Friday, February 27, 2009

PAS Mahu Hapuskan Keistimewaan Melayu


PAS pernah berikrar di hadapan persatuan Cina di Terengganu bahawa akan menghapuskan hak istimewa orang Melayu jika berkuasa dalam Utusan Malaysia, 15 September 1985. "Ini termasuklah tanah simpanan Melayu, Dasar Ekonomi Baru dan lain-lain dasar yang memperlihatkan semata-mata kepentingan orang Melayu. PAS berjanji semua kaum akan mendapat layanan yang sama rata" ucapan Haji Hadi Awang yang ketika itu menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu di hadapan 300 orang anggota masyarakat Cina di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Terengganu. Mengapa PAS sanggup bercakap sebegitu? Apakah semuanya semata-mata untuk memancing 300 undi sahaja?





Utusan Malaysia, 11 Mac 2008, mukasurat pertama. Tersenyum puas ayah dan anak ini berjaya menjayakan kata-kata Haji Hadi untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru di Pulau Pinang. DEB adalah antara salah satu janji yang pernah diucapkan oleh Haji Hadi Awang pada tahun 1985 lagi. Lim Guan Eng mendakwa DEB sebagai punca kronisme, rasuah dan tidak efisien. Sekarang apa yang berlaku di Pulau Pinang? Bukankah semakin banyak kilang ditutup? Ramai anak-anak Melayu yang terpaksa mencari pekerjaan lain akibat penutupan tersebut. Siapa pula yang menjadi taukeh kilangnya? Sesudah setahun memerintah Pulau Pinang, apakah dengan tiadanya DEB, Pulau Pinang sekarang adalah lebih baik daripada dahulu?
**************************************
Tulip Desa
Memang itulah agenda utama Pakatan Rakyat mahu memansuhkan DEB dan menghapuskan keistimewaan Orang Melayu. Di Pulau Pinang, nasib orang Melayu tidak terbela dan majoriti miskin tegar di Pulau Pinang adalah Orang Melayu begitu juga dengan negeri lain di bawah Pakatan Rakyat . Tiada agenda pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk meningkatkan taraf hidup Orang Melayu. Lim Guan Eng juga mengakui bahawa beliau gagal membasmi kemiskinan di Pulau Pinang.
Ini menggambarkan pemimpin Pakatan Rakyat tidak berkredebiliti untuk mentadbir negeri apatah lagi negara. Pemimpin Pakatan Rakyat lebih gemar menimbulkan kontroversi daripada melaksanakan manifesto yang dijanjikan dalam PRU ke-12. Baru setahun memerintah, sudah banyak masalah yang timbul, reputasi Pakatan Rakyat dilihat semakin merosot.
Pakatan Rakyat hanya pandai menghamburkan fitnah untuk menarik sokongan penyokong fanatik mereka untuk terus diperbodoh-bodohkan. Yang sedihnya, parti PAS yang memperjuangkan agama kononnya turut bersekongkol dengan DAP dan PKR untuk memusnahkan bangsa sendiri.Justeru itu, Tulip menyeru agar Orang Melayu bangkit untuk mempertahankan keistimewaan Orang Melayu supaya tidak terus diancam. Apa akan jadi dengan nasib cucu-cucu kita apabila keistimewaan melayu dihapuskan. Mereka akan menjadi terpinggir dan mengemis di negara sendiri. Kita jangan terus lena kerana kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.

DAP Usir Peniaga Di Pulau Pinang

************************************************************************
Tulip Desa

Tulip merasa simpati dan sedih dengan nasib yang menimpa peniaga di Pulau Pinang yang dihalau oleh Kerajaan Pulau Pinang (DAP) ekoran daripada tindakan Kerajaan Negeri merobohkan premis perniagaan yang mereka telah usahakan selama 30 tahun.

Dalam menghadapi kemelut ekonomi yang tidak menentu ini, seharusnya Kerajaan Negeri membantu rakyat bukannya meletak pasir di periuk nasi mereka. Inikah bukti Kerajaan prihatin dan membela nasib rakyat. Mana janji-janji DAP yang sering melaungkan ketelusan, integriti, tidak mengamalkan kronisme, neopatisme dan rasuah. Daripada pemerhatian Tulip, nasib Orang Melayu di Pulau Pinang semakin terabai dan terhimpit. Tiada apa-apa agenda yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu nasib orang Melayu.

Kepada rakyat Pulau Pinang, inilah padahnya memangkah Pakatan Rakyat yang cukup pandai menabur janji sehinggakan Orang Melayu tidak menyedari yang manis itulah yang akan menghancurkan bangsa Melayu. Sehubungan itu, jadikan kegagalan dan kesilapan itu sebagai panduan untuk kita mendapatkan peluang yang lebih baik. Insyaallah.


Monday, February 23, 2009

PAS SANGGUP MENGETEPIKAN UNDANG-UNDANG TUBUH PAS KERANA KUASA

RENUNG SEJENAK UNDANG-UNDANG TUBUH PAS

Dalam undang-undang tubuh PAS Bab Pertama (Fasal 2, Ceraian 2) telah menerangkan secara jelas perkara tersebut iaitu:

“Memperjuangkan cita-cita lslam dalam masyarakat dan urusan pemerintahan negara”. Sementara dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 1993) Bab Ketiga (Fasal 5, Ceraian 1) telah menyebutkan:


“Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah”.

KATA-KATA PENGASAS DAN PENGGERAK AWAL PAS :


“Kita adalah umat lslam, dengan sebab itu kita ingin melihat hukum-hukum Allah itu dapat dilaksanakan di bumi Allah ini."

Sumber: http://www.pilihanrayakini.com/

############################

Tulip Desa

PAS MENGHALALKAN:

- Projek mega penternakan babi di Selangor dan Kedah

- Menyokong MP Pakatan Rakyat mengamalkan hidup bebas

- Pusat hiburan dan kilang arak bebas beroperasi

-Negara Kebajikan tidak terlaksana

Nampaknya, PAS gagal melaksanakan perjuangannya untuk mewujudkan masyarakat dan pemerintahan yang menerapkan nilai-nilai hidup Islam. PAS sanggup mengorbankan Undang-undang Tubuh PAS demi mengukuhkan kedudukan politik mereka dalam Pakatan Rakyat. Undang-undang Tubuh PAS dilihat sebagai kosmetik untuk melengkapkan manifesto mereka.

Kelihatan rakyat marhaen semakin keliru dan ragu-ragu dengan ideologi yang dibawa oleh PAS yang dilihat semakin menyimpang dengan manifesto yang diperjuangkan. Jika dahulu PAS menyatakan "DAP umpama Syaitan"(akhbar Siasah, 2008),tetapi sekarang mereka menyatakan "DAP tidak pernah menipu PAS" . PAS semakin terdesak untuk mendapat sokongn politik sehinggakan sanggup menjual agama dan bangsa untuk mendapatkan kuasa.

Malaysia Masih Perlukan ISA

DARI kiri Faiz, Ismail dan Zabidi membicarakan mengenai ISA pada Majlis Bicara Tokoh di Kuantan, semalam


KUANTAN: Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) perlu dikekalkan kerana ia bukan hukuman tidak berperikemanusiaan seperti digembar-gemburkan pelbagai pihak, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Katanya, akta itu juga bukan menahan individu tertentu berlandaskan fahaman politik, sebaliknya lebih kepada pendekatan melindungi keselamatan negara dan ketenteraman awam. Beliau berkata, ISA masih diperlukan dan kekal relevan biarpun kewujudan asalnya mengekang ancaman komunis kerana negara masih terdedah ancaman lain mengikut perkembangan semasa.



"Desakan sesetengah pihak untuk memansuhkan ISA dianggap tindakan undur ke belakang kerana akta ini berjaya mengekang pelbagai ancaman terhadap negara. "Biarpun ancaman komunis sudah berakhir, kita masih memerlukan ISA bagi menangani ancaman keselamatan kumpulan pengganas atau militan, pelampau agama atau yang boleh menggugat ketenteraman awam sehingga menjejaskan ekonomi. "Banyak negara yang mempunyai undang-undang pencegahan seumpama ISA, malah memperkukuhkan undang-undang sedia ada bagi menangani ancaman negara," katanya pada Majlis Bicara Tokoh bertajuk 'Adakah ISA Satu Bentuk Penganiayaan?', anjuran Pertubuhan Penggerak Generasi Muda Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri, di sini, kelmarin.


Ismail turut menjadi seorang daripada tiga panel membicarakan isu ISA. Dua lagi panel jemputan ialah bekas tahanan ISA, Zabidi Mohamed yang juga bekas penasihat Undang-undang Al-Arqam dan bekas bendahari kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI) Faiz Abu Bakar Bafana. Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Sementara itu, Zabidi yang juga bekas Majistret dan peguam bagi kumpulan militan Al-Maunah berkongsi pengalamannya ketika ditahan di Kem Kamunting, Taiping, Perak selama dua tahun bermula 1994.


"Tindakan saya dan ahli Al-Arqam menyalurkan maklumat negara kepada negara lain merosakkan imej negara dan membahayakan rakyat," katanya. Beliau berkata, ISA sememangnya penting untuk menghentikan ketegangan kaum dan ancaman lain.

Sumber: Utusan Malaysia

**********************************************

Tulip Desa

Tulip berpandangan semua rakyat marhaen mempunyai pandangan masing-masing terhadap ISA. Pada hemat Tulip, ISA masih relevan untuk dilaksanakan di Malaysia kerana telah terbukti dapat menangani isu militan, pelampau agama dan anasir luar sejak merdeka sama ada secara sedar atau tidak. ISA merupakan undang-undang pencegahan yang digunakan bagi mengelakkan berlaku ancaman kepada ketenteraman awan dan keamanan yang dahulunya digunakan untuk mengekang pengganas komunis.Justeru itu, Tulip merasakan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) atau undang-undang pencegahan wajar dimantapkan lagi demi keselamatan dan kedaulatan tanah air tercinta.



Friday, February 20, 2009

Eliza tidak berdosa-PAS MERESTUI perbuatan Eliza dan Muslimah PAS berdiri teguh di belakang Elizabeth Wong!!!!!



Malunya bangsa dan agama ISLAM , wanita2 bertudung berdiri di belakang Elizabeth Wong di sidang akhbar. Nak pertahankan apa MAK CIK Oiiiii !!!!!!Apakah Zuraidah Kamaruddin dan Nuridah Salleh ( Ketua Muslimat PAS Pusat) wakil Nik Aziz, Hj Hadi dan pimpinan ulama PAS MERESTUI perbuatan tak bermoral YB PKR ini????





Malu, Tulip melihat sikap Ketua Muslimat PAS Pusat yang bersungguh-sungguh mempertahankan Cik Elizabeth Wong. Perjuangan PAS untuk membanteras segala kemungkaran, nampaknya sudah terbalik apabila menghalalkan dan melindungi peliwat, pemabuk dan penzina. Nampaknya muslimah PAS sudah mula mengikut jejak langkah Nik Aziz yang menggunakan nama Islam dengan menghalalkan apa yang haram. Apa dah nak jadi dengan dunia ni.

Muslihat Pakatan Rakyat

Sumber: Berita Harian

Tiada darurat, pilihan raya negeri di Perak: PM


PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam menegaskan kerajaan tidak akan mengisytiharkan darurat atau mengadakan pilihan raya negeri bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak. Perdana Menteri berkata, Barisan Nasional (BN) masih boleh menubuhkan kerajaan di negeri itu dan akan terus berfungsi serta menjalankan pentadbiran sebagai sebuah kerajaan sah seperti dikehendaki rakyat.

"Saya tidak nampak apa keperluan mewujudkan satu (pentadbiran) kerajaan seperti apa yang diwujudkan di Kelantan dulu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Dana Kemanusiaan Kanak-Kanak Gaza di Seri Perdana, di sini. Beliau mengulas kemelut terbaru politik Perak berikutan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V Sivakumar, menggantung dan melarang Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir serta enam ahli Exconya menghadiri sidang DUN, berkuat kuasa serta merta. Zambry digantung daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala enam ahli Exco itu pula selama 12 bulan.
Abdullah berkata, tindakan Speaker DUN dari Pakatan Rakyat itu bukan saja menyalahi undang-undang, malah tidak menghormati keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memperkenankan pelantikan Zambry dan Exco dari BN itu. "Saya anggap apa yang telah dilakukan oleh Speaker DUN Perak itu sebagai suatu yang menyalahi, satu tindakan membantah, menentang (dan) menolak apa yang telah dilaksanakan oleh Sultan Perak mengikut Perlembagaan Negeri Perak (dan) mengikut apa undang-undang yang terpakai mengenai perkara ini. "Walau apapun, kerajaan BN Perak akan terus berfungsi dan akan menjalankan pentadbiran sebagai mana yang dikehendaki rakyat dan yang boleh dilakukan oleh sebuah kerajaan yang sah yang ada pada hari ini," katanya. Perdana Menteri berkata, tindakan Sivakumar itu adalah muslihat Pakatan Rakyat untuk menumbangkan kerajaan BN Perak.

"Kita tahulah apa perancangan dan muslihat sebenar mereka dalam perkara ini. Apabila Dewan bersidang dan kalau Exco ini tidak boleh hadir, bermakna BN dan ahli dewan tentu tinggal bilangan yang kecil... 21 dan kalau ada undi mereka harap kemenangan akan berpihak kepada parti dalam Pakatan Rakyat. "Itu adalah muslihat dan tidak ada niat baik dalam tindakan mereka. Cuma niatnya ialah nak gulingkan kerajaan BN yang telah pun diwujudkan," katanya. Abdullah berkata, Speaker DUN Perak tidak boleh menghalang Zambry serta Exco berkenaan menghadiri sidang kerana mereka berhak berbuat demikian sebagai wakil rakyat.
Beliau berkata, Menteri Besar dan Exco terbabit dilantik oleh Sultan Azlan dan sudah mengangkat sumpah di hadapan baginda. "Mereka dilantik secara sah mengikut undang-undang. Jadi sebarang pandangan atau tindakan yang diambil oleh Speaker pada saya boleh dianggap tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak. Kerajaan negeri Perak diminta membuat aduan polis berhubung penggantungan itu kerana mereka berhak memasuki sidang DUN," katanya.
Perdana Menteri berkata, tindakan itu juga tidak akan disenangi rakyat Perak kerana ia adalah halangan kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mentadbir negeri. "Kita hendak beri perhatian kepada ekonomi kerana ini penting. Kita hendak beri perhatian kepada usaha menjayakan pelaksanaan pakej rangsangan RM7 bilion yang diumumkan pada November lalu dan selepas ini akan ada lagi satu (pakej rangsangan). "Jadi jika kita hendak rakyat mendapat manfaat daripada langkah ekonomi itu, maka kita mesti pastikan kerajaan tidak diganggu (supaya) boleh melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang diharapkan pada waktu ini," katanya.
*********************************************
Tulip Desa
Kerajaan Barisan Nasional masih beluam berada dalam zon selesa untuk memerintah Kerajaan baru Perak ekoran daripada sikap segelintir kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat yang cuba menggunakan tipu muslihatnya untuk menggulingkan Kerajaan BN. Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V Sivakumar, menggantung dan melarang Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir serta enam ahli Exconya menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta membuktikan bahawa Pakatan Rakyat tetap dengan pendiriannya untuk terus menghina dan menderhaka dengan Sultan.
Pihak pembangkang perlu tahu bahawa dalam membuat keputusan untuk melantik seorang MB dan Kerajaan Negeri baru, Paduka Seri Sultan Perak telah menggunakan dua kaedah utama iaitu suara majoriti ahli dewan undangan negeri dan pertimbangan raja pemerintah. Dengan itu jelas bahawa undi tidak percaya di lantai dalam DUN bukanlah satu-satunya mekanisma untuk menentukan pembentukan Kerajaan atau perlaihan kuasa di Perak.
Apa nak jadi dengan Pakatan Rakyat yang dilihat semakin ketandusan dan kekeringan idea untuk mempengaruhi rakyat sehinggakan sanggup menabur fitnah demi kepentingan survival politik mereka. Setahu Tulip, pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat pakar dalam ilmu undang-undang, tetapi sanggup menyembunyikan kebenaran dan menghalalkan yang haram demi mencapai matlamat mereka.

Wednesday, February 18, 2009

Foto Bogel Menjerat Diri


Akhirnya Elizabeth Wong, ADUN Bukit Lanjan dan juga Exco Kerajaan Negeri Selangor mengisytiharkan peletakan jawatannya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di Damansara pada 17 Februari 2009 jam 11.00 pagi. Elizabeth Wong melepaskan jawatannya sebagai ADUN Bukit Lanjan dan Exco Kerajaan Negeri Selangor ekoran daripada penyebaran secara meluas melalui Internet dan MMS berhubung foto dan rakaman video beliau sedang tidur dalam keadaan bogel. Dikatakan gambar itu diambil dari pelbagai sudut dalam keadaan intim.
Beliau juga turut membuat pengakuan dalam Malaysiakini pada 16 Februari 2009 mengenai kebenaran foto tersebut serta menyatakan kemungkinan gambar-gambar tersebut dirakam oleh seorang bekas teman lelakinya. Mungkinkah ADUN Bukit Lanjan ini mengamalkan gaya hidup bebas dan bersekedudukan dengan teman lelakinya? Nampaknya Pakatan Rakyat semakin bercelaru dengan isu-isu moral. Rentetan daripada itu, tiga bukit iaitu Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Bukit Lanjan bakal berentap dalam Pilihan Raya Kecil yang akan diadakan dalam masa terdekat ini.
Tulip menjadi hairan, mengapakah kepimpinan tertinggi DAP dan PKR tidak memberikan sebarang komen tentang perkara ini, sebaliknya kepimpinan PAS bermula dengan Nik Aziz dan Dr. Lo Lo' begitu bersungguh-sungguh mempertahankan Cik Elizabeth Wong ini. Barisan Nasional seolah-olah menjadi kambing hitam Pakatan Rakyat apabila mereka meletakkan semua kelemahan mereka kepada BN dengan mendakwa ini adalah rancangan BN untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.
Rakyat sudah bosan dengan gimik politik Pakatan Rakyat yang banyak menimbulkan kontroversi. Rakyat sudah muak dan hilang kepercayaan kepada Pakatan Rakyat kerana tiada pembangunan yang dibawa sebaliknya mereka tidak jemu bermain dengan isu. Isu derhaka dengan sultan belum pun reda, timbul pula isu baru, Elizabeth Wong. Itulah Pakatan Rakyat.