Tuesday, September 2, 2008

Bajet 2009: Bajet Mesra Rakyat

Pembentangan bajet 2009, melonjakkan semangat rakyat untuk terus bekerja keras untuk membangunkan serta memajukan ekonomi negara. Apa tidaknya, bajet yang berkonsepkan mesra rakyat ini menampakkan inisiatif Kerajaan untuk meringankan beban rakyat. Bajet kali ini juga dilihat mencakupi semua aspek yang dijangka akan memacu pertumbuhan ekonomi dalam jangka pendek dan panjang. Tulip merasakan bajet ini dibuat atas kesedaran dan sensetiviti Kerajaan terhadap rungutan rakyat ekoran daripada peningkatan harga barang keperluan dan kos sara hidup. Semua golongan mendapat manafaat dan tidak ada yang terkecuali iaitu daripada mereka yang membayar cukai sehinggakan orang kurang upaya turut merasainya.
Bagi penjawat awam, pemberian bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 merupakan ole-ole atau buah tangan daripada Kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat ketika menyambut Aidilfitri dan menjelang musim persekolahan baru hujung tahun ini. Tetapi perlu diingat, sebagai penjawat awam seharusnya perlu lebih berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan selaras dengan aspirasi Kerajaan memperkasakan perkhidmatan awam kerana setiap imbuhan yang diberikan oleh Kerajaan datangnya daripada duit rakyat.
Walaupun kedengaran desas desus yang menyatakan bajet 2009 adalah gula-gula Kerajaan untuk mengembalikan sokongan rakyat terhadap Kerajaan. Bagi Tulip orang-orang yang berkenaan memang pandai mengkritik dan membangkang sahaja tanpa melihat usaha ikhlas Kerajaan untuk membantu rakyat. Peruntukkan besar kepada Sabah dan Sarawak dijangka akan dipolitikkan oleh orang-orang yang berkenaan yang memang tidak berpuas hati dengan hasrat Kerajaan untuk mengecilkan jurang pembangunan antara semenanjung dan kedua-dua negeri berikut. Walaubagaimanapun, apa yang Tulip harapkan agar sektor awam, swasta dan NGO bekerjasama menjayakan bajet 2009 supaya berupaya mengawal kadar inflasi dan meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi.

No comments: