Wednesday, December 3, 2008

Kesungguhan Kerajaan Membantu Peneroka

Kemelut ekonomi dunia yang tidak menentu memberi kesan kepada harga komoditi kelapa sawit dan getah sekaligus kepada pendapatan bulanan peneroka. Pihak Kerajaan menerusi FELCRA dan RISDA akan berusaha memastikan peneroka akan terus menikmati pendapatan di bawah kemiskinan tegar dengan menumpukan kawasan-kawasan asli dan kawasan kampung melalui projek Agropolitan. Para peneroka dan orang asli menerima pendapatan sebanyak RM1,500 per keluarga untuk setiap bulan iaitu hasil daripada dividen dan hasil bekerja di ladang, apabila harga komoditi berada di tahap yang stabil.
Sehubungan itu, RISDA mengambil pendekatan mewujudkan tabung yang akan digunakan apabila harga komoditi tersebut mengalami penurunan harga bagi memastikan pendapatan peneroka dan orang asli dapat diteruskan. Sehingga kini, RISDA telah berjaya mengumpulkan sejumlah RM40 juta dan boleh bertahan selama dua tahun dengan memberikan dividen sebanyak RM420 sebulan bagi menjamin pendapatan kepada pekebun kecil termasuk orang asli.

1 comment:

bungaraya said...

Tahniah atas penulisan ini. Kepada pelayar2 maya didalam blog. Tengoklah leberhasilan UMNO. FELDA terkenal seantaredunioooo. Siapa kata UMNO duduk bawah tempurung. Kifli? Bro? atau siapapun jua. Tengok......