Wednesday, April 29, 2009

Anjakan Paradigma Perlu Dilakukan Perkhidmatan Awam Dalam Proses Permodenan

NAJIB diiringi Muhyiddin dan Mohd Sidek (kiri) pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-10, di Putrajaya, semalam.

YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak menggariskan empat anjakan paradigma yang perlu dilakukan perkhidmatan awam dalam proses permodenan supaya sesuai dengan pencapaian kejayaan alaf baru pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-10 di Pusat Konvesyen Antarabangsa, Putrajaya.

1. Anjakan daripada ketegaran kepada keanjalan. Anggota perkhidmatan awam seharusnya menyedari bahawa kerajaan tidak mencipta kekayaan.

  • Kekayaan dimainkan oleh sektor swasta dan dari kekayaan yang dicipta pihak swasta, kerajaan mempunyai saham yang dikutip dalam bentuk cukai korporat
  • Sektor awam juga perlu menjadi pemudah cara kepada penciptaan kekayaan tanpa mengetepikan peranan sebagai pemelihara kepentingan awam.

2. Beralih daripada budaya pengeluaran dan perbelanjaan atau kesan nyata semata-mata kepada mementingkan aspek penghasilan secara holistik

  • Perkhidmatan awam harus menganjak paradigma daripada menilai kejayaan yang berasaskan 'output' kepada kejayaan yang berasaskan 'outcome'

3. Perkhidmatan awam memerlukan anjakan daripada birokrasi yang menyukarkan kepada birokrasi memudah cara dan menyenangkan rakyat.

  • Ada anggapan pada masa ini perkhidmatan awam menjadi begitu mengembung dan berada di belakang keluk perubahan negara atau global walaupun perbelanjaan emolumen untuk sektor itu meningkat saban tahun.

4. Gabungan produktiviti, kreativiti dan inovasi berbanding fokus kepada produktiviti semata-mata.

  • Produktiviti yang digabungkan dengan kreativiti dan inovasi mampu melonjakkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan awam negara.
  • Tanggapan bahawa setiap masalah boleh diselesaikan dengan menubuhkan jabatan atau agensi baru atau menambah kakitangan adalah pandangan yang ketinggalan zaman

No comments: