Friday, September 26, 2008

Minyak Turun 10 sen Lagi

PUTRAJAYA 24 Sept. – Kerajaan mengumumkan harga runcit petrol RON97 dan RON92 dikurangkan 10 sen iaitu masing-masing daripada RM2.55 seliter kepada RM2.45 seliter dan RM2.40 seliter kepada RM2.30 seliter berkuat kuasa esok.

Pada masa sama, harga runcit diesel juga dikurangkan 10 sen iaitu daripada RM2.50 seliter kepada RM2.40 seliter.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Jemaah Menteri dalam mesyuarat hari ini membuat keputusan itu setelah mengambil kira harga purata minyak dunia sebulan terakhir ini yang mengalami penurunan yang ketara.

Harga minyak di pasaran dunia kini ialah sekitar AS$109 setong berbanding hampir AS$140 setong pada Mei lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini petang ini, Abdullah berkata, harga minyak itu juga diturunkan kerana kerajaan menyedari orang ramai mula pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri bermula hujung minggu ini.

Beliau berharap penurunan harga petrol dan diesel dapat meringankan beban rakyat.
“Untuk tempoh sebulan terakhir, harga minyak dunia mengalami turun naik ketara. Namun secara purata, ia menurun sedikit berbanding harga purata sebelumnya.“Namun begitu, nilai ringgit berbanding dolar Amerika pula menyusut sepanjang tempoh yang sama,” ujarnya.

Perdana Menteri berkata: “Dengan mengaplikasikan formula yang diguna pakai oleh kerajaan dalam menentukan harga runcit minyak sebelum ini, pengurangan 10 sen ini ialah nilai pengurangan maksimum yang dapat diberi oleh kerajaan.”Abdullah memberitahu, keputusan untuk melakukan pelarasan harga petrol dan diesel itu juga dibuat kerana mesyuarat Jemaah Menteri pagi ini adalah yang terakhir untuk September dan sebelum sambutan Aidilfitri pada 1 Oktober ini.

Beliau berkata, harga baru petrol dan diesel itu merupakan pelarasan harga kedua dilakukan oleh kerajaan setelah pelarasan pertama pada 23 Ogos lalu.Pada Jun lalu, kerajaan menaikkan harga minyak buat pertama kalinya pada tahun ini. Ketika itu harga petrol ditetapkan pada RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Dengan penurunan harga minyak hari ini, ini bermakna dalam tempoh tiga bulan lalu kerajaan telah menurunkan harga petrol sebanyak 25 sen seliter.
Sumber: Utusan Malaysia
*************************************************
Tulip Desa
Berita gembira bagi semua rakyat Malaysia. Kerajaan telah menurunkan petrol sebanyak 10 sen lagi. Ini merupakan hadiah daripada Kerajaan kepada rakyat sempena menyambut hari lebaran yang bakal tiba. Dengan penurunan ini dijangka dapat mengurangkan kos dan meringankan beban rakyat yang hendak pulang ke kampung halaman menyambut Aidilfitri. Seharusnya kita patut bersyukur dengan berita ini, jangan jadi seperti pembangkang yang sentiasa menghentam dan menyalahkan Kerajaan tetapi turut menikmati subsidi petrol yang diberi Kerajaan.

2 comments:

redbox said...

bagus juga..setakat ni dah turun 25 sen klau tak silap..eh ada baca x kat m'sia kini klau x salah..dia kata penurunan tu atas sbb2 politik jek..penurunan tu tak mampu ubah apa2...

wah2..yg dia kata dia nak turun kan 50 sen utk kesejahteraan rakyat tak pe? dia jek buat betul.org lain buat semua salah..ni lah rupa anwar n PR yg sebenar.

Unknown said...

kawe pun dok tuggu gak bile anwr nok jadi pm pasal pe..pasal anwar kate kt teman kalu hari ni die jd pm sok die turunkan harge minyak sehingga 50 peratus haha lawak kawe dengo tp habuk pun tarak ampeh hehehehehe...