Wednesday, May 13, 2009

MALUNYA NIZAR....................


Gambar kiri, NIZAR meninggalkan pejabat Menteri Besar Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan jam 2.30 petang, semalam. Gambar kanan, ZAMBRY pada sidang media di Ipoh selepas Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan beliau.
Gambar: Utusan Malaysia dan Berita Harian, 13 Mei 2009
Kasihan Nizar, hanya dapat merasa menjadi Menteri Besar untuk beberapa jam sahaja, begitu juga kerusi empuk MB hanya untuk beberapa minit sahaja. Jam 2.30 petang Nizar dan exconya terpaksa meninggalkan Bangunan Perak Darul Ridzuan setelah Mahkamah Rayuan menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Dengan penangguhan itu, Datuk Dr. Zambry kekal menjadi MB Perak sehingga kes rayuannya diputuskan oleh mahkamah.
Walaupun, menjadi MB Perak hanya beberapa jam sahaja, beliau sempat memecat Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim serta Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid. Inilah Pakatan Campuran, gemar bertindak semborono sahaja tanpa memikirkan nasib orang lain. Tuhan akan memberi pembalasan kepada hambanya yang bersifat zalim. Hanya beberapa jam sahaja, kenikmatan dan kebahagiaan itu ditarik balik. Sedarlah wahai Nizar dan Pakatan Campuran.
Nampaknya, kemelut politik di Perak semakin membingungkan. Diharapkan rakyat Perak bersabar menghadapi situasi politik Perak yang tidak menentu ini. Setiap permasalahan ada jalan penyelesaiannya. Kita berdoa, agar Allah memberi petunjuk kepada permasalahan tersebut. Kita sebagai rakyat marhaen perlu akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Jika ada rayuan lanjutan, Mahkamah Tinggi akan memberikan keputusannya secara jitu.

No comments: