Monday, October 13, 2008

Untuk Apa Patung Anwar Ibrahim Sebegini Besar?


Satu patung gergasi Anwar Ibrahim telah didirikan di Batu Caves. Ia telah dirasmikan oleh Amiruddin Saari (ADUN Batu Caves), Manikavasagam (MP Kapar), Sivarasah Rasiah (MP Subang) dan William Leong (MP Selayang). Patung besar ini setinggi hampir 40 kaki. Menelan kos perbelanjaan hampir RM 5,000. Khabarnya patung besar ini didirikan hampir sama tinggi dengan bangunan kerana mahukan semangat Anwar Ibrahim untuk membina Malaysia baru akan terus berkekalan. Ianya juga merupakan simbol sebagai tanda sokongan padu masyarakat pelbagai kaum di Dun Batu Caves. Mengapa buat patung sebegini besar? Untuk didewa-dewakan atau untuk apa?
.......................................................
Apa nak jadi dengan penyokong-penyokong setia DSAI? Masih lagi percaya dengan tipu muslihat dan janji manis DSAI. DSAI ini boleh diibaratkan sebagai tin kosong, acapkali berbunyi tetapi tiada hasil. Nampaknya, sekarang beliau banyak membisu daripada memperkatakan tentang hasratnya untuk menawan Putrajaya. Mungkin beliau gentar dengan gandingan baru, Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin, yang kelihatan secocok untuk sama-sama menerajui pentadbiran negara.

2 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

untuk memperingati kematian anwar ibrahim setelah gagal mewujudkan kerajaan 16 september lepas...

sumandak bayu said...

Untuk membuktikan kejahilan ahli PKR yang nak disamakan dengan perjuangan HINDRAF nilah bukti yang Allah s.w.t nak tunjuk kat kita.....