahulu supaya tidak menentang Presiden UMNO ketika melepaskan jawatan tersebut kepada YAB Perdana Menteri. Tulip berharap dan menyeru agar semua pemimpin dan ahli UMNO supaya kembali teguh bersama UMNO dan renungkanlah kata-kata sakti daripada Dato’ Onn Jaafar agar kewujudan UMNO relevan sampai bila-bila.

“Melayu hanya boleh selamat apabila kuat dan kuat apabila bersatu
Padu” 1946

1 comment:

infogue said...

Artikel di Blog ini bagus dan berguna bagi para pembaca.Anda bisa lebih mempromosikan artikel anda di www.infogue.com dan jadikan artikel anda topik yang terbaik bagi para pembaca di seluruh Indonesia.Telah tersedia plugin/widget.Kirim artikel dan vote yang terintegrasi dengan instalasi mudah dan singkat.Salam Blogger!!!

http://berita-politik-dunia.infogue.com/
http://berita-politik-dunia.infogue.com/umno_penyelamat_bangsa_melayu